The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ellarossah, 2022-01-03 03:34:04

Al Ahqaf

18 Dec

AHAQl AF

18 DISEMBER 2021

FLYOVER
SEKSYEN 20

A

Allah SWT Maha
Mengetahui (Ayat 1)

F H

Focus kepada al Quran Hargai Umur 40 dan
sepertimana Jin rezeki yang diberi
( Ayat 29-31) (Ayat15-16)

AKRONIM
SURAH

A

Ambil Ibrah Kisah
Kaum Ad' (Ayat 21-26)

Q

Qaul..Berkata uff
kepada ibu bapa
(Ayat 17-18)

A ‫حم‬

Allah SWT Maha
Mengetahui (Ayat 1)

Program Tadabbur surah Hawamim yang terakhir.
Jam 4.30 petang kami bersurai. Ada bisikan
menyuruh aku balik jer terus nanti solat Asar di
rumah sebab sekarang ni musim banjir..baik cepat.

Allah... memang sungguh syaitan pandai mencari
alasan. Namun fikiran pantas memberitahu .. solat
dulu kerana Allah akan permudahkan segalanya....
Alhamdulillah.

Jam 5.00 petang aku bergerak menuju ke bulatan
Sek. 15 , mengambil laluan HICOM dan Puchong
menuju ke Seri Kembangan. Allahu jemmm....kereta
bergerak perlahan dan yang lamanya berhenti...
Padat.

Aku perbanyakkan doa dan menyerahkan segalanya
kepada Allah SWT sebagai wakil. Jam 7.00 malam
aku sampai di laluan SJMC... membuat panggilan
kepada family mengenai situasi dan keputusan yang
perlu diambil. Perasaan cemas, Ambulan yang
membawa jenazah kejap2 berbunyi minta beri
laluan. Allah... aku benar2 takut.

Sudahnya meneruskan perjalanan menaiki flyover
setelah dinasihati berbuat demikian. Aku mula rasa
rimas dan penat. Sakit hati dengan mereka yang
berlumba-lumba. #Sungguh Aku tidak Tahu

A ‫حم‬

Allah SWT Maha
Mengetahui (Ayat 1)

Dalam keadaan dalurat begitu aku melakukan solat
hormat waktu (Solat Magrib), sambil hati tidak
berhenti berdoa dan memohon ampun dan
muhasabah diri.
Hari sudah semakin gelap. Menaiki flyover
mengambil masa 1 jam. Perasaan marah datang
apabila kereta di hadapan tidak bergerak sedangkan
dari atas aku melihat seolah jalan di hadapan
semua clear. # Sungguh Aku tidak Tahu

Puas berada di belakang lori kontena aku menyelit2
dalam kepenatan akhirnya aku sampai juga ke
hadapan. MasyaAllah...rupanya air da mula
melimpah ke tengah jalan di kawasan yang agak
rendah, patutlah kereta semua tak jalan.
Hati kecewa, hasrat akan sampai rumah pada
malam itu aku lupakan. Redha.. aku telah dipilih.
Ternyata nasihat yang diberikan oleh suami dan
anak , juga apa yang aku lihat teryata tidak benar.
Sebagai manusia biasa sudah pasti tahap
pengetahuan dan penglihatan aku terbatas.
Kerana.....

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui Dan
Maha Melihat segalanya.

H

Hargai Umur 40 dan
rezeki yang diberi
(Ayat 15 -16 )

Hujan masih berterusan, aku berusaha
membetulkan kedudukan kereta sebaris dengan
kereta sebelah agar tidak dihimpit oleh lori kontena
yang seolah jalan tu dia yang punya.
Selepas itu aku menlaksanakan juga Solat Isyak
dalam keadaan yang tidak sempurna. Hati akan lagi
rasa bersalah jika tidak melakukannya.
Terasa kesal dan berdosa apabila diusia ini
masih lagi leka dan lalai. Tika keadaan senang
dan lapang masih lagi belaku kelewatan dalam
mengerjakan solat. Waktu- waktu yang
sepatutnya aku hargai dan menafaatkanya dalam
ibadah dan agama, adakalanya disia-siakan. Insaf
dan malu pada diri sendiri. Allah ampunkan aku.

Sebelum pulang aku menghabiskan air dalam bekas
kerana senang nak simpan terus dalam luggage.
Luggage yang menjadi trade mark aku di Sinergy
Iklhas. Sudahnya aku mula kehausan. Aku cuba
tadah air hujan secara meletakkan bekas dihadapan
cermin...dalam tempoh 30 minit hanya dapat
sesudu.... tak hilang haus. Aku kena keluar juga
membeli air walaupun pada mulanya malas sebab
terlalu jauh sangat nak ke Petronas dan tak berani
jalan seorang diri. Hanya mampu merayu dan
memohon perlindungan daripada Allah SWT

Q

Qaul
Berkata uff kepada
ibu bapa ( Ayat 17-18)

Suami dan anak bertalu2 whatsApp bertanya
khabar. Lokasi di mana?... macam mana keadaan
selamat ke tidak?... makanan minuman ada ke?..
battery hp cukup ke tidak... ada bawa kabel hp ke?

Soalan berguguran macam air hujan di luar kereta.
Masing-masing dalam kerisauan. Si kakak
berpesan2 seperti memesan kebaikan pada
anaknya2... take care... take care... Si abang yang
kurang bercakap mengajar itu dan ini dan berpesan
juga agar jangan on engine semasa tido. Anak
bongsu yang sentiasa tak lekat di rumah tak tentu
arah... bercadang nak naik motor nak hantar
keperluan, menangis risau keadaan ibu di atas
flyover.

Perbualan dan pergaulan bersama anak2 masa kini
sudah pasti ada percanggahan pendapat dan
kurang senang dengan nasihat dan teguran dari
kedua ibu dan bapa. Tutur kata dan jawapan yang
tidak sepatutnya pun pasti terlontar juga.

Namun sebagai seorang ibu aku pujuk hati dengan
merasa bersyukur kerana Allah SWT telah memberi
aku anak yang sempurna sifatnya tidak sebaliknya.
Aku perlu bersabar, berdoa dan berusaha agar
mereka menjadi anak2 yang soleh. Mudahan trajedi
ini membuat memberi kesan di hati mereka.

A

Ad' Kaum yang Ingkar
(Ayat 21-26)

Ibrah dari kisah kaum Ad'. Kaum yang Hebat.
Ternyata mereka telah dimusnahkan akibat
daripada keingkaran dan terlalu mencabar azab
Allah SWT.

18 Mac 2020 PKP dilaksanakan kerana C19 telah
menyerang dunia. Aku melihat wabak ini adalah
teguran dan amaran daripa Allah SWT.

Budaya hidup masa kini terlalu jauh tersimpang dari
panduan al - Quran, dan rata2 al - Quran semakin
hilang dari hati sebahagian manusia. Itulah yang
biasa aku dengar pada setiap ceramah agama.

Aku muhasabah diri...bagaimana hubungan aku
dengan al-Quran...adakah semakin rapat atau
semakin renggang?. Adakah aku da rasa cukup?

18 Dec 2021... aku tersadai di Flyover kerana banjir
besar di Shah Alam. Aku terus tertanya2 ..mencari
kesilapan dan kelalaian2 yang telah aku lakukan.
Adakah ini balasan dosa yang telah aku lakukan,
adakah ini ujian atau musibah?. Aku sebak.

Aku merenung ke langit dan berdoa agar Allah SWT
mengampunkan dosa kami dan memberi hidayah
kepada semua agar kembali kepada al -Quran.
Amiin Ya Rabbal Alamiin.

F

Focus kepada al - Quran
sepertimana Jin ( Ayat
29-31)

Kisah Jin yang amat focus ketika mendengar bacaan
al-Quran. Tidak berhenti setakat itu , malahan terus
menyampaikan mesej tersebut kepada ahli keluarga

Aku meneiek diri sendiri, berapa persenkah tahap
focus aku kepada al-Quran. Sejak Nov. 2017 aku
telah mula memburu dan menyelam lautan ilmu
al-Quran di Sinergy Ikhlas. Hampir semua modul
aku hadir. Banyak ilmu yang aku pelajari rupanya
terlalu banyak lagi yang aku tidak tahu. Maknanya
aku kena sedar diri dan jangan sesekali bangga
dengan ilmu yang ada. Imu itu milik Allah SWT. Ingat

Setelah diberi rezeki tersebut, berapa banyakkah
yang telah aku praktikan dan yang telah aku
sampaikan kepada ahli keluargaku, sahabat handai
dan rakan taulan. Allah!!!...

Sejujurnya aku berusaha juga ke arah itu, pada
setiap perbualan bersama mereka aku sering
selitkan ilmu al-Quran. Walaupun adakalanya
ditegur namun aku sedar tugas aku hanya
menyampaikan sahaja. Selebihnya aku berdoa.

Aku sering berpesan2 pada diri agar sentiasa sedar
dan bersyukur pada setiap apa pun yang dimiliki
dan dihadapi. Kerana ia pasti ada hikmahnya.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

Flyover Sek. 20

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah.
Semua urusan aku semasa di sana dipermudahkan.
Semasa berjalan menuju ke Petronas pada jam
11.30 malam, tiba2 berkenalan dengan Pn. Azizah
dari JB datang atas tujuan berkursus, sudahnya
menjadi teman sepanjang jalan.
Jazakillahu Khayra kepada Mak Jah, Tg. Radziah,
Mona , team SI dan semua sahabat yang sentiasa
menghubungi dan berdoa untuk mengetahui status
terkini aku pada ketika itu. Allahu Akhbar.
Aku merasa selamat dan tenang akhirnya dapat
jugak beberapa ketika melelapkan mata.
Alhamdulillah..Syukur

19 Disember 2021

Seawal jam 7.00 pagi , aku didatangi oleh seorang
anak muda yang berhati mulia, menghulurkan air
dan roti. Sewaktu mula beratur untuk ke bilik air di
Petronas aku dipelawa oleh seorang pemandu MYVI
untuk membawa aku ke surau Sek. 20. Selepas
mandi sepuasnya aku menuju ke meja hidangan
sarapan pagi. Di atas meja tersedia satu paper bag
seolah2 memang khas untuk aku. Allahu Akhbar.
Syukur.. Alhamdulillah.
Aku mengambil bahagian aku dan berjalan semula
menuju ke kereta.
Dari jauh aku melihat semakin ramai yang datang
menghantar berkotak2 air dan makanan. Aku
melihat limpahan kasih sayang Allah SWT yang
Maha Pemurah dan Maha Memelihara.
Ya Allah ampunkan dosa kami walaupun kami jahil
namun Engkau tetap melimpahkan rahmat Mu.

Allah SWT menghantar bantuan lagi...sekumpulan
anak muda datang membantu aku untuk menukar
arah laluan. Aku tergamam...semuanya terancang
dengan teratur. Alhamdulillah... syukur

Aku menuju ke surau Sek. 20 dalam pada tercari2
tiba2 sepasang suami isteri dari atas motor sanggup
untuk membantu menunjukan arah jalan. Syukur.

Di sana aku bertemu semula rakan kuliah Kak Siti
bersama anak mudanya, sama2 tersangkut tak
boleh balik ke Puchong. Semasa sedang makan Pn.
Sakinah menghubungi memaklumkan anaknya akan
menghantar sedikit keperluan pakaian, memang
sungguh aku sehelai sepinggang. Allahu Akhbar

Selepas solat Zohor, kami pun mula bergerak
pulang mengikut laluan waze. Selepas 2 jam
perjalanan aku selamat sampai pada jam 4.00
petang. Alhamdulillah.... Syukur

KEPADA SEMUA SAHABAT
DAN KENALAN

JazakilLahu
Khayra

Allahumma Amiin

Pesanan dari seorang Ustazah iaitu membaca surah
Al-Baqarah pada setiap pagi sebelum subuh .
Ganjarannya pasti akan mendapat sesuatu yang
tidak disangka2.

Aku berusaha melakukannya pada setiap hari
walaupun hanya dua muka surat sahaja dan
diulang2 semula. Seperti biasa aku dapat
merasakan setiap kemudahan yang aku perolehi
semasa kejadian ini adalah ganjarannya.
Allahu Akhbar
Alhamdulillah Syukur.

Aku sedar ujian aku ini tidak seberapa
berbanding mereka yang lagi terkesan.
Aku doakan mereka kuat dan tabah.Amiin.

Ella Rossah145


Click to View FlipBook Version