The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bahan Pembentangan Pemikiran Pantun

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 561-15-fahima, 2022-04-21 04:55:31

TUGASAN 3 (BMMB3033)

Bahan Pembentangan Pemikiran Pantun

Pemikiran BAHASA MELAYU
dalam SEKOLAH RENDAH

NAMA:
NUR FAHIMA AYUNI

NUR FARIESHA

Isi kandungan

PENGENALAN PEMIKIRAN KESIMPULAN RUJUKAN
PANTUN PANTUN
NASIHAT

Pengenalan • Pantun adalah sejenis puisi tradisional
Apa itu masyarakat Melayu yang wujud sejak
Pantun? zaman berzaman lagi.

• Pantun dicipta sebagai suatu bentuk
pengucapan untuk menyampaikan fikiran
dan perasaan terhadap seseorang ataupun
mengenai sesuatu perkara

• Pantun juga bertujuan untuk menyindir,
berjenaka dan memberi nasihat serta untuk
bersuka-suka.

Ciri-ciri Pantun

• Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.



• Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.



• Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan satu lagi bahagian maksud.



• Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala
baris tiga dan empat adalah maksud.



• Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua
adalah maksud.



• Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.



• Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.



• Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.

Jom kita analisis pemikiran dalam
pantun nasihat tentang belajar

Definisi • Pemikiran merupakan proses membina
Pemikiran ilmu dan kefahaman yang melibatkan
aktivti mental dan otak

• Menurut Mohd Rashid Md Idris et. al
(2014: 69) pemikiran bermula dengan
idea, yang kemudiannya dimatangkan
pengarang menjadi subjek, akhirnya ia
menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan
signifikan.

• Setiap pengarang mempunyai cara yang
tersendiri memilih bahan,mengejapkannya
dan kemudian menjelmakannya menjadi
mesej, mutiara dan permata karya.

Pantun Nasihat Belajar

PANTUN MAKSUD PANTUN

Pohon jati kuat kayunya, Jika ingin menjadi bangsa yang
Pohon nyiur tinggi batangnya; berjaya, kita perlulah mempunyai banyak ilmu
Murid sejati banyak ilmunya,
Bekal mengabdi nusa bangsa. dan sentiasa berusaha meningkatkannya


Seseorang murid itu akan menjadi pandai
sekiranya belajar bersungguh-sungguh
Pokok kelapa di tanam berjajar,
Nampak dari tepi pantai; Sebagai seorang murid, kita mestilah sentiasa
mendengar nasihat guru untuk tekun belajar
Barang siapa tekun belajar, kerana mereka menyampaikan ilmu tanpa jemu
Tentu dia menjadi pandai.




Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Ru;
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.

Tema Tema pantun nasihat (belajar) bertujuan untuk
menyampaikan nasihat kepada golongan muda
untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat
melahirkan masyarakat yang unggul

Persoalan Pemikiran pantun
nasihat
Kepentingan menuntut ilmu

Rangkap 1:
Pohon jati kuat kayunya,
Nilai/Pengajaran Pohon nyiur tinggi batangnya;
Murid sejati banyak ilmunya,
Nilai: rajin Bekal mengabdi nusa bangsa.
Pengajaran: kita hendaklah sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan Pemikiran:
supaya menjadi insan berjaya • Pemikiran tentang ilmu pengetahuan.
Sebagai seorang individu yang ingin
digelar murid sejati perlulah mempunyai
banyak ilmu pengetahuan untuk menjadi
bangsa yang berjaya. Oleh itu, kita
hendaklah mendidik diri untuk rajin
menuntut ilmu.

PERSOALAN Pemikiran pantun
nasihat
• Ketekunan dalam menuntut
ilmu pengetahuan Rangkap 2:

Pokok kelapa di tanam berjajar,
Nampak dari tepi pantai;
NILAI/PENGAJARAN Barang siapa tekun belajar,
Tentu dia menjadi pandai.
• Nilai: tekun
• Pengajaran: Kita hendaklah Pemikiran:
tekun dalam menuntut ilmu • Pemikiran tentang ketekunan dalam
menuntut ilmu. Apabila kita tekun

belajar, sudah semestinya kita akan
menjadi seorang yang bijak kerana
mempunyai ilmu yang tinggi

Pemikiran pantun Rangkap 3:
nasihat Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Ru;
PERSOALAN Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.
• Hubungan antara sesama
manusia iaitu guru dan murid. Pemikiran:
• Pemikiran tentang hubungan guru
NILAI/PENGAJARAN dan murid.Hal ini kerana guru
sentiasa mencurahkan ilmu kepada
• Nilai: patuh kita sehingga kita menjadi pandai
•Pengajaran: Kita haruslah patuh
mendengar nasihat guru supaya
ilmu yang diperoleh diberkatiNya

Kesimpulan

Berdasarkan pantun-pantun dikaji, jelaslah menunjukkan
bahawa hubungan bahasa dan pemikiran masyarakat Melayu
berkait rapat dengan tingkah laku dan moral. Pemikiran dan

kebahasaan masyarakat Melayu yang terkandung dalam
rangkap pantun bersifat humanistik dan relatif.

Ada apa-apa soalan?

Terima
kasih


Click to View FlipBook Version