KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG INDAH
47150 PUCHONG, SELANGOR
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
DISEDIAKAN OLEH :
NUHA ADNIYATUL FATIHAH BT MOHD FADZELY
6 TOPAZ
1 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 BIODATA MURID 3
2 PENGHARGAAN 4
3 SENARAI PEKERJAAN / KERJAYA 5
4 PENERANGAN 3 JENIS PEKERJAAN / KERJAYA 6-8
5 KESIMPULAN 9
2 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
BIODATA MURID
• Nama : Nuha Adniyatul Fatihah Bt Mohd Fadzely
• Kelas : 6 Topaz
• Umur : 12 tahun
• Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
• Alamat Sekolah : Jalan Indah 2/1, Taman Puchong Indah,
47150 Puchong, Selangor
• Cita-cita : Menjadi seorang Pegawai Perubatan (doktor)
3 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
PENGHARGAAN
Alhamdulillah
Syukur ke hadrat Allah swt, kerana dengan nikmat dan kasih sayangnya, saya
berjaya menyiapkan tugasan kelab kerjaya ini yang bertajuk Folio Kerjaya. Saya
berasa sangat bersemangat dan gembira kerana dapat menyahut cabaran dan
berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Folio ini dapat saya laksanakan dengan sempurna, hasil daripada bantuan pelbagai
pihak. Antara mereka termasuklah bapa saya Mohd Fadzely Sidek dan ibu saya Nik
Azniza Awang, serta guru Kelab Kaunseling dan Kerjaya iaitu Cikgu Salmah, Cikgu
Zainal dan Cikgu Kogilavani.
Akhir sekali, saya berharap penghasilan folio ini dapat menambah ilmu pengetahuan
kepada individu lain, dan dijadikan sebagai rujukan di masa akan datang.
4 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
SENARAI PEKERJAAN
➢ PEGUAM ➢ BOMBA
➢ GURU ➢ TUKANG MASAK
PROFESIONAL
➢ PENGAWAI
FARMASI ➢ DOKTOR
➢ ARKITEK ➢ POLIS
➢ WARTAWAN ➢ JURURAWAT
5
FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
PENERANGAN PEKERJAAN/KERJAYA
A. Pegawai Perubatan/doktor
Latar Belakang Kerjaya Seorang Doktor
Pegawai perubatan atau lebih dikenali sebagai doktor
merupakan suatu pekerjaan yang sangat sinonim
dengan kesihatan masyarakat. Kerjaya sebagai
seorang doktor adalah satu daripada kerjaya yang
banyak berbakti kepada masyarakat.Mereka yang
bergelar doktor akan dicari-cari ketika seseorang itu
sakit dan memerlukan rawatan lanjut.Kerjaya sebagai
seorang doktor juga mempunyai kelebihan dalam
mengetahui pelbagai jenis penyakit dan cara merawat
penyakit.
Tahap kelulusan
Untuk menjadi seorang doktor,perlu lulus Ijazah Doktor Perubatan daripada
universiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat
adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada
Majlis Perubatan Malaysia untuk Provisional Registration dan seterusnya menjalani
latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan dihospital yang diluluskan.
Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon Full
Registration dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan. Pada
peringkat SPM, cemerlang terutama dari aliran sains dan mempunyai keputusan
subjek-subjek sains seperti kimia, matematik tambahan,biologi, fizik, matematik dan
bahasa inggeris. Antara subjek sains itu pula,subjek biologi dan kimia serta bahasa
inggeris paling sinonim dan paling ditekankan kecemerlangan termasuk menguasai
bukan sahaja teori malahan aplikasinya.
Keperluan dari segi kemahiran, minat,dan personaliti
Seorang doktor perlu mempunyai keyakinan dan kemahiran serta kepakaran yang
tinggi contohnya apabila sesi pembedahan dijalankan.Doktor juga mempunyai tahap
kesabaran dan komunikasi yang baik dalam melayan karenah setiap pesakit.
6 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
B. Arkitek
Latar Belakang Kerjaya Seorang Arkitek
Tugas Seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu
bangunan yang sesuai dengan kehendak-kehendak
pengguna kos, alam sekitar dan memenuhi syarat-
syarat undang-undang dan akta perancangan
setempat. Seorang arkitek bertanggungjawab untuk
menyelaras dan mengawasi perlaksanaan sesuatu
projek bangunan dari mula hingga akhir. Arkitek
juga perlu melawat tapak pembinaan untuk
memeriksa kemajuan projek dan memastikan
kontraktor membina dan mereka projek mengikut
rancangan mereka
Tahap kelulusan
Sekiranya berminat untuk memilih bidang ini sebagai kerjaya, seseorang perlu lulus
Sarjana Muda Seni Bina dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar Negara
yang diiktiraf. Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga
Arkitek Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan
sebagai arkitek bertauliah. Diperingkat SPM, pelajar perlu mendapat kepujian dalam
lima matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matematik.
Keperluan dari segi kemahiran, minat,dan personaliti
Seorang arkitek, perlu memiliki kualiti peribadi tertentu, yang dikenali
sebagai kemahiran lembut , untuk berjaya sebagai arkitek. Kreativiti untuk membuat
reka bentuk bangunan dan struktur lain. Kemahiran komunikasi verbal bagi
membolehkan Arkitek menerangkan idea kepada pelanggan dan rakan sekerja.
Masalah akan timbul dalam kebanyakan projek bangunan. Seorang Arkitek mesti
dapat mengenal pasti dengan segera masalah dan menyelesaikannya untuk
memastikan projek itu bergerak ke hadapan.Pemikiran Kritikal sangat perlu bagi
penyelesaian masalah yang baik serta memerlukan keupayaan untuk menilai
kemungkinan yang akan berlaku.
7 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
C. Guru
Latar Belakang Kerjaya Seorang Guru
Guru adalah pendidik bangsa. Ilmu yang dicurahkan
menjadi azimat bagi kemajuan dan kegemilangan Negara
pada masa hadapan. Selain sebagai penyampai ilmu
ataupun maklumat kepada anak didiknya, guru juga adalah
model kepada pelajar.Oleh itu, kelakuan, sikap dan
peribadi guru tidak boleh dianggap perkara remeh. Guru
sentiasa menjadi perhatian pelajar-pelajarnya dan
masyarakat di sekelilingnya. Justeru, bakal guru perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan nilai-
nilai pekerti yang unggul bagi menjadikan diri mereka
sebagai guru yang berwibawa.
Tahap kelulusan
Kerjaya guru perlu lulus Sarjana Muda Pendidikan dari Institusi Pendidikan
Perguruan (IPG) atau institusi pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf. Individu
yang telah lulus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Pengurusan
Lepasan Ijazah (DPLI) layak untuk dilantik sebagai guru mengikut pengkhususan
yang telah dipilih. Diperingkat SPM, pelajar perlu mendapat kepujian dalam lima
matapelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matematik
Keperluan dari segi kemahiran, minat,dan personaliti
Seorang Guru perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara dan
matlamat pendidikan. Guru juga perlu mengetahui keperluan alat bantu mengajar,
peralatan dan bahan untuk mata pelajaran tertentu dan cara menggunakannya.
Guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan,
berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau
elektronik. Komunikasi lisan dan kemahiran mendengar yang sangat baik akan
membolehkan guru berkongsi maklumat dengan pelajar dan rakan sekerja dan ibu
bapa.
8 FOLIO KERJAYA
KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA SKPI
KESIMPULAN
Perancangan kerjaya bagi seseorang individu merupakan pemangkin yang baik
untuk mempertingkatkan diri dan ilmu pengetahuan. Kesedaran tentang
perancangan kerjaya pada peringkat kanak-kanak, penting dalam proses
membentuk dan melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkemahiran tinggi.
Justeru, diperingkat sekolah lagi, pelajar perlu menimba ilmu dan diasah bakat untuk
melihat kecenderungan dan minat mereka. Bakat adalah satu aset dan dengan
meletakkannya pada tempat yang betul,kita mampu pergi lebih jauh lagi dari segi
konteks kejayaan.
Justeru, sekarang saya lebih jelas akan minat dan cita-cita saya untuk menjadi
seorang Pegawai Perubatan. Saya ingin berada pada barisan hadapan kesihatan
negara untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
9 FOLIO KERJAYA