QS22:6-9
BEZANYA
PANDANGAN
ALLAH TAALA
DAN PANDANGAN MANUSIA
Tadabbur Surah Al-Hajj
20 Ramadan 1443H
QS22:6
Ayat 6: Sebelum ini Allah ceritakan dengan panjang
lebar tentang kejadian manusia. Kenapa Allah beritahu
semua perkara itu?
ِّلُك َو َأَّنُه َع لٰى الَم وتٰى َو َأَّنُه ُيحِيي ٰذ ِلَك ِبَأ َّن اللَه ُه َو الَح ُّق
َش ي ٍء َق ديٌر
Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah
yang haq dan sesungguhnya Dialah yang
menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,
ٰذ ِلَك ِبَأ َّن اللَه ُه َو الَح ُّق
Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah, Dialah
yang haq
Semua yang Allah telah beritahu itu adalah supaya kita
yakin bahawa Allahlah yang berkuasa dan mempunyai
Qudrat untuk menjadikan apa-apa sahaja yang Dia akan
jadikan. Jadi segala perkara yang Allah beritahu tentang
agama dan tentang kebangkitan semula itu adalah
benar. Allah memang boleh lakukan.
َو َأَّنُه ُيحِيي الَم وتٰى
dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala
yang mati
Jadi, apabila Allah beritahu yang Dia akan
menghidupkan segala makhluk yang telah mati itu
apabila bermulanya akhirat, maka itu adalah kebenaran.
Memang Allah boleh buat. Kerana Allah boleh jadikan
manusia dari tidak ada kepada ada, Allah boleh
hidupkan tanah yang gersang dan mati dengan berikan
air hujan, maka Allah boleh sahaja hidupkan makhluk
yang telah mati itu.
َو َأَّنُه َع لٰى ِّلُك َش ي ٍء َق ديٌر
dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu,
Allah boleh jadikan apa-apa sahaja yang Allah
kehendaki. Allah berkuasa penuh dan QudratNya tidak
ada had. Jadi jangan persoalkan sama ada boleh atau
tidak Allah nak hidupkan kembali semua makhluk itu.
Pengajaran
Isim Isyarah ٰذ ِلَكyang membawa maksud sesuatu yang
jauh. Sesuatu yang sukar dilakukan oleh manusia.
َح ُّقTuhan yang Haq, Tuhan yang mampu memberi
segalanya dan mampu melakukan.
ُيحِيي الَم وتٰى
Allah SWT mampu menghidupkan yang mati.
Allah SWT boleh hidupkan semua termasuk dari segi
spiritual, Allah mampu hidupkan semula perasaan yang
kecewa dan memberi harapan. Allah SWT juga mampu
menyelesaikan semua masalah yang ada dalam hati
manusia.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah SWT Maha
berkuasa melakukan , memberi dan mentadbir
segalanya.
QS22:7
ِف ي َم ن اللَه َيبَع ُث ف يها َو َأَّن َر يَب َو َأَّن الّس اَع َة آِتَيٌة اّل
الُق بوِر
dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak
ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah
membangkitkan semua orang di dalam kubur.
َو َأَّن الّس اَع َة آِتَيٌة اّل َر يَب ف يها
dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak
ada keraguan padanya;
Allah mengingatkan tentang kedatangan kiamat yang
pasti akan berlaku. Kerana Allah berkuasa untuk
menjadikannya dan Allah telah berjanji untuk
menjadikannya.
َو َأَّن اللَه َيبَع ُث َم ن ِفي الُق بوِر
Semasa kita dilahirkan Allah mengeluarkan kita dari
perut ibu kita, dan nanti apabila kita dibangkitkan
kembali kita akan dikeluarkan dari perut juga, iaitu
perut bumi.
Kalimah ‘kubur’ itu bukan sahaja bermaksud kubur yang
di tanah itu tetapi di dalam hadis Nabi telah memberi
isyarat bahawa kubur itu adalah alam barzah di mana
Allah akan mengeluarkan manusia dari Alam Barzakh
itu dan dihidupkan kembali.
QS22:8
Ayat 8: Ulangan zajrun dalam ayat 3 surah ini iaitu
tentang mereka yang membantah tanpa ilmu.
َو لا ُه ًد ى َو لا ِبَغ يِر ِع لٍم اللِه ِف ي ُيٰج ِد ُل َم ن الّناِس َِوكِٰتمٍَبن
ُّم نيٍر
Dan di antara manusia ada orang-orang yang
membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan,
tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang
bercahaya,
َو ِم َن الّناِس َم ن ُيٰج ِد ُل ِفي اللِه ِبَغ يِر ِع لٍم َو لا ُه ًد ى
Dan di antara manusia ada orang-orang yang
membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, dan
tanpa petunjuk
Tapi malangnya masih ada lagi manusia yang berbantah
tentang Allah tanpa menggunakan ilmu. Mereka tidak
ada dalil tetapi mereka hendak juga berbantah-
bantahan.
Membantah Allah itu bermaksud membantah dalam
perkara tauhid iaitu mereka tidak mengamalkan tauhid
di mana mereka menyembah dan menyeru selain Allah.
Dan bila kita beritahu tentang hal tauhid, mereka akan
tolak dan beri hujah-hujah tanpa dalil bukti.
َو لا ِكٰتٍب ُّم نيٍر
dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,
Dan mereka tidak berhujah menggunakan petunjuk dari
wahyu. Mereka guna akal mereka sahaja. Mereka tidak
menggunakan wahyu dari Qur’an untuk berhujah.
Kalimah ُّم نيٍرdari katadasar ( ن و رcahaya) dan ُّم نيٍر
bermaksud sesuatu yang mengeluarkan cahaya dan
dalam ayat ini, ia memberi isyarat kepada Qur’an.
Kerana Qur’an menerangi dengan cahaya iman. Untuk
mendapat cahaya ini kenalah kita belajar tafsir Qur’an
kerana kita tidak akan faham kalau tidak belajar tafsir
Qur’an.
Kalimat ِبَغ يِر ِع لٍمbermaksud tanpa ‘dalil aqli’.
Kalimat َو لا ُه ًد ىbermaksud tanpa ‘dalil wahyi’.
Dan kalimah َو لا ِكتاٍب ُم نيٍرbermaksud ‘dali naqli’.
Maknanya, ketiga-tiga jenis dalil itu mereka tidak ada
tetapi mereka tetap membantah.
Pengajaran
Pengajaran
Dalam ayat ini Allah Taala mengingatkan kembali
mengenai hari kiamat itu pasti seperti yang telah
disebutkan pada ayat 3.
Peringatan kepada golongan yang membantah.Mereka
tidak mengendahkan apa yang Allah Taala suruh.
Mereka tetap hendak melawan walaupun merela tidak
ada alasan dan ilmu.
ُيٰج ِد ُل dنiَم َو ِم َن الّناِس ada orang-orang yang
Dan antara manusia
membantah .
Pada ayat ke 3 juga menjelaskan golongan yang
menjadi pengikut manakala pada ayat ini pula
menerangkan orang-orang yang diikuti.Di hari akhirat
nanti mereka saling menyalahkan antara satu sama
lain.
Peringatan pada diri sendiri:-
Adakah kita terdiri dari golongan tersebut?
Adakah secara sengaja ataupun tidak kita sebenarnya
masih melawan, mempertikaikan atau ragu-ragu
mengenai perkara yang berkaitan suruhan dan urusan
Allah Taala? WanauzubilLah.
Mudahan kita terdiri dalam golongan yang taat dan
beriman. Amiin.
Surah Rujukan
Untuk Pengajaran
Golongan Orang Yang Membantah
Ayat 174: Ayat targhib (ajakan) untuk mengikuti ajaran
memberitahu kedudukan ﷻAllah . ﷺNabi Muhammad
.yang mulia ﷺNabi Muhammad
َّر ِّبُك م َو َأنَز لنا ِإَليُك م نوًر ا ُّم بيًنا ِّم َق د ج اَء ُكم ُبرٰه ٌن ٰيَأ ُّيَه ا الّناُس
ن
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah
datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami
pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Qur’an
sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua
yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan
yang kekal di akhirat kelak).
QS22:9
Ayat 9: Dalil kena ada, tapi bagaimana cara penentang
itu menentang? Mereka menentang bukan dengan dalil
tapi dengan nafsu mereka sahaja. Maka apakah balasan
bagi mereka? Ayat ini adalah Takhwif untuk mereka
yang menentang.
الُّد نيا ِخ ز ٌي ِف ي ۖ َلُه بيِل اللِه َس َعَعذناَب َّل ِلُيِض ِع طِف ِه َۖوث ُانِنَذييُق
الَح ريِق ِة الِق ٰيَم ُه َيوَم
dengan memalingkan lehernya untuk menyesatkan
manusia dari jalan Allah. Dia mendapat kehinaan di
dunia dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya
azab neraka yang membakar.
بيِل اللِه سmَ eنmَعalلiَّnضgِيkُلaِ nِه ثاِنَي ِع طِف untuk menyesatkan
dengan lehernya
manusia dari jalan Allah.
Kalimah ثاِنَيbermaksud memalingkan dan ِع طِف
bermaksud leher. Mereka memalingkan leher mereka
(dengan sombong) dan bergerak pergi sambil
menunjukkan kesombongan mereka. Ini adalah isyarat
kepada penolakan mereka. Tentunya memalingkan
leher itu sambil menjuihkan mulut mereka.
Mereka berpaling kerana mereka rasa mereka tidak
perlu kepada pengajaran dari Qur’an ini. Mereka rasa
buang masa untuk belajar tafsir. Kerana itu ramai yang
tidak belajar tafsir pun. Mereka tidak nampak
kepentingan Qur’an ini dalam kehidupan mereka.
Kerana segala maklumat dunia mereka sudah belajar
tapi tafsir Qur’an tak belajar lagi. Kalau orang yang
belajar agama, sudah bermacam kitab agama mereka
sudah baca dan belajar, tapi mereka tak baca lagi kitab
tafsir.
Kenapa mereka dikatakan menyesatkan orang lain
pula? Kerana dengan perbuatan mereka meninggalkan
pembelajaran wahyu itu bukan sahaja mereka yang
sesat, tetapi mereka juga menyesatkan orang lain.
Kerana mungkin mereka itu orang di dalam masyarakat
yang dipandang tinggi, dijadikan contoh. Maka apabila
mereka tidak mahu menerima wahyu Qur’an ini maka
ramailah yang ikut mereka.
Manusia lain pun rasa macam tak perlu belajar tafsir
Qur’an kerana orang yang mereka pandang tinggi pun
tak belajar. Jadi Allah mengatakan mereka juga
bertanggungjawab kerana menyesatkan orang lain
kerana ramai yang ikut mereka. Dosa mereka sendiri
mereka akan tanggung dan dosa orang lain yang
mereka sesatkan juga mereka akan tanggung.
Inilah masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang
mempunyai anak-anak yang terdedah kepada
golongan-golongan yang menjadi artis, ahli sukan dan
sebagainya. Kerana mereka itu boleh memberikan
contoh yang buruk. Anak-anak muda nak ikut cara
hidup artis sahaja yang kebanyakan mereka bukan
kisah tentang agama pun.
Kalau sudah artis selalunya sibuk dengan hiburan dan
ahli sukan sibuk dengan sukan. Kita jarang sekali
dengar para artis dan ahli sukan berkata tentang agama.
Maka kalau anak-anak kita menjadikan mereka sebagai
idola mereka, apa agaknya yang akan diberi perhatian
oleh anak-anak kita?
َلُه ِفي الُّد نيا ِخ ز ٌي
baginya kehinaan di dunia
Allah mengatakan yang Allah akan memastikan yang
mereka itu akan mendapat kehinaan semasa di dunia
lagi.
Ayat ini asalnya berkenaan Abu Jahal. Memang dia
mendapat kehinaan di dunia apabila dia kalah di Medan
Badr dan dibunuh di sana.
َو ُنذيُق ُه َيوَم الِق ٰيَم ِة َع ذاَب الَح ريِق
dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka
yang membakar.
Dan di akhirat nanti mereka akan mendapat azab api yang
amat besar yang menghanguskan semua benda. Api itu akan
kasi hangus sampai tidak ada kesan lagi. Oleh itu manusia
itu akan jadi abu sahaja. Tapi mereka tidak mati kerana
tiada kematian di akhirat nanti.
Surah Rujukan
Untuk Pengajaran
QS6:119
Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan
dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika
menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada
kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa
memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan
dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang melampaui batas.
QS2:216
Ayat 216: Ini adalah pengulangan semula tajuk jihad selepas disebut ayat
tentang infak. Ini kerana infak yang utama adalah kepada jihad fi sabilillah.
Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu
benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan
(ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak
mengetahuinya.
QS28:79
Ayat 79: Sekarang disebut kesalahan Qarun lagi. Kalau tadi disebut kata-
kata Qarun, sekarang disebut tentang perbuatan dia pula. Kita akan tengok
gaya hidup dia pula sebagai pengajaran bagi kita.
Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah
orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita
mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya dia
benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar”.
QS28:80
Ayat 80: Ini pula adalah golongan yang lain.
Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah
bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang
sabar”.
QS9:55
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu.
Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-
anak itu untuk menyeksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan
melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan kafir.
QS15:87
Ayat 87: Tasliah.
Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca
berulang-ulang dan Al Qur’an yang agung.
QS15:88
Ayat 88: Nasihat untuk Nabi Muhammad dan juga kita. Allah sudah beri
Qur’an, maka cukuplah dengan Qur’an itu, jangan harap kepada dunia yang
diberikan kepada orang yang engkar.
Janganlah sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan
hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka
(orang-orang kafir itu), dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka
dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.
QS10:32
Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu
yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar,
maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu,
bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?
َف َٰذ ِلُك ُم الَّلُه َر ُّبُك ُم اْلَح ُّق
Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu
yang sebenar-benarnya;
Yang boleh buat semua yang telah disebut di dalam ayat sebelum ini adalah
hanya Allah. Allah lah Tuhan yang satu, yang bermaksud Dia lah satu-satunya
Tuhan yang sebenar-benarnya dan tidak ada ilah yang lain.
َف َم اَذ ا َبْع َد اْلَح ِّق ِإاَّل الَّض اَل ُل
sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka yang lain daripada itu
sesat belaka.
Tuhan yang satu hanyalah Allah dan kalau kita meninggalkan penyembahan
hanya kepada Allah sahaja, maka kita akan jatuh ke dalam kesesatan yang
nyata.
َر ُف وَن iْصtُتu,ٰىbَأ َّنaَفgaimana kamu boleh dipesongkan dari kebenaran?
Oleh
Sungguh hairan sekali bagaimana mereka yang tahu tentang Allah, tapi masih
lagi boleh dipesongkan.
Kepada kita yang beriman ini, selepas baca ayat ini, maka berdoalah supaya
Allah tidak memesongkan hati kita daripada iman.
* Rujukan Celik Tafsir *
USAH MUDAH
MENILAI
Kerana.....
"Sesuatu yang dipandang baik bagi
manusia belum pastinya ia adalah yang
terbaik untuk dirinya"
&
"Sesuatu yang dipandang hina di mata
manusia adakalanya ia lebih mulia di
sisi Allah SWT"
Wallahu a'lam
Aku Hanya Menyampaikan
EllaRossah145