The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fida, 2020-10-21 05:15:18

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN PMS

KAEDAH INTERVENSI

PENGGUNAAN KAEDAH INTERVENSI BAGI
MENINGKATKAN PENGUASAAN ASAS MATEMATIK
SETERUSNYA MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID

PEMULIHAN ASAS MATEMATIK TINGKATAN 1

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan
kaedah Intervensi dalam membantu meningkatkan penguasaan asas matematik. Kajian
melibatkan sampel murid seramai 10 orang murid Tingkatan 1 daripada empat kelas
berlainan. Ujian Pra dan Pos telah dilakukan bagi membandingkan tahap pencapaian
sampel kajian sebelum dan selepas rawatan menerusi sesi intervensi. Ketika sesi ini,
guru mengenal pasti kelemahan murid dalam asas suatu tajuk. Hasil dapatan Ujian
Pra yang dilaksanakan, ternyata murid-murid lemah dalam penguasaan suatu asas
matematik seterusnya tidak dapat menjawab soalan dengan langkah pengiraan yang
baik. Bagi menambahkan keberkesanan intervensi, “Intervention Pocket’’
diperkenalkan. Selepas sesi intervensi, murid-murid perlu menyediakan nota mengikut
kreativiti sendiri berkenaan asas-asas matematik beserta contoh setelah apa yang
dibincangkan. Nota yang dihasilkan sendiri membolehkan murid untuk mengingati
asas-asas matematik bagi suatu tajuk dengan lebih baik. Hasil dapatan daripada Ujian
Pos, didapati peningkatan markah murid dengan penguasaan asas bagi suatu tajuk
yang lebih baik. Murid lebih bersemangat dan pembelajaran lebih bermakna apabila
dapat menguasai suatu asas matematik. Murid dapat menjawab soalan dengan lebih
berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dari masa ke masa.

1.0 Pendahuluan

Dalam pendidikan matematik, penguasaan asas merupakan satu kemahiran penting untuk
matapelajaran matematik sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah.
Seandainya murid-murid tidak dapat menguasai asas pada peringkat awal pembelajaran
matematik, mereka bakal menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam penguasaan
kemahiran dan konsep selanjutnya. Antara punca murid mendapat skor markah yang rendah
dalam peperiksaan disebabkan oleh kekerapan melakukan kesalahan bagi asas suatu tajuk.
Murid yang tidak menguasai dan tidak faham asas bagi suatu tajuk, menyebabkan mereka

keliru dalam penggunaan formula serta konsep. Ini akan menyebabkan murid tidak dapat
meneruskan langkah penyelesaian dan soalan yang berikutnya. Kelemahan dalam asas juga
menyebabkan murid kurang keyakinan dan motivasi diri untuk menyelesaikan soalan yang
diberikan.

2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian Tindakan yang dijalankan ini berfokuskan kepada penguasaan asas bagi lima tajuk
iaitu Integer, perpuluhan, bentuk dan ruang (perimeter, luas, isipadu), panjang dan
pengurusan data.

3.0 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah meningkatkan penguasaan asas matematik seterusnya meningkatkan
pencapaian murid pemulihan asas matematik Tingkatan 1.

4.0 Kumpulan sasaran
Kajian melibatkan sampel murid seramai 10 orang murid Tingkatan 1 daripada empat kelas
berlainan. Pemilihan murid-murid ini adalah berdasarkan markah Ujian 1.

5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat berdasarkan Ujian Pra. Ujian ini meliputi 10 soalan subjektif
melibatkan asas bagi lima tajuk. Murid perlu menjawab soalan dalam tempoh masa satu jam.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Ujian Pra
Berdasarkan Ujian Pra, didapati murid-murid tidak dapat menyelesaikan soalan dengan
pengiraan yang baik. Terdapat juga murid yang tidak mendapat markah kerana daripada

permulaan pengiraan, murid telah melakukan kesalahan asas. Berikut adalah dapat markah
Ujian Pra bagi setiap murid.

BIL NAMA MURID MARKAH GRED
(%)
1 CHIA XVEN YEAN 29 F
2 MUHAMMAD FARIS HAKIMI BIN AMIRUDIN 58 D
3 NUR AFIQAH BINTI HANAFI 21 F
4 NUR DHIA SYARAFANA BINTI MOHD AZMI 33 F
5 MUHAMAD FAKHRULLAH BIN MUHAMAD NAZRI 0 F
6 MUHAMMAD ADAM LUQMAN BIN SHAFIZAN 13 F
7 MOHAMAD NAQIEYUDIN BIN MOHAMED HAPIDZ 17 F
8 NUR INSYIRAH IZZATI BINTI MOHD AZMAN 13 F
9 CHE NUR FARISHA BINTI CHE AB MANAF 21 F
10 STEPHANIE TAN PUI SAN 13 F

Jadual 1 : Markah Ujian Pra

Hasil dapatan Ujian Pra yang dijalankan, sembilan orang murid gagal dalam Ujian ini. Terdapat
seorang murid yang mendapat markah kosong. Ini menunjukkan, tahap penguasaan asas murid
dalam suatu tajuk adalah lemah. Murid-murid mendapat markah yang rendah kerana kerap
melakukan kesilapan dalam asas.

5.3 Tindakan yang dijalankan

5.3.1 Sesi Intervensi

1. Intervensi dijalankan secara individu. Guru berjumpa dengan murid untuk
membincangkan dan mendapatkan maklumat tentang masalah murid.

2. Guru mengenalpasti faktor kelemahan murid dalam soalan Ujian Pra.
3. Perbincangan mengenai asas dalam tajuk yang diberikan.
4. Murid menyediakan nota mengikut kreativiti sendiri berkenaan asas-asas matematik

beserta contoh setelah apa yang dibincangkan.
5. Perbincangan nota yang dihasilkan bersama guru pada sesi berikutnya bagi tujuan

penguasaan asas

5.3.2 Ujian Pos

1. Murid diberikan masa selama satu jam untuk menjawab 10 soalan subjektif.
Markah penuh adalah sebanyak 24 markah.

2. Soalan Ujian Pos adalah sama dengan Ujian Pra yang diberikan.

3. Guru menyemak jawapan murid bagi tujuan pengumpulan data.

5.4 Pemerhatian/ Penilaian

Pemerhatian

Selepas sesi intervensi dijalankan, Guru telah menjalankan pemerhatian (latih tubi dan nota)
dan Ujian Pos. Murid membuat latihan melalui Buku Galus dan menghasilkan nota mengikut
kreativiti sendiri berdasarkan asas bagi suatu tajuk yang telah dibincangkan bersama guru.
Melalui latih tubi, guru membuat pemerhatian bagi penguasaan asas suatu tajuk dari masa ke
masa. Penghasilan nota sendiri akan membantu murid untuk mengingati dan memahami asas
suatu tajuk yang dipelajari.

Ujian Pos

Berikut adalah markah Ujian Pos bagi setiap murid selepas sesi intervensi dijalankan.

BIL NAMA MURID MARKAH GRED
(%)
1 CHIA XVEN YEAN 58 D
2 MUHAMMAD FARIS HAKIMI BIN AMIRUDIN 79 B
3 NUR AFIQAH BINTI HANAFI 38 F
4 NUR DHIA SYARAFANA BINTI MOHD AZMI 38 F
5 MUHAMAD FAKHRULLAH BIN MUHAMAD NAZRI 42 E
6 MUHAMMAD ADAM LUQMAN BIN SHAFIZAN 42 E
7 MOHAMAD NAQIEYUDIN BIN MOHAMED HAPIDZ 38 F
8 NUR INSYIRAH IZZATI BINTI MOHD AZMAN 33 F
9 CHE NUR FARISHA BINTI CHE AB MANAF 33 F
10 STEPHANIE TAN PUI SAN 29 F

Jadual 2 : Markah Ujian Pos

PERATUS MARKAH (%)Hasil dapatan Ujian Pos yang dijalankan, walaupun 6 orang murid masih lagi gagal dalam
Ujian ini, semua murid menunjukkan peningkatan dalam markah masing-masing. Murid yang
mendapat markah kosong dalam Ujian Pra, menunjukkan peningkatan yang positif dan lulus
dalam Ujian Pos yang dijalankan. Murid dapat menyelesaikan soalan dengan asas yang betul.

90
80
70
60
50
40
30
20
10

0

Ujian Pra Ujian Pos

Rajah 1 : Perbandingan Markah antara Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan rajah 1, semua murid menunjukkan peningkatan markah dalm Ujian Pos.

6.0 Refleksi Kajian
Hasil daripada kajian yang dijalankan, guru dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid melalui kaedah intervensi. Perbandingan markah Ujian Pra dan Pos menunjukkan
objektif kajian dapat dicapai. Murid menjawab soalan dengan penguasaan asas yang lebih
berkesan dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid.

7.0 Cadangan Kajian seterusnya
Berdasarkan kajian yang dijalankan, melalui kaedah intervensi, kelemahan murid dalam
penguasaan asas matematik dapat dikenalpasti. Murid juga lebih yakin dan bersemangat untuk

menyelesaikan soalan apabila menguasai asas suatu tajuk. Penghasilan nota sendiri secara tidak
langsung membantu murid untuk lebih faham apa yang dipelajari. Bagi kajian yang seterusnya,
dicadangkan agar penggunaan kaedah intervensi ini diperluaskan dengan asas bagi pelbagai
tajuk lain. Murid yang telah menguasai suatu asas dengan baik juga boleh bertindak sebagai
guru muda bagi membantu rakan yang masih lemah dalam asas tertentu.

RUJUKAN

Arif Zakwan Ashari (2019). Intervensi Meningkatkan Pencapaian Akademik. Diperoleh pada
27 April 2020 daripada https://www.pendidik.com.my/2019/06/10/intervensi-
meningkatkan-pencapaian-akademik/

Azizi Hj Yahaya, Elanggovan A/L M. Savarimuthu. Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam
Matematik. Diperoleh pada 29 April 2020 daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/11785788.pdf

Siti Balqis Mahlan, Noor ‘Aina Abdul Razak, Maisurah Shamsuddin, Fadzilawani Astifar
Alias (2017) Kesalahan Pelajar Dalam Asas Matematik. Diperoleh pada 29 April 2020
daripada http://www.iarjournal.com/wp-content/uploads/IARJSS2017_1_179-185.pdf

Oleh
-
June 10, 201

LAMPIRAN
Hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos

“Intervention Pocket”

Aktiviti yang dijalankan ( Sesi intervensi, latih tubi, Ujian Pra dan Pos )


Click to View FlipBook Version