حمد
Bermaksud
" Pujian dan kesyukuran".
Disebut 68 kali dalam
Al Quran
Ertinya :
Kita memuji dan bersyukur
kepada Allah SWT. Namun
keduanya tetap ada perbezaan
Analogi syukur
Seseorang telah memberi
kepada saya segelas air dan
saya akan mengucapkan
terima kasih kepadanya.
Itulah namanya syukur
Analogi pujian:-
Saya melihat seseorang
membantu orang lain. Saya yang
menyaksikannya akan
mengucapkan terima kasih
kepadanya kerana telah
membantu orang itu. Ini
dinamakan pujian
كتب
Bermaksud
" Menulis".
Diulang sebanyak 319 kali
dalam Al Quran
Ia terdiri daripada
Kata Benda 268 kali
dan Kata Kerja 51 kali
َكَف ر
Bermaksud
" Menutup sesuatu, kufur".
Disebut 525 kali dalam
Al Quran
Jadi apabila bercakap tentang
orang kafir, mereka
sebenarnya telah ditunjukan
jalan kebenaran tetapi
meraka jugalah yang
menutup kebenaran itu
َج َع َل
Bermaksud
" Memulai, mencipta,
mewujudkan, menjadikan
atau menetapkan".
Diulang sebanyak 340 kali
dalam Al Quran
Apabila Allah SWT
menggunakan perkataan َجَع َل
ia bermaksud Allah SWT
jadikan sesuatu itu dengan
fungsi, yang mana kita kena
fikir apakah fungsi sesuatu
itu
بش ر
Bermaksud
" Juga disebut sebagai Basyar.
Ia bermaksud khabar
gembira ".
Diulang sebanyak 123 kali
dalam Al Quran
Perkataan Basyar ini kalau
dirujuk kepada makna yang
diberikan oleh al- Ashfahani
di dalam Mufrada al-Fazh
al-Quran ia bermaksud " Kulit
bahagian luar". Itu sebabnya
apabila manusia digelar
"basyar" ia bererti Allah SWT
memberitahu tentang
perkara-perkara fizikal
ق ول
Maksudnya " Berkata" atau "
Perkataan".
Bukan sekadar "kata-kata"
dan "perkataan" biasa, tetapi
konsep "perkataan" dalam al-
Quran untuk kita beramal.
Diulang sebanyak 1722 kali
dalam al- Quran
Maksudnya apabila
bercakap ia akan membina
kesungguhan di dalam hati
kita. Itulah sebabnya apabila
kita baca al-Quran ini, ini
adalah قولdaripada Allah
SWT
ُه ًد ى
Maksudnya
Hidayah petunjuk
Diulang sebanyak 316 kali
dalam al- Quran
Perkataan ini ada kaitan
dengan "hadiah". Maksudnya
petunjuk dalam bentuk yang
lembut, rahmah dan hadiah.
Allah SWT memberi kita
hidayah dan ia bukanlah
'hadiah' yang biasa-biasa.
Dengan 'hadiah' itulah kita
akan dipimpin ke syurga
عف و
Maksudnya
Maafkan, kelebihan.
Diulang sebanyak 35 kali
dalam al- Quran
Kalau kita nak jadi orang
yang pemaaf kita kena selalu
mendapat rahmat Allah SWT,
dan kita kena berdoa dan
meminta Allah SWT akan
rahmat-Nya
َح َس َن
Maksudnya
Baik, membaiki
Diulang sebanyak 194 kali
dalam al- Quran
Ihsan ada tiga jenis:-
1.Baik dari segi akal
2.Baik dari segi hawa nafsu
3.Baik dari segi
pancaindera
َع ِم َل
Maksudnya
Amal, tabiat
Diulang sebanyak 360 kali
dalam al- Quran
Maksud amal ini bukanlah
bermaksud sekadar buat-
buat begitu sahaja , tetapi
َع ِم َلmaksudnya amal yang
dibuat dengan niat.
َع َف َل
Maksudnya
Akal/kekuatan tersedia
untuk menerima ilmu.
Diulang sebanyak 49 kali
dalam al- Quran
Peranan akal adalah untuk
mengekang daripada
terjatuhnya kita kelembah
yang tidak baik. akal jika
tidak diluruskan dengan hati
yang baik, ia akan jadi
sombong. Sebaliknya apabila
akal digabungkan dengan
hati yang lembut, dia akan
menjadi sejahtera
مني
Manni/Manna
Maksudnya
Timbangan atau ketentuan
Amanni: Penjelasan-
penjelasan yang dusta
ataupun angan-angan yang
dusta/timbangan yang tidak
betul/cita-cita yang tidak
betul.
Diulang sebanyak 22 kali
dalam al- Quran. Dan disebut
secara specifik sebanyak
6 kali
Bagi Allah SWT ,
timbangan-Nya benar tetapi
bagi umat islam atau Yahudi
tidak belajar dari kita
masing-masing maka
jadilah ia sebuah timbangan
yang tidak betul
ام
ن
Maksudnya
Percaya, aman
Ada kaitan dengan iman,
aman dan amanah
Diulang sebanyak 537 kali
dalam al- Quran.
Amanah yang Allah SWT
nyatakan dalam surah al-
Azab ada beberapa maksud.
Salah satu maksudnya Huruf
Hijaiyah. Amanah itu tauhid,
tanggungjawab dan akal.
Maka, akal kita ini adalah
amanah yang diberikan
oleh Allah SWT
صدق
Maksudnya
Membenarkan
Diulang sebanyak 155 kali
dalam al- Quran.
Sayidina Abu Bakar
digelar sebagai 'as-Siddiq'
kerana beliau sentiasa
membenarkan apa saja yang
dibawa oleh Nabi SAW.
'as-Siddiq' bukan saja di
dalam hati tetapi dijelaskan
melalui perkataan dan juga
perbuatan
ج لص
Maksudnya
Ikhlas, khusus, bersih
Diulang sebanyak 31 kali
dalam al- Quran.
علم
Maksudnya
Mengajar atau kaitannya
dengan ilmu
Diulang sebanyak 854 kali
dalam al- Quran.
بصر
Maksudnya
Melihat
Ada kaitan dengan Basir.
Allah SWT Maha melihat
Diulang sebanyak 148 kali
dalam al- Quran.
Kalau kita hendak
beragama jangan lakukan
secara semberono
tapi hendaklah,
berasaskan kepada Basirah.
Berdasarkan kepada mata
hati yang betul-betul
nampak.
حكم
Maksudnya
Mencegah, menegah untuk
membaiki, menghukum.
Diulang sebanyak 210 kali
dalam al- Quran.
Hikmah apabila orang yang
ada ilmu ialah, mereka akan
menyusun ilmu itu baik-baik
dan ilmu juga akan bertukar
menjadi kebenaran.
Justeru, dengan akal dan
ilmu yang betul seseorang itu
akan dapat mencapai hikmah
dalam kehidupan
تلو
Maksudnya
Mengikut , membaca dan
merenungkan erti serta
mengamalkannya
Diulang sebanyak 63 kali
dalam al- Quran.
رب
Maksudnya
Mendidik, membesarkan
Diulang sebanyak 980 kali
dalam al- Quran.
كان
Maksudnya
Menjadi
Diulang sebanyak 1390 kali
dalam al- Quran.
Walaupun perkataan ini
nampak ringkas tetapi ia
diletakkan dalam bentuk
past tense ia jadi perkara
yang berbeza