The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ellarossah, 2021-10-25 08:43:02

Sahabat

Till Jannah

"NILAI SEBUAH
PERSAHABATAN."

Mukminin

Peranan

SEORANG SAHABAT

Peranan seorang sahabat amat penting iaitu perlu
membawa sahabatnya ke arah kebaikan dan menjauhi
kemungkaran. Sahabat yang baik adalah sahabat yang

sentiasa membawa sahabatnya kepada mengingati
Allah SWT pada setiap masa.




Sahabat

YANG BAIK

Selain itu, seseorang insan dinilai keperibadiannya
berdasarkan siapa yang menjadi sahabatnya. Jika kita

mampu menjadi sahabat yang baik, maka kita
membawa kebaikan buat sahabat di sekeliling kita.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Seseorang itu
bergantung kepada agama sahabatnya. Kerana itu,
perhatikanlah setiap seorang di antara kalian dengan
siapa dia bersahabat." (Hadis riwayat Abu Dawud).
Hadis ini memberi petunjuk yang jelas bahawa sahabat

memberi pengaruh yang besar dalam penilaian
keperibadian seseorang.

Saranan

HADITH

Jangan silap memahami intisari hadis tersebut. Saranan
hadis itu tidak bermakna kita hanya boleh bersahabat

dengan orang yang baik sahaja dan menjauhi orang
yang kurang baik. Ini bersalahan dengan konsep

dakwah dalam Islam. Kita boleh bersahabat dengan
semua golongan. Namun, jika kita mempunyai sahabat

yang kurang baik akhlaknya, kitalah yang
bertanggungjawab untuk membawanya ke arah


kebaikan. Sekiranya kita tidak mampu mengubahnya,
jadi pastikan diri sendiri tidak terjebak dalam
kemungkaran yang dilakukan oleh sahabat tadi.

Jalinan

PERSAHABATAN

Jalinan persahabatan perlulah didasari tujuan yang
betul. Sekiranya sesuatu ikatan persahabatan itu

terjalin atas sebab duniawi atau bagi tujuan
kemungkaran, maka ikatan tersebut tidak akan
mendapat keberkatan daripada Allah SWT, malah akan

mencetuskan perbalahan di kemudian hari.

Persahabatan

BERDASARKAN TAKWA

Allah SWT menjelaskan hal ini dalam firman-Nya
bermaksud: "Pada hari itu sahabat-sahabat karib,

sesetengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang yang

persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal
soleh)." (Surah al-Zukruf, ayat 67)




Sahabat

DUNIA AHIRAT

Lebih beruntung lagi apabila hubungan persahabatan
di dunia ini bakal menguntungkan kehidupan akhirat.
Seseorang manusia yang menerima rahmat Allah SWT
akan diberi peluang menyelamatkan sahabatnya yang

berada dalam neraka.

Kebaikan

MEMILIKI SAHABAT

Rasulullah SAW bersabda tentang kebaikan memiliki
sahabat: "Setelah orang Mukmin itu dibebaskan dari
neraka, demi Allah, Zat yang jiwaku berada di tangan-

Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon
kepada Allah untuk memperjuangkan nasib saudaranya
yang berada di dalam neraka pada hari kiamat. Mereka
memohon: 'Wahai Tuhan kami, mereka itu (yang masih
tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, solat,


dan juga haji."

Wajah

YANG DIHARAMKAN

Maka dijawab oleh Allah: 'Keluarkan (dari neraka) orang
yang kalian kenal." Sehingga wajah mereka diharamkan

untuk dibakar oleh api neraka. Mukminin ini pun
mengeluarkan ramai saudaranya yang telah dibakar di
neraka, ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang

sampai lututnya.

Sahabat

YANG MEMBANTU

Kemudian orang Mukmin itu menyatakan kepada Allah:
'Wahai Tuhan kami, orang yang Engkau perintahkan
untuk dibebaskan dari neraka, sudah tidak ada yang


berbaki."



Sahabat

YANG MENOLONG

Maka Allah berfirman: 'Kembali lagi (ke neraka),
keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.'

Maka dikeluarkanlah orang Mukmin dalam jumlah
ramai sekali yang diseksa di neraka. Kemudian mereka

menyatakan kepada Allah: 'Wahai Tuhan kami, kami
tidak meninggalkan seorang pun orang yang Engkau
perintahkan agar dibebaskan.'" (Hadis riwayat Muslim)


Click to View FlipBook Version