E-FOLIO:
MPU21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN ULASAN FILEM
DISEDIAKAN OLEH: NOMBOR MATRIK
NAMA 18DAT21F2999
FATIN NUR SAADIAH BINTI RAHIDAN 18DAT21F2009
NUR SYAFIQAH BINTI MAZARINAZLI 18DAT21F2998
NUR ADILA BINTI ISZAINI 18DAT21F2006
NURUL ATIKAH BINTI AHMAD IBRAHIM 18DAT21F2002
NURIN AYUNI BINTI ZANURI
KELAS:
DAT 1A
PENSYARAH:
ENCIK HAMDAN ZAKARIA
1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ......................................................................... 3
JAWATAN KUASA.................................................................... 4
................................................................................................ 4
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI EKONOMI...................... 5
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI PENDIDIKAN.................. 6
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI AGAMA ......................... 6
LANGKAH MENGATASI ........................................................... 7
KESIMPULAN .......................................................................... 8
2
PENGENALAN
Isu mengenai perpaduan dan integrasi penduduk selalu mendapat
mendapat perhatian di negara-negara yang mempunyai penduduk
yang terdiri daripada imigran dari negara lain seperti Britan, Kanada,
Australia, German, Belanda, Malaysia dan sebagainya. Imigran-
imigran ini membawa agama, kepercayaan, Bahasa, budaya dan cara
hidup yang berbeza dengan penduduk tempatan. Penduduk Malaysia
terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, dan India serta
kaum-kaum minority yang lain. Kewujudan masyarakat berbilang
kaum di negara ini kesan daripada penjajahan British ke atas Tanah
Melayu yang telah membawa masuk secara besar-besaran orang-
orang Cina dan India untuk bekerja di lombong-lombong dan ladang-
ladang. Dasar “Pecah dan Perintah” yang diperkenalkan oleh British
menyebabkan wujudnya pemisahan dari segi tempat tinggal dan
pekerjaan antara orang Melayu, Cina, dan India. Ini memberi impak
besar dan bukan sahaja kepada polarisasi dan hubungan anatara
kaum malah kepada sistem pendididkan di negara hingga ke hari ini.
3
JAWATAN KUASA
ENCIK HAMDAN
BIN ZAKARIA
(PENASIHAT)
NURUL ATIKAH
BINTI AHMAD
IBRAHIM
(KETUA PROJEK)
FATIN NUR
SAADIAH BINTI
RAHIDAN
(SETIAUSAHA)
NUR SYAFIQAH
BINTI
MAZARINAZLI
NUR ADILA BINTI
ISZAINI
NURIN AYUNI
BINTI ZANURI
4
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI EKONOMI
Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan
adalah pengesuaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan
sector ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan
jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai
sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia
dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai
sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan
menggunakan teknologi moden manakala kaum India pula banyak
terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.
Kesimpulannya, terdapat jurang yang begitu ketara dan tidak
seimbang dalam ekonomi negara Malaysia. Semua golongan etnik
sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan
ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang
mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru
itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua
golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor
pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan
akan menghadapi dengan kemiskinan.Sama juga akan berlaku
terhadap kaum India yang dimana harga getah dan kelapa sawit
adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Golongan
etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam
perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup
mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang
dimana kebanyakan lubang perniagaan banyak diutamakan kepada
kaum Bumiputera atau Melayu.
5
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI PENDIDIKAN
Cabaran besar misi pendidikan ialah persoalan bagaimanakah ia
beroperasi dalam suasana kepelbagaian. Bidang pendidikan perlu
memahami bahawa tanpa satu visi dan misi nasional yang jelas kita
akan terheret dengan agenda kepentingan kumpulan yang sempit.
Mempertahankan apa yang kita anggap benar dan betul bukanlah isu
sebenarnya tetapi pendekatan hikmah, sikap ramah dan mempunyai
kebijaksanaan adalah cabaran sebenarnya. Harmoni menuntut hasil
yang tersusun dengan masing-masing berperanan di tempatnya dan
akur dengan perancangan awal dari ketua yang melibatkan
kepentingan semua pihak supaya persembahannya menjadi yang
terbaik.
ISU KESEPADUAN SOSIAL DARI SEGI AGAMA
Pendidkan dan persekitaran sosial dan tidak sihat menyumbang
kepada didikan moral dan agama tidak berlaku secukupnya. Ia
merupakan prasyarat kepada kestabilan dalam mendepani sebarang
isu yang mencetuskan konflik atas sebab agama dan etnik. Kajian
lepas menunjukkan hubungan antara agama etnik di Malaysia turun
naik yang digambarkan dalam tiga fasa iaitu era konflik, era stabil,
tetapi tegang dan era kesepaduan sosial.
6
LANGKAH MENGATASI
Warga Malaysia harus menahan diri segala tindakan yang dapat
memicu provokasi dari masyarakat. Sebagai contoh:
• Rayakan Hari Perayaan kaum Malaysia bersama.
• Saling mengunjungi antara satu sama lain.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.
• Memahami adat dan budaya masing-masing.
• Melakukan aktiviti dan sukan bersama.
• Media massa yang menyebarkan informasi positif tentang
kepentingan perpaduan.
7
KESIMPULAN
Kesepaduan sosial dan Kebudayaan Merentas Bangsa di Malaysia
adalah penting bagi sesebuah negara untuk kita yang sedang menuju
ke wawasan 2020. Segala peristiwa pahit haruslah dijadikan iktibar
untuk kita terus memupuk perpaduan kaum. Malaysia merupakan
sebuah negara yang aman dan damai dengan rakyatnya yang
berbilang kaum. Keamanan ini hanya dapat dikekalkan apabila
semua kaum bekerjasama dan saling hormat menghormati antara
satu sama lain. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat perpaduan di antara kita. Sehubungan itu,
kita sebagai rakyat Malaysia harus mengekalkan keharmonian antara
kaum yang berbilang bangsa dimana kita hidup dalam sebuah
komuniti. Oleh itu, walaupun ada perbezaan idiologi politik, kita
haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga
hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah
terbina sekian lama.
8
Sumber rujukan:
http://klikweb.dbp.my/?p=8486
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/titik-perpaduan-
beracuan-ekonomi-219960
https://www.academia.edu/35555171/Pendidikan_untuk_Kesepadu
an_Sosial_Isu_Isu_Berbangkit_untuk_Sabah
https://123dok.com/document/zpdnmo4z-pendidikan-untuk-
kesepaduan-sosial-isu-i.html
https://www.researchgate.net/publication/337948580_Kesepaduan
_Sosial_dalam_Hubungan_antara_Agama_di_Pedalaman_Sabah
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/
harmonikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum
9