The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsulrizal, 2021-04-18 01:03:11

Kisah nabi di gua hiraq

Kisah nabi di gua hiraq

KISAH NABI DI GUA HIRAQ

◦ Kisah Nabi Muhammad SAW, peristiwa kenabian dan turunnya
wahyu.

◦ Pada usia 40 tahun, Baginda sering mengalami peristiwa –
peristiwa ganjil dalam hidupnya. Baginda tidak tahu bahawa
setiap kejadian yang berlaku adalah sebagai tanda Kenabian
seorang Nabi, contohnya ketika baginda berjalan ada sebiji
batu memberi salam kepada baginda dan ketika waktu
baginda tidur ,Baginda sering bermimpi yang benar iaitu melihat
cahaya berwarna merah seperti cahaya fajar diwaktu subuh .
Mimpi ini berlarutan selama enam bulan .

◦.

Setelah berlaku perkara-perkara aneh dalam
hidup, baginda mula menyendiri di Gua Hiraq untuk
mencari ketenangan dan memohon kepada Allah
SWT agar dijauhi dari segala kesesatan yang
berlaku dalam masyarakat sekelilingnya.
Di samping itu Baginda juga suka melihat
keindahan alam semester yang diciptakan oleh
Allah yang Maha Berkuasa. Dan Baginda sangat
kagum dengan kebesaran Allah yang maha
berkuasa

◦ Baginda memutuskan untuk bermunajat di Gua Hira
yang terletak di kawasan agak tersembunyi di puncak
bukit berkenaan.

◦ Baginda ke situ bagi menghindari masyarakat Arab
Jahiliyah yang ketika itu masih belum beriman kepada
Allah SWT dan sering melakukan maksiat serta dosa-
dosa besar.

◦ di Gua Hirak jugalah menjadi tempat Rasulullah SAW
menerima wahyu pertama setelah malaikat Jibril a.s.
mengajar baginda membaca lima ayat pertama dalam
surah al-Alaq yang bermaksud seperti di bawah:

◦ “Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang
menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang paling
pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan
kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahui.”

◦ Nabi Muhammad SAW yang ummi, tidak dapat membaca dan menulis,
dipaksa hingga tiga kali oleh Malaikat Jibril untuk membaca ayat tersebut.

◦ Maka datanglah kepada Baginda Malaikat Jibril dan berkata, “Bacalah!”
Jawab Baginda, “Aku tidak tahu membaca.” Nabi bercerita, “Lalu malaikat
itu menariknya dan memeluknya erat-erat sehingga Baginda seakan-akan
lemas. Kemudian barulah Malaikat Jibril melepaskan Baginda.

◦ Lalu berkata lagi “Iqra” Bacalah

◦ Nabi menjawab “Ma Iqra” (aku tidak tahu membaca)

◦ Peristiwa ini berulang sebanyak tiga kali

◦ Setelah Malaikat Jibril membaca ayat 1-5 dari surah Al-Alaq dan
diikuti oleh Nabi membacanya, Malaikat Jibril pun berlalu dan
dituruti Nabi keluar daripada Gua Hiraq.

◦ Nabi Muhammad pulang ke rumah isterinya, Khadijah binti
Khuwailid dengan hati gemetar ketakutan.

◦ Ia memohon kepada Khadijah untuk menyelimuti dirinya.
Khadijah menyelimuti Muhammad hingga hilanglah
ketakutannya.

◦ Rasulullah telah menceritakan peristiwa yang berlaku terhadap
dirinya kepada isterinya Khadijah.

◦ Apabila Khadijah mendengarnya lalu Khadijah
membawa Rasulullah SAW bertemu dengan
sepupunya , Waraqah bin Naufal .

◦ Rasulullah menceritakan peristiwa yang belaku ke atas
dirinya di Gua Hirak.

◦ Waraqah mendengar dengan telilti lalu menyatakan
Pertemuan Baginda dengan Malaikat Jibril itu
membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah
utusan Allah .

Pengajaran

◦ Pengajaran daripada kisah ini menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad sesungguhNYA benar-benar utusan Allah SWT,

◦ Kita perlu mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW seperti
sentiasa sabar menhadapi ujian Allah SWT

◦ Jiwa dan hati sentiasa bersih dan tenang
◦ Bertanggungjawab dengan setiap amanah yang diberikan.
◦ Menyayangi setiap mahkluk ciptaan Allah.

Nilai murni

◦ Baginda seorang yang prihatin dan baik hati.
◦ Sentiasa memikirkan nasib manusia yang berada di Kota Mekah.
◦ Berusaha mencari kebebasan dan ketenangan daripada kesesatan dan kemusyikan.
◦ Bertafakur memikir alam semester yang diciptakan oleh Allah.


Click to View FlipBook Version