MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
MERAIKAN PERSAMAAN MELALUI
PERBEZAAN MAKANAN MASYARAKAT
MALAYSIA
DIANA ROBERT NAMA AHLI KUMPULAN
GELORIA MANYI 31DUP20F2003
NICHELLE 31DUP20F2004
FILLCY OSMOND 31DUP20F2026
NIERELLYN LAW 31DUP20F2027
31DUP20F2028
Diana Robert Geloria Manyi PENGHARGAAN
Fillcy Osmond Kami ingin merakamkan setinggi –
tinggi penghargaan kepada Encik Abdul
Nichelle Nierellyn Law Fattah Bin Hamden iaitu selaku pensyarah
kami kerana telah membimbing, memberi
dorongan kepada kami dan juga telah
memberi tunjuk ajar cara-cara membuat e-
folio ini. Selain itu, beliau juga telah
membantu menyemak hasil kerja kami.
Akhir kata daripada kami, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan yang telah membantu dan
terlibat dalam menyiapkan e-folio ini.
Bil. Kandungan Mukasurat
1. Pendahuluan 1
2. Makanan Orang Melayu 2-7
3. Makanan Orang Cina
4. Makanan Orang India 8-13
5. Makanan Orang Iban 14-20
6. Makanan Orang Ulu 21-27
7. Kesimpulan 28-34
8. Rujukan
35
46
Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi
makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang
mempunyai pelbagai kaum dan budaya yang unik. Antaranya ialah budaya
makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina, India dan kaum di
Sarawak berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.
1
MAKANAN ORANG MELAYU
2
PENGENALAN MAKANAN
ORANG MELAYU
Makanan Melayu terkenal dengan makanan yang pedas dan aromatik yang
menggabungkan rasa yang kaya dengan pelbagai ramuan dan rempah yang
biasa terdapat di Asia Tenggara. Ia adalah salah satu daripada tiga
masakan utama yang terdapat di Malaysia. Makanan Melayu dapat
menggembirakan pengunjung ke negara ini dengan pelbagai rasa yang luar
biasa.
3
CONTOH MAKANAN ORANG
MELAYU : NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang
Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk
kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa,
bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan
aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,
timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini pelbagai
hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, sotong,
udang dan daging.
4
CONTOH MAKANAN ORANG
MELAYU : LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang
selalunya dimakan ketika hari perayaan. Semua orang daripada pelbagai
kaum suka makan makanan tradisi ini. Makanan tradisional ini dihidangkan
bersama rendang atau serunding. Lemang ini diperbuat daripada beras
pulut dan santan. Lemang dimasak dengan nasi didalam buluh yang dibakar
dengan daun pisang. Kaedah memasak lemang yang menggunakan buluh
ialah cara memasak dari kaum asli di Malaysia.
5
CONTOH MAKANAN ORANG
MELAYU : RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Indonesia. Ia
merupakan salah satu makanan khas dari suku Minangkabau yang
menduduki kawasan Sumatera Barat. Justeru, makanan ini juga
terkenal di Malaysia dan Singapura. Rendang selalu dihidangkan oleh
masyarakat Melayu pada hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha,
majlis perkahwinan, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan
sebagainya. Rendang dibuat dari daging, ayam, atau itik. Santan dan
rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil agar daging
boleh menyerap sehingga daging menjadi empuk. Ada dua jenis
rendang iaitu kering dan basah.
6
Contoh kuih orang
melayu: kuih bahulu
Dikategorikan sebagai salah satu kuih lama atau kuih tradisi.
Kuih bahulu berwarna coklat kuning-kekuningan. Setelah
zaman berganti zaman, terdapat pelbagai jenis kuih bahulu
yang dimodenkan seperti bahulu pandan, bahulu coklat dan
sebagainya. Walaupun mengikut peredaran masa, kuih bahulu
tradisional tetap menjadi kegemaran ramai. Kanak-kanak juga
meminati kuih ini kerana ianya sangat lembut dan sedap.
7
MAKANAN ORANG
CINA
8
Pengenalan
Makanan Kaum Cina
Kaum Cina merupakan satu kaum masyarakat yang bertutur dalam bahasa cina.
Masyarakat kaum cina mempunyai makanan tersendiri yang membawa maksud
dan lambang tersendiri. Makanan kaum cina ini telah diwarisi secara turun-
temurun dalam masyarakat cina supaya tidak pupus. Hal ini demikian untuk
memastikan generasi yang akan datang dapat merasai makanan kaum masing-
masing.
9
CONTOH MAKANAN ORANG
CINA : DIM SUM
Dim Sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan
hidangan ringan lingkungan luas yang dihidang bersama teh Cina. Dim Sum
berasal dari orang Kantonis di selatan China. Di negara Hong Kong dan
kebanyakkan bandar raya serta bandar di wilayah Guangdong, banyak
kedai makanan Cina mula menghidang dim sum seawal pagi. Ia adalah satu
tradisi orang tua untuk berkumpul bagi menikmati hidangan dim sum
selepas senaman pagi atau sambil membaca surat khabar pada waktu
pagi.
Hidangan Dim Sum biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil
atau di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul
untuk menikmati hidangan dim sum pada perayaan khas seperti Tahun
Baru Cina atau festival Tang Lung.
10
CONTOH MAKANAN
ORANG CINA : KUIH BULAN
Kuih bulan adalah salah satu kuih tradisional Cina. Ia dimakan semasa
Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu adalah bagi sembahyang qamari
dan memerhati bulan. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa
penting pada peristiwa ini. Kuih bulan adalah ditawar antara rakan-rakan atau
kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga
perayaan Cina yang paling penting.
Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih
kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 cm tebal. Inti tebal selalunya dibuat
daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan
mengandungi kuning telur daripada telur itik masin.
11
CONTOH MAKANAN
ORANG CINa :
BAK CHANG
Bak Chang merupakan makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan
daun khas. Ia terdiri daripada beras pulut serta berintikan kacang tanah.
Pada suatu ketika dahulu, Quan Yu yang merupakan seorang raja telah
membunuh diri kerana tertekan dengan kejatuhan negaranya dan juga beliau telah
dibuang daerah pada ketika itu.
Quan Yu telah bertindak terjunn ke dalam Sungai Mi Lou dan mayatnya
tidak dapat ditemui. Rakyat yang begitu sedih dengan peristiwa tersebut telah
melemparkan bak chang ke dalam sungai tersebut supaya ikan serta haiwan di
dalam sungai tersebut tidak mengganggu mayatnya. Sejak itu, bak chang telah
menjadi symbol bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku.
12
CONTOH MAKANAN ORANG
CINA : NASI AYAM HAINAN
Nasi ayam Hainan begitu popular di mana jua. Ia antara hidangan
masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ini dinamakan
nasi ayam Hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan yang
berada di kawasan Nanyang.
Hidangan ini disajikan bersama sos cili serta sebuk halia. Bagi
hidangan di Malaysia, sos cili yang disediakan lebih pedas, kerana
dipengaruhi rasa Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan juga disajikan bersama
hirisan timun yang melengkapkan hidangan nasi ayam.
13
MAKANAN ORANG
INDIA
14
PENGENALAN MAKANAN
ORANG INDIA
Masakan India dicirikan sebagai kegunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-
sayuran yang ditumbuh di India untuk menyebarkan amalan vegetarianisme di dalam
kalangan masyarakat India. Setiap masakan India dicirikan oleh campuran luas teknik
hidangan dan masakan.
15
Roti canai Tosai
JENIS MAKANAN ORANG
INDIA
Idli Vadai 16
CONTOH MAKANAN
ORANG INDIA
Roti canai merupakan makanan kegemaran penduduk Malaysia dan
seluruh dunia. Nama roti canai berasal dari kawasan Chennai di
India. Makanan ini turut dikenali sebagai roti prata. Roti Canai
adalah makanan tradisional kaum India di Malaysia. Roti canai biasa
dijual di restoran mamak. Makanan ini sangat disukai ramai bukan
sahaja kaum India tetapi rakyat Malaysia yang lain juga. Roti canai
merupakan sejenis roti nipis yang diperbuat daripada tepung.
17
TOSAI
Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai
ataupun chakuli. Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini
sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india. Tosai
dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam dan amat kaya dengan
karbohidrat dan protein.
18
IDLI
Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau sambar idli. Ia
dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan. Makanan
ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain.
Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.
19
VADAI
Terdapat dua jenis vadai iaitu paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu
vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau, daun kari, dan
bawang merah. Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan
berbentuk roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan
sekali dengan chutney. Vadai perlu digoreng dengan minyak yang banyak.
20
MAKANAN ORANG iban
21
PENGENALAN MAKANAN
ORANG IBAN
Bagi masyarakat Iban di Sarawak, kebanyakan dari mereka sudah tidak tinggal lagi di
kawasan luar bandar dan tidak lagi mendiami rumah panjai (rumah panjang). Namun,
mereka masih tetap mengekalkan adat serta budaya masyarakat Iban bagi
mengekalkan keharmonian sesama mereka. Oleh itu, bagi mengelakkan warisan serta
tradisi masyarakat Iban terus ditelan zaman, maka pelbagai hidangan tradisional kaum
Iban masih tetap diteruskan supaya generasi akan datang dapat meneruskan legasi
kaum Iban.
22
Kemiding atau Sayur Pekasam Ensabi
Midin
JENIS MAKANAN ORANG
ORANG IBAN
Ulat Sagu Kasam Ikan
23
Sayur Midin
SAYUR MIDIN atau “kemiding” merupakan salah satu daripada makanan kampung
yang boleh didapati di tepi semak. “Kemiding” selalunya akan di masak dengan sambal
belacan. Namun makanan ini bukan saja boleh didapati di kampung bahkan di bandar .
Sayur midin ini merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Iban.
24
Ulat Sagu
Haiwan ini dipanggil ulat sagu. Ulat sagu ataupun ulat mulong di kalangan orang
Sarawak adalah sejenis ulat yang boleh didapati dalam pokok sagu. Biasanya pokok yang
tua ditebang dan dikopek-kopek untuk mencari ulat ni. Ulat ni dijadikan makanan oleh
kaum Iban.
25
Pekasam Ensabi
PEKASAM ENSABI iaitu makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sayur
sawi yang dibuat jeruk sehingga dijadikan sebagai pekasam. Pekasam ensabi juga
dikenali sebagai “kasam ensabi” oleh masyarakat Iban. Rasanya yang masam dan
sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas dan dicampur dengan
limau.
26
Kasam Ikan
KASAM IKAN atau “Pekasam” sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat Iban.
Selalunya, ikan akan diperam selama sebulan sebelum di makan, makin lama
peraman makin sedap rasa isinya. Selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan
untuk dijadikan pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat
dan apa apa saja jenis ikan sungai.
27
MAKANAN ORANG ULU
28
PENGENALAN MAKANAN
ORANG ULU
Makanan Orang Ulu meliputi Kayan, Kenyah, Kelabit, Lun Bawang, Bisaya, Kajang (Kejaman,
Sekapan, Lahanan, Punan Bah, Seping dan Bemali), Penan serta etnik minoriti seperti
Beketen, Berawan, Buket, Punan Busang, Saben, Sihan, Tagal, Tatu, Lakiput, Tabun-Tring dan
Tanjong-Kanowit. Makanan Orang Ulu mempunyai keunikan tersendiri.
29
Linut/Ambuyat Daun Ubi
JENIS MAKANAN ORANG
ORANG ULU
Kelupis Dinuh
30
KELUPIS
Kelupis ialah nasi gulung, kelupis ini makanan tradisi bagi orang ulu dimana nasi ini
dibalut dengan daun. Kelupis ini selalunya dihidangkan semasa ada perayaan
besar-besaran seperti Hari Krismas dan hari perkahwinan. Makanan ini sering
dimakan dengan pelbagai kuah contohnya kuah ikan, ayam, belacan dan
sebagainya.
31
LINUT
Linut adalah makanan tradisional yang dinikmati oleh Orang Ulu di Sarawak.
Namun sekarang, semua masyarakat tempatan dapat menerimanya. Linut ini
dibuat daripada tepung sagu yang segar, selepas itu di campurkan dengan air
panas yang mendidih tidak terlalu panas tetapi sederhana panas. Linut ini
memang sensitif juga bila di culik menggunakan jari kerana linut ini akan
melekit dan harus menggunakan sudu garpu atau kayu copstick. Linut ini
selalunya dicecah dengan sambal belacan.
32
DINUH
Dinuh merupakan sejenis hidangan cucur tradisi masyarakat Orang
Ulu. Dinuh merupakan cucur beras pulut yang digoreng sehingga
rangup dan kebiasaannya dimakan untuk hidangan santai dan
minum petang. Dinuh ini diperbuat daripada beras pulut, gula dan air.
Untuk menghasilkan dinuh yang sedap dan rangup, beras pulut
hendaklah direndam di dalam air selama beberapa jam sehingga
beras menjadi lembut.
33
DA’UN Uve
Da’un Uve atau Pucuk Ubi juga dikenali sebagai makanan tradisi Orang Ulu
kerana ia senang dicari di kawasan perkampungan. Namun, kaum lain di
Sarawak juga turut menjadikan makanan ini sebagai menu mereka. Da’un
Uve ini juga selalunya ditumbuk dengan lesung batu. Justeru, dengan
menumbuk da’un uve ini, ia akan terasa lebih sedap apabila dimakan dengan
nasi. Da’un Uve selalunya digoreng dengan sedikit cili dan ikan bilis untuk
menambah keenakanya.
34
Secara keseluruhannya, makanan kaum di negara Malaysia ini dapat membentuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat negara kita. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih
mendalam makanan yang terkenal yang terdiri daripada 3 bangsa terbesar di dalam negara
kita iaitu Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain seperti di wilayah Sarawak
iaitu Iban, Orang Ulu dan banyak lagi telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang
lalu. Pelbagai budaya makanan yang dari perbezaan kaum ini saling mempengaruhi antara
satu sama lain yang menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik.
35
RUJUKAN
– profile, V., 2021. MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA. [online] Kebudayaankaumindia.blogspot.com. Available at:
<http://kebudayaankaumindia.blogspot.com/2016/09/tosai-tosai-ini-mempunyai-banyaknama.html> [Accessed 18 April 2021].
– Saji.my. 2021. 16 Pilihan Jenis Makanan Tradisional Cina Wajib Anda Cuba - Saji.my. [online] Available at: <https://saji.my/makanan-
tradisional-cina/> [Accessed 18 April 2021].
– Malaysia, P., 2021. Pengenalan Makanan Di Malaysia. [online] Menuseratamalaysia.blogspot.com. Available at:
<http://menuseratamalaysia.blogspot.com/2017/07/pengenalan-makanan-di-malaysia.html> [Accessed 18 April 2021].
– Utusanborneo.com.my. 2021. Pesta Orang Ulu 2018 tampil pelbagai juadah unik Orang Ulu. [online] Available at:
<https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/29/pesta-orang-ulu-2018-tampil-pelbagai-juadah-unik-orang-ulu> [Accessed 19 April 2021].
– K7, B., K7, B. and profile, V., 2021. KESIMPULAN. [online] Bmp-k7.blogspot.com. Available at: <http://bmp-
k7.blogspot.com/2010/08/kesimpulan.html> [Accessed 19 April 2021].
– http://makanantradisionalkaumcinaiza.blogspot.com/p/jenis-makanan-tradisional-cina.html
– https://www.caridestinasi.com/makanan-tradisional-iban-yang-sedap-di-sarawak/
– http://kebudayaankaumindia.blogspot.com/p/makanan-tradisional-kaum-india-tosai.html
– https://cariblogger.com/makanan-tradisional-melayu/
– https://web.facebook.com/ILOVEORANGULU/posts/makanan-traditional-orang-ulupitohketupat/1648630722097232/?_rdc=1&_rdr 36