The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by szenette, 2021-07-24 10:29:16

KAJIAN KES SEJARAH

LIM EN ZHI

HE L LO

PENYATAAN MASALAH
BAB 5: PEMBENTUKAN

MALAYSIA

lIM EN ZHI 5 ACCOUNT

objektif kajian

A) meNGKAJI idea gagasan malaysia

b) MENGANALISIS faktor-faktor pembentukan
malaysia

c) MENERANGKAN reaksi penduduk tempatan dan
negara jiran

d) menGENAL PASTI langkah-langkah pembentukan
malaysia

e) menyatakan kandungan perjanjian julai 1963
dan peristiwa pengisytiharan malaysia

kaedah kajian

1 Kaedah melayari Internet

Saya menggunakan kemudahan internet yang terdapat dalam Malaysia dengan
melayari laman sesawang yang dikaji dan memuat turun bahan yang terdapat
sebagai rujukan.

2 Kaedah rujukan
Saya merujuk buku teks sejarah tingkatan lima yang diterbit oleh dewan
bahasa dan pustaka tentang proses pembentukan malaysia

pendahuluan

Idea Tunku Abdul Rahman terhadap pembentukan Malaysia ialah Singapura,Sarawak,Sabah
dan Brunei menyertai Persekutuan Tanah Melayu .

Seterusnya , idea penduduk tempatan terhadap pembentukan Malaysia ini ialah
Majalah Al-Imam yang menggesa penyatuan raja dan orang Melayu dalam Pendidikan dan

pembangunan ekonomi di Alam Melayu , selain daripada itu konsep melayu raya
diperjuangkan oleh nasionalis Tanah Melayu untuk menggabungkan Tanah Melayu dan

Indonesia .

Idea pegawai British pula ialah Lord Brassey . Beliau mencadangkan bahawa pergabunggan
Sarawak , Sabah , negeri Melayu dan NNS supaya menjadi tanah jajahan yang besar . pada
1951 , Sir Malcomn MacDonald mencadangkan penggabungan tanah jajajhan British di Asia
Tenggara bagi membentuk satu entiti politik dan ekonomi serta dapat menyesuaikan

rancangan dekolonisasi. Pada 1952 , Sir Gerald templer ,meminta penggabungan wilayah ini
disegerakan bagi tujuan keselamatan . Pada 1960 Sir Geofroy Tory mencadangkan penyatuan

Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi .

Reaksi tempatan yang menyokong ialah negeri Sarawak , BARJASA , PANAS , PESAKA dan SCA
juga menyokong . Rancangan pembentukan ini mendapat sambutan baik oleh Persekutuan
Tanah Melayu . Selain itu ,parti politik Sabah iaitu UNKO , USNO , Pasok Momogun dan Sabah
Chinese Association juga menyokong . Singapura , Lee Kuan Yew (PAP) juga menyokong serta
pedagang dan pengusaha industri yang percaya pasaran akan lebih meluas . Seterusnya ,
Brunei . Sultan Omar Ali Saifuddin juga mengalu-alukan cadangan ini dan rakyat Brunei juga

berminat untuk menyertai gabungan ini.

Kemudian , Reaksi negara jiran yang menyokong ialah Thailand yang percaya pembentukan ini
boleh memperkuat usaha kearah keamanan di rantau asia tenggara

A) NYATAKAN IDEA GAGASAN MALAYSIA

idea gagasan malaysia ialah konsep yang menggabungkan beberapa
bekas tanah jajahan british di asia tenggara . Selain itu idea melayu
raya oleh gerakan nasionalis sebelum perang dunia kedua yang ingin

mendapatkan kemerdekaan wilayah alam melayu daripada british ,
belanda dan amerika syarikat tidak berjaya dilaksanakan . seterusnya

, pihak pegawai british mengemukakan idea penyatuan wilayah
penguasaan british di asia tenggara dalam satu sistem pentadbiran
dan ekonomi bagi memudahkan pentadibran pihak british. tunku abdul

rahman putra al haj mencadangkan idea gagasan malaysia bagi
menggabungkan persekutuan tanah melayu dengan sarawak , sabah ,

singapura dan brunei untuk merdeka dalam satu sistem kerajaan
persekutuan

b) HURAIKAN faktor-faktor pembentukan malaysia ialah ancaman dan pengaruh komunis
FAKTOR- Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura
FAKTOR membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula
menyusup masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959,
PEMBENTUKAN iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
MALAYSIA
selain itu , MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN
SINGAPURA . Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal
daripada yang dijangkakan. Ini memandangkan negara-negara berkenaan masih
lagi berada di bawah penjajahan British semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam
hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam status negeri jajahan, manakala
Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

seterusnya , pembangunan wilayah . cadangan penyertaan ini boleh
memastikan negara ini bersatu dalam usaha mempercepat pelbagai bidang
pembangunan . pembentukan malaysia boleh meningkatkan taraf hidup peribumi
dalam pelbagai aspek seperti infrastruktur , sosial dan ekonomi yang lebih
seimbang .

di samping itu , keseimbangan komposisi penduduk. Tunku Abdul Rahman juga
pernah menyatakan kepentingan pembentukan Malaysia untuk menggabungkan
wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei dan bukan hanya
terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Sekiranya, Tanah Melayu dan
Singapura sahaja bercantum, kedudukan penduduk Melayu sebagai warga majoriti
akan hilang kerana warga Singapura kebanyakannya ialah penduduk cina dan
apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, warga bukan
Melayu akan menjadi golongan majoriti menggantikan warga Melayu.

C)TERANGKAN REAKSI PENDUDUK TEMPATAN
DAN NEGARA JIRAN

rekasi penduduk tempatan dan negara jiran , yang pertama , reaksi penduduk
tempatan persekutuan tanah melayu ialah reaksi positif . penduduk dan parti

politik bersetuju dan menerima cadangan ini .
selain itu , sarawak pula . parti politik barjasa , panas , sca dan pesaka menyokong

tetapi pada peringkat awal supp menentang . dan ada menentang kemudiaN
menyokong iaitu snap .

di samping itu , parti politik sabah iaitu unko , USNO DAN PASOK MOMOGUN DAN SABAH
CHINESE ASSOCIATION MENYOKONG IDEA INI . PARTI POLITIK INI SERTA DEMOCRATIC PARTY
SERTA SABAH INDIAN CONGRESS BERGABUNG DAN MENAMAKANNYA SABAH ALLIANCE PADA
BULAN OKTOBER 1962 . TETAPI ADA JUGA YANG MENENTANG SEPERTI CONTOH PENDUDUK DI
SABAH TERKEJUT KERANA MEREKA INGIN MENDAPATKAN KEMERDEKAAN SECARA BERASINGAN
ATAU MEMBENTUK SEBUAH KESATUAN NEGERI-NEGERI BORNEO YANG MERDEKA . KEBANYAKAN
PENDUDUK DI SABAH JUGA MENGANGGAP TANAH MELAYU TERASING SEPERTI INDONESIA DAN

FILIPINA . MEREKA MEMPERSOALKAN KEADAAN PEMIMPIN TEMPATAN YANG PERLU
MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEGIATAN POLITIK , PILIHAN RAYA DAN BERKERAJAAN SENDIRI
YANG SUDAH DIAMALKAN DI SINGAPURA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU . PADA MASA YANG

SAMA JARAK ANTARA SABAH DENGAN KUALA LUMPUR YANG JAUH JUGA MENIMBULKAN
MASALAH .

apabila singapura people's action party (pap) yang dipimpin oleh lee kuan yew menyambut baik
rancangan ini . bagi golongan pedagang dan pengusaha juga menyokong kerana membuka peluang
pasaran yang lebih besar kepada industri mereka . parti lain seperti parti buruh singapura pada

hakikatnya bersetuju tetapi menganggap gabungan ini sebagai suatu usaha yang sukar untuk
dilaksanakan . bagi yang menentang pula ialah parti rakyat singapura . barisan sosialis juga

menentang kerana mereka menganggap pembentukan ini merupakan penjajahan baharu .

brunei pula menyokong ialah sultan brunei iaitu sultan omar ali saifuddin mengalu-alukan
cadangan pembentukan ini . rakyat brunei juga pada peringkat awalnya berminat untuk

menyertai gabungan ini . namun begitu , mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu .
menentang pula , parti rakyat brunei yang dipimpin oleh a.m. azahari menentang cadangan
tersebut kerana beliau lebih berminat untuk menggabungkan brunei , sarawak , sanah dam

kalimantan utara dalam satu kesatuan . a.m. azahai berpendapat bahawa pembentukan malaysia
merupakan satu cara kerjaan british untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi

dan menjamin keselamatan . selain itu , mereka juga khuatir brunei akan kehilangan sebahagian
besar kekayaan sekiranya menyertai gabungan ini.

reaksi penduduk negara jiran pula , indonesia pada peringkat awal , indonesia tidak menentang
dan dr subandrio menteri luar indonesia mengalu-alukan idea pembentukan malaysia . seterusnya

, filipina presiden macapagal menentang kerana menuntut wilayah sabah tetapi persekutuan
tanah melayu menganggap tuntutan ini di bawah urusan kerajaan british . kemudian , thailand
memberikan reaksi positif . pembentukan malaysia dianggap memperkuat usaha ke arah keamanan

di rantau asia tenggara.

D)JELASKAN LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA

LANGKAH-LANGKAH PEMBENTUKAN MALAYSIA IALAH MENGADAKAN SIRI LAWATAN .
PADA JULAI 1961 TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ MENGADAKAN LAWATAN KE
SARAWAK DAN BRUNEI . LAWATAN INI UNTUK MENINJAU DAN BERTEMU DENGAN
PEMIMPIN TEMPATAN BAGI MENERANGKAN RANCANGAN PEMBENTUKAN MALAYSIA .
SELEPAS ITU , KERAJAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MENGATUR LAWATAN
PEMIMPIN SARAWAK DAN SABAH KE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU . PADA BULAN OGOS
1962 , DATU BANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA , TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG ,
DONALD STEPHENS DAN DATU MUSTAPHA DATU HARUN MENGADAKAN LAWATAN UNUTK
MENINJAU KEMAJUAN DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU . PADA NOVEMBER 1962
LAWATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ KE SARAWAK DAN SABAH .

selain itu jawatankuasa setia kawan malaysia ditubuhkan ketika
persidangan ahli-ahli parlimen komanwel di singapura pada 23 julai 1961 .
mesyuarat jskm diadakan sebanyak empat kali iaitu di jesselton, kuching,
kuala lumpur dan singapura. peranan jawatankuasa ini ialah untuk
Menerangkan kepada orang ramai tentang faedah gagasan Malaysia ,
Meninjau Pendapat Rakyat , Membincangkan perkara berkaitan dengan
penubuhan Malaysia serta Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan
Malaysia .

pada bulan november 1961 , rundingan berhubung dengan pembentukan
malaysia diadakan di london antara kerajaan persekutuan tanah melayu
dengan kerajaan british . kedua-dua kerajaan bersetuju agar ditubuhkan
sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di sarawak dan sabah .

seterusnya , Suruhanjaya Cobbold . Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan setelah satu rundingan dibuat antara kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British pada bulan November 1961 dan ahlinya
dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962. Ahli-ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord
Cobbold, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato'
Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu. Nama Cobbold ialah sempena ketua jawatankuasa tersebut nama Cobbold. Tujuan
utama Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan adalah untuk mengumpul serta mengenal pasti
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia dan sepanjang Februari
hinggga April 1962,Suruhanjaya ini telah berjaya menemui lebih 4000 orang serta menerima
2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-
ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin
kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai
memberikan pandangan masing-masing terhadap gagasan Malaysia.Suara-suara rakyat ini
membuktikan sokongan mereka melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang juga telah
disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu. Di samping itu, laporan
Suruhanjaya Cobbold turut memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya
tersebut berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum
yang telah diterimanya.

Setelah Suruhanjaya Cobbold berjaya memberikan laporannya yang agak
memuaskan, hal ini disambung dengan merangka syarat-syarat Persekutuan secara
terperinci. Hal ini telah dilaksanakan oleh sebuah Jawatankuasa yang lain iaitu Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi,
Tun Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-
wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura.Jawatankuasa ini berjaya mereka satu
perlembagaan yang melibatkan hasrat rakyat Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum
yang diterima oleh parti politik di kedua-dua wilayah tersebut.Antara perkara yang
dibincangkan untuk menjadi elemen utama dalam perlembagan tersebut ialah agama Islam
dijadikan agama rasmi Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah dan Sarawak. Kedua ialah bahasa
Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia
Ketiga ialah hak berkenaan imigresen di Sabah dan Sarawak diserahkan kepada kerajaan negeri
walaupun statut mengatakan ia di bawah kuasa pusat. Keempat ialah struktur pembelajaran
tetap sehinggalah Majlis Negeri membuat pindaan dan kelima ialah Sabah diberikan 24
perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah kerusi.

Singapura turut mengadakan satu pungutan suara yang dipanggil
Referendum Singapura yang mana fungsinya adalah untuk mendapatkan

pandangan rakyat Singapura berkaitan isu Penubuhan Malaysia.
Pungutan suara ini diadakan walaupun dengan majoriti parti politik

menyokong penubuhan Malaysia supaya suara minoriti yang tidak
bersetuju juga akan diambil kira. Keputusan rakyat singapura bersetuju

untuk bergabung membentuk malaysia seperti syarat yang ditetapkan
oleh kerajaan singapura dan persekutuan tanah melayu . keputusan ini

membolehkan singapura menyertai malaysia .

E)NYATAKAN KANDUNGAN PERJANJIAN JULAI 1963 yang juga dikenali sebagai perjanjian malaysia
KANDUNGAN atau malaysia agreement (ma63) ialah sebuah dokumen yang ditandatangani oleh
PERJANJIAN
JULAI 1963 kerajaan british , persekutuan tanah melayu , sarawak , sabah dan singapura .
DAN perjanjian ini ditandatangani pada 9 julai 1963 di london .
PERISTIWA
PENGISYTIHARAN kandungan perjanjian ini adalah seperti yang dikemukan oleh jak . prinsip utama
MALAYSIA perjanjian ini mengiktiraf hak sama rata kepada semua negeri dalam malaysia .
tarikh pembentukan malaysia ADALAH PADA 31 OGOS 1963 . kedua , sarawak , sabah

dan singapura akan menjadi ahli dalam persekutuan malaysia bersama-sama
persekutuan tanah melayu . ketiga , kerajaan british akan mengiktiraf
kedaulatan sarawak , sabah dan singapura dalam malaysia . SETERUSNYA

MEMBERIKAN KELEBIHAN KEPADA SABAH DAN SARAWAK MENUBUHKAN KABINET NEGERI .
SELAIN ITU , MEMPERUNTUKKAN TEMPOH MASA PERALIHAN , CONOTHNYA DALAM BIDANG
PENTADBIRAN AWAM SERTA PENDIDIKAN KEPADA SARAWAK DAN SABAH . KERUSI PARLIMEN
DIBERIKAN KEPADA SINGAPURA SEBANYAK 15 KERUSI , SARAWAK 24 KERUSI DAN SABAH 16
KERUSI . YANG KETUJUH IALAH PENDUDUK BUMIPUTERA DI SARAWAK DAN SABAH MENDAPAT
PENGIKTIRAFAN SAMA SEPERTI ORNAG MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

malaysia diisytiharkan pada 16 september 1963 . istiadat pengisytiharan diadakan
serentak di kuala lumpur , sarawak dan sabah . di kuala lumpur , yang DI-PERTUAN

AGONG MEMBACAKAN PENGISYTIHARAN MALAYSIA DI STADIUM MERDEKA DAN DISAKSIKAN
OLEH TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ . DI SARAWAK PULA , DATU ABANG HAJI OPENG

ABANG SAPIEE MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK .
PENGISYTIHARAN MALAYSIA DIBACA OLEH KHIR JOHARI WAKIL KERAJAAN PERSEKUTUAN DI
KUCHING , SARAWAK . TURUT HADIR IALAH ANGGOTA KABINET NEGERI . SABAH PULA , DATU
MUSTAPHA DATU HARUN MENGUMUMKAN PENGISYTIHARAN MALAYSIA DI KOTA KINABALU

SERTA MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN SEBAGAI YANG DI-PERTUA NEGERI
SABAH YANG PERTAMA . TUN ABDUL RAZAK HUSSEIN MEWAKILI KERAJAAN PERSEKUTUAN .

rumusan

pembentukan malaysia ini merupakan peristiwa penting dalam sejarah
negara . pembentukan malaysia menimbulkan pelbagai reaksi daripada
penduduk tempatan dan negara jiran . hasilnya saya dapat merumuskan

bahawa tokoh-tokoh yang berjasa dalam pembentukan ini telah
mengambil langkah-langkah yang rasional dalam menjayakan usaha
pembentukan malaysia serta mewujudkan satu negara yang aman , maju
dan adil seperti contoh dalam prinsip utama perjanjian julai 1963 iaitu
mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri dalam malaysia . selain
itu , idea gagasan malaysia ini merupakan konsep yang menggabungkan
beberapa bekas tanah jajahan british di asia tenggara untuk merdeka
dalam satu sistem kerajaan persekutuan . gabungan ini dapat memberi
manfaat kepada semua contohnya , dapat meningkatkan lagi ekonomi

negara serta dapat membangunkan wilayah borneo. kita haruslah
berterima kasih kepada mereka kerana pada zaman sekarang , negeri
sabah dan sarawak sudah membangun dan lebih maju berbanding dahulu
bukan itu sahaja , semenanjung malaysia juga turut berkembang .

l am p i r a n

BUKU 2 INTERNET

1 buku teks sejarah tingkatan 5 ditulis https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan
oleh Dr. Mohd Samsudin, terbitan _Persekutuan_Malaysia_1963
Dewan Bahasa dan Pustaka,

l am p i r a n

3 VIDEO
1
https://www.youtube.com/watch?v=SHY-jPrnZdE

HASIL KARYA : CHEQGHU CHANNEL

RUJ UK AN
1

RUJ UK AN
1


Click to View FlipBook Version