The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Artikel Hiburan Melampau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harriszafri, 2020-11-30 09:01:33

Hiburan Melampau

Artikel Hiburan Melampau

MOHAMAD HARRIS ZAFRI BIN MOHD RIZAL
(01DEM18F1036)

AKU JALAN PINTAS KE SYURGAA

Pada hari ini, kalau kita lihat isu atau masalah mengenai hiburan yang
melampau dikalangan anak muda sekarang berada pada tahap yang amat
merisaukan. Mengikut statistik Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM), secara purata boleh disimpulkan hampir 4,435 anak luar nikah dilahirkan
setiap tahun hasil daripada masalah hiburan melampau di Malaysia dalam kalangan
anak muda sekarang. Pada asasnya, hiburan ini merupakan satu aktiviti atau kegiatan
yang membawa keseronokan kepada manusia dan sekiranya ia dilakukan atau
dihayati dengan melampau mampu membawa kita ke jalan yang salah. Kalau kita lihat
hari ini, dunia sekarang tidak menghiraukan akan isu ini. Ramai peringkat masyarakat
langsung tidak ambil kesah akan betapa besarnya kesan dan akibat hiburan yang
melampau kepada manusia terutamanya pada kalangan ramaja. Terdapat beberapa
punca bagaimana hiburan melampau ini terjadi.

Pertama sekali, ialah berpunca daripada aplikasi-aplikasi maya yang
yang dibawa daripada negara barat seperti TikTok. Kalau kita lihat balik, aplikasi ini
lebih banyak membawa hiburan daripada isi ilmiah mahupon isi-isi yang berfaedah.
Aplikasi ini juga tidak mempunyai panduan ibu-bapa, oleh itu kanak-kanak kecil ini
akan mudah untuk melihat perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada
mereka dengan senang. Tambahan pula, aplikasi ini jika kita buat kajian akan ada
unsur-unsur lucah yang mana tidak patut dilihat oleh kanak-kanak dibawah umur ini
dan merangsang mereka untuk meniru aksi-aksi yang negatif ini. Selain itu, aplikasi
ini juga melalaikan kerana aplikasi ini mempunyai banyak kandungan dan unsur yang
boleh membuat kita leka contohnya boros dalam perbelanjaan dan tamak dalam
membeli barangan yang mengikut hawa nafsu tapi bukan keperluan.

Seterusnya, ialah pengaruh rakan sebaya. Mengikut kajian, semasa remaja
mereka lebih sering meluangkan masa menceritakan segala masalah kepada rakan
sebaya berbanding daripada menceritakan kepada keluarga. Oleh itu, mereka lebh
bercenderung meniru apa yang rakan sebaya mereka lakukan. Sekiranya apa yang
rakan sebaya lakukan itu baik maka baiklah jadinya. Jika buruk rakan sebaya mereka
lakukan maka buruklah yang akan jadi ikutan. Selain itu, trend budak remaja sekarang
suka mencabar rakan-rakan sebaya untuk melakukan sesuatu perkara meskipun
perkara tersebut membawa ke arah keburukan. Oleh kerana remaja ini pantang
dicabar, mereka tetap melakukan supaya membuktikan kehebatan mereka.

Selain itu, kekurangan pengawasan daripada ibu bapa juga mendorong kepada
hiburan yang melampau dalam kalangan remaja sekarang. Majoriti ibu bapa zaman
sekarang kedua-duanya sibuk bekerja mencari rezeki sehinggakan terlepas pandang
untuk mengawasi pergerakan, dengan siapa anak bergaul dan siapa kawan anak-
anak mereka. Disebabkan, kesibukan di tempat kerja dan letih dengan hal di pejabat,
apabila berada di rumah ibu dan bapa ini tidak ada kesempatan untuk mengambil tahu
mengenai anak mereka kerana apabila di rumah mereka ini hanya ingin rehat.
Kesibukan yang dihadapi oleh ibu bapa ini juga menghalang mereka untuk mengambil
tahu aktiviti anak dan seterusnya membiarkan anak-anak mereka melakukan aktiviti
bebas tanpa pengetahuan termasuklah melakukan perkara yang salah.

Akhir sekali, pengunaan telefon yang berlebihan. Tambahan pula zaman
sekarang terdapat pelbagai aplikasi yang mampu meruntuhkan akhlak dalam
golongan remaja kerana kebanyakan aplikasi yang terdapat di alam maya ini
mempunyai unsur yang negatif. Selain itu, pengunaan telefon yang berlebihan ini juga
mampu menjatuhkan serta memudaratkan maruah keluarga. Contohnya remaja
sekarang gemar mempamerkan aksi-aksi menari mahupon berjoget sambil
berpakaian tidak sopan lalu menunjukkannya ke media sosial. Justeru, orang ramai
akan melihat dan mengkritik ibu bapa si mangsa di atas perbuatannya. Oleh itu,
maruah keluarga mereka akan tercemar sehinggakan ibu dan bapa mangsa berasa
malu atas segala perbuatan si mangsa.

Kesimpulannya, ialah kita sebagai umat Islam yang amat mementingkan etika
serta adab kita sebagai manusia biasa seharusnya menjaga diri kita supaya tidak
terjerumus ke dalam hiburan yang melampau ini atau erti kata lain syurga dunia. Kita
juga perlu berfikir dengan waras sebelum kita melakukan sesuatu perkara itu
meskipun ia ajakan daripada rakan sebaya kita. Seterusnya kita sebagai ibu bapa
perlu mengawasi segala pergerakan dan perbuatan anak kita agar kita dapat
mengetahui perkembangan anak kita serta kita dapat perbetulkan semula perbuatan
salah anak kita. Dalam hal ini juga ibu bapa perli ditekankan sekali lagi kerana ibu
bapa adalah kunci utama dalam mendidik anak mereka supaya menjadi generasi yang
berguna untuk masa depan.


Click to View FlipBook Version