The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Azlia Noor, 2020-11-24 08:10:45

Ku-Taks PMSI

Kajian Tindakan 2020

Keywords: PMSI kubus kuboid

Ku-Taks PMSI : SATU STRATEGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB
SOALAN-SOALAN RUANG SECARA BERTULIS DI KALANGAN MURID TAHUN 4

IBNU SINA (31 ORANG) SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

Oleh:

AZLIA BINTI NOOR
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

13500 PERMATANG PAUH
[email protected]
012 562 1822

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan mengkaji peningkatan penguasaan murid-
murid 4 Ibnu Sina, Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah,
Pulau Pinang terhadap keseluruhan tajuk Ruang dalam mata pelajaran Matematik.
Semakan awal telah dilaksanakan melalui data pembelajaran atas talian dan ujian
pra serta pemerhatian tidak berstruktur terhadap murid dan guru-guru lain yang
mengajar kelas 4 Ibnu Sina. Berdasarkan laporan pelibatan murid sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekurang-kurangnya 27 murid (87.10%)
menjawab soalan-soalan latihan atas talian. Namun begitu, hasil ujian pra mendapati
hanya seorang (3.23%) murid benar-benar menguasai kemahiran menjawab
pelbagai aras soalan dalam tajuk ini dengan gred tertinggi B. Situasi ini seolah
menunjukkan tiada keberkesanan pembelajaran atas talian sepanjang tempoh PKP
tersebut. Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) ini dilaksanakan
sepenuhnya secara praktikal individu bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard
(SOP) pencegahan penularan pandemik Covid-19. Perancangan kajian tindakan
difokuskan bagi meningkatkan penguasaan murid kepada mata pelajaran Matematik
khususnya dalam menyelesaikan masalah harian bukan rutin melibatkan ruang
secara kreatif dan inovatif menggunakan aktiviti “Ku-Taks”. Murid telah didedahkan
kepada Program “Ku-Taks” selama lebih dari satu bulan mulai tarikh 27 Julai hingga
15 September 2020. Keputusan ujian pasca terakhir menunjukkan peningkatan
penguasaan terhadap tajuk Ruang selepas “Ku-Taks” dijalankan. Seramai 26 orang
murid (83.87%) telah berjaya lulus dengan memperolehi gred A, B atau C. Ternyata
pandemik Covid-19 bukanlah penghalang melaksanakan PMSI di sebalik sejuta
hikmah.

1

1.0 PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Segala puji-pujian kepada Allah S.W.T. dan selawat serta salam
kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan izin-Nya,
selesai juga akhirnya kajian tindakan ini.

Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada suami
tercinta, Mohammad Zaidi Md Mokhtar di atas segala pengorbanan, dorongan
dan kesabaran beliau mengiringi saya mengharungi segala cabaran sepanjang
tempoh mengendalikan kajian tindakan ini. Tidak lupa, khas buat ketiga-tiga
orang anak kesayangan saya, Aira Zahiera, Alif Zahran dan Aqil Zakwan yang
amat sabar dan memahami kesibukan ibu mereka.

Terima kasih warga SK Permatang Pasir dan barisan pentadbir yang sentiasa
memberikan sokongan padu. Sanjungan budi buat Encik Khairolajman Ismail
SISC+ Sains dan Matematik Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai
Tengah yang banyak memberikan sokongan sepanjang kajian ini.

Terima kasih ibu bapa yang tidak jemu tetap menghantar anak-anak 4 Ibnu
Sina dengan kepercayaan penuh kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak
dale norma baharu. Kasih sayang tidak terhingga buat anak-anak murid 4 Ibnu
Sina yang sentiasa fokus dan respon ceria sepanjang sesi-sesi pembelajaran
dan pemudahcaraan ini dijalankan walau tanpa disedari mereka sedang
menjadi responden sebuah kajian tindakan. Cikgu sayang kamu!

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Patah bicara “Pembelajaran atas talian kurang berkesan” oleh Yang Berhormat
Menteri Kanan Pendidikan ketika mengumumkan pembukaan semula sesi
persekolahan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagai
sembilu menghiris kalbu bagi seorang guru yang gigih menyediakan video
pembelajaran dan pengajaran sepanjang menghadapi gelombang pandemik
Covid-19. Tidak cukup dengan video yang dibina sendiri, saya turut belajar
membina kuiz atas talian menggunakan aplikasi Quizizz, Wordwall dan Google
Form. Tidak berkesankah semua itu?

Cuba bertanya murid nama bentuk yang dipamerkan guru, murid menjawab
„petak‟ sekali lagi menjadi tamparan ada kemungkinan besar kebanyakan murid
sudah lupa ilmu-ilmu sedia ada yang pernah diajar sebelum ini. Petak, petak
yang dikatakan petak itu ada nama, namanya segi empat. Sedih, tapi sesuatu
perlu dilakukan. Marah? Fikir-fikirkan, bagaimana mengajar dengan norma-
norma baharu sekaligus memastikan murid tidak ketinggalan. UPSR 2020
sudah dimansuhkan tapi UPSR 2021 dan 2022 tetap akan bertandang.

3.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini lebih tertumpu kepada strategi Pembelajaran
Matematik Secara Inkuiri bagi menggantikan pembelajaran „chalk and talk‟
yang sering dianggap membosankan murid. Lebih tepat juga sebagai
pengukuhan ilmu serta penguasaan selepas pembelajaran atas talian
sepanjang „cuti‟ selama 120 hari menghadapi pandemik Covid-19 yang tiada
siapa minta mengganggu sesi persekolahan sesi 2020.

Sekiranya usaha sebegini tidak dilaksanakan, murid dibimbangi tidak dapat
menguasai pembelajaran topik Ruang bagi tahun 5 pada tahun hadapan yang

2

akan melibatkan gabungan bentuk-bentuk dua dimensi dan bentuk-bentuk tiga
dimensi.

Lebih membimbangkan, mengikut nasihat World Health Organization dan
Kementerian Kesihatan Malaysia, wabak Covid-19 kemungkinan besar hanya
akan lenyap menjelang penghujung 2021. Masih adakah masa mengulangkaji
untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2022?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan meningkatkan peratus pencapaian tahap minimum
bagi mata pelajaran Matematik UPSR 2022.
4.2 Objektif Khusus
4.2.1 Meningkatkan kekerapan murid menjawab sendiri soalan aras
tinggi dengan betul – sekurang-kurangnya 20 orang murid.
4.2.2 Meningkatkan peratus murid yang dapat menjawab soalan-
soalan tajuk Ruang dalam mata pelajaran Matematik kepada
sekurang-kurangnya 30%.
4.2.3 Menerapkan keyakinan murid untuk menjadi contoh terbaik
kepada murid-murid kelas lain.

5.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 31 orang murid tahun 4 Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Permatang
Pasir yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 19 orang perempuan.

6.0 TINJAUAN AWAL
6.1 Temubual
Walaupun pandemik Covid-19 agak membataskan pergaulan sesama
guru, namun ia bukanlah penghalang membincangkan perkara-perkara
penting perkembangan kemajuan pembelajaran murid. Sejak
pembukaan semula sekolah, kebanyakan guru menyatakan murid
kelihatan agak kabur atau bahasa mereka „blur‟ dengan ilmu-ilmu yang
telah dipelajari sebelum tempoh PKP dan juga sepanjang pembelajaran
atas talian dale tempoh PKP. Sebahagian murid juga disifatkan seperti
tidak ingat atau „blank‟ dengan pengetahuan sedia ada yang
sepatutnya.

Tidak kurang juga pendapat rakan guru dari sekolah lain yang
merasakan tempoh „hibernasi empat bulan‟ melenyapkan segala ilmu
yang pernah dicurahkan sejak murid dari tahun satu lagi. Fakta itu
mungkin kedengaran lucu namun merisaukan malah ada ketikanya
mendukacitakan rata-rata guru.

6.2 Ujian Pra
Ujian Pra dilaksanakan bagi mengenal pasti jumlah sebenar murid yang
tidak dapat menjawab soalan tajuk Ruang dan tahap kemampuan
menjawab soalan-soalan penyelesaian masalah. Saya tidak
memberikan sebarang bantuan dan tiada perbincangan sesama murid
dibenarkan. Lembaran ujian yang sama telah digunakan untuk Ujian
Pasca di akhir program. Hasil ujian pra mendapati hanya seorang orang
murid berjaya mencapai tahap penguasaan minimum dengan mendapat
gred B sahaja.

3

7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
7.1 Hari Ceria
Aktiviti-aktiviti „hands-on‟ atau praktikal yang berbentuk Pembelajaran
Berasaskan Projek dengan menggunakan strategi Pembelajaran
Matematik Secara Inkuiri. Sebahagian aktiviti yang telah dirancang,
dilaksanakan berulang kali bagi mengukuhkan pemahaman ke atas
konsep sebelum membawa kepada pengiraan menggunakan rumus.
Ku-Taks ialah gabungan beberapa perkataan seperti kubus, kuboid,
kotak, petak dan penyedut minuman „straw‟.
7.1.1 Isi padu kubus dan kuboid
Murid dibimbing membina sendiri kubus-kubus kecil pelbagai
saiz dengan cara origami. Demi mematuhi SOP, murid tidak
dibenarkan bersentuhan sesama sendiri. Maka murid didorong
untuk memberikan idea kepada guru, bagaimana
menggabungkan kubus-kubus kecil yang telah dikumpulkan
untuk dijadikan sebuah kubus besar. Murid mencari perkaitan
antara bilangan kubus digabungkan dengan rumus isi padu
kubus. Pendekatan yang sama digunakan ketika membina
kuboid gergasi.
7.1.2 Perimeter
Pendekatan bercerita perancangan Kolam Itik Saya dan Saya
Petani Moden menarik minat murid untuk fokus mendengar
celoteh guru sambil membayangkan apa yang dilukis adalah
milik mereka sendiri suatu hari nanti. Semangat menjaga „itik‟
membuahkan idea bahawa mereka memerlukan „pagar‟
sebagai aspek pelindungan. Maka pagar itulah perimeter.
Pagar juga sangat diperlukan bagi mengawal lembu Pak
Leman daripada mencerobohi tapak semaian sayuran. Aktiviti
ini mengukuhkan lagi latihan bertulis yang telah dilaksanakan
ketika mengulangkaji subtopik poligon.
7.1.3 Luas segi empat sama, segi empat tepat dan segi tiga
Murid diberi Pelan Lantai Bilik untuk dihias penuh dengan
„jubin‟ daripada guntingan petak-petak segi empat sama
mewakili jubin pelbagai warna. Bilangan jubin yang berjaya
disusun akan mewakili luas ruang yang ada. Murid kemudian
dibimbing mengaitkan bilangan „jubin‟ dengan rumus luas.
Strategi yang sama digunakan ke atas Lanskap Taman Saya.
7.2 Guru Muda Matematik
Semua tujuh orang Guru Muda Matematik yang dilantik semasa tempoh
PKP diberikan projek awal berbanding rakan sekelas. Guru Muda
Matematik dibimbing secara atas talian pada hujung minggu. Sesi
pengurusan SOP setiap pagi juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk
bimbingan tambahan.
7.3 Tarsia
Empat set Tarsia yang dibina sendiri oleh guru telah digunakan dalam
kajian tindakan ini sebagai tambahan kepada aktiviti secara praktikal.
Projek kecil pada aras soalan sederhana mampu menguji pemahaman
murid dan daya pemikiran kreatif dan kritis.
7.4 Kuiz Atas Talian
Tiga set kuiz atas talian dengan menggunakan Quizziz dikongsi di
dalam kumpulan WhatsApp guru dan waris.

4

Ujian Pra : 22 Julai 2020
Tarikh
Masa : 10:30 pagi – 11:30 pagi
Objektif Pembelajaran
Bahan : Menguji tahap penguasaan murid berdasarkan
pembelajaran atas talian sepanjang “bercuti” PKP
Refleksi
: Soalan ujian pra dan pasca

Hasil ujian yang sangat mendukacitakan. Cikgu
tidak pandai buat video? Murid tidak menghayati
: video? Mungkinkah soalan-soalan Quizizz dan
Wordwall dijawab oleh waris atau kakak mahupun
abang mereka? Jiwa tertanya-tanya penuh curiga.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
6.1 Sudut
6.2 Garis selari dan garis 6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak,
sudut tirus dan sudut cakah pada bentuk segi
serenjang empat tepat, segi empat sama dan segi tiga.

6.3 Perimeter dan luas 6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan
garis serenjang.

6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang.

6.3.1 Menentukan perimeter bagi bentuk poligon
sehingga lapan sisi.

6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi
empat tepat, segi tiga bersudut tegak, segi
tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki
menggunakan petak segi empat sama 1 unit
persegi dan rumus.

6.4 Isi padu pepejal 6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

6.5 Penyelesaian masalah 6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.

5

Hari Ceria 1 : 27 Julai 2020
Tarikh : 9:00 pagi – 9:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.1 Sudut
Standard Pembelajaran
6.2 Garis selari dan garis serenjang
Objektif Pembelajaran
Bahan : 6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut

Refleksi tirus dan sudut cakah pada bentuk segi empat

tepat, segi empat sama dan segi tiga.

6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan

garis serenjang.

6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang.

: Segi empat tepat

: Kertas separuh A4 pelbagai warna, pembaris,
pensel

Murid masih sangat patuh kepada peraturan dan

: SOP, begitu patuh kepada setiap arahan cikgu.
Hendaknya ilmu sampai sebagaimana bentuk yang

terhasil dengan garisan-garisan terlorek kemas.

6

Hari Ceria 2 : 28 Julai 2020
Tarikh : 12:00 tengah hari – 1:00 petang
Masa
Standard Kandungan : 6.1 Sudut
Standard Pembelajaran
6.2 Garis selari dan garis serenjang
Objektif Pembelajaran
Bahan : 6.1.1 Mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut

Refleksi tirus dan sudut cakah pada bentuk segi empat

tepat, segi empat sama dan segi tiga.

6.2.1 Mengenal dan menamakan garis selari dan

garis serenjang.

6.2.2 Melukis garis selari dan garis serenjang.

: Segi empat sama

: Kertas separuh A4 pelbagai warna, pembaris,
pensel

Murid mengikuti sesi pembelajaran dengan tekun.

Murid mencontohi setiap apa yang dilakarkan di

: hadapan kelas di papan putih. Sebahagian kecil

murid mula menunjukkan daya kreativiti dalam buku

latihan.

7

Hari Ceria 3 : 4 Ogos 2020
Tarikh
Masa : 12:00 tengah hari – 1:00 petang
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.4
Isi padu pepejal
Objektif Pembelajaran
Bahan : 6.4.1
Refleksi Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

: Membina kubus 1 unit

: Kertas A4 pelbagai warna, gunting

: Murid agak terkejut dengan kelainan aktiviti
pembelajaran yang mungkin tidak pernah sama
sekali dialami. Murid walau bagaimanapun
mematuhi setiap arahan dan panduan yang
diberikan oleh guru dan Guru Muda Matematik. P9
mula menunjukkan minat yang sangat ketara
apabila mula diminta menunjukkan demonstrasi
langkah demi langkah membina kubus sementelah
P9 pernah terlibat dalam Karnival Matematik 2019
bersama Cikgu Azlia.

8

Hari Ceria 4 : 7 Ogos 2020
Tarikh
Masa : 7:10 pagi – 7:30 pagi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.4
Isi padu pepejal
Objektif Pembelajaran
Bahan : 6.4.1
Refleksi Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

: Membina kuboid gergasi

: Kubus-kubus 1 unit

: Cikgu bertugas Taskforce 2 menjaga Aras 3 Blok E,
di hadapan kelas 4 Ibnu Sina. Alang-alang menjaga,
beraktiviti memenuhi masa terluang murid
sementara menunggu waktu mula pdpc pada pukul
7:30 pagi. Murid mengerumuni cikgu, sayangnya
SOP masih perlu dipatuhi. Maka menjauh tapi tidak
membenci, malah semakin teruja dan meminati.

9

Hari Ceria 5 : 10 Ogos 2020
Tarikh
Masa : 9:00 pagi – 9:30 pagi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.4
Isi padu pepejal
Objektif Pembelajaran
Bahan : 6.4.1
Refleksi Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

: Membina kuboid gergasi dan menentukan isi padu
serta mengaitkannya dengan rumus

: Kubus-kubus 1 unit, pita pelekat

: Cubaan membentuk dan melatih Guru Muda
Matematik kurang menjadi. Salah pilihan atau salah
strategi? Mungkinkah kurang motivasi atau boleh
jadi juga belum timbul potensi lantaran guru juga
belum pandai mengambil hati?

10

Hari Ceria 6 : 11 Ogos 2020

Tarikh : 12:00 tengah hari – 1:00 petang
Masa
Standard Kandungan : 6.4 Isi padu pepejal
Standard Pembelajaran
: 6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid
Objektif Pembelajaran menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

Bahan : Membina kubus gergasi dan menentukan isi padu
Refleksi serta mengaitkan dengan rumus

: Kubus-kubus 1 unit, pita pelekat

: Murid memberi idea, guru menyambung dan
melekatkan kubus-kubus kecil. Perbincangan
secara terbuka bagaimana gabungan kubus-kubus
kecil membentuk sebuah kubus besar atau kuboid
yang juga bersaiz raksasa. Pemahaman murid
mungkin belum benar-benar ketara, sesi-sesi
pengukuhan akan diteruskan tanpa jemu
semestinya. Wahai hati, buktikanlah bahawa
pendemik Covid-19 bukan penghalang tetapi
pencetus hikmah.

11

Hari Ceria 7 : 13 Ogos 2020
Tarikh
Masa : 11:00 pagi – 12:00 tengah hari
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.4 Isi padu pepejal
Objektif Pembelajaran
: 6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid
Bahan menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.
Refleksi
: Membina kuboid dan kubus gergasi dan
menentukan isi padu serta mengaitkannya dengan
rumus

: Kubus-kubus kecil, pita pelekat, gunting

: L2 dan P9 sangat bersemangat secara sukarela
tampil membuat pembentangan ketika
perbincangan satu soalan aras tinggi. Gaya
kepemimpinan mula terserlah. Keyakinan
menegakkan idea sendiri lebih memperlihatkan
minat kepada mata pelajaran yang semakin nyata.

12

Hari Ceria 8 : 25 Ogos 2020
Tarikh
Masa : 8:30 pagi – 9:30 pagi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.3
Perimeter dan luas
Objektif Pembelajaran
: 6.3.1
Bahan Menentukan perimeter bagi bentuk poligon
Refleksi sehingga lapan sisi.

: Murid memahami konsep perimeter sebagai ukur
keliling dan mengaplikasi operasi tambah dalam
pengiraan perimeter dengan tepat.

: Lembaran soalan sumber internet.

: Semua murid berjaya dibimbing sehingga dapat
menjawab setiap soalan dengan betul. Murid lemah
turut diberi bimbingan secara bersemuka. Setiap
murid diwajibkan membuat pembetulan dan juga
penambahbaikan sekiranya dikenalpasti wujud
mana-mana kesalahan atau kelemahan dalam
bentuk strategi pengiraan.

13

Hari Ceria 9 : 27 Ogos 2020

Tarikh : 7:30 pagi – 8:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.3
Perimeter dan luas
Standard Pembelajaran
6.3.1
Objektif Pembelajaran
Bahan : Menentukan perimeter bagi bentuk poligon
Refleksi
sehingga lapan sisi.

: Murid dapat mengira perimeter dengan tepat

: Lembaran latihan

: Kelemahan yang ditemui; sebahagian murid
bergantung sepenuhnya kepada ukuran yang
terdapat pada rajah. Sisi yang tiada ukuran, tidak
dikira. Murid diingatkan, segi empat sama dan segi
empat tepat mempunyai empat sisi kesemuanya.
Semue murid yang membuat kesilapan, sudah
membuat pembetulan sebagai langkah
pengukuhan.

14

Guru Muda Matematik : 28 Ogos 2020
Tarikh
Masa : Cuti hujung minggu 29 Ogos 2020 hingga 31 Ogos
2020
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : 6.4 Isi padu pepejal

Objektif Pembelajaran : 6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid
menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.
Bahan
Refleksi : Menyempurnakan Tarsia isi padu kubus dan/atau
kuboid menggunakan rumus

: Set Tarsia, gunting, gam

: Murid teruja, guru gembira. Guru Muda Matematik
yang dilantik kelihatan sangat bersemangat
menyiapkan projek kecil yang diberikan. Ada di
antara mereka menghubungi guru bertanya tarikh
dan waktu serahan, mahu menghantar seawal
mungkin. Semakin nyata, pendemik Covid-19 dan
pematuhan SOP bukan penghalang murid menjadi
lebih rajin dan bersemangat.

15

Hari Ceria 10 : 1 September 2020
Tarikh : 8:30 pagi – 9:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.3 Perimeter dan luas

Standard Pembelajaran 6.3.2 Menentukan luas segi empat sama, segi

Objektif Pembelajaran : empat tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga
Bahan sama sisi dan segi tiga sama kaki menggunakan
Refleksi
petak segi empat sama 1 unit persegi dan rumus.

Murid memahami konsep luas dan dapat mengira

: luas dengan betul menggunakan petak dan juga

rumus.

: Pelan lantai bilik saya, petak segi empat sama

: Walau perlahan dan kelihatan teragak-agak,
akhirnya pelan lantai dengan jubin berwarna-warni
berjaya disiapkan dengan kreativiti masing-masing.
Pemahaman juga berjaya dicapai.

16

Hari Ceria 11 : 7 September 2020
Tarikh
Masa : 8:00 pagi – 9:00 pagi
Standard Kandungan
: 6.3
Standard Pembelajaran Perimeter dan luas

Objektif Pembelajaran 6.3.2
Bahan
Refleksi Menentukan luas segi empat sama, segi empat

: tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi

dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi

empat sama 1 unit persegi dan rumus.

: Murid dapat memahami konsep luas dan
seterusnya menguasai pengiraan luas.

: Lembaran Lanskap Taman Saya

: Kreativiti hasil kerja tangan dan aktiviti praktikal kian
terserlah. Susunan petak segi empat sama juga
semakin kemas tersusun. Guru Muda Matematik
yang telah menerima tugasan terlebih dahulu awal
beberapa hari, bertindak sebagai fasilitator
membimbing rakan mengira luas segi tiga
menggunakan petak dan mengaitkannya dengan
rumus luas segi tiga.

17

Hari Ceria 12 : 10 September

Tarikh : 7:30 pagi – 8:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.5 Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran : 6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.
Bahan
Refleksi : Pertanian kolam itik

: Papan putih, pen penanda
: Becok mulut cikgu bercerita, melopong mulut murid

mendengar. Sama-sama mengira ukuran panjang
pagar yang perlu dibeli untuk memagari taman
pertanian dari ancaman kerbau Pak Leman.
Sebahagian murid perempuan sangat fokus
mendengar penerangan sambil turut sama
berbincang.

18

Kuiz Atas Talian : 12 September 2020
Tarikh
Masa : Cuti hujung minggu 12 September 2020 hingga 13
Standard Kandungan September 2020

Standard Pembelajaran 6.3

Objektif Pembelajaran : Perimeter dan luas
Bahan 6.4

Refleksi Isi padu pepejal

6.3.2

Menentukan luas segi empat sama, segi empat

tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi

: dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi
empat sama 1 unit persegi dan rumus.

6.4.1

Menentukan isi padu kubus dan kuboid

menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.

: Pengukuhan pengiraan dalam menentukan
perimeter, luas dan isi padu pepejal

: Pautan kuiz

Ulangkaji PERIMETER

https://quizizz.com/join?gc=63114656

Ulangkaji LUAS

https://quizizz.com/join?gc=16714176

Ulangkaji ISIPADU PEPEJAL

https://quizizz.com/join?gc=56823200

: Murid yang berminat, telah menyertai dengan

sepenuh hati, menjawab soalan berulang kali. Tidak

semua menyertai setiap kuiz, mungkin tidak

digalakkan waris atau sendiri kurang motivasi.

19

Hari Ceria (Tarsia) 13 : 14 September 2020

Tarikh : 8:00 pagi – 9:00 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.5
Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
: 6.5.1
Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.
Bahan
Refleksi : Murid dapat menyelesaikan soalan-soalan
penyelesaian masalah melibatkan tajuk ruang.

: Set Tarsia

: Semua murid perempuan berjaya menyempurnakan
set Tarsia oyang diberi secara individu. Walau
bagaimanapun, sebahagian murid lelaki didapati
tidak fokus dan tidak dapat menyempurnakan
tugasan dengan baik. L1 langsung tidak mampu
memulakan penyusunan sehingga dibimbing secara
bersemuka oleh cikgu.

20

Hari Ceria (Tarsia) 14 : 15 September 2020

Tarikh : 8:30 pagi – 9:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : 6.5
Penyelesaian masalah
Standard Pembelajaran
: 6.5.1
Objektif Pembelajaran Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.
Bahan
Refleksi : Murid dapat menyelesaikan soalan-soalan
penyelesaian masalah melibatkan tajuk ruang.

: Set Tarsia

: Tugasan secara individu mungkin kelihatan kurang
berjaya, maka murid dipasangkan dalam
pengawasan SOP. Aktiviti lebih berjaya berbanding
hari sebelumnya. Tugasan berjaya disempurnakan
dengan lenih baik. Kedengaran nyaring suara P4
mengajar rakan lain. Bertambah bilangan murid
yang semakin bersemangat. Ternyata, pandemik
Covid-19 bukan penghalang aktiviti berkumpulan.
Selepas selesai aktiviti, murid mencuci tangan
sebelum makan.

21

Ujian Pasca 1 : 15 September 2020

Tarikh : 8:30 pagi – 9:30 pagi
Masa
Standard Kandungan : Seperti Ujian Pra
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran : Seperti Ujian Pra
Bahan
Refleksi : Seperti Ujian Pra

: Set soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca

: Hanya 15 murid lulus. Belum mencapai separuh
kelas. Cikgu masih belum berpuas hati. Mengapa?
Masihkan ada kelemahan di mana? Murid bukan
tidak menguasai konsep dan kemahiran, tapi
kekangan pada penguasaan teknik menjawab
soalan kertas 2 dengan betul. Justeru sesi
penerangan teknik menjawab yang betul seperti
format UPSR perlu diberi sebelum melaksanakan
Ujian Pasca 2. Positif, pandemik penuh hikmah.
Siapa sangka murid tahun 4 sudah boleh
didedahkan dengan teknik menjawab soalan
UPSR? Tidak perlu tunggu mereka ke tahun 6.

Ujian Pasca 2 : 24 September 2020
: 8:00 pagi – 9:00 pagi
Tarikh
Masa : Seperti Ujian Pra
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran : Seperti Ujian Pra
Objektif Pembelajaran
Bahan : Seperti Ujian Pra
Refleksi
: Set soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
: Hasil yang mengujakan. 26 murid berjaya lulus.

Pandemik Covid-19 bukan penghalang
melaksanakan Pembelajaran Matematik Secara
Inkuiri.

P9 diberi ganjaran atas peningkatan
yang sangat memberangsangkan.

Ujian Pra : 19
Ujian Pasca 1 : 37
Ujian Pasca 2 : 46

22

8.0 DAPATAN KAJIAN Jadual 1 Markah Ujian Ujian Pasca 2
Ujian Pra Ujian Pasca 1 25
Responden 26
P1 14 16 37
P2 13 25 31
P3 18 32 29
P4 14 17 16
P5 19 28 35
L1 17 19 30
L2 36 TH* TH*
L3 20 20 34
L4 16 15 23
L5 25 30 29
L6 17 15 25
L7 15 21 40
L8 12 16 22
L9 15 34 22
L10 18 14 15
L11 20 25 25
P6 15 15 31
P7 13 19 46
P8 14 16 31
P9 19 37 27
P10 10 27 TH*
P11 11 23 17
P12 17 TH* 33
P13 TH* 10 35
P14 14 22 30
P15 15 21 24
P16 TH* 22 39
P17 16 18 33
P18 19 32 28
L12 14 24
P19 11 18

*TH = tidak hadir

Jadual 2 Gred

UJIAN Ujian Pra Ujian Pasca 1 Ujian Pasca 2
TH 2
GRED 22 0
E 0 - 10 3
D 11 - 20 11 14
C 21 - 30 11
B 31 - 40 26 13 1
A 41 - 50 31
JUMLAH 1 11

14

00

31 31

23

Analisa Dapatan Kajian
Graf 1 Gred Diperolehi Murid
ANALISA UJIAN

30

25

20

15

10

5

0

A B C D E TH

UJIAN PRA UJIAN PASCA 1 UJIAN PASCA 2

Carta Pai Perkembangan Gred

UJIAN PRA UJIAN PASCA 1

A A
B B
C C
D D
E E

UJIAN PASCA 2

A
B
C
D
E

24

Keputusan ujian pasca terakhir dengan peningkatan yang sangat
memberansangkan saya. 19 murid menunjukkan peningkatan markah melebihi
10 markah dari Ujian Pra berbanding Ujian Pasca 2.

Terdapat seorang murid meninggalkan dua soalan tanpa jawapan ketika Ujian
Pasca 1. Walau bagaimanapun, pada Ujian Pasca 2 setelah teknik menjawab
didedahkan, 100% murid yang hadir telah menjawab semua soalan dengan
strategi yang lebih sistematik.

45.16% murid berjaya mencapai sekurang-kurangnya tahap penguasaan
minimum C, pada Ujian Pasca 2. Peratus ini melebihi sasaran pelaksanaan
kajian iaitu 30%. Secara keseluruhan 83.87% murid berjaya mendapat gred A,
B dan C pada akhir kajian. Hanya tiga murid masih berada di gred D dan tiada
murid di gred E. Hasil pemantauan menunjukkan ketiga-tiga murid gred D ini
merupakan murid yang kerap tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan
oleh waris termasuk „risau Covid‟.

Selain kemampuan Guru Muda Matematik mengajar rakan secara bersemuka
(„one-to-one‟), terdapat sekurang-kurangnya lima murid contoh yang sudah

mampu tampil membentang di hadapan kelas secara sukarela. Keyakinan

murid kian terserlah. Murid juga sangat teruja apabila ditawarkan untuk menjadi

tenaga pengajar kepada kelas lain.

9.0 REFLEKSI KESELURUHAN
9.1 Sikap dan Minat Murid
Kelihatan beberapa murid perempuan sangat berminat dengan mata
pelajaran Matematik sejak pembelajaran dilaksanakan secara praktikal.
Bukan sahaja kerja tangan semakin berseni, malah suara nyaring
menjawab soalan penuh keyakinan ketika perbincangan terbuka kian
ketara.
Beberapa murid perempuan juga mula sering mesej secara peribadi
dengan cikgu untuk bertanya soalan mahupun meminta pandangan
ketika hujung minggu.
Murid yang bertambah minat, mencuba latihan Quizziz berulang kali
sehingga mampu mencapai markah penuh. Terubat kekecewaan „tiada
keberkesanan‟ pembelajaran atas talian yang ditohmah kepada
sekalian cikgu.

9.2 Sahsiah Guru
Tiada yang lebih indah selain peningkatan prestasi murid lantaran minat
mereka yang semakin mendalam terhadap mata pelajaran yang
dianggap pembunuh keputusan peperiksaan. Besar impian saya
melihat lebih ramai murid menggilap potensi menjadi Guru Muda
Matematik yang turut melakar kecemerlangan dalam peperiksaan
secara bertulis selain aktiviti praktikal.

10.0 CADANGAN KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
Menjadi impian saya untuk terus melaksanakan sesi-sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan seterusnya dalam topik lain dengan strategi yang sama;
Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek.
Murid secara jelas nampak teruja untuk belajar. Semoga tiada lagi pegangan
Matematik sebagai mata pelajaran pembunuh sebaliknya menjadi sesuatu

25

yang paling diminati malah penarik semangat meningkatkan kehadiran murid
ke sekolah.

11.0 KEKANGAN
“Kami takut covid” masih menjadi alasan untuk waris tidak menghantar murid

ke sekolah saban hari. Selain itu, murid yang mempunyai simptom Covid-19

juga tidak dibenarkan hadir ke sekolah. Maka faktor ketidakhadiran menjadi

cabaran utama menyempurnakan kajian ini sebaik mungkin.

26

RUJUKAN
Origami Kubus https://www.youtube.com/watch?v=337QxhfpY4w&t=9s
BPPDP. (2008). Buku manual kajian tindakan. Edisi ke-3. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia

27

Lampiran
Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Set Tarsia

28


Click to View FlipBook Version