The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by am.akmal66, 2024-03-29 19:28:27

BMMB3123

Kumpulan 5

TUGASAN 2: ANALISIS PERIBAHASA & PENGHASILAN CERPEN Ahli Kumpulan: Amirul Akmal bin Abdul Jalil Hajlin binti Hajlan Nurin Syahida binti Roslan


PERIBAHASA TEMA: KESUNGGUHAN


DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Berusaha bersungguh untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki ESA HILANG, DUA TERBILANG Bersungguh-sungguh mencapai matlamat tanpa takut menanggung risiko. GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG Kalau melakukan pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh dan hendaklah bersabar biar dapat hasilnya nanti.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI IMEJAN DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Menurut Patarai er al. (2022), makna sesuatu perkataan boleh diterangkan dari segi imej yang terbayang dalam akal penutur mahupun pendengar dengan menggunakan segi tiga semantik Teori Imejan. Ditumbuk Kata “ditumbuk” merujuk kepada tindakan memukul sesuatu bahan dengan menggunakan alat tumbuk. Dari segi konsep, perkataan ini merujuk kepada usaha awal dalam proses melakukan sesuatu manakala dari segi lambang pula, perkataan ini merujuk kepada tindakan fizikal yang melibatkan tenaga untuk menghasilkan perubahan pada sesuatu perkara. Dikisar Kata “dikisar” merujuk kepada tindakan menghancurkan sesuatu bahan dengan menggunakan alat pengisar. Dari segi konsep, perkataan ini merujuk kepada proses selepas ditumbuk, iaitu bahan yang dihancurkan dalam butiran yang kasar akan dihaluskan manakala dari segi lambang pula, perkataan ini merujuk kepada ketelitian untuk mencapai sesuatu perkara. Kata “lumat” merujuk kepada keadaan sesuatu bahan yang telah dihancurkan menjadi halus betul. Dari segi konsep, perkataan ini merujuk kepada kedua-dua proses awal sebelum mencapai hasil akhir manakala dari segi lambang pula, perkataan ini merujuk kepada hasil yang diinginkan daripada keseluruhan proses yang telah dilakukan. Lumat


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI ANALISIS SIMBOLIK DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Menurut Khairulanwar (2021), Alfred Tarski telah merintis teori baharu dalam kajian semantik, iaitu kajian melalui pemahaman logik terhadap bahasa yang disebut sebagai Teori Logik Simbolik. Analisis Berdasarkan peribahasa tersebut, secara logiknya, “ditumbuk” merupakan tindakan awal manakala “dikisar” pula merupakan tindakan kedua. Proses yang dilaksanakan bagi kedua-dua tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan hasil akhir yang diinginkan, iaitu “lumat”. Oleh sebab itu, peribahasa ini dapat ditafsirkan sebagai proses berterusan dan berturutan mengikut langkahlangkah tertentu bagi mencapai sesuatu matlamat walaupun prosesnya rumit sebagimana rumitnya kehidupan seharian.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI BEHAVIORISME DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Teori Behaviorisme pula memfokuskan kepada rangsangan, tindak balas dan perubahan tingkah laku. Analisis Berdasarkan peribahasa ini, kata “lumat” merupakan rangsangan kerana matlamat akan mendorong seseorang untuk memulakan sesuatu tindakan. Impaknya, muncullah tindakan-tindakan bagi mencapai matlamat sebagai tindak balas, iaitu kata “ditumbuk” dan “dikisar” yang melambangkan respons seseorang terhadap matlamat. Dengan ini, perubahan tingkah laku boleh dilihat dari segi usaha yang dilakukan oleh individu untuk mencapai matlamat, iaitu “lumat”. Oleh hal yang demikian, setiap individu memerlukan matlamat sebagai pencetus rangsangan supaya mereka terdorong untuk bertindak balas dan mengubah tingkah laku agar matlamat berjaya direalisasikan.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI ANALISIS KOMPONEN DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Berdasarkan Teori Analisis Komponen makna, makna utama perkataan berfungsi sebagai titik permulaan bagi pelbagai makna kerana mempunyai pelbagai pemerian makna yang boleh dirujuk (Indirawati et al., 2012). Berikut merupakan analisis komponen makna bagi peribahasa tersebut: Berdasarkan Jadual 1, perkataan “tumbuk” dan “kisar” berkongsi persamaan dari setiap komponen kerana bagi perlakuan “tumbuk” dan “kisar” menyebabkan berlakunya perubahan, memerlukan bahan dan alatan serta menyebabkan bahan lumat. Namun begitu, kata “tampar” hanya memerlukan bahan tetapi tidak menyebabkan alatan serta tidak menyebabkan perubahan dan lumat. Oleh sebab itu, peribahasa yang terbentuk memilih kata “ditumbuk” dan “dikisar” kerana mempunyai banyak perkaitan berbanding kata “tampar”. Pemilihan kata “ditumbuk” dan “dikisar” juga lebih jelas memperlihatkan usaha untuk mendapatkan sesuatu matlamat berbanding kata “tampar”.


ANALISIS PERIBAHASA: KERELEVENAN TERHADAP TEMA KESUNGGUHAN DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT Analisis Penjanaan makna dalam pemikiran masyarakat Melayu secara tersurat dan tersirat mengalami evolusi menerusi penciptaan simpulan bahasa dan peribahasa (Anida et al., 2023). Peribahasa ini selaras dengan pemikiran masyarakat Melayu, iaitu untuk menunjukkan kesungguhan seseorang. Walaupun sesuatu perkara sukar untuk digapai, sekiranya seseorang berusaha tanpa mudah berputus asa, sinar kejayaan pasti akan muncul. Oleh sebab itu, peribahasa ini menekankan keazaman, ketabahan dan kesabaran dalam diri seseorang untuk terus berusaha demi meraih kejayaan yang diingini dalam kehidupan.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI IMAJEN ESA HILANG DUA TERBILANG Menurut Patarai et. al. (2022), teori imejan merupakan salah satu teori yang dapat digunakan untuk mengkaji makna sesuatu perkataan melalui tiga proses dalam segi tiga semantik iaitu symbol (imej/lambang), thought of referrence (konsep) dan reference (perkara yang dirujuk). “Esa” ialah pertama dan “Dua” ialah kedua: Lambang: Merujuk kepada nombor bilangan Konsep: Bilangan mengikut turutan yang tersusun Rujukan: Sesuatu perkara dilakukan secara berterusan dan tidak terhenti begitu sahaja. “Hilang”: Lambang: Sesuatu yang telah tiada Konsep:sesuatu yang meninggalkan kesan kepada emosi apabila tidak wujud lagi Rujukan: Kegagalan dalam melakukan sesuatu perkara. “Terbilang”. Lambang: Perkara yang dapat dihitung atau terkemuka Konsep: Terkenal kerana berjaya atau terkemuka Rujukan: Memperoleh kejayaan apabila seseorang telah mencapai matlamat yang diinginkan.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI LOGIK SIMBOLIK ESA HILANG DUA TERBILANG Menurut Zul Hanis et. al. (2021), teori logik simbolik merupakan kajian untuk melihat makna ayat yang dapat diterima akal atau munasabah pada pemikiran manusia. Berdasarkan teori ini, sesuatu perkataan akan diterima logik apabila simbol dan makna perkataan tersebut mempunyai hubungan bergantung kepada susunannya. Oleh itu, perkataan “esa” diletakkan pada permulaan peribahasa kerana “esa” diterima logik sebagai satu atau yang pertama kemudian diikuti dengan bilangan “dua”. Makna logik dalam kajian pragmatik pula dapat dianalisis melalui perkataan “hilang” dan “terbilang” kerana simbol-simbol ini bermakna berdasarkan konteks untuk meluahkan perasaan, pendapat dan buah fikiran sebagai perlambangan wujudnya hubungan logik. Sehubungan dengan itu, peribahasa ini dapat diterima logik sebagai kesungguhan seseorang yang sentiasa berusaha berkali-kali sebagaimana nombor dihitung demi mencapai kejayaan walaupun pernah mencuba tetapi gagal.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI BEHAVIORISME ESA HILANG DUA TERBILANG Makna perkataan juga dapat dijelaskan melalui ransangan dan tindakbalas seperti yang dikemukakan dalam teori behaviorisme. Dalam peribahasa ini, perkataan “hilang” merupakan ransangan. Hal ini demikian kerana “hilang” dapat menimbulkan ransangan emosi kepada seseorang untuk lebih berusaha agar perkara yang hilang dapat diperoleh semula. Oleh itu, perkataan “dua” dan “terbilang” dirujuk sebagai tindak balas kepada ransangan tersebut kerana “hilang” itu dapat “terbilang” sekiranya seseorang berusaha bersungguh-sungguh dengan mencuba buat kali kedua untuk mencapai apa yang diinginkan.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI ANALISIS KOMPONEN ESA HILANG DUA TERBILANG Teori analisis komponen makna menjelaskan bahawa setiap perkataan mempunyai hubungan makna dengan perkataan lain. Hubungan makna ini dapat dikaitkan melalui persamaan ciri-ciri perkataan tersebut. Proses kekerabatan digunakan untuk menganalisis hubungan makna perkataan dalam teori ini. Tanda (+) melambangkan wujud perkaitan manakala tanda (-) melambangkan tiada perkaitan. Oleh itu, hubungkait makna perkataan dalam peribahasa ini dapat dianalisis seperti berikut: Perkataan “esa” dan “dua” mempunyai persamaan bagi semua komponen kerana perkataan ini menunjukkan bilangan yang boleh ditambah dan ditolak serta digunakan sebagai penomboran. Namun perkataan tunggal hanya mempunyai persamaan bagi komponen bilangan sahaja kerana “tunggal” menegaskan sifat yang kekal dan tidak boleh ditambah, ditolak dan tidak sesuai digunakan sebagai penomboran.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI BEHAVIORISME GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG RANGSANGAN Genggam bara api = usaha/ tanggungjawab yang diberikan TINDAK BALAS biar sampai jadi arang = berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut Oleh itu, rangsangan “genggam bara api” iaitu tanggungjawab yang diberikan tersebut akan berhasil menghasilkan arang sekiranya ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini dikatakan demikian kerana bara api adalah sesuatu yang sangat panas dan sukar untuk digenggam namun jika dilakukan bersungguh-sungguh, ia akan menjadi arang (berhasil).


CIRI BARA API AIR Bahan bakar + - Genggam + - Pepejal + - Sakit + - ANALISIS PERIBAHASA: TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG


CIRI ARANG AIR BATU Hasil bahan bakar + - Pepejal + - ANALISIS PERIBAHASA: TEORI ANALISIS KOMPONEN MAKNA GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI IMEJAN GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG Dalam peribahasa ini, ‘genggam’ dalam Kamus Dewan (2008) membawa maksud cengkaman tangan untuk memegang. Manakala bara api ialah serpihan arang batu atau kayu yang bernyala dalam api yang hampir padam. LAMBANG/ IMEJ KONSEP Menggenggam bara api BENDA/ PERKARA YANG DIRUJUK Tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan usaha bersungguh-sungguh.


ANALISIS PERIBAHASA: TEORI LOGIK SIMBOLIK GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG Secara logik, perubahan makna boleh dilihat pada perbuatan menggenggam bara api melalui frasa “genggam bara api”. Bara api ialah sesuatu yang sangat panas dan menyakitkan namun jika bersungguh-sungguh, bara itu akan berjaya digenggam sehingga menjadi arang. Frasa ini bersifat hiperbola kerana bara api sifatnya panas dan mustahil dapat dicengkam dengan tangan manusia. Frasa “genggam bara api” secara tersiratnya dimaksudkan kesukaran menjalankan sesuatu tanggungjawab dan frasa “biar sampai jadi arang” juga bertukar makna apabila dimasudkan sebagai sesuatu perkara itu hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Menurut Khairulanwar (2021), Alfred Tarski telah merintis teori baharu dalam kajian semantik, iaitu kajian melalui pemahaman logik terhadap bahasa yang disebut sebagai Teori Logik Simbolik.


ANALISIS PERIBAHASA: RELEVAN DENGAN TEMA KESUNGGUHAN GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG Peribahasa ini adalah sangat bersesuaian dengan cerpen yang dihasilkan bertemakan kesungguhan. Cerpen yang dihasilkan mengisahkan seorang kanak-kanak yang mempunyai semangat ketekunan yang tinggi untuk menyelamatkan diri keluar dari alam bunian dengan menghadapi pelbagai cabaran dalam perjalanannya. Justeru, peribahasa ini dikatakan relevan dengan tema kesungguhan seperti dalam cerpen kerana maksud ‘bara’ dan ‘arang’ dalam konteks peribahasa ini melambangkan ketekunan. Menurut Hedley (2006), manusia perlu sabar dan tabah menghadapi cabaran apabila menempuh sesuatu yang sukar. Proses bara bertukar menjadi arang mengambil masa yang lama untuk dihasilkan. Oleh yang demikian, manusia memerlukan ketabahan yang kuat untuk menahan bara api yang sangat panas sehingga ia berhasil menjadi arang. Justeru, perkara ini boleh dikaitkan dengan perjalanan Ali dalam cerpen ini yang mengambil masa yang lama untuk keluar dari alam bunian tersebut dengan kesungguhan dan ketabahan yang kuat demi menyelamatkan diri untuk bertemu keluarga. Dalam hal ini, masyarakat Melayu menggunakan perkataan ‘arang’ sebagai unsur peribahasa untuk menunjukkan usaha yang berterusan.


Click to View FlipBook Version