Kisah Nabi Muhammad SAW,
peristiwa kenabian dan turunnya
wahyu.
Pada usia 40 tahun, Baginda sering
mengalami peristiwa – peristiwa
ganjil dalam hidupnya. Baginda
tidak tahu bahawa setiap kejadian
yang berlaku adalah sebagai tanda
Kenabian seorang Nabi.
Contohnya ketika baginda
berjalan ada sebiji batu
memberi salam kepada
baginda dan ketika waktu
baginda tidur, Baginda sering
bermimpi melihat cahaya
berwarna merah seperti
cahaya fajar diwaktu subuh.
Mimpi ini berlarutan selama
enam bulan.
Setelah berlaku perkara-perkara
aneh dalam hidup, Baginda mula
menyendiri di Gua Hiraq untuk
mencari ketenangan .Baginda
memohon kepada Allah SWT agar
dijauhi dari kesesatan dalam
kalangan masyarakat
sekelilingnya.
Di samping itu Baginda juga
suka melihat keindahan
alam semester serta kagum
dengan kebesaran Allah
yang Maha Berkuasa
Baginda memutuskan untuk
bermunajat di Gua Hirak. Gua
Hirak terletak di kawasan
agak tersembunyi di puncak
Bukit Nur.
Baginda ke situ bagi
menghindari masyarakat
Arab Jahiliyah yang ketika itu
masih belum beriman kepada
Allah SWT . Mereka sering
melakukan maksiat serta
dosa-dosa besar.
Gua Hirak menjadi tempat
Rasulullah SAW menerima
wahyu yang pertama.
Malaikat Jibril a.s. mengajar
baginda membaca lima ayat
pertama dalam surah al-Alaq
yang bermaksud seperti
berikut:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang
mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”
Nabi Muhammad SAW yang
ummi, tidak dapat membaca dan
menulis, dipaksa membaca oleh
Malaikat Jibril.
Malaikat Jibril berkata, “Bacalah!”
Jawab Baginda, “Aku tidak tahu
membaca.
Lalu Malaikat Jibril menarik dan
memeluk baginda dengan erat
sehingga Baginda seakan-akan
lemas. Kemudian barulah
Malaikat Jibril melepaskan
Baginda.
Lalu berkata lagi
“Iqra”( Bacalah)
Nabi menjawab “Ma Iqra” (aku
tidak tahu membaca)
Peristiwa ini berulang sebanyak
tiga kali
Setelah Malaikat Jibril
membaca ayat 1-5 dari surah
Al-Alaq dan diikuti oleh Nabi
membacanya, Malaikat Jibril
pun berlalu dan diikuti Nabi
keluar dari Gua Hirak.
Nabi Muhammad SAW pulang
ke rumah isterinya, Khadijah
binti Khuwailid dengan hati
gementar dan ketakutan.
Baginda meminta Khadijah
untuk menyelimuti dirinya
sehingga hilang rasa
ketakutannya.
Setelah itu barulah baginda
menceritakan peristiwa yang
berlaku terhadap dirinya kepada
isterinya Khadijah.
Apabila Khadijah
mendengarnya lalu dibawa
baginda bertemu dengan
sepupunya, Waraqah bin
Naufal. Rasulullah SAW
menceritakan peristiwa yang
belaku ke atas dirinya di Gua
Hirak.
Waraqah mendengar cerita
Nabi Muhammad SAW
dengan teliti. Waraqah
menyatakan Pertemuan
Baginda dengan Malaikat
Jibril itu membuktikan
bahawa baginda adalah
utusan Allah.
Demikianlah kisah tentang peristiwa Nabi Muhammad
SAW menerima wahyu yang pertama di Gua Hirak
melalui malaikat Jibril.