RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SLOT PENGAJARAN KELAS) Kelas: Prasekolah A SK Ulu Merapok Tarikh : 23.3. 2024 Masa : 9.00 pagi – 9.40 pagi Bilangan Murid : 5 orang Modul : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Tunjang Utama : Tunjang Kreativiti dan Estetika Tajuk/Tema : Piramid Makanan dan Pinggan Sihat Standard Kandungan : (KE 3.3 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni) Standard Pembelajaran : (KE 3.3.3 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri) (KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif Kesepaduan Tunjang : 1. (BI 1.3.4) Participate in talk about familiar activities and experiences 2. (KD 2.3.4) Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin 3. (FK 6.1.3) Menyatakan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat 4. (FK 6.1.4) Mengamalkan pemakanan yang seimbang Objektif Pembelajaran : Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) Membina dan mencorak origami piramid makanan dan pinggan sihat dengan 2) Mengelaskan dan membezakan makanan mengikut kelas makanan dengan tepat. 3) Memberi pendapat mengenai hasil karya dengan yakin dan berani. 4) Menyanyikan lagu ‘Makanan Berkhasiat dan Tidak Berkhasiat’ dan ‘Suku-suku Separuh’ mengikut irama yang betul. Pengertahuan sedia ada : Keperluan dan rutin murid mengkonsumsi pelbagai jenis makanan setiap hari Kemahiran Berfikir (KBKK) : Membuat klasifikasi, menjana idea Penerapan Nilai : Rasional, bekerjasama, dan bersemangat. Bahan Bantu Mengajar : Integrasi digital tayangan Youtube, kertas warna, pensil warna, pinggan sihat, Piramid Makanan
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sumber/ Catatan Set Induksi (5 Minit) Aktiviti kelas Nyanyian ‘Makanan Berkhasiat dan Tidak Berkhasiat’ -Guru memasang lagu ‘Makanan Berkhasiat dan Tidak Berkhasiat’ sebagai pengenalan bagi topik pembelajaran harian -Murid menyanyi mengikut irama muzik dan lirik yang tepat - Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Sumber : Projektor LCD (Tayangan Youtube) Langkah 1 (5 Minit) Guru Demonstrasi pembuatan origami -Guru menunjukkan demonstrasi pembuatan origami piramid berdasarkan BBM piramid makanan maujud yang boleh disentuh dan dilihat oleh murid di hadapan kelas. -Guru menggunakan perkataan dan ayat yang mudah untuk difahami oleh murid -Bersoaljawab dengan murid tentang kefahaman dan keyakinan mereka untuk menghasilkan origami piramid sendiri BBM: -Piramid makanan -Kertas warna Langkah 2 (10 Minit) Aktiviti Individu Membina dan melukis origami piramid makanan -Murid diberi warna kertas mengikut warna pilihan masing-masing -Murid membina origami piramid masing-masing di bawah pemantauan guru -Seteleh selesai membina piramid, murid menggunakan pensil warna yang disediakan untuk melukis makanan pada origami mengikut BBM piramid makanan dan kreativiti masing-masing -Murid bercerita tentang hasil origami piramid makanan masing-masing di hadapan kelas. Kesepaduan: Keterampilan Diri BBM: -Piramid makanan -Kertas warna -Pensil warna KBKK: Menjanan idea
Langkah 3 (5 Minit) Aktiviti Individu Suai padan gambar -Guru mengarahkan murid kehadapan untuk melekatkan gambar-gambar makanan yang telah dibahagikan mengikut jenis kelas makanan yang betul. -Guru melaksanakan sesi soal jawab bagi menilai dan meningkatkan tahap kefahaman murid. Kesepaduan: Fizikal dan Penjagaan Kesihatan KBKK: Membuat klasifikasi Langkah 4 (5 Minit) Aktiviti Individu Nyanyian ‘Suku-suku Separuh’ -Guru menyanyikan lagu ‘Suku-suku Separuh’ dengan bimbingan guru -Murid menyanyi mengikut irama muzik dan lirik yang tepat -Murid menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan. Sumber : Projektor LCD (Tayangan Youtube) Penutup (5 Minit) Melukis -Guru mengagihkan pinggan sihat kepada murid yang telah sedia dibahagikan kepada konsep suku-suku-separuh -Murid melukis makanan pada pinggan sihat berdasarkan kefahaman setelah menontoh tayangan video nyanyian -Murid diminta berkongsi hasil lukisan pada pinggan masingmasing mengikut imaginasi dan kefahaman murid dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan guru. Kesepaduan: Bahasa Inggeris BBM: -Pinggan sihat -Kertas warna -Pensil warna KBKK: Menjana idea