The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ellarossah, 2022-07-21 10:24:59

Huruf Jazm

BAQ GAD

Huruf Jazm

' ‫' َّلْم‬

Bahasa Arab Quran

GAD

Ghulam Al Dakwah

Pengertian Huruf Jazm

Pengertian jazm

Secara bahasa, jazm bermakna memutus,
menetapkan, atau memastikan.

Al jazmu mendekati maknanya dengan al
Qathu'u.

Dalam ilmu nahwu, jazm adalah
perubahan akhir kata yang khusus
berlaku bagi kalimat fi'il, dengan sukun,
membuang nun, atau membuang huruf
i'illah.

Jadi perubahan kata dalam i'rob jazm itu
hanya berlaku pada kalimat fi'il.
(fi'il mudari sahaja)

Apa yang dimaksudkan
dengan huruf jazm?

Huruf Jazm adalah sekumpulan huruf yang
menjadikan kalimat fi'il dari asalnya berbaris
rofa'(baris atas) menjadi jazm iaitu ditanda
dengan sukun, pembuangan nun, atau
pembuangan huruf i'llah.

Jika ada fi'il mudari' dimasuki huruf-huruf ini,
maka akan berlaku perubahan di akhir fi'il
mudari' kepada salah satu dari tiga
keadaan di bawah:-

1.Sukun (baris mati)
2.Terbuang Nunnya, atau
3.Terbuang huruf i'llahnya

Salah satu huruf adalah ' ‫ ( ' َّلْم‬Tidak )

Contoh dalam
Surah Al-Baqarah

QS2:24

Ayat ini adalah dalam bentuk takhwif
ukhrawi – menakutkan manusia dengan
balasan azab di akhirat kelak.

‫َتف َع لوا َف اَّتُق وا الّناَر اَّلتي‬ ‫َاتلفّنَعاُسلواَوَواَللِنح‬ ‫َّلم‬ ‫ِإ ن‬ ‫َف‬
‫ج اَر ُة ۖ ُأِع َّد ت ِللٰك ِف ريَن‬ ‫َه ا‬ ‫ق وُد‬ ‫َو‬

Maka kalau kamu tidak dapat
membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak
dapat membuatnya, maka peliharalah diri
kamu dari api neraka yang bahan-bahan
bakarannya: manusia dan batu-batu
(berhala), (iaitu neraka) yang disediakan
untuk orang-orang kafir.

Keterangan

Fi'il Mudari' Huruf Jazm

‫َف ِإْن َّلْم َتْف َع ُلوا‬

Dan sekiranya kamu tidak dapat
melakukannya;

Perkataan ‘ ‫ ’َلْم‬dalam ayat ini bermakna
perkara yang sudah lepas. Ini bermakna,
orang-orang kafir itu telah cuba untuk
membuat ayat Al-Qur’an untuk menandingi
kehebatan Al-Qur’an.

Kesan perubahan

Perkataan asal Huruf nun dihilangkan

‫َتْف َع لُو َن‬ ‫َتْف َع ُلوا‬

Apabila ada huruf jazm ia akan merubah
huruf/tanda di akhir fi'il mudari' iaitu
menghilangkan huruf nun dan
menggantikannya dengan huruf alif
maqsura ( huruf i'llah)

Contoh dalam
Surah Al-Baqarah

QS2:151

Ayat panduan bagi mereka yang mengajar.
Kena faham dan huraikan balik kepada
manusia tentang agama ini. Inilah
tanggungjawab kepada orang yang ada
ilmu, iaitu kena sampaikan.

‫َكما َأرَس لنا ف يُك م َر سواًل ِّم نُك م َيتلو َع َليُك م َء اَيٰـِتَنا‬
‫َو ُيَز ّكيُك م َو ُيَع ِّلُم ُك ُم الِكٰتَب َو الِح كَم َة َو ُيَع ِّلُم ُك م ّم ا‬

‫َلم َتكونوا َتعَلموَن‬

(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan
kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami
mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari
kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang
membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan
membersihkan kamu (dari amalan syirik dan
maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan
Kitab (Al-Qur’an) serta Hikmat kebijaksanaan, dan
mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Keterangan

Fi'il Mudari' Huruf Jazm

‫َو ُيَع ِّلُم ُك ْم َّم ا َلْم َتُك وُنوا َتْع َلُم وَن‬

dan mengajar kamu apa yang sebelum ini
kamu tidak tahu;

Banyak perkara yang kita tidak tahu tentang
agama lebih-lebih lagi tentang perkara-
perkara seperti tentang syurga dan neraka,
tentang halal dan haram dan macam-
macam lagi. Sebelum kita belajar, kita tidak
tahu tentang semua itu. Kalau tidak
diberitahu kepada kita, kita tidak akan
dapat tahu kerana ia adalah perkara-
perkara ghaib yang hanya boleh diketahui
melalui wahyu, sama ada disampaikan
dalam Al-Qur’an atau dari Hadith Nabi ‫ﷺ‬.

Perkara-perkara tentang agama itu,
manusia tidak akan langsung dapat tahu
kalau tidak disampaikan oleh Allah ‫ﷻ‬‎
melalui Nabi-Nya. Bagaimana pandai pun
otak dan akal manusia, kita tidak akan
dapat mencapainya sendiri. Kerana itulah
kita perlukan ilmu yang diberikan oleh Allah
‫ﷻ‬.

Jadi, kita kenalah berhati-hati dengan
maklumat agama yang disampaikan yang
tidak didasari dari wahyu kerana kalau
bukan daripada wahyu, bagaimana lagi
ilmu itu boleh disampaikan kepada kita?

Kesan perubahan

Perkataan asal Huruf nun dihilangkan

‫تكونون‬ ‫َتكونوا‬

Apabila ada huruf jazm ia akan merubah
huruf/tanda di akhir fi'il mudari' iaitu
menghilangkan huruf nun dan
menggantikannya dengan huruf alif
maqsura (huruf i'llah).

Contoh dalam
Surah Al-Baqarah

QS2:196

‫َكوَكٍَةافن َعِإمَلَأذنامهُلَروَُاهلَ َجأَّمنعحَُيتاِِاضجلّمَلَِۗرهدِتَفلَشيَِصكالَديميَُعاُدمَشسَِاَثرجلَِلٌعِٰةـدَقثِكةاااِلَِمأبََّيحلٌاةٍمراِۗمِفٰذ ِۚيلَوَكاَّاتُلقَِلحَموّاِجن‬.‫َُع‬.‫َبي‬.‫َه‬.‫لم‬.‫ََّس‬.‫ل‬.‫ََّوال‬

Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka
hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa
mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila
kamu kembali (ke tempat masing-masing);
semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna.
Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal
menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah).
Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan
ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat
balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang
melanggar perintahNya).

Keterangan

Huruf Jazm

Fi'il Mudari'

‫َكَف َم ن َلم َيِج د َف ِص ياُم َثَلٰـَثِة َأّياٍم ِفي الَح ِّج‬.......

Jikalau tiada duit untuk membeli sembelihan atau
jikalau sembelihan pun tiada. Sudah dicari tetapi
tidak berjumpa.

Kesan perubahan

Perkataan asal Huruf Dal bertanda sukun

‫َيِج ُد‬ ‫َيِج ْد‬

Apabila ada huruf jazm ia akan merubah

huruf/tanda di akhir fi'il mudari' iaitu

menghilangkan baris depan dan

menggantikannya dengan baris sukun.

Nota tambahan

‫َي ِج ْد‬

Fi'll Mudari'
Mu'tal

Mithal

(Ada huruf i'llah pada huruf pertama)

dan Dia (menundukkan pula)
apa yang Dia ciptakan untuk kamu di bumi ini dengan
berlainan warnanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum

yang mengambil pelajaran.

An-Nahl : 13

Aku Hanya Menyampaikan

EllaRossah145


Click to View FlipBook Version