PERIBAHASA
NAMA : IEYSHAN A/L LOGESVARAN
KELAS : TAHUN 4
SEKOLAH : SJK(T) LADANG KATOYANG
PERIBAHASA Bagai isi dengan kuku
MAKSUD Sangat akrab / rapat
AYAT (orang yang bersahabat atau berkasih-kasihan)
Hubungan Amira dan Lili sangat rapat bagai isi
dengan kuku.
PERIBAHASA Ambil angin
MAKSUD Bersiar-siar mengambil udara bersih
AYAT Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga
saya mengambil angin di Cameron Highlands.
PERIBAHASA Susah hati
MAKSUD Dukacita, berasa bimbang atau gelisah (risau)
AYAT Puan Malini berasa susah hati kerana jam
tangannya hilang.
PERIBAHASA Putih seperti kapas
MAKSUD Sangat putih
AYAT Baju pengantin itu putih seperti kapas.
PERIBAHASA Bagai aur dengan tebing
MAKSUD Tolong-menolong antara satu sama lain (saling
AYAT bekerjasama)
Murid-murid bekerjasama untuk membersihkan
kawasan sekolah bagai aur dengan tebing.
PERIBAHASA Berganding bahu
MAKSUD Bekerjasama
AYAT Ayah dan ibu saya berganding bahu membantu
saya menyiapkan kerja sekolah.
PERIBAHASA Ambil berat
MAKSUD Memberi perhatian
AYAT Ibu Daud sangat ambil berat akan kesihatan
anaknya.
PERIBAHASA Lepas tangan
MAKSUD Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang
AYAT telah dilakukan
Arun terpaksa lepas tangan dalam urusan
pembahagian harta pusaka kerana dia tidak
mahu bergaduh dengan abangnya.
PERIBAHASA Malang tidak berbau
MAKSUD Kecelakaan / musibah yang tidak dapat
AYAT diketahui sebelumnya
Ibu saya selalu menasihati saya supaya melintas
jalan dengan cermat kerana malang tidak
berbau.
PERIBAHASA Biar lambat asal selamat
MAKSUD Membuat sesuatu perkara dengan cermat dan
AYAT berhati-hati
Ibu saya selalu menasihati ayah saya supaya
memandu kereta dengan cermat kerana biar
lambat asal selamat.
PERIBAHASA Anak jati
MAKSUD Penduduk tempatan atau anak watan (rakyat /
penduduk asal)
AYAT Ieyshan ialah anak jati Tanjong Malim.
PERIBAHASA Sampai hati
MAKSUD Tergamak (sanggup) melakukan sesuatu
AYAT Ali sampai hati untuk menolong kawan dalam
kerjaya itu.
PERIBAHASA Bulat hati
MAKSUD Ikhlas, tetap hati dan bersungguh-sungguh
AYAT Kelvin menolak pujukan kawan-kawannya untuk
bermain bola kerana dia bulat hati membantu
ibunya berniaga di kedai.
PERIBAHASA Masuk kandang kambing
MAKSUD mengembek, masuk
kandang kerbau menguak
Harus pandai menyesuaikan diri dengan tempat
yang keadaan.
AYAT Selaku pekerja yang baru ditukar ke unit yang
lain, Azaman perlu menyesuaikan diri mengikut
tempat kerja di unit berkenaan. Bak kata
pepatah, masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
PERIBAHASA Bagai ikan pulang ke lubuk
MAKSUD Orang yang berdagang / mengembara pulang
ke tempat asalnya / kampung halaman
AYAT Amirul pulang ke kampung halamannya setelah
30 tahun merantau di negara orang bagai ikan
pulang ke lubuk.
PERIBAHASA Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri
MAKSUD Sebaik-baik negeri (tempat) orang, lebih baik
negeri (tempat) sendiri
AYAT Walaupun sudah lama Kumar berada di
Amerika, dia tetap merindui Malaysia. Baginya,
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri.
PERIBAHASA Melentur buluh biarlah
daripada rebungnya
MAKSUD Mendidik anak biarlah sejak mereka
kecil lagi
AYAT Ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya
berjimat dari kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya.
PERIBAHASA Anak kandung
MAKSUD Anak sendiri
AYAT Ieyshan dan Herrish ialah anak kandung
Encik Logesvaran dan Puan Ritha.
PERIBAHASA Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing
MAKSUD Tolong-menolong ketika susah atau senang
AYAT Semua penduduk kampung bergotong-royong
membersihkan kawasan kampung mereka. Bak
kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
PERIBAHASA Di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan
MAKSUD Jika mempunyai cita-cita, seseorang itu akan
AYAT berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya
Walaupun Aiman cacat, namun dia tidak pernah
berputus asa untuk belajar kerana di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
SEKIAN TERIMA KASIH