The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ellarossah, 2022-04-19 19:38:34

10 Ayat Berkaitan Solat

Fasa 3 Ramadan

10 Malam Terakhir
Ramadan 1443H

FASA KE 3

10 SURAH BERKAITAN

SOLAT

Solat Berkualiti Formula Ke Syurga

SURAH PERTAMA

AL=BAQARAH

QS2:2

‫الَّص َلٰو َة َو ِم ّم ا‬ ‫َو ُيق يموَن‬ ‫ِبالَغ يِب‬ ‫ُيؤِم نوَن‬ ‫اَّلذيَن‬
‫ُينِف ق وَن‬ ‫َر َز ق ٰنُه‬
‫م‬

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib,
dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
mereka. Ayat 2 surah al-Baqarah

‫َو ُيِق يُم وَن الَّص َلٰو َة‬
Dan mereka mendirikan sembahyang;

Tidak ada amalan yang lebih tinggi dari solat. Maka ianya disebut
di sini sebagai wakil ibadat. Allah kata dirikan solat. Maksudnya
solat yang sempurna macam Nabi dan sahabat buat.
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘mendirikan’ sembahyang?
Ianya bermula dari mandi junub lagi, sepertimana Nabi ajar
untuk mendapatkan khusyuk solat. Kemudian wuduk
sepertimana Nabi ajar. Dan jaga kebersihan pakaian dan badan
dari najis. Dan solat sebagaimana Nabi ajar. Dan solat di masjid
untuk lelaki. Tidak boleh solat di rumah bagi lelaki kecuali kalau
dia tak dk dengar azan kerana jauh. Itulah maksud ‘mendirikan
sembahyang’.

SURAH KE 2
AL-BAQARAH

QS2:43

‫اَو َأ ق يُم وا الَّص َلٰو َة َو ءآُتوا الَّز َك ٰو َة َو ارَك عوا َم َع الّٰر ِكعيَن‬

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan
rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang
rukuk.

‫َو ُيِق يُم وَن الَّص َلٰو َة‬
Dan mereka mendirikan sembahyang;

Kenalah perbaiki sifat hubbul jah (cinta kepada kedudukan) yang
ada di dalam diri mereka. Caranya adalah dengan menghinakan
diri di hadapan Allah ‫ﷻ‬‎ dengan melakukan solat. Mengakulah
hina dina di hadapan Allah ‫ﷻ‬‎ .

Maka, falsafah solat itu adalah: meninggikan Allah ‫ﷻ‬‎ dan
menghinakan diri kita. Lihatlah kita merendahkan kepala kita
dalam rukuk sama tinggi dengan binatang yang berkaki empat.
Kemudian dalam sujud, kita merendahkan lagi kepala kita
sehingga ke tanah, lagi rendah dari binatang. Maka itu isyarat
menghinakan diri kita.

Maka kenalah bersungguh-sungguh dalam melakukannya. Kalau
tidak faham konsep ini, maka tidaklah rasa diri hina dan Allah ‫ﷻ‬‎
itu tinggi.

SURAH KE 3
AL-BAQARAH

QS2:153

‫َيٰٓـَأ ُّيَه ا اَّلذيَن ءآَم ُنوا اسَتعينوا ِبالَّص بِر َو ٱلَّص َلٰو ِة‌ ۚ ِإ َّن‬
‫الَّلَه َم َع الّٰص ِبريَن‬

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan
(untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan
sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah
menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

‌ۚ‫َو ٱلَّص َلٰو ِة‬
dan bersolat.
Seperti telah disebutkan, kita dituntut untuk bersabar
daripada mengeluh dan menceritakan kepada orang lain
masalah kita. Sebaliknya kita disuruh untuk mengadu terus
kepada Allah ‫ﷻ‬‎ . Dengan mengerjakan salat, kita
memberitahu hal itu kepada Allah ‫ﷻ‬‎ sahaja. Dalam salat itu,
doalah dan mengadulah kepada Allah ‫ﷻ‬‎ sebanyak-
banyaknya.

Salat adalah muqaddimah kepada doa. Sembahyang itu
telah mengajar kita ‫ ﷺ‬sendiri adalah doa. Dan Nabi
bagaimana doa makbul dalam tasyahhud. Selain dari itu,
telah ajar untuk berdoa selepas buat amalan yang ‫ ﷺ‬Nabi
akan ‫ ﷺ‬baik. Sebagai contoh, kita dapat tahu yang Nabi

Fasa 3, 10 Ramadan terakhir

berdoa selepas baginda berdakwah dan mengajar kepada
.umat

SURAH KE 4

AL-BAQARAH

QS2:238

‫َو ٱلَّص َلٰو ِة الُو سطٰى‬ ‫ٰح ِف ظوا َع َلى ٱلَّص َلٰو ِت‬
‫َو ق وموا ِلَّلِه ٰق ِنتيَن‬

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna
pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya
sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah
kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan
khusyuk.

‫ٰح ِف ظوا َع َلى ٱلَّص َلٰو ِت‬
Peliharalah kamu segala sembahyang fardhu.

Semasa dalam salat itulah kita adukan segala kesedihan kita
kepada Allah ‫ﷻ‬‎ . Kita minta petunjuk daripada Allah ‫ﷻ‬‎
bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah yang kita
hadapi dan beri kita kekuatan untuk menghadapinya.

Jagalah hubungan kita dengan Allah ‫ﷻ‬‎ dan lebih-lebih lagi
hendaklah kita menjaga Salat Fardu. Salat lima waktu itu telah
dipilih khas oleh Allah ‫ﷻ‬‎ untuk menjaga hubungan yang
rapat dengan Allah ‫ﷻ‬‎ . Memang telah disusun sebegitu dalam
waktu-waktu tertentu supaya walaupun kita dalam keadaan
sibuk dengan kehidupanFasda 3i, 1d0uRanmiaad,anmtearaskihhir kita luangkan masa
untuk bersama dengan Allah ‫ﷻ‬‎ .

SURAH KE 5

AN-NISAA'

QS4:103

‫لٰى‬ ‫َع‬ ‫ا َو‬ ‫عوًد‬ ‫ُق‬ ‫َو‬ ‫ِقٰيًم ا‬ ‫َة َف اذُك ُر وا الَلَه‬ ‫الَّص لٰو‬ ‫يُتُم‬ ‫َض‬ ‫َف ِإذا َق‬
‫لٰو َة‬ ‫الَّص‬ ‫ِإ َّن‬ ۚ ‫َة‬ ‫الَّص لٰو‬ ‫أ َننُتم َف َأ ق يُم وا‬ ‫َذ ا اطَم‬ ‫ۚ َف ِإ‬ ‫م‬ ‫ُج نوِبُك‬

‫كاَنت َع َلى الُم ؤِم نيَن ِكٰتًبا َّم وق وًتا‬

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan
sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan
mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan
semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah
merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka
dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana
biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman,
yang tertentu waktunya.

‫ِإَّن الَّص لٰو َة كاَنت َع َلى الُم ؤِم نيَن ِكٰتًبا َّم وق وًتا‬
Sesungguhnya sembahyang itu, ke atas orang-orang
mukmin, tertentu waktunya.

Waktu solat tidak boleh diubahsuai dari masa yang Allah
telah tetapkan. Tidak kira walau dalam perang, walau dalam
keadaan aman. waktu solat tetap sama. Jadual kita lah yang
kena ubah untuk sesuai dengan waktu solat, bukannya
waktu solat kena sesuaikan dengan jadual kita pula.

SURAH KE 6

AL-MAAIDAH

QS5:55

‫ٰرُنِكوعاوَاّنَلذيَن‬ ‫ءآَم‬ ‫َو اَّلذيَن‬ ‫َو َر سوُلُه‬ ‫اللُه‬ ‫ِإ َّنما َو ِلُّيُك ُم‬
‫ُه م‬ ‫الَّز َك ٰو َة َو‬ ‫َو ُيؤتوَن‬ ‫َلٰو َة‬ ‫ُيق يموَن الَّص‬

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya,
dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan salat dan
menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).

‫ُيق يموَن الَّص َلٰو َة‬
yang mendirikan salat

Mereka mendirikan salat. Ini adalah contoh ibadat yang
diwajibkan kepada manusia, berkenaan dengan menjaga
hubungan dengan Allah ‫ﷻ‬‎ . Ada banyak lagi ibadah-ibadah
lain, tetapi Allah ‫ﷻ‬‎ beri contoh salat, kerana salat adalah
ibadat yang paling utama. Maka salat hendaklah diamalkan
seperti yang sepatutnya dengan menjaga syariat dan
kaifiatnya sesuai dengan sunnah.

SURAH KE 7
AL-AN'AAM

QS6:72

‫َو َأ ن َأ ق يُم وا الَّص َلٰو َة َو اَّتق وُه ۚ َو ُه َو اَّلذي ِإ َليِه‬
‫ُتحَش روَن‬

Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan
sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan
yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat
kelak).

‫َو َأْن َأِقيُم وا الَّص َلٰو َة‬
dan agar mendirikan sembahyang

Telah dititahkan kepada kita: Kenalah buat amalan ibadah
selain daripada mengakui telah beriman. Iman mestilah
dibuktikan dengan amalan. Dan amalan yang paling penting
adalah ‘mendirikan’ salat. Maksud ‘mendirikan’
sembahyang bermaksud, salat itu bukan hanya perbuatan
takbiratul ihram sehingga kepada salam sahaja.

Mendirikan’ juga bermaksud kita hendaklah mementingkan‘
salat itu daripada segala perbuatan lain. Bayangkan jika
.salat itu ‘tiang rumah’ kita

SURAH KE 8

AN-NISAA'

QS4:162

‫ّٰلِكِن الّٰر ِس خ وَن ِفي الِع لِم ِم نُه م َو الُم ؤِم نوَن‬
ۚ ‫َق بِلَك‬ ‫ما ُأ نِزَل ِم‬ ‫ُيؤِم نوَن ِبما ُأ نِزَل ِإ َليَك‬
‫الَّز كٰو َة‬ ‫ن‬ ‫َو الُم ؤتوَن‬ ‫َو‬
‫ُنؤتيِه م‬
‫الآِخ ُأ وٰلِئَك َس‬ ‫الَّص لٰو َة‬ ‫قؤِمي نميوََنن‬ ‫الُم‬ ‫َو‬
‫ِباللِه َو الَيوِم‬ ‫الُم‬ ‫َو‬

‫َأ ج ًر ا َع ظيًم ا‬

Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu
pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang
yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang
telah diturunkan kepadamu (Al-Qur’an), dan kepada
apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, –
khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang,
dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah
yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan)
yang amat besar.

‫َة‬ ‫لٰو‬ n‫َّص‬g‫ال‬-o‫َن‬r‫ي‬a‫م‬n‫ي‬g‫ق‬ ‫َو الُم‬ mendirikan sembahyang,
o ra yang

Dan yang selamat juga adalah orang-orang yang

mendirikan solat. Solat adalah contoh amal

ibadat yang berkait dengan hubungan antara
Allah ‫ﷻ‬‎ dan hambaNya.

SURAH KE 9

AL-A'RAF

QS7:29

‫ُق ل َأ َم َر َر ّبي ِبالِق سِط ۖ َو َأ ق يموا ُو ج وَه ُك م ِع نَد ِّلُك‬
‫َم سِج ٍد َو ادعوُه ُم خ ِلصيَن َلُه الّد يَن ۚ َك ما َبَد َأ ُك م‬

‫َتعودوَن‬

Katakanlah: “Tuhanku menyuruh menjalankan

keadilan”. Dan (katakanlah): “Luruskanlah mukamu

di setiap sembahyang dan sembahlah Allah dengan

mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya.

Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada

permulaan (demikian pulalah kamu akan kembali

kepada-Nya)”.

‫َو َأ ق يموا ُو ج وَه ُك م ِع نَد ِّلُك َم سِج ٍد‬
Dan (katakanlah):

“Luruskanlah mukamu di setiap sembahyang Dan
Allah arahkan kita supaya kita semua dirikan solat
di setiap tempat sujud (masjid). Maksud ‘lurus’ itu
adalah ikhlaskan diri kita dalam sujud kita itu.
Begitulah, dalam setiap perbuatan taat kita kepada
Allah, kena buat dalam ikhlas. Kerana Allah tidak
akan menerima amal kebaikan yang tidak ikhlas.

SURAH KE 10
AT- TAWBAH

QS9:11

‫َف ِإن تابوا َو َأق اُم وا الَّص لاَة َو آَتُو ا الَّز كاَة َف ِإخ واُنُك م‬‎
‫ِفي الّد يِن ۗ َو ُنَف ِّص ُل الآياِت ِلَق وٍم َيعَلموَن‬

Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan
menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah
saudara-saudaramu seagama. Dan Kami
menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang
mengetahui.

‫َو َأ ق اُم وا الَّص لاَة َو آَتُو ا الَّز كاَة‬
mendirikan solat dan menunaikan zakat,

Kalau mereka bertaubat, mereka tidak boleh
mengaku masuk Islam sahaja, tapi mereka juga kena
tunjuk keislaman mereka dengan beramal dengan
amalan Islam. Dua contoh yang diberi dalam ayat
ini adalah mendirikan solat dan menunaikan zakat.
Ini adalah dua ibadah yang terpenting. Bukanlah
kena buat dua perkara ini sahaja. Ada banyak lagi
amalan lain. Disebut dua contoh ibadat ini untuk
mewakili ibadat-ibadat yang lain.

QS23:1-2

" Benar-benar Sangat Beruntunglah
Orang Yang Beriman . Yakni Yang
Khusyuk Dalam Mengerjakan Solat "

Aku Hanya Menyampaikan

EllaRossah145


Click to View FlipBook Version