The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Syahinaz Norizam, 2020-11-01 09:41:27

E-MAJALAH ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

E-MAJALAH ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR

11/1/2020

ISU PENCEMARAN
ALAM SEKITAR

MPU 23072
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM

PN NORZIRA BINTI AHMAD

NAMA NO PENDAFTARAN
NUR SYAHINAZ BINTI NORIZAM 18DEV19F2010
NUR ATIQAH BINTI ABDUL RAHMAN 18DEV19F2011
NUR ALEEYA ANTASHA BINTI YUSERI 18DEV19F2012
18DEV19F2014
NUR AIDA BINTI MAHAZIR 18DEV19F2015
NURUL ALEEYIN BINTI AHMAD RAMLI 18DEV19F2020

NUR SUHAILA BINTI SUHAIMY

1

11/1/2020

PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan kerana memerlukan penelitian yang sedalam dalamnya.Hal
ini disebabkan, isu ini mempengaruhi seantero jagatraya.
Isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan
ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana masalah
pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh
semua negara. Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi
masalah ini.
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas? Cara kita
menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri
terhadap alam sekitar. Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita
dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS)
sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar
yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak. Tidak kurang juga yang menanyakan
adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah masalah itu telah
menjadi semakin rumit.
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa
kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran
industri. Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi
membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini.

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk.
1. Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti

bahan api, air dan juga tanah.
2. Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran.
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah

hijau, permusnahan ozon dan hujan asid.
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk
seseorang individu itu memperbaiki keadaan. Kita mungkin tertanya-tanya, apakah
tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan? Namun
begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya
berpunca daripada tindakan individu juga. Oleh yang demikian, tindakan individu
jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini.

2

11/1/2020

JENIS-JENIS PENCEMARAN
ALAM SEKITAR

 Terdapat pelbagai cara pencemaran ini
boleh berlaku. Tetapi ianya terbahagi kepada

dua jenis iaitu :

1. Pencemaran yang disebabkan oleh a. Pencemaran Udara
faktor Semulajadi Contohnya, gas-gas beracun, zarah-
zarah yang terperangkap hasil dari asap
Pencemaran yang disebabkan oleh kenderaan, jerebu dari kesan
faktor semulajadi adalah pencemaran pembakaran secara terbuka dan
yang berlaku dengan sendirinya setelah sebagainya.
berlakunya bencana alam seperti
letusan gunung berapi, dilanda ribut
taufan, gempa bumi dan sebagainya.

2. Pencemaran yang disebabkan oleh b . Pencemaran Air
faktor manusia. Contohnya, pembuangan air kumbahan,
sisa-sisa kimia, haba, pembuangan
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor sampah dan sebagainya.
manusia adalah pencemaran yang
dilakukan oleh manusia samada sengaja c . Pencemaran Tanah
atau tidak disengajakan. Antaranya Contohnya, pemusnahan hutan akibat
adalah : pembalakan, pembuangan sisa-sisa
kimia dan sisa-sisa pepejal.

3

11/1/2020

PUNCA PENCEMARAN ALAM
SEKITAR

1 . Pencemaran udara :- 2 . Pencemaran air
▪ Aktiviti pembangunan dan Punca pencemaran air dapat diketegorikan
seperti berikut :-
perindustrian ▪ Keracunan atau toksisiti
▪ Kenderaan motor seperti ▪ Kemanisan atau salinity
▪ Keasidan atau asiditi
kereta,motor, lori, kapal terbang dan ▪ Kekeruhan atau turbidity
sebagainya . ▪ Pendeoksigenan (deoxygenation)
▪ Pembakaran terbuka
▪ Aktiviti harian manusia

3 . Pencemaran tanah :-
▪ Pembuangan sampah yang tidak

terkawal
▪ Pembuangan siksa toksik dan

nuclear
▪ Kegiatan perlombongan
▪ Pembalakan

4 . Pencemaran bunyi :- 5 . Pencemaran sisa pepejal :-
▪ Perindustrian ▪ Proses urbanisasi dan
▪ Kenderaan
▪ Kawasan binaan dan kuari perindustrian yang pesat
▪ Sikap masyarakat
▪ Kekangan sumber kewangan

4

11/1/2020

KESAN PENCEMARAN ALAM
SEKITAR

1.Kesihatan manusia terjejas 4.Pemanasan global
Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas Pemansan global ialah kenaikan suhu di
kesihatan manusia. Manusia akan menghidap permukaan Bumi akibat daripada pertambahan
pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat satu atau lebih gas rumah hijau seperti karbon
menghidu udara yang tercemar. Manusia dioksida, metana, oksida nitrogen dan
memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara klorofluorokarbon (CFC) yang disebabkan oleh
yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan aktiviti manusia yang tidak terkawal. Lapisan
menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam karbon dioksida menghalang haba berdekatan
paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses permukaan Bumi daripada keluar ke angkasa
penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak lepas. Kesan ini dikenali sebagai kesan rumah
dapat dilakukan dan darah akan mengalami hijau.Haba yang terperangkap di bumi
kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan menyebabkan suhu global meningkat.
fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran Fenomena ini dikenali sebagai pemanasan
darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan global. Pemanasan global secara tidak
pelbagai penyakit. langsung akan mengubah iklim dunia dan
paras laut meningkat.
2.Pemusnahan habitat
Kesan menyebabkan hujan asid yang turun ke 5.Kehilangan sumber ekonomi
bumi akan terkumpul menjadi pemendapan Pemusnahan dan kepupusan haiwan akuatik
berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan lain menjejaskan sumber pendapatan para
menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat nelayan.Pencemaran radioaktif seperti yang
boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan berlaku di Chernobyl telah menyebabkan
hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu kerugian yang besar dalam sector pertanian.
menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, Kawasan yang terlibat tidak dapat diusahakan
kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dalam jangka masa yang panjang akibat
dan cepat berkarat pendedahan kepada sinaran radioaktif.

3.Kepupusan spesies
Pemusnahan habitat menyebabkan banyak
organisma ilang tempat berlindung dan sumber
makanan dan akhirnya menyebabkan banyak
spesies yang pupus.

5

11/1/2020

LANGKAH – LANGKAH
PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN AIR
❖ Penubuhan sebuah yayasan atau kelab pencinta sungai perlu dimulakan.
Mengambil kira ramai pakar dan perunding dalam alam sekitar berminat memberi sumbangan secara
sukarela. Tidak banyak usaha dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengembleng tenaga dan sumber
yang ada untuk tujuan memberi pengetahuan yang mendalam kepada masyarakat tentang pemuliharaan
dan pemulihan sungai.

PENCEMARAN TANAH
❖ Kempen kesedaran
Kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang dapat diambil bagi mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen
Cintailah Sungai Kita, Kitar Semula dan Sahabat Alam. Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang
kepentingan menjaga alam sekitardan sebagainya.
PENCEMARAN BUNYI
❖ Kawalan oleh manusia
Pengurangan pencemaran bunyi dapat diusahakan oleh setiap individu kerana lapan puluh peratus
daripada punca pencemaran bunyi ini datangnya daripada manusia sendiri. Sebagai contoh, pengeluar
kenderaan perlulah mengambil inisiatif untuk menghasilkan kenderaan yang mempunyai enjin yang lebih
senyap dan mesra alam. Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan cara mengawal bunyi atau
suara terutama jika berada di kawasan yang dihuni oleh ramai orang supaya tidak menganggu orang lain.
PENCEMARAN SISA PEPEJAL
❖ Pengawalan bukan perundangan
Pihak kerajaan membina pusat kitar semula di seluruh Negara agar masyarakat dapat mengumpulkan
bahan buangan yang boleh dikitar dan mengurangkan pembuangan sisa pepejal. Penyebaran maklumat
dan pendidikan berkaitan alam sekitar dapat meningkatkan rasa cinta terhadap pencemaran.

6

11/1/2020

KESIMPULAN

Alam adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Penjagaan
yang baik bukan hanya mendatangkan banyak manfaat kepada
masyarakat malah ianya juga boleh mendatangkan pendapatan
kepada negara. Keindahan flora dan fauna boleh dijadikan
sebagai salah satu aset negara yang boleh digunakan untuk
menarik lebih ramai pelancong untuk datang melawat Malaysia.
Ini secara tidak langsung turut akan menguntungkan
masyarakat sekeliling dengan mengadakan gerai-gerai jualan
untuk dikunjungi oleh para pelancong.

Walau bagaimanapun, selagi minda masyarakat tidak berubah,
selagi itu masalah seperti pemanasan global, pencemaran
sungai, perbalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi.
Oleh itu, kesedaran masyarakat untuk mengurangkan
berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan
kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai, memulihara
dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita.
Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama , kita
hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan
kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik
dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

7


Click to View FlipBook Version