1050530601 Al - Fiil “ Kehancuran Kaum/Pasukan Pada Mana-mana Zaman Apabila Mempertuhankan Material” “ Hancurnya Kaum Yang Menentang Nabi SAW ” Daurah Tidakkah Engkau Melihat SIRI 16 (TERAKHIR)i
Bagaimana datangnya Tentera Bergajah ke Mekah. Orang Arab jarang / tidak pernah melihat gajah, apatah lagi dalam pasukan tentera. Jadi ini adalah satu kejadian yang besar untuk mereka. Ianya satu peristiwa yang amat bersejarah sampaikan orang Arab menggelar tahun itu dengan nama: Tahun Gajah. Selama hari itu Mekah adalah negeri yang aman, tapi sekarang sudah sampai tentera yang besar sekali. Keamanan Mekah sedang diganggu gugat. Oleh itu, ada ketakutan dalam diri mereka dengan kedatangan tentera Abrahah itu. Sampaikan semua mereka naik lari ke bukit kecuali beberapa orang sahaja pemimpin yang pergi berunding dengan Abrahah. Kedatangan Abrahah itu adalah untuk memusnahkan Ka’bah di Mekah. Walaupun keamanan Mekah digugat, tapi Allah tetap memakbulkan doa Nabi Ibrahim a.s. Allah telah meneruskan keamanan Mekah dengan memusnahkan tentera bergajah Abrahah itu. Ini adalah bahagian pertama dari doa Nabi Ibrahim – keamanan. Allah telah kekalkan keamanan di Mekah. Akan tetapi bagaimana dengan permintaan kedua – kemakmuran? Itu dalam surah seterusnya iaitu Surah Quraysh [106]. Peristiwa Tentera Bergajah berlaku ketika Nabi Saw berumur 3/4 bulan dalam rahim ibunya. Surah ini turun selepas 40 tahun ketika dakwah secara terang-terang pada awal 5 tahun pertama, sudah pasti mendapat tentangan daripada orang-orang yang ada pada ketika itu. Surah ini adalah rumusan kepada Surah Al-Aa’raf. Pengenalan Surah
Sejarah Arab Mekah dan Yaman: Sejarah lama menyebut bagaimana Kerajaan Saba’ menguasai ekonomi antara Eropah dan Asia dan tempattempat lain. Ini adalah kerana mereka ada pelabuhan yang maju yang memberikan mereka kekuatan, kekayaan dan kuasa politik yang besar pada waktu mereka di kemuncak tamadun mereka. Akan tetapi, telah berlaku satu banjir besar yang melanda mereka pada 450-451 SM yang menyebabkan tamadun mereka musnah. Jadi penduduk Yaman perlu mencari tempat baru untuk tinggal dan membina tamadun yang baru pula. Mereka telah merantau dan tinggal di tempattempat lain. Antara tempat yang mereka pergi berhijrah adalah ke Yathrib (nama lama Madinah). Ini bermakna Suku ‘Aws and Khazraj asalnya adalah orang Yaman yang berpindah ke sana. Dan selain dari itu, ada orang dari Yaman yang bermastautin berdekatan dengan Telaga Zamzam selepas ianya dijumpai oleh Hajar dan Nabi Ismail a.s. Nabi Ismail telah membesar bersama mereka dan berkahwin dengan keturunan mereka. Keturunan Nabi Ismail a.s. telah membiak di Hijaz. Ada seorang lelaki yang bernama Uthayb bin Kalaam/ digelar al Mujammi’ [lahir sekitar 400 SM] yang telah menggabung seluruh penduduk Hijaz dan menjadikan Makkah sebagai satu negeri. Dan akhirnya penduduk Makkah telah membesar. Beliau sendiri ada tiga anak. Yang paling terkenal diantara anak-anaknya itu adalah Abd al Manaf, dan Abd al Manaf ada 4 anak lelaki: Hashim, Mu’tallib, Abdul Shams and Nawfal. Latar Belakang Srrah
Hashim lahir pada tahun 464 SM. Dan seperti kita telah sebut, itu adalah zaman selepas banjir besar yang melanda Yaman. Hashim telah nampak peluang untuk mereka mengambil alih kekuatan ekonomi yang dipegang oleh Yaman dulu. Jadi beliau telah mengadakan perhubungan ekonomi dengan negeri-negeri berhampiran. Beliau telah pergi ke Sham (Syria) dan berjumpa dengan Raja Arab di Ghassan. Beliau juga telah menghantar adik beradiknya untuk mengadakan perhubungan ekonomi dengan negara-negara lain juga. Ini telah menjadikan Makkah sebagai pusat ekonomi pula. Ini dapat dilakukan kerana Makkah berada di tengah-tengah antara negaranegara yang bertamadun waktu itu. Dan Makkah memang sudah terkenal kerana ada Ka’bah (Makkah sudah menjadi pusat agama pun waktu itu). Dan sekarang ia mula menjadi pusat ekonomi pula. Dan perkara ini disentuh di dalam Surah Quraysh tentang bagaimana mereka mengadakan perjalanan perniagaan ke tempat lain. Hashim ada seorang anak bernama Abdul Mu’tallib (457 SM) – dan kita pun tahu yang salah seorang anaknya bernama Abdullah – bapa kepada Nabi Muhammad SAW. Dalam masa yang sama, kerajaan yang paling besar waktu itu adalah Kerajaan Rom. 300 tahun selepas Nabi Isa diangkat, Rom menguasai Eropah, Asia Barat, Turki, Mesir, Habashah dan sebahagian dari Yaman. Pada satu waktu, Yaman telah memeluk agama Yahudi dan mereka telah menindas golongan Kristian di Yaman. Ada yang mengatakan inilah kisah yang disebut dalam Surah Burooj.
Melihat penindasan yang dilakukan itu, Habashah telah menghantar tentera ke Yaman dan menaklukinya. Seorang raja yang beragama Kristian telah dilantik tapi selepas itu telah berlaku perebutan kuasa. Abrahah telah merampas kuasa dari Raja itu tapi beliau bijak kerana terus mengadakan hubungan rapat dengan Habashah. Beliau bijak dengan mengatakan bahawa tujuan beliau merampas kuasa adalah untuk kebaikan penduduk Yaman. Maka kedudukannya selamat. Setelah mengambilalih kuasa, Abrahah mahu menguatkan semula kedudukan Yaman di mata dunia dan mengembalikan kekuatan dan kekayaan yang mereka pernah miliki sebelum kejadian banjir itu. Beliau mengingatkan bagaimana mereka dulu hebat, tapi kerana banjir, mereka telah jadi lemah dan kekuatan ekonomi telah diambilalih oleh Quraish Makkah. Antara usaha yang cuba dilakukan oleh Abrahah adalah membina satu bangunan hebat yang dinamakan al Qullays – dengan tujuan sebagai Pusat Agama Kristian. Ia adalah satu gereja yang hebat. Ianya dibina dengan cantik dan Abrahah berharap supaya ianya lebih hebat lagi dari Ka’bah. Tapi tentulah dia tidak berjaya. Kerana manusia bukan mudah untuk meninggalkan pegangan agama mereka. Abrahah berharap orang akan tinggalkan Ka’bah dan datang melawat Qullays, tapi tidak ada orang datang kerana orang masih lagi memandang Ka’bah sebagai suci.
Oleh kerana tidak puas hati, Abrahah telah menghantar surat ke Habashah mencadangkan supaya Kaabah dihancurkan. Bangsa Arab telah mengetahui niat Abrahah itu dan mereka telah pergi ke Qullays, bukan untuk melawat tapi nak menghina Qullays itu. Sampaikan ada orang Makkah yang telah buang air di Qullays untuk menghinanya. Ini telah menyebabkan Abrahah sangat marah dan ini telah memberi peluang kepadanya untuk betul-betul menyerang Ka’bah. Sekarang dia sudah ada alasan kukuh. Jadi kita kena faham sejarah ini kerana kalau kita tidak faham perkara ini, kita sangka yang dia serang sebab agama, tapi sebenarnya sebab ekonomi asalnya. Dia telah bertolak ke Makkah dengan tenteranya yang seramai antara 12,000 – 60,000 (tidak ada riwayat sahih dengan tepat berapakah bilangan tenteranya). Beliau pergi dengan tentera dari Yaman dan dari Habashah. Dan mereka pergi untuk menyerang Tanah Arab yang tidak mempunyai kekuatan tentera. Di dalam tenteranya itu adalah antara 9 – 13 ekor gajah. Gajah yang paling besar bernama Mahmood. Dalam perjalanan mereka ke Mekah, mereka telah melalui Ta’if. Penduduk Ta’if telah berunding dengan Abrahah untuk membantu tenteranya itu supaya mereka tidak diserang. Kenapa pula Taif sanggup membantu tentera Abrahah sedangkan mereka tahu yang Abrahah dalam perjalanan menyerang Ka’bah yang suci itu?
Ini adalah kerana berhala mereka yang utama adalah Laat dan ianya berada di Taif. Ini berlainan dengan penduduk Tanah Arab yang lain yang meletak berhala mereka di Mekah (Ka’bah). Jadi Taif tidak takut kalau Ka’bah diserang kerana berhala mereka tidak akan dimusnahkan. Tidak ada suku lain yang membantu tentera Abrahah kerana mereka ada berhala mereka berdekatan Ka’bah. Seorang lelaki yang bernama Abu Righal dari Taif itu telah diarahkan untuk membantu menjadi penunjuk arah kepada tentera Abrahah untuk sampai ke Mekah. Mereka perlukan penunjuk arah kerana jalan ke Mekah payah untuk dilalui oleh mereka yang tidak biasa. Akan tetapi, Abu Righal telah mati di tengah perjalanan. Kuburnya menjadi tempat yang dikutuk kerana mereka melihat beliau sebagai pembelot dan orang Arab meludah kuburnya itu. Tentera Abrahah sampai ke Mekah dalam bulan Muharram Tahun Gajah itu. Kisah selanjutnya kita akan sebut dalam perbahasan Surah Al-Feel nanti. Allahu a ’lam. Sambung ke ayat 1 Surah al-Feel. Kemaskini: 26 September 2019 (Celik Tafsir) Rujukan: Nouman Ali Khan
Q S 1 0 5 : 1 يِل ف صحاِب ال َأ ِب ُّبَك َر َع َل َف يَف َك َر َت م َل َأ ( B A L A S A N D A R I A L L A H ) Dalam ayat 1 ini, Allah menceritakan bagaimana bahayanya Hubb Dunya (Penyakit Cinta Dunia). Ia boleh menyebabkan azab di dunia lagi. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? i.e., the army under the command of Abrahah alAshram which was accompanied by a huge elephant and came with the intention of destroying the Ka‘bah at Makkah.
َر Kalimat َلم َت أ” – َTidakkah engkau melihat/memperhatikan?” Kalimah ini ditujukan kepada seorang, bukan ramai orang. Oleh itu, ulama tafsir berbahas siapakah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini? Adakah ianya ditujukan kepada Rasulullah atau kepada orang lain? Ada dalil untuk keduaduanya sekali. 1 – Kalau dikatakan untuk orang lain, boleh lihat pada ayat al-Isra’ :23 di mana Allah berfirman: ا ًن ا َس ْح ِن ِإ َد ْي ِل ا َو ِباْل ُه َو ا َّي وْا ِإ َّال ِإ ُد ُب َت ْع ُّبَك َأ َّال َض ى َر َق َو Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau jangan menyembah selain Dia dan hendaklah engkau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Di dalam ayat ini, khitabnya juga kepada seorang lelaki, akan tetapi kita pun tahu yang ibubapa Rasulullah sudah tiada semasa baginda menerima wahyu ini. Jadi, walaupun ianya ُّبَك kalimah menggunakan ر) َTuhanmu), tapi ianya tidak ditujukan kepada Rasulullah secara khusus. Dan kita pun tahu bahawa kejadian serangan Tentera Bergajah ini datang sebelum Nabi Muhammad lahir lagi, jadi baginda tentu tidak dapat melihat kejadian itu sendiri. Jadi, mungkin ayat ini diberikan kepada mereka yang memang pernah melihat kejadian itu dengan mata mereka sendiri kerana mereka sudah lahir waktu itu dan masih hidup semasa ayat ini diturunkan.
2 – Boleh juga dikatakan yang ayat ini ditujukan kepada Rasulullah. Memang baginda tidak melihat kejadian ini dengan mata baginda tapi Allah hanya memberi isyarat sahaja. Maksudnya: tidakkah kamu mendengar? tidakkah kamu memikirkan tentang kejadian itu? Ini adalah kerana kisah ini tentu telah sampai kepada baginda. Kisah ini adalah kisah yang masyhur di kalangan bangsa Arab sampaikan mereka mengabadikannya sebagai ‘Tahun Gajah’. Mereka tidak ada kalender seperti kita maka mereka akan menggunakan kejadian yang terkenal sebagai peringatan kepada sesuatu tahun itu. Jadi untuk mengingati kejadian tentera bergajah itu, tahun itu dikenali sebagai ‘Tahun Gajah’. Jadi, tentu Rasulullah sudah tahu tentang kejadian itu dan Allah mengingatkan baginda tentang kisah kejadian itu. Boleh jadi juga, Allah hendak mengingatkan kepada Rasulullah – tidakkah kamu takjub dengan kejadian itu, bagaimana Allah telah bertindak kepada Tentera Bergajah itu? Ini adalah kerana apabila digunakan kalimah فَكيَ (bagaimana), ia adalah kalimah ta’jub. Peristiwa yang terjadi itu memang menakjubkan kerana bilangan tentera Abrahah itu amat besar malah lebih ramai lagi dari bilangan keseluruhan penduduk Mekah waktu itu. Malah mereka ada gajah-gajah yang besar – tapi mereka telah dimusnahkan. Mereka bukan dibunuh oleh penduduk Mekah pun – oleh itu penduduk Mekah itu boleh dikatakan menang tanpa angkat senjata pun. Ini menunjukkan yang Allahlah yang mempertahankan keamanan di Kota Mekah itu. Allah tidak perlukan sesiapa pun untuk membantuNya untuk menghancurkan tentera Abrahah itu. Itu semua adalah atas Qadr Allah taala.
Apabila digunakan kalimah فَكي) َbagaimana), ianya lebih kuat lagi kalau dibandingkan dengan kalimah ما) apa). Kerana kalau ditanya: ‘apa’ yang Allah telah lakukan, maka jawapan kepada soalan itu pendek sahaja. Tapi apabila فَكيَ (bagaimana) digunakan, ada lebih banyak maklumat lagi yang akan dimasukkan untuk menjawapnya. Surah ini adalah ancaman kepada mana-mana pemimpin kejam, penindas dan diktator yang hidup dalam mana-mana zaman pun. Kalau mereka mahu menindas orang dan merampas negara mereka atau menghancurkan negara orang lain, mereka kena ingat yang mereka tidak berkuasa penuh. Mungkin mereka ada tentera yang ramai dan kekuatan teknologi ketenteraan yang tinggi, tapi tidak pasti lagi yang mereka akan menang. Dari zaman berzaman sudah begitu. Oleh itu, surah ini terpakai sepanjang masa, bukan untuk kita belajar sejarah yang telah lalu sahaja. Ini dikuatkan lagi dengan kalimah رَ ت) َmelihat) yang digunakan dalam ayat ini. Ianya adalah dalam bentuk present tense, dan apabila present tense yang digunakan, ia memberi isyarat bahawa ianya berterusan. Bukan hanya berlaku pada zaman dahulu sahaja, tapi ia boleh berlaku pada zaman sekarang dan masa hadapan. Ini adalah sebahagian dari ilmu balaghah. lah Penggunaan kalimah رَ ت َjuga amat sesuai digunakan dalam ayat ini, kerana ia boleh digunakan untuk melihat sesuatu yang ada depan mata dan juga boleh digunakan untuk sesuatu yang kita ‘faham’. Sebagai contoh, ada orang yang jelaskan sesuatu perkara dan dengar sahaja, kita kata “baik, saya dah nampak dah sekarang” , walaupun kita tidak nampak dengan mata kita tapi dengan akal kita.
Dan Rasulullah dan kita sendiri pun tidak dapat melihat peristiwa itu tapi kita dapat bayangkan dan kita dapat faham apakah yang terjadi. Dan kita boleh ambil pengajaran dari kisah itu. Dan walaupun kalimah كَبُّ ر َitu asalnya ditujukan kepada Rasulullah, tapi apabila Nabi Muhammad membacakan ayat ini kepada orang lain, ianya juga akan tertuju kepada mereka juga kerana kalimah كَبُّ ر) َTuhanmu) itu akan diulang-ulang kepada setiap pendengar. Kalau kita bayangkan Allah sedang bercakap dengan kita melalui Al-Qur’an ini, maka kita akan ُّبَك baca ر) َTuhanmu) – iaitu merujuk kepada kita yang sedang membaca Al-Qur’an ini. Memang Ka’bah dihormati zaman berzaman sebelum kedatangan Tentera Abrahah pun. Tapi dengan kejadian yang menakjubkan ini, ianya telah menambah rasa hormat manusia kepada Ka’bah. Kerana apa yang terjadi itu menjadi tanda bahawa Allah sendiri menjaga kehormatan dan kesucian Ka’bah. Maka kedudukan Penjaga Kaabah di Mekah itu semakin kukuh. Oleh kerana itu, persoalan yang ditimbulkan kepada pendengar adalah: “engkau sudah lihat bagaimana Allah bertindak terhadap mereka yang hendak merosakkan rumahNya, lalu kenapa kamu tidak mahu beriman dengan Allah?” Orang kafir kena sedar yang kalau mereka menentang kehendak Allah, mereka akan dimusnahkan juga, sebagaimana Allah mampu untuk memusnahkan tentera bergajah itu, Allah tentu boleh memusnahkan mereka. Oleh itu, Musyrikin Mekah diingatkan dalam surah ini, kalau mereka berbangga Allah telah menjaga Ka’bah maka mereka kenalah beriman dengan Nabi Muhammad kerana baginda adalah RasulNya. Kalau Allah memelihara RumahNya, tidakkah kamu boleh agak yang Allah akan menjaga RasulNya?
َلم Kalimah َأ (tidakkah?) adalah dalam bentuk soalan. Apakah kelebihan kalimah ini dalam bentuk soalan? Ianya memberi penekanan kepada sesuatu perkara. Kadang-kadang kita tanya, bukanlah hendak tahu, tapi kerana hendak menekankan. Sebagai contoh, kita tanya seseorang: “Bukan aku dah beritahu dulu?”. Kita bukan nak tanya tapi nak ingatkan dia balik bahawa kita dulu sudah pernah tolong dia. Ianya mengingatkan kepada mereka tentang jasa kita kepada mereka. Jadi, bila Allah tanya dalam ayat ini, ianya kerana Allah hendak menekankan kejadian itu kepada pendengar AlQur’an ini. Allah hendak mengingatkan kepada golongan musyrikin, mereka kenalah ingat kepada segala jasa yang Allah telah berikan mereka; dan kalau mereka degil dan tidak mahu juga untuk taat, mereka mungkin akan dikenakan dengan azab yang telah dikenakan kepada tentera Abrahah. Kita kena ingat juga yang soalan ini untuk Nabi Muhammad. Kepada baginda, Allah hendak mengingatkan baginda bagaimana Allah telah menyelamatkan Ka’bah itu. Dan Allah hendak memberitahu baginda yang Allah juga akan memelihara baginda. Sebagaimana Allah telah menjaga Ka’bah, Allah juga akan menjaga baginda. Kalimah لِالفي bermaksud ‘gajah’ dan ianya dalam bentuk mufrad (satu). Kenapa Allah gunakan mufrad sedangkan telah disebut yang gajah di dalam tentera itu adalah antara 9 ke 13 ekor? Kenapa Allah tidak gunakan kalimah أفيال) jamak untuk gajah)? 1 – Kerana tentera itu dikenali dengan seekor gajah yang paling terkenal iaitu yang bernama Mahmood. Jadi apabila dikatakan لِالفي itu, ia merujuk kepada Mahmood.
2 – لِالفي walaupun dalam bentuk mufrad, tapi ia juga boleh merujuk kepada isim jama’ (satu perkataan merujuk kepada semua). Oleh itu, لِالفي بِأصحا َbermaksud mereka yang berkaitan yang ص ح ب daripadaَ أصحاِب Kalimah. gajah dengan bermaksud sahabat. Mereka tidak dikatakan sebagai ارباب الفيل) tuan gajah) atau الفيل امالك) pemilik gajah) sebaliknya َأصحاِب الفيِل mereka gelar Allah (sahabat gajah). Kenapa begitu agaknya? Kalimah بِأصحا َdigunakan untuk mengaitkan seseorang dengan satu golongan. Apabila Allah mengaitkan mereka dengan gajah, itu adalah isyarat Allah menghina mereka kerana mengaitkan mereka dengan binatang. Binatang tidak mempunyai akal dan kefahaman. Selalunya kita dikatakan bersahabat dengan orang yang lebih tinggi dari kita. Sebab itu para sahabat Nabi digelar ‘sahabah’ kerana mereka di bawah Nabi dan dikaitkan dengan Nabi. Itu adalah satu penghormatan kepada mereka kerana dikaitkan dengan Rasulullah. Tapi bagaimana pula kalau dikaitkan dengan binatang seperti gajah, tidakkah itu menghinakan? Tentu sekali! Mereka ini seperti firman Allah dalam A’raf:179 ِبهاۚ َن عو َم َيس ال ٌن م آذا ُه َل َو ِبها َن بِصرو ُي ال ٌن ُي م َأع ُه َل َو ِبها َن َي ف َق هو ال ٌب لو ُق م ُه َل ُّل َض م َأ َبل ُه عاِم ن ِئَك اَك َأل ُأوٰل mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah) Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.
Dan mereka memang lebih teruk dari gajah-gajah itu pun. Bukankah kita pernah dengar yang gajah itu tidak mahu bergerak ke arah Ka’bah? Apabila dihadapkan wajahnya ke arah Mekah, dia tidak mahu bergerak kerana gajah itu sendiri taat kepada Allah tidak sanggup untuk memusnahkan Rumah Allah.
Apabila Abrahah sampai berdekatan Makkah, dia telah berjumpa dengan Abdul Mu’tallib (datuk Rasulullah), dan Abdul Mu’tallib telah cuba untuk berbincang dengan Abrahah. Beliau telah menawarkan tanah Tahamah, dan akan diberikan 1/3 dari pulangan hasil dari Tahamah itu. Tetapi Abrahah sombong tidak mahu menerima tawaran itu. Dia tidak mahu berdamai dan dia mahu menunjukkan kekuatan tenteranya. Akhirnya Abdul Mu’tallib cuma minta dikembalikan untanya sahaja kerana Abrahah telah merampas untanya yang berada di Mekah. Abdul Muttalib hanya minta, agar semua untanya yang telah dirampasnya dikembalikan kepadanya. Mendengar permintaan itu, Abrahah menjadi hairan dan berkata: “Kami datang untuk meruntuhkan Ka’bah, kenapa engkau hanya membicarakan tentang dua ratus ekor unta saja, sedangkan agama dan Ka’bah yang engkau puja itu engkau lupakan?” Abdul Muttalib menjawab: “Saya ini hanya tuannya untaunta itu, adapun Ka’bah itu ada tuannya sendiri yang akan memeliharanya.” “Kalau begitu engkau tidak akan menghalang saya?” tanya Abrahah pula. “Itu adalah urusan tuan dengan tuan Ka’bah itu sendiri, ” jawab Abdul Muttalib pula. Sambungan Sejarah
Apabila tentera yang dihantar kalah di seberang, negara asalnya akan marah dan selalunya mereka akan menghantar tentera lagi untuk menyerang mereka yang membunuh tentera mereka, bukan? Akan tetapi, Abrahah tidak mati di Mekah. Beliau masih hidup lagi dan berjaya untuk pulang ke Yaman walaupun telah tercedera teruk. Mereka mati kerana telah dihujani dengan Batu Sijjeel dan kulit Abrahah telah mengelupas dan kulitnya terbakar teruk dan dagingnya membusuk. Begitulah cara dia mati akhirnya. Jadi apabila dia pulang ke Yaman, rakyatnya melihat keadaannya dan tidak berani untuk balas dendam. Mereka takut kalau mereka sendiri jadi begitu. Begitu hebat sekali Allah rancang supaya mereka tidak datang lagi ke Mekah. Kalau Abrahah mati di Mekah, mungkin orang Yaman dan orang Habashah akan hantar lagi tentera untuk menyerang Mekah untuk balas dendam. Kejadian ini juga adalah salah satu dari isyarat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Kerana ianya berlaku pada tahun kelahiran baginda. Kita pun tahu ada riwayat tentang irhas yang berlaku kepada Nabi. Irhas adalah perkara pelik yang berlaku kepada seorang Nabi sebelum baginda dilantik menjadi Nabi lagi. Sebagai contoh, ada riwayat bagaimana ada awan yang menaungi Nabi semasa baginda bermusafir dalam perniagaan. َعَل Kalimah ف َbermaksud ‘telah melakukan’. Dalam bahasa Arab, ia mungkin membawa maksud: 1 – perbuatan. 2 – pergerakan 3 – sesuatu yang terjadi
Ia bermaksud sesuatu yang memang benar-benar terjadi. Kalimah عمل juga mungkin boleh digunakan tapi tidak digunakan dalam ayat ini. Kerana عمل adalah perbuatan yang dilakukan yang memerlukan usaha. Tapi apa sahaja perbuatan Allah amat mudah bagiNya dan tidak memerlukan usaha langsung. Maka Allah gunakan kalimah فعل sahaja dalam ayat ini. Ia memberi gambaran yang mudah sahaja Allah lakukan apa yang Dia telah lakukan. Dalam ayat ini, Allah menggunakan kalimah كَبُّ َر (Tuhanmu). Dia tidak menggunakan NamaNya ‘Allah’. Nama Allah merujuk kepada Allah dengan segala SifatsifatNya. Tapi kalimah Rabb adalah salah satu dari Sifat Allah. Asal Rabb adalah ‘tuan’ dan apabila ada tuan, tentu ada hambanya. Allah gunakan kalimah Rabb dalam ayat ini untuk menekankan bahawa kita semua adalah hambaNya. Dalam surah seterusnya nanti (Surah Quraish), Allah لَيعُبدوا َرَّب ٰهَذا الَبيِت :berfirman َف (Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka’bah). Dalam ayat ini, Allah sekali lagi menggunakan kalimah ‘Rabb’. Allah mengatakan yang Dia adalah Tuhan kepada Ka’bah dan dalam Surah al-Feel ini Allah menggunakan ُّبَك kalimah ر َdi mana ك adalah dhomir kepada Nabi Muhammad SAW. Allah hendak memberi isyarat, kalau Dia Tuhan kepada Ka’bah, Dia telah menyelamatkan Ka’bah dan Dia juga Tuhan kepada Nabi Muhammad, maka pasti Dia akan menyelamatkan baginda juga. Allah memberitahu yang Dia berpihak kepada baginda dan Dia akan memusnahkan mereka yang menghalang baginda sebagaimana Dia telah memusnahkan Tentera Bergajah itu. Ini menjadi isyarat dan bukti yang Nabi Muhammad SAW dan Islam akan berjaya dan baginda akan membersihkan Ka’bah dari berhala yang di sekelilingnya waktu itu.
Dengan menggunakan kalimah كَبُّ ر َjuga memberi isyarat yang Allah amat murka dengan mereka yang memuja dan bertawasul kepada selain dariNya. Allah mengingatkan mereka bahawa Dia adalah Tuhan dan alangkah teruknya Musyrikin Mekah itu kerana sanggup menyembah dan bertawasul kepada selainNya, dan berdekatan dengan rumahNya! Jadi kalimah Rabb ini digunakan untuk menyangkal fahaman syirik Musyrikin Mekah itu. Kita pun sudah tahu bahawa Musyrikin Mekah itu telah mengamalkan syirik yang jauh dari Islam. Mereka itu dari segi akidah lebih teruk dari Abrahah yang datang menyerang mereka. Tapi Allah musnahkan tentera Abrahah dan menyelamatkan negeri mereka. Kenapa Allah tidak musnahkan juga Musyrikin Mekah itu? Ini adalah kerana Abrahah hendak memusnahkan Ka’bah maka Allah musnahkan mereka semasa dia dan tenteranya di dunia lagi. Tapi Musyrikin Mekah yang tidak taat kepada Allah itu, Allah akan musnahkan mereka di akhirat kelak. Kerana Ka’bah itu adalah hak manusia – Allah bina Ka’bah itu sebagai syiar agama Islam dan Tauhid adalah hak Allah. Apabila mereka hendak memusnahkan hak manusia, Allah musnahkan mereka di dunia dan Musyrikin Mekah yang memusnahkan hak Allah itu, Allah akan musnahkan mereka di akhirat nanti. Tentera Bergajah Abrahah itu telah dihancurkan di satu tempat yang bernama Wadi Muhassir. Mereka hendak menyerang Ka’bah tapi tak sempat nak sampai ke Ka’bah. Ianya terletak di antara Mina dan Muzdalifah dan umat Islam yang mengerjakan Haji akan melalui kawasan ini dan disunatkan untuk mempercepatkan perjalanan supaya tidak berada lama di kawasan ini. Ini adalah kerana azab telah pernah turun di kawasan ini dan tidak digalakkan berada lama, kalau terpaksa lalu. Kalau boleh, jangan lalu pun.
Wadi Muhassir Peta kedudukan Wadi Muhassir Allahu a ’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. Kemaskini: 27 September 2019 Rujukan: Maulana Hadi Nouman Ali Khan
Q S 1 0 5 : 2 ضليٍل َت ي ف م َد ُه ي َيجَع ل َك م َل َأ ( R A N C A N G A N A B R A H A H G A G A L ) Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Did He not make their plan into waste?
Ini adalah kali kedua kalimah لمَ َأ (tidakkah?) digunakan dalam surah ini. Seperti kita telah sebut sebelum ini, َلم kalimah َأ ini adalah dalam bentuk soalan retorik. Maknanya Allah hendak mengingatkan jasa yang telah dilakukanNya. Kalimah علَيج َdalam bentuk present tense. Sedangkan kisah yang sedang dibincangkan ini telah berlaku lama dahulu. Jadi kenapa Allah gunakan present tense dalam ayat ini? Apabila present tense digunakan untuk perkara yang telah berlaku, ini memberi isyarat yang perkara itu akan terus berlaku zaman berzaman. Maknanya, bukan Tentera Abrahah sahaja yang Allah siasiakan usaha mereka, tapi Allah boleh buat lagi pada orang-orang lain selepasnya dan di masa hadapan. Kepada mereka yang hendak merosakkan syiar Allah SWT, Allah boleh sia-siakan usaha mereka. Walau bagaimana pun usaha mereka, tidak memberi kesan sama sekali kalau Allah tidak benarkan ia terjadi. Mereka akan buang masa sahaja. Kalimah علَيج َdari kalimah جعل) menjadikan). Ianya tidak sama dengan kalimah لَعَف َyang digunakan dalam ayat 1. Apabila digunakan kalimah جعل ,ia bermaksud mengambil sesuatu yang telah ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang lain. Maknanya Allah biarkan mereka buat rancangan, buat persediaan, mungkin berlatih, kemudian ambil masa untuk bergerak dari Yaman ke Mekah, dan mula untuk ambil tindakan, tapi Allah ubah (جعل (rancangan mereka itu jadi benda lain – jadi sesuatu yang sia-sia sahaja tidak menjadi.
Allah tidak hancurkan rancangan mereka itu dari mula, tapi Allah biarkan mereka buang masa dalam usaha mereka. Allah main-mainkan mereka dan akhirnya malukan mereka di hujungnya. Begitulah perumpamaan perbuatan Allah terhadap orang yang jahat. Allah biarkan sahaja mereka nak buat apa, seolah-olah mereka nampaknya boleh buat apa sahaja. Allah bagi mereka rasa macam mereka terbuka untuk buat apa yang mereka hendak buat. Begitulah perumpamaan Allah kenakan kepada tentera Abrahah itu. Ini seperti yang Allah telah sebut dalam Baqarah:15. َن هو َم ع َي ياِنِهم ُط غ م في ُه ُّد ِبِهم َو َيُم ُئ ه ِز ُه َيسَت الَّل Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka. Allah biarkan sahaja tentera Abrahah itu datang ke Mekah dan apabila sudah ada di depan Ka’bah, barulah mereka itu dimusnahkan. Bukanlah Allah tidak boleh musnahkan mereka dari mula lagi tapi Allah nak beri mereka buat perkara yang salah itu, dan nanti Allah akan seksa mereka dengan azab yang berat di akhirat kelak lagi. Kalimah دَكي َdalam همُدَكي) َrancangan mereka) itu lebih kurang maknanya dengan kalimah مكر) – rancangan untuk mencederakan seseorang). Tapi bezanya, دَكي َdigunakan untuk rancangan yang rahsia, seperti rancangan perang yang tidak diberitahu kepada ramai orang dan dilakukan secara sembunyi supaya rahsia tidak pecah. Sedangkan kalau مكر digunakan, ia melibatkan penipuan dalam rancangan itu.
Akan tetapi, bagaimana pula دَكي َdikatakan rancangan yang rahsia sedangkan apa yang tentera Abrahah itu lakukan jelas pada semua orang? Abrahah datang siang hari dan semua orang boleh tengok kedatangan mereka itu. Ada beberapa pendapat ulama’ tentang perkara ini: 1 – Dikatakan rahsia itu adalah niat dalam hati mereka – mereka sebenarnya benci sangat kepada penduduk Mekah sampaikan hendak memusnahkan Ka’bah yang mereka muliakan. Beginilah juga perasaan orang kafir terhadap orang Islam dulu dan sekarang (bukan nak kata yang Musyrikin Mekah itu orang Islam, tapi sebagai perbandingan). Kadang-kadang orang kafir itu nampak baik sahaja di hadapan orang Islam tapi di belakang, mereka buat perancangan untuk memusnahkan kita. Sebab itulah Allah nasihatkan kita untuk berhati-hati seperti firmanNya dalam Ali Imran:118 م ُّت ِن َع َو ّد وا ما ألوَنُكم َخ بااًل َي دوِنُكم ال ن َنًة ِم ِخ ذوا ِبطا وا ال َت َّت َم ن آ َن ا اَّلذي َه ُّي ا َأ ي َبُر م َأك ُه ُر دو ُص ُت خ ف ي ما ف واِهِهم َو َأ ن ِم ُء َب غ ضا َبَد ِت ال َق د Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. 2 – Abrahah menyembunyikan niatnya dalam menyerang Mekah itu. Dia menggunakan semangat keagamaan untuk membangkitkan semangat rakyat dan tenteranya untuk menyerang.
Tapi sebenarnya, seperti kita telah jelaskan dalam pengenalan surah ini, tujuan sebenar Abrahah adalah kerana ekonomi. Dia hendak menaikkan kembali kekuatan ekonomi Yaman dan dia nampak caranya adalah dengan menjatuhkan kuasa ekonomi waktu itu, Mekah. Dia cuma gunakan agama sahaja untuk mendapatkan sokongan dari rakyatnya. Memang dari dulu sampai sekarang manusia salahgunakan agama. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh kumpulan seperti ISIS yang menggunakan nama agama Islam untuk membunuh orang lain. Dan begitulah juga dengan tentangan Quraish terhadap dakwah tauhid Nabi Muhammad SAW. Mereka dengan kerasnya menolak dan mengutuk ajaran baginda yang dikatakan baru, sesat dan sebagainya. Tapi kenapa agaknya baginda tidak dapat diterima? Pemimpin Musyrikin Mekah bukan kisah dengan agama pun sebenarnya. Yang mereka kisah adalah harta dan pengaruh. Pada mereka, kalau ajaran tauhid ini dibenarkan, maka orang Arab sudah tidak datang lagi ke Ka’bah kerana semua berhala sudah tiada. Selama ini, ramai yang datang ke Mekah dan menguatkan ekonomi mereka adalah kerana mereka ada berhala masyarakat Arab dan mereka senang untuk berdagang ke tempat-tempat lain kerana kedudukan mereka sebagai penjaga Ka’bah itu. Maknanya, sebab asal Rasulullah ditolak oleh mereka adalah kerana ekonomi dan kedudukan yang dikejar-kejar oleh pemuka Quraish itu. Oleh itu, sebab rahsia dalam hati Abrahah adalah untuk merampas kuasa ekonomi dari Quraish Mekah dan beliau menggunakan agama Kristian sebagai pemangkin semangat rakyatnya. Dia kata orang Mekah itu adalah sesat dan mereka kena tawan Mekah dan musnahkan tempat ibadat orang Mekah itu.
Kalimah لٍتضلي َdari ضالل yang bermaksud ‘musnah’ , ‘siasia’. Ianya sesuatu yang rosak sampai tidak boleh dipakai lagi. Kalimah لٍتضلي َini adalah dalam wazan يلْعِفْت َyang memberi isyarat pengulangan di dalamnya. Maknanya, bukan sekali sahaja Allah menjadikan rancangan orang kafir itu sia-sia, tapi banyak kali. Rancangan Abrahah juga berulang-ulang kali gagal. – Abrahah bina al-Qullays supaya ramai orang datang ziarah, tapi tidak menjadi. – Qullays itu telah diletakkan dengan najis oleh orang Mekah kerana marah sangat. – Mereka bergerak ke Mekah untuk memusnahkan Ka’bah tapi rancangan mereka digagalkan. Allah gunakan kalimah في) di dalam) dalam ayat ini. Allah tidak kata Dia jadikan rancangan mereka sia-sia, tapi Allah kata: ‘dalam’ kesiaan. Allah nak suruh kita bayangkan seolaholah rancangan mereka itu macam sampah yang dibuang ke dalam tempat buang sampah. Allah gunakan kalimah في supaya kita dapat bayangkan dalam bentuk imageri. Allahu a ’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. Kemaskini: 27 September 2019 Rujukan: Maulana Hadi Nouman Ali Khan
Q S 1 0 5 : 3 - 5 يَل ب ا ب ا َأ ًر ي َط َليِهم َس َل َع َأر َو ( H U J A N B A T U ) Bukan sahaja usaha Tentera Abrahah itu sia-sia, malah mereka sendiri dihancurkan. And He sent against them birds in flocks, Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, Q S 1 0 5 : 3
Selepas Abdul Muthalib (datuk Rasulullah) berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan Ka’bah, dia nampak burung yang berbondong-bondong datang dari arah Yaman (yang menariknya, tentera Abrahah itu dari Yaman dan Allah hantar burung dari sana juga). Abdul Muthalib kata dia tidak pernah lihat burung jenis itu. Setiap burung bawa tiga batu, setiap satu pada kakinya dan satu lagi pada paruhnya. Batu-batu pada burung-burung itu dilepaskan kepada tentera Abrahah itu dan apabila ia mengenai kepada mangsanya, ia menembusi tubuh orang itu dan keluar dari sebelah lain. Begitulah hebatnya balingan batu itu. Burung-burung itu dikatakan bukan satu jenis sahaja tapi campuran berjenis-jenis spesis. Ada juga yang mengatakan burung-burung itu bukan datang dari satu arah sahaja tapi dari banyak arah dan bergabung di Mekah itu. Mereka datang dengan banyak sekali. Banyaknya mereka itu sampaikan mereka menutupi cahaya matahari dan bumi Mekah waktu itu jadi gelap. Kisah yang sampai kepada keturunan zaman berzaman adalah banyak kerana orang Arab tidak ada TV, jadi pengisi masa lapang mereka adalah kisah-kisah sebegini, maka tentulah ada banyak kisah tentang kejadian ini yang disampaikan dari zaman berzaman. Allah sampaikan kisah ini kepada kita kerana Allah mahu kita bayangkan bagaimana (فَكي (َAllah lakukan terhadap mereka. Allah suruh kita fikirkan dan bayangkan bagaimana boleh terjadi perkara begitu kalau bukan kerana qudrat Allah? Ianya bukanlah perkara biasa kalau burung yang kecil itu dapat memusnahkan tentera bergajah yang besar itu.
Bukankah gajah-gajah itu besar dan kuat dan besar? Tapi untuk hancurkan mereka, Allah لَسَر َأ (utuskan/hantar) burung-burung yang kecil sahaja. Ini yang Allah suruh kita fikirkan. Iaitu Allah boleh buat apa sahaja yang dikehendakinya walaupun ianya berlawanan dengan logik akal kita. Kenapa Allah gunakan kalimah همِي لَع) َke atas mereka) dan bukan إليهم) kepada mereka)? Ini adalah salah satu dari ilmu balaghah yang sepatutnya kita ketahui. Kalau Allah gunakan kalimah عىل ,Allah hendak menunjukkan kekuasaan Allah atas makhluk dan Allah boleh buat apa sahaja ke atas mereka. Kerana itulah kalau dalam ayat yang menyebut tentang musibah dan azab, Allah akan gunakan عىل dan .إىل bukan Memang عىل dan إىل tidak sama dan kalau dalam bahasa Melayu, tak akan nampak perkara itu. Tetapi penggunaan yang berbeza ini banyak digunakan dalam Al-Qur’an dan ini adalah sebahagian dari balaghah. Oleh itu kena belajar baru tahu. Sebagaimana yang Allah gunakan dalam Mu’minoon:77 َع ذاٍب َش ديٍد ا ذا ًب ا َليِهم ب َع ا ن َتح َف ِإذا ٰى َح ّت Hingga apabila Kami bukakan atas mereka suatu pintu tempat azab yang amat sangat Tambahan pula, Allah hendak memberi isyarat yang Allah berada di atas langit dan azab itu dariNya.
Akan tetapi, apabila perkara yang diberi itu adalah nikmat, Allah akan gunakan kalimah إىل sebagai contoh apabila Allah berikan Rasul kepada sesuatu kaum. Seperti yang Allah gunakan dalam Ghafir:24 ٌب َّذ ا َك ٌر اِح َس وا ُل َق ا َف َن و ُر َقا َو َن ا َم ا َو َه َن َع ْو ْر ِإ َلى ِف kepada Fir’aun, Haman dan Qarun; maka mereka berkata: “(Ia) adalah seorang ahli sihir yang pendusta”. Allah telah berikan nikmat wahyu dan Rasul kepada Firaun dan kuncu-kuncunya. Cuma mereka sahaja yang tidak mahu menerima nikmat itu. ًرا Kalimah طي َadalah dalam bentuk isim jamak. Ianya merujuk kepada segala jenis burung. Kalau digunakan kalimah طيور ,ia bermaksud jamak juga, tapi satu jenis burung sahaja. Apabila ada tanwin pada kalimah راً طي ,َia menambah lagi maksud bahawa ada banyak jenis burung. Apabila digunakan kalimah لَبابي َأ , ia bermaksud burungburung itu di dalam gerombolan yang besar. Mereka datang berbondong-bondong. Oleh itu, kalimah لَبابي َأ ًرا َطي bermaksud burung-burung yang sangat banyak, berbagai jenis. Jadi bukannya ada satu jenis burung yang bernama ‘Abaabil’. Tidak ada spesis burung itu dalam dunia. Dari apa yang kita telah belajar ini, kita dapat rasakan bagaimana surah ini adalah hadiah kepada Rasulullah. Allah telah berikan hadiah kepada baginda sebelum baginda dilahirkan lagi (Nabi lahir pada tahun gajah ini juga, tapi sebelum kejadian). Allah telah mempertahankan Kota Mekah itu, dan Allah mempertahankan Ka’bah itu dari kemusnahan.
Dan begitulah nanti Allah akan memenangkan baginda ke atas Mekah itu di mana baginda akan membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala di sekelilingnya. Kita dapat tahu yang Allah lakukan perkara ini kerana Allah sebut dalam ayat ُّبَك :pertama telah’ Tuhanmu ‘bagaimanaَ (كيَف َفَعَل َر lakukan) di mana Allah kata Tuhan’mu’ merujuk kepada baginda. Musyrikin Mekah itu mungkin sangka yang Allah selamatkan Ka’bah itu untuk mereka tapi tidaklah Allah buat begitu kerana mereka itu tidak layak untuk mendapat kehormatan itu kerana mereka mengamalkan syirik dan kezaliman. Allah sebenarnya menyelamatkan Mekah dan Ka’bah kerana Nabi Muhammad SAW. Allah hendak bangkitkan baginda dari tempat itu.
Q S 1 0 5 : 4 يٍل ّج ِس ن ٍة ِم َر ِحجا رميِهم ِب َت Striking them with stones of hard clay, yang melempari mereka dengan batu dari tanah yang terbakar,
Burung-burung itu melontarkan batu-batu kepada tentera bergajah Abrahah itu. Ini adalah cara yang Allah pilih pada kali ini untuk azab manusia yang engkar. Ada dalam waktu dan tempat lain, Allah gunakan cara yang lain, seperti dalam Ahzab:9, Allah hantar angin dan para malaikat untuk memusnahkan musuhNya. وها َر َلم َت ا ًد و ن َو ُج ا ًح َليِهم ري َع ا ن ل َس َأر َف ٌد و ن ُج ُكم َء ت جا ketika datang kepadamu tentera-tentera, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan tentera yang tidak dapat kamu melihatnya. Kalimah ترمي َdalam همِترمي َitu asalnya adalah dari katadasar ي م ر yang bermaksud ‘membaling’. Dalam ayat ini, kalimah همِترمي َitu dalam bentuk present tense. Kalau Allah menggunakan kalimah present tense untuk kisah yang telah berlaku, ini menunjukkan perkara itu berlaku berulang-ulang. Maksudnya, bukan sekali sahaja batu itu dibaling kepada mereka, tapi berkali-kali. Kalau kalimah past tense رمت yang digunakan, itu memberitahu kita yang burung itu balik sekali sahaja, tapi tidak dalam perkara ini. Mereka dihujani dengan batu-batu itu berkali-kali seperti hujan. Kalimah ترمي َjuga memberi makna yang batu itu dibaling kepada mereka dari jarak yang jauh, ini bukan baling yang biasa. Burung-burung itu melepaskan batu itu dari kedudukan yang tinggi jadi daya tarikan graviti telah meningkatkan kelajuan batu-batu itu. Batu-batu itu sampai menembusi tengkorak mereka dan keluar dari sebelah lain. Juga ia juga bermaksud batu itu dibaling pada individu yang tertentu – tepat kena orang yang telah ditakdirkan akan kena dengan balingan batu itu. Ini sudah macam peluru berpandu yang tepat kena pada sasaran.
Mereka dibaling ةٍرَحجاِب) ِdengan batu). Tapi Allah tidak sebut ‘batu’ sahaja. Allah tambah: لٍي ّج .(Sijjeel dariِ (من ِس يٍل Kalimah ّج س ِasalnya dari bahasa Parsi yang dimasukkan ke dalam bahasa Arab. Ianya merujuk kepada batu yang terjadi dari tanah yang terbentuk kerana basah, kemudian tanah itu dibakar dengan sinaran cahaya matahari. Asalnya dari tanah sahaja, tapi benda yang asalnya lemah tapi Allah jadikan boleh menghancurkan benda yang kuat dan besar. Ada juga yang mengatakan لٍي ّج س ِitu adalah batu dari neraka. Ibn Abbas mengatakan, apabila batu itu kena pada badan tentera Abrahah itu, tubuh mereka akan membengkak terbakar dan membusuk. Ia menjadi wabak yang teruk dan inilah kali pertama wabak sampai ke Mekah. Mereka menjadi mayat yang reput dan busuk. Dari kisah ini kita dapat bayangkan apa yang terjadi kepada mereka. Inilah yang Allah hendak beritahu kepada kita, kerana Allah telah sebut فَكي) َbagaimana) dalam ayat 1 dan kerana itu Allah berikan penerangan yang agak panjang untuk menjelaskannya.
Q S 1 0 5 : 5 أكوٍل َع صٍف َم َك م ُه َل َج َع َف i.e., husks which have been chewed by cattle. This event took place in the year of the Prophet’ s birth. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan
ُهم dalamَ جَعَل Kalimah َجَعَل ف َitu bermaksud mengubah sesuatu dari satu bentuk ke satu bentuk. Sebagai contoh, mengubah pokok kayu menjadi meja. Pokok kayu itu memang sudah ada, cuma dijadikan dalam bentuk yang lain. Ini tidak sama dengan خلق yang bermaksud menjadikan sesuatu dari tidak ada ada kepada ada dan hanya Allah sahaja yang boleh melakukannya. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah memberitahu yang Dia telah menjadikan tentera bergajah yang sepatutnya kuat, tapi Allah jadikan sebagai lemah dan tidak bernilai langsung. Seperti daun-duan kering sahaja. Allah gunakan huruf ك sebagai bandingan. Allah bandingkan mereka dengan suatu benda untuk menjelaskan kepada kita. Allah sebut dengan cara begini supaya kita dapat bayangkan kerana kita tidak ada di sana waktu itu. Allah bandingkan tentera itu dengan فٍعص َyang bermaksud angin bertiup yang menghancurkan daun kering. Atau ia boleh bermaksud bilahbilah dauh yang beterbangan di udara. Kalimah لٍمأكو َpula bermaksud sesuatu yang dimakan. Apabila binatang ternak memakan daun-daun hijau, ada cebisan-cebisan daun itu yang jatuh. Cebisan yang jatuh itu .Arab bahasa dalamَ عصٍف َمأكوٍل dipanggil Begitulah Allah berikan perumpamaan untuk mereka setelah mereka dikenakan dengan hujanan batu Sijjeel itu. Ia juga bermaksud makanan yang hampir hendak dimakan oleh pemburunya. Sebagai contoh, seekor arnab yang hampir diterkam harimau. Arnab itu tidak boleh buat apa lagi waktu itu kerana ia telah terperangkap dan ia tidak dapat melawan harimau itu. Allah bandingkan lemahnya mereka itu seperti arnab yang hampir hendak dimakan oleh harimau. Allah hina mereka dengan kata-kata ini.
Kerana mereka sangka mereka itu kuat dan kerana itu mereka jadi sombong. Tapi kemudian Allah telah musnahkan mereka seperti daun yang dimakan binatang sahaja. Mereka tidak bernilai dan tidak ada kekuatan langsung. Dengan angin sahaja boleh meniup mereka ke sana dan ke mari. Padahal, asalnya mereka itu kononnya kuat. Juga boleh bermaksud Allah beri perumpamaan mereka itu seperti daun yang dimakan oleh ulat. Ini adalah kerana tubuh mereka hancur setelah dihujani dengan batu-batu itu. Begitulah Allah jelaskan kepada kita apa yang terjadi kepada Tentera Bergajah itu. Surah ini begitu indah sekali dan kebanyakan orang Islam sudah hafal pun surah ini. Tambahan pula ianya senang dihafal kerana hujung ayatayatnya berbunyi sama sahaja – لٍي ّج بابيَل, ِس َأ .الفيِل, َتضليٍل, Kecuali pada ayat yang ke 5 yang berakhir dengan kalimah لٍمأكو .َIni adalah kerana kisah apa yang terjadi kepada mereka sudah berakhir dan Allah ubah ritma kepada ritma yang lain. Sekian Allahu a ’lam. Kemaskini: 27 September 2019 Maulana Hadi Nouman Ali Khan Tafsir Ibn Kathir
3 biji batu di rejam tepat sebanyak dua kali Bukan burung yg rejam tetapi Allah SWT yang rejam Mayat tentera hancur dan tidak menyerupai manusia 5 Kebesaran Dalam Surah Ini Allah SWT mmemakbulkan doa Nabi Ibrahim a.s. iaitu berilah keamanan Api dari Abrahah Air dari penduduk Mekah. Burung dari berbagai spesis dan datang dari bergabai arah Rumah pertama di muka bumi ‘ BaitulLah’ BaitulLah simbolik kepada Keamanan Rasul yang sangat di hormati Yang set up kemusnahan Abrahah adalah Tuhan Muhammad Jika kamu tentang Rasul sama akan jadi seperti Abrahah Nabi merasa ketenangan. Allah memberitahu Nabi bukan sekadar berlindung pada-NYA, bahkan memberi rahmat Perancangan untuk memusnahkan Kaabah. Menimbulkan ketakutan Jadikan Gajah sebagai tentera bukan mudah. Raksasa yang asing dan sangat ditakuti oleh Bangsa Arab. Besarnya Persediaan Besarnya Sasaran Besarnya Keajaiban Burung Besarnya Kematian Tentera Bergajah Besarnya Rasul Yang Akan Datang
Akronim A L F I I L Abrahah akan berulang , sikap seperti binatang. Merasa hebat dengan menunjuknunjuk kehebatan. Peristiwa ini bukan sekadar sejarah Lemahnya manusia dengan fitnah harta. Abrahah hendak menukar laluan perdagangan dan memurtadkan penduduk Mekah dari ajaran Nabi Ibrahim a.s Fizikal yang kuat dan besar bukan segalanya. Burung tentera udara begitu juga tentera Pemanah semasa Perang Uhud Ingat doa Nabi Ibrahim Imej visual kisah-kisah al-Quran menyentuh perasaan Laluan kerasulan, manusia yang bakal lahir bukan calang-calang orang beliau adalah Nabi Muhammad SAW.
QS2:125 ْن ِخ ُذوا ِم َّت ا َو ا ْم ًن َأ اِس َو َّن ل ًة ِل َب ا َث َب ْيَت َم ا اْل َن ْل َج َع َوِإْذ َم اِهي َر ْب ِإ ٰى ا ِإ َل َو َع ِه ْد َن ىۖ ًّل َص َم ُم اِهي َر ْب َق اِم ِإ َم َن ي اِك ِف َع اْل َو َن ي لَّط اِئ ِف ِل َي ِت َب ْي ا َر ِّه َط ْن اِعيَل َأ ْس َم َوِإ وِد ُّس ُج َّكِع ال ُّر ال َو Aku Hanya Menyampaikan EllaRossah145 Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan yang sujud".