The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin majalah yang memuatkan segala peristiwa yang dilakarkan oleh murid-murid Tingkatan 5(batch 06) serta warga Eleven One.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by produksi majalah smk pp 11(1), 2024-06-14 23:28:09

Buletin Edisi Tingkatan 5

Buletin majalah yang memuatkan segala peristiwa yang dilakarkan oleh murid-murid Tingkatan 5(batch 06) serta warga Eleven One.

Keywords: Elysian Batch '06

E D I S I B A T C H 2 0 2 3 / 2 0 2 4


SMK PP11 (1) ‘EVERY GREAT SCHOOL COMES WITH GREAT TEAM’ 2023/2024 BATCH 06 ELYSIAN 2023#INISEKOLAHKAMI #ELEVENONECEMERLANG


01. SIDANG REDAKSI 02. KATA ALU-ALUAN 03. VISI & MISI SEKOLAH 04. LAGU & IKRAR SEKOLAH 05. PENGURUSAN & PENTADBIRAN ELEVEN ONE 06. MEMORI SEPANJANG TAHUN 07. KEPUTUSAN SPM 2023 08. ALBUM KELAS ELYSIAN’06 09. . PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN


SIDANG Redaksi Photamora ELEVEN ONE Ketua Editor: Nur Syazreen Mazeeda binti Mazzre Penolong Ketua Editor 1: Nurfarha Najihah binti Mohd Sha’ri Penolong Ketua Editor 2: Siti Nur Alesha binti Shamsul Setiausaha: Nur Balqis Batrisyia binti Md Shafee Naib Setiausaha: Nur Insyirah Liyana binti Mohammad Zawawi Unit Editor: Nuriy Alisha Qairina binti Mohamad Rizal Muhammad Haneef Imran bin Hanafi Arzachel Nur Zahin bin Abdul Rahim Unit Fotografi: Siti Khadijah binti Zulkeply Muhammad Afnan Fitri bin Adham Salimi


BEHIND-THE-SCENES Photamora


Eleven One Launching Coming Soon KATA ALU-ALUAN


KATA ALU-ALUAN 02 MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA YB Puan Fadhlina binti Sidek Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera. Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi. Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa ini pastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada. Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya. Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah melalui siri-siri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan dekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan. Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya. Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara. Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak. Ekosistem harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan muridmurid keseluruhannya. Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain. Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya. “MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA” YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGETUA CEMERLANG SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) YBrs. Encik Ruslan bin Abd Rahman KATA ALU-ALUAN 02 Assalamualaikum W.B.T Selamat Sejahtera Salam Hebatkan 11-One Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan peluang untuk menulis sepatah dua kata dalam Buletin Prestij Edisi 2023/2024. Jutaan terima kasih dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi serta semua warga 11-One yang telah berusaha dengan gigih sehingga berjaya menyempurnakan buletin ini untuk tatapan warga sekolah dan masyarakat amnya. Buletin Prestij Edisi 2023/2024 diterbitkan khusus untuk murid tingkatan 5 merupakan naskah digital yang memaparkan aktiviti dan pencapaian dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum sepanjang sesi persekolahan. Mudah-mudahan buletin ini menjadi memori terindah buat anak-anak didik 11-One setelah menamatkan persekolahan. Kejayaan masa depan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek malah mencakupi keperibadian. Modal insan yang dilahirkan perlu memiliki ilmu pengetahuan, keimanan yang utuh, berbudaya kerja cemerlang, semangat kerja berpasukan dan memiliki jati diri yang mantap. Salah satu cara untuk menghasilkan murid yang berjaya dan berketerampilan adalah melalui penghasilan buletin ini. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah melaksanakan tugas besar untuk memastikan hasrat murni negara sebagaimana yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Akhir kalam, bersama-samalah kita menjayakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insya-Allah. Sekian terima kasih. Wassalam. ENCIK RUSLAN BIN ABD RAHMAN PENGETUA CEMERLANG SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1)


KATA ALU-ALUAN 02 KETUA PELAJAR SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) Syasmeen Batrisyia binti Nazree Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Buletin Prestij 11 (1) Edisi 2023/2024 untuk warga SMK Putrajaya Presint 11 (1) dapat diterbitkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan peluang kepada saya mewakili para pelajar untuk mencoret sepatah dua kata dalam majalah ini. Pengalaman menjadi pelajar di SMK Putrajaya Presint 11 (1) merupakan satu pengalaman yang indah bersama rakanrakan dan guru-guru yang cemerlang dalam mendidik pelajar. Terima kasih cikgu atas ilmu dan ajaran yang diberikan sebagai pendidik. Selain itu, pelantikan saya sebagai ketua pelajar SMK Putrajaya Presint 11 (1) bagi sesi 2023/2024 merupakan satu perkara yang tidak akan saya lupakan. Sememangnya saya berasa amat terharu atas kepercayaan guru-guru di sekolah yang indah ini, apatah lagi apabila diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pelajar di sekolah. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk memimpin para pelajar lain di sekolah. Pada kesempatan ini, saya menyeru kepada para pelajar agar terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah masing-masing di sekolah sebagai pelajar dan juga anakanak kebanggaan ibu bapa. Sentiasalah berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan tidak kira kurikulum mahupun kokurikulum. Sesungguhnya, kita merupakan harapan sekolah dan ibu bapa kita. Akhir kata, saya memohon maaf untuk segala salah silap sepanjang saya menjawat jawatan sebagai ketua pelajar dan juga sebagai pelajar di SMK Putrajaya Presint 11 (1). Saya juga mendoakan agar SMK Putrajaya Presint 11 (1) terus maju dan cemerlang. Sekian, terima kasih. “Terima kasih cikgu, maafkan kami cikgu, kami sayang cikgu” “Leadership is action, not position” SYASMEEN BATRISYIA BINTI NAZREE


KETUA EDITOR SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) Nur Syazreen Mazeeda binti Mazzre KATA ALU-ALUAN 02 Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera, Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan syukur kehadrat ilahi atas limpah and keizinan-Nya dapat sama-sama saya dan rakan-rakan yang disayangi setugas menyiapkan Buletin Prestij Edisi 2023/2024 dengan jayanya. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presit 11 (1), Encik Ruslan bin Abd Rahman kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk mengetuai dan menerajui penerbitan sidang redaksi untuk tahun 2023/2024. Tidak lupa juga guru-guru penasihat yang telah membantu menyediakan bahan-bahan yang kami perlukan seperti gambar, maklumat, dan sebagainya sepanjang tempoh kami menyiapkan projek ini. Majalah ini mungkin tidak akan berjaya tanpa bantuan mereka. Jutaan terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Sidang Redaksi SMK Putrajaya Presint 11 (1) kerana telah mendedikasikan sejumlah besar masa dan usaha ke arah penambahbaikan buku tahunan persekolahan yang berharga ini. Kejayaan Buletin Prestij Edisi 2023/2024 adalah satu rangkuman komitmen, kesungguhan serta kerjasama antara guruguru dan murid-murid sidang redaksi. Alhamdulillah usaha gigih mereka telah membuahkan hasil yang memuaskan. Buletin Prestij 11 (1) ini mengandungi catatan dan coretan suka, duka, pahit, dan manis perjuangan semua warga SMK Putrajaya Presint 11 (1). Penerbitan Buletin Prestij 11 (1) ini juga turut merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut sama ada dari sudut kurikulum mahupun kokurikulum. Semoga muridmurid pada masa hadapan dapat menyambung legasi dan mengharumkan nama sekolah. Seterusnya kepada pelajar tingkatan 5 yang menduduki peperiksaan SPM mereka, semoga berjaya! Hal tersebut mungkin sukar dan mencabar tetapi kamu semua murid yang berkaliber serta berkebolehan dan yang memberi inspirasi kepada warga Eleven One. Saya tahu bahawa anda semua mempunyai apa yang diperlukan untuk mengatasi sebarang halangan yang mendatangi anda. Walau bagaimanapun keputusannya, anda telah melakukan yang terbaik dan itu menunjukkan contoh yang baik kepada penyambung generasi yang akan melaluinya pada masa hadapan. Ingatlah untuk kekal fokus, positif, dan jujur pada diri sendiri. Akhir bicara, saya selaku ketua editor Buletin Prestij 11 (1) sesi 2023/2024 mewakili AJK Sidang Redaksi ingin memohon ampun dan maaf andai terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang penghasilan majalah ini dijalankan. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya warga SMK Putrajaya Presint 11 (1) atas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Diharapkan Buletin Prestij Edisi 2023/2024 ini bukan sahaja dapat memuaskan hati semua pihak malah berguna untuk wahana ilmu serta dapat dijadikan kenangan untuk warga ELEVEN ONE. NUR SYAZREENMAZEEDA BINTIMAZZRE


VISI MISI SEKOLAH 03 MEMUPUK DAN MEMBENTUK PERSEKITARAN POSITIF KE ARAH BUDAYA CEMERLANG YANG BERASASKAN PENGHAYATAN ISLAM. MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR YANG BERHEMAH TINGGI DAN BERKUALITI DALAM BIDANG KURIKULUM DAN KOKURIKULUM. MENJANA WARGANEGARA YANG MEMPUNYAI JATI DIRI DAN BERKETERAMPILAN. MENGHAYATI DAN MENGAPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN OBJEKTIF SEKOLAH. PENDIDIKANBERKUALITI INSANTERDIDIK NEGARASEJAHTERA VISI SMK PP 1 (1) MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSIINDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA. MATLAMAT


SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 SATU KEGEMILANGAN DEMOKRASI MENUJU WAWASAN MENUJU MATLAMAT CEMERLANG DAN TERBILANG. TERSERGAM INDAH SEKOLAH BESTARIKU MENJADI GEDUNG ILMU DIDIKANKU MELAHIRKAN GENERASI MALAYSIA BARU BERILMU DAN BERBUDI. ALAM SIBER KAMI TEROKAI KE PUNCAK BESTARI BERSAMA GURU-GURU MEMBIMBING KAMI MENCAPAI CITA MURNI. SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. LAGU SEKOLAH IKRAR SEKOLAH LAGU DAN IKRAR SEKOLAH 04 BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) BERIKRAR AKAN MENJADI PELAJAR YANG BERDISIPLIN TAAT KEPADA TUHAN TAAT KEPADA GURU DAN IBU BAPA KAMI JUGA BERJANJI AKAN BERGIAT AKTIF DALAM KURIKULUM DAN KOKURIKULUM UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH KAMI YANG TERCINTA.


Panorama Sekolah


0:06 3:17 ELEVEN ONE TONGGAK KEPIMPINAN PENJANA WAWASAN


E L EVEN ONE 202 3 / 2024 Barisan Pentadbir Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 11 (1) Encik Ruslan bin Abd Rahman Penolong Kanan Pentadbiran Puan Salwa binti Mohd Taib Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Wan Hussin bin Wan Muhammad


Penolong Kanan Kokurikulum Puan Zaida binti Mohd Yusoff E L EVEN ONE 202 3 / 2024 Barisan Pentadbir Penolong Kanan Pendidikan Khas Puan Roslina binti Abbas


202 3 / 2024 Ketua Bidang Sains & Matematik Puan Noridawati binti Ishak Ketua Bidang Bahasa Puan Zarina binti Zainal Ketua Bidang Teknik & Vokasional Encik Khairul Azman bin Mahyuddin Ketua Bidang Kemanusiaan Puan Noor Izatul Hanim binti Md Rashadi Barisan Gkmp


CIKGU BALAMURUKAN Bidang Sains & Matematik CIKGU NORIDAWATI CIKGU Hazrina CIKGU RUSHLIA CIKGU ATIkAH CIKGU HAFIIZH CIKGU KAMIZA CIKGU MUNZARINA CIKGU IRYANI CIKGU NAIIMAH CIKGU RABITAH CIKGU ROSAM CIKGU NG KIM SENG CIKGU nadiah CIKGU NORHAIZAN CIKGU Marina CIKGU FIKRI CIKGU HAYATI CIKGU SOFFIAH CIKGU FATIMAH CIKGU NURRIDAH CIKGU AIN


Bidang Bahasa teacher mastura Teacher Zarina Teacher Effina sir azami cikgu rahmawati DR. SUGUNA CIKGU UMAIRAH CIKGU KHAIRUNNISA CIKGU FIKRI SIR HAFIDZ CIKGU SUZIANA CIKGU MAZLIA CIKGU HASINA CIKGU SYAFIQAH TEACHER LIZA USTAZAH HAFIFAH CIKGU azimah


cikgu Zarina cikgu aIN cikgu diana cikgu azman cikgu ATHIRAH cikgu SUBRI cikgu NORANIDA cikgu noraini cikgu zahirah cikgu AYU SARAH cikgu aliza cikgu INTAN cikgu karimah cikgu HASRIZAN cikgu ibtisam Bidang Teknik & Vokasional


ustazah nik yam Bidang Kemanusiaan cikgu syazwan cikgu hanim cikgu izamri ustazah norlaida ustazah mahani ustaz hawari cikgu hisham CIKGU ASMAHAN CIKGU ZAMINA ustazah SALMAH USTAZ ZARIN CIKGU SHAHIDA ustaz ANUAR CIKGU SALIDA CIKGU KALAIVANI CIKGU ZALIA USTAZAH HAFSAH CIKGU wan izwatun


Pendidikan Khas Barisan Kaunselor CIKGU ROSLINA cikgu mimie cikgu Arif cikgu azurashidi cikgu Noraneda cikgu mazani cikgu Zurina cikgu Nawati CIKGU FARADATUL cikgu fathonah cikgu intan cikgu aisha cikgu nabilah


new collection 2023/2024 NEW NEW Memori Tahun Sepanjang


Cabaran Interaktif Pengguna Pertandingan Catur Peringkat WP Putrajaya DISEDIAKAN OLEH: NUR INSYIRAH LIYANA BINTI MOHAMMAD ZAWAWI (3IBB)


Surau At-Taqwa S M K P P 1 1 ( 1 ) M A J L I S B A C A A N Y A S I N , S O L A T H A J A T D A N S O L A T T A U B A T M U R I D S P M DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB)


Only Allah can take us out of the deepest troubles. Wherever you are alone remind yourself that Allah has sent everybody away so that it’s only you and Him. “Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahannya”. -QS. Al-Insyirah:5 E L E V E N O N E S u r a u A t - T a q w a 2 0 2 3 / 2 0 2 4


MAJLIS RESTU ILMU BERSAMA BIRO BATCH 06 Elysian


Tempat : Surau at-Taqwa DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ALESHA BINTI SHAMSUL (3IBB)


Tarikh: 08 Mei 2023 Masa: 7:30 hingga 8:30 pagi Tempat: Dewan SMK PP 11 (1) Dirasmikan oleh: Tuan Haji Hassim bin Markom Sesi bergambar ahli jawatan pengawas sekolah bersama guru-guru pengawas. Bacaan doa yang diketuai oleh salah seorang ahli pengawas sekolah. ELEVEN ONE SESI 2023/2024 MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH ‘’Mulai saat ini kami berjanji...” Perkara inilah yang terdetik di dalam hati para pemimpin muda yang diberi tanggungjawab untuk digalas. Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dimulakan dengan perarakan masuk para pengawas sekolah dari kanan dan kiri dewan. Mereka berjalan dengan penuh keyakinan. Seterusnya, mereka berdiri dengan tertib untuk melafazkan ikrar yang diketuai oleh Ahmad Soleh bin Abd Rashid selaku Penolong Ketua Pengawas 1. Kemudian majlis diteruskan dengan pemberian sijil kepada barisan EXCO tertinggi badan pengawas bagi sesi 2023/2024. Majlis juga disempurnakan dengan ucapan perasmian daripada Pengetua Cemerlang, Tuan Haji Hassim bin Markom. DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB)


JOM BACA BERSAMA Program Jom Baca Bersama 10 minit merupakan satu program yang diadakan bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid. Antara matlamat yang ingin dicapai sepanjang program ini ialah mewujudkan budaya mementingkan ilmu dan memupuk budaya membaca dalam diri pelajar. Walaupun tabiat membaca amat sukar disemai tetapi dengan adanya usahausaha sebegini, diharap dapat membuka mata pelajar-pelajar bahawa sebagai permulaan, dalam sepuluh minit pun sudah mencukupi untuk membiasakan diri membaca. Dalam masa 10 minit, semua warga sekolah diminta berhenti seketika daripada tugasan yang dilakukan untuk memberi laluan kepada aktiviti membaca. ELEVEN ONE Pelbagai aktiviti diberikan bagi memotivasikan pelajarpelajar mahupun guru supaya rajin membaca dan merekodkan bahan yang telah dibaca sebagai kesinambungan aktiviti NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Program Jom Membaca di dalam kelas 5 Ibnu Zuhr Program Jom Membaca di dalam kelas 5 Al-Khalili SELAMA 10 MINIT Program Jom Membaca di dalam kelas 5 Ibnu Zuhr Tarikh: 18 Mei 2023 Masa: 11:00 hingga 11:10 pagi Tempat: Kelas masing-masing DISEDIAKAN OLEH: NUR BALQIS BATRISYIA BINTI MD SHAFEE (3 IBB)


Kejohanan Merentas Putra Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai. Pemberian pingat kepada salah seorang pemenang bagi kategori lelaki atas 15 tahun. Pemberian pingat kepada salah seorang pemenang bagi kategori lelaki atas 15 tahun. Barisan pemenang bagi kategori lelaki atas 15 tahun bersama para pentadbir. Ke - 1 7 tahun202323 Jun 2023 Taman Saujana Hijau Presint 11 Pelepas oleh: YBrs. ENCIK RUSLAN BIN ABD RAHMAN PENGETUA CEMERLANG SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) ENCIK KHARUL ANUAR BIN ARSIB YDP PIBG SMK PUTRAJAYA PRESINT 11 (1) Barisan pemenang bagi kategori perempuan atas 15 tahun bersama para pentadbir. DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB)


EXPLORING THE DESERT Perarakan masuk kontijen-kontijen didahului dengan membawa masuk bendera kejohanan yang dibawa oleh enam orang murid yang mewakili persatuan unit berunifom Pandu Puteri. Tidak lupa juga kepada kontijen PPKI. “Kartun Mania”. Begitulah tema yang dipilih untuk Hari Sukan Peringkat Sekolah 2023 pada 9 Julai 2023. Semua guru dan pelajar memakai pakaian sukan sekolah dan datang pada awal pagi bagi persiapan hari sukan termasuk ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan majlis. Majlis dimulakan dengan acara lintas hormat daripada kontijenkontijen yang mengambil bahagian. BBRREEAAKKIINNGGNNEEWWSS J U A R A PAHLAWAN!Tarikh: 9 Julai 2023 Masa: 7:30 hingga 12:30 tengah hari Tempat: Padang Sekolah SMK PP 11 (1) DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB) “KARTUN MANIA” TEMA: Seterusnya perarakan masuk kontijen-kontijen daripada lima buah rumah sukan dengan membawa bersama bendera rumah sukan masing masing. Dimulakan dengan rumah Panglima yang memilih kartun Evil Minions sebagai maskot rumah sukan manakala watak squirtle dari pokemon menjadi pilihan bagirumah sukan Perwira. Berikut pula rumah sukan Pahlawan memilih watak Luigi atau Super Mario sebagai tema pada tahun ini. Juara perbarisan kita pada tahun ini iaitu Pendekar menjadikan kartun Mickey Mouse sebagai pilihan utama. Akhir sekali, rumah sukan Patriot memilih Pikachu sebagai pilihan tema bagitahun 2023. Bagi mendapat keberkatan, majlis diteruskan dengan bacan doa supaya majlis ini dapat berjalan dengan lancar. Selepas itu, majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian Hari Sukan Sekolah. Majlis menutup tirai dengan mengumumkan juara keseluruhan yang dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah. Johan Keseluruhan Temasya Sukan Tahun 2023 ialah ....


Panglima Patriot RUMAH SUKAN SMK PP 11 (1) Perwira Pendekar Ungu Biru Merah Kuning


Hari Sukan Sekolah 2023


Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Eleven One Family


MAJLIS PENETAPAN TARGET MURID SPM Surau at-Taqwa ELEVEN ONE 20 Julai 2023 2023/2024 DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB)


PERTANDINGAN Peringkat Negeri Peringkat Kebangsaan Pembahas Terbaik TARIKH: 1 HINGGA 4 SEPTEMBER 2023 DISEDIAKAN OLEH: NUR SYAZREEN MAZEEDA BINTIMAZZRE (3IBB)


LOVE LIFE . MARKYOUR MILESTONE MAKETHEM INTO MAGICAL, MOTIVATIONAL MEMORIES!! - Jim Carroll Tarikh: 8 hingga 10 September 2023 Tempat: Felda Bukit Rokan, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Dirasmikan oleh: Pn Zaida binti Mohd Yusoff Disediakan oleh: Siti Nur Alesha binti Shamsul


MURID TINGKATAN 5 Tarikh: 15 September 2023 Masa : 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari Tempat : Dewan SMK PP 11 (1) Success is not final, failure is not fatal. It is the courage to continue that counts. -Winston Churchill DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ALESHA BINTI SHAMSUL(3IBB)


Seminar Matematik Tambahan Dewan Saidina Umar Al Khatab SMKA 15 September 2023 DISEDIAKAN OLEH: NUR INSYIRAH LIYANA BINTI MOHAMMAD ZAWAWI (3IBB)


SMK PP 11 (1) 24 SEPTEMBER 2023 DISEDIAKAN OLEH: NUR INSYIRAH LIYANA BINTI MOHAMMAD ZAWAWI (3IBB)


Disediakan oleh: Nur Balqis Batrisyia binti Md Shafee (3 IBB) 24 September 2023 Program ini merupakan salah satu teknik peningkatan kecemerlangan akademik bagi pelajar tingkatan 5 untuk persediaan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini bertujuan mencapai matlamat peningkatan jumlah pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Maka, perhatian perlu diberikan pada teknik menjawab dengan tepat. Program KecemerlanganTeknik MenjawabKertas 2Sejarah Dewan SMK PP 11 (1)


JAMUAN AKHIR TAHUN Badan Pengawas M a s q u e r a d e 2023 H I - T E A Tarikh: 8 Disember 2023 Masa: 2:30 - 5:00 petang Tempat: PICC Putrajaya Dirasmikan oleh: Encik Wan Hussin bin Mohammad Ucapan perasmian oleh Encik Wan Hussin. Pemberian hadiah kepada pemenang Best Dressed bagi kategori lelaki dan perempuan. “Masquerade”. Itulah tema yang dipilih untuk Jamuan Akhir Tahun Badan Pengawas pada 8 Disember 2023 yang lalu. Objektif jamuan ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan usaha pengawas yang memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh para pelajar. Pengawas Sekolah Eleven One sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas masing-masing. Jamuan dimulakan dengan perarakan masuk barisan pentadbir dan guru-guru serta pengawas tingkatan 5 yang telah mengakhiri perjalanan mereka dalam memimpin lembaga tersebut. Jamuan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua Pengawas Eleven One bagi sesi 2023/2024 iaitu Syasmeen Batrisyia binti Nazree serta ucapan perasmian oleh Encik Wan Hussin bin Mohammad. Jamuan turut dimeriahkan dengan persembahan daripada puteri dan putera pengawas sekolah serta permainan yang dikhaskan untuk pengawas tingkatan 5. Sebagai penutup, penyerahan sijil kepada barisan EXCO Tertinggi Badan Pengawas 11 (1) sebagai tanda penghargaan menjalankan tugas dengan mantap pada tahun terakhir zaman persekolahan. DISEDIAKAN OLEH: NURFARHA NAJIHAH BINTI MOHD SHA'RI (3IBB) Puteri pengawas sekolah tingkatan 5.


Masquerade Party texture gentle warm soft


Click to View FlipBook Version