The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH, SK LABUAN KOTA BELUD, XBA5310

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-54238250, 2024-02-15 09:40:23

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH, SK LABUAN KOTA BELUD, XBA5310

LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LABUAN KOTA BELUD UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN LABUAN PETI SURAT 103, 89158 KOTA BELUD TEL: 088-976315 Fax: 088-976319


1 SENARAI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 MATLAMAT SEKOLAH 2 2 CARTA ORGANISASI UNIT DISIPLIN SEKOLAH 3 3 OBJEKTIF PERATURAN DAN HUKUMAN 4 4 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 5 5 KEHADIRAN KE SEKOLAH 5 - 7 6 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 8-11 7 RAMBUT 12 8 HARTA BENDA SEKOLAH 13 9 BILIK-BILIK DARJAH 13 10 BILIK-BILIK KHAS 13-14 11 BUKU TEKS (SPBT) 14 12 ALAT-ALAT SUKAN 15 13 TANDAS 15 14 KANTIN SEKOLAH 15-16 15 STOR SUSU 16 16 PERALATAN RMT 16 17 SURAU 17 18 YURAN SEKOLAH 17 19 PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN 17 20 KEGIATAN KO-KURIKULUM 18 21 KENDERAAN 19 22 LAWATAN DAN PELAWAT 19 23 KEBERSIHAN 20 24 LATIHAN KEBAKARAN 20 25 TATALAKU 20-21 26 SIFAT-SIFAT MULIA 21 27 LARANGAN-LARANGAN 21 28 KAWASAN-KAWASAN LARANGAN 22 29 TATATERTIB DI LUAR KAWASAN SEKOLAH 22 30 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN – A) JENAYAH 23 31 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN – B) KESALAHAN BERAT 24-25 32 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN – C) KESALAHAN SEDERHANA BERAT 25-26 33 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN – D) KESALAHAN RINGAN 26-27 34 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN – A) KESALAHAN BIASA 28 35 KESALAHAN YANG TIDAK DICATAT 28 36 PENTAFSIRAN 29 37 PERINGATAN 29 38 PERHIMPUNAN SEKOLAH 29 39 TATACARA PERHIMPUNAN 30 40 CONTOH PAS KEBENARAN KELUAR 30


2 MATLAMAT SEKOLAH 1. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat, agama dan negara. 2. Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar supaya dapat mempertingkatkan pencapaian akademiknya dari semasa ke semasa iaitu: 2.1 Meningkatkan pencapaian Pencapaian dalan PBD sehingga TP6. 3. Mendisiplinkan pelajar agar menjadi insan bertanggungjawab, tahu menjaga diri dan menjadi warganegara yang baik. 4. Melatih dan mendidik pelajar-pelajar agar menghargai dan menjaga harta benda sekolah dan harta awam. Menghormati guru-guru, sesama pelajar dan masyarakat sekeliling. 5. Menggalakkan pelajar menceburi bidang ko-kurikulum dan menerapkan nilai-nilai yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. 6. Mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara ibu bapa dan guru-guru menerusi program-program yang dianjurkan oleh PIBG. 7. Berharap akan ada pemimpin, cendekiawan-cendekiawan dan individu yang terkemuka merupakan bekas pelajar sekolah ini. DISIPLIN ASAS PEMBENTUKAN AKHLAK DAN KEJAYAAN DIRI


3 LEMBAGA PENGAWAS DAN DISIPLIN SEK.KEB.LABUAN KOTA BELUD, SABAH N.PENGERUSI 1 P.K. PENTADBIRAN N.PENGERUSI 3 P.K.KOKUM N.PENGERUSI 2 P.K. PHEM PENGERUSI GURU BESAR SETIAUSAHA KETUA GURU DISIPLIN SEKOLAH SETIAUSAHA 2 PEN. GURU DISIPLIN SEKOLAH AHLI-AHLI GURU KAUNSELING GURU PEN.AGAMA ISLAM GURU KELAS WAKIL IBU BAPA KETUA PELAJAR & PENOLONG KETUA PENGAWAS & PENOLONG PENGAWAS SEKOLAH


4 OBJEKTIF PERATURAN-PERATURAN DAN HUKUMAN 1. PERATURAN SEKOLAH 1.1 Membentuk insan yang berakhlak mulia 1.2 Mewujudkan sifat hormat menghormati di antara satu dengan yang lain dan menyemai semangat tolong menolong 1.3 Mendisiplinkan pelajar agar menjadi insan yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik 1.4 Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada semua pelajar 1.5 Membantu Guru Besar dan guru-guru dalam menjaga keamanan, keharmonian dan kelicinan pentadbiran sekolah. 1.6 Menentukan mereka yang bersalah akan menerima hukuman setimpal dengan kesalahannya. 2. HUKUMAN 2.1 Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka. 2.2 Mencegah pelajar-pelajar yang lain dari melakukan kesalahan yang sama 2.3 Mengawal pelajar-pelajar yang merbahaya atau bermasalah dari mempengaruhi pelajar-pelajar lain. 2.4 Untuk memperbaiki disiplin para pelajar yang bersalah 2.5 Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal.


5 PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1.0 KEHADIRAN KE SEKOLAH 1.1 Waktu Persekolahan HARI MASA BELAJAR (TAHAP 1) MASA BELAJAR (TAHAP 2) ISNIN-SELASA 07.15 pagi – 01.15 petang RABU 07.15 pagi – 12.45 petang 07.15 pagi – 01.15 petang KHAMIS 07.15 pagi – 12.15 petang 07.15 pagi – 12.45 petang JUMAAT 07.15 pagi – 11.15 pagi 1.2 Kehadiran ke sekolah adalah wajib dan direkodkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid, APDM 1.3 Kehadiran akan diambil pada waktu pertama 1.4 Pelajar-pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu persekolahan bermula. 1.5 Pelajar-pelajar mesti berbaris di luar bilik darjah masing-masing lima minit sebelum lonceng pertama dibunyikan. 1.6 Pelajar-pelajar bertugas dikehendaki membersihkan bilik darjah sebelum memasuki kelas. 1.7 Pelajar yang tidak hadir kesekolah oleh sebab-sebab tertentu hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat dair doktor, ibu bapa/penjaga. Jika gagal berbuat demikian tindakan disiplin akan dikenakan seperti dalam Sistem Salah Disiplin Murid, SSDM 1.8 Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap murid yang Ponteng sekolah? Tindakan yang boleh dikenakan adalah dengan merekodkan di dalam SSDM sebagai salah laku disiplin dan seterusnya diberi surat amaran kepada ibu bapa/waris, dan seterusnya boleh diambil tindakan buang sekolah sebagai hukuman kesalahan disiplin tersebut. 1.9 Berapakah jumlah hari murid yang tidak hadir tanpa alasan / ponteng sekolah yang membolehkan surat amaran ketidakhadiran dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada murid dan ibu bapa/waris? Bergantung kepada situasi ketidakhadiran murid sama ada secara berturut-turut atau secara berkala, dari hari pertama murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. 1.9.1.Sekiranya secara berturut-turut


6 Surat Amaran 1 Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 3 hari pertama tanpa sebab secara berturut. Surat Amaran 2 Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berturut selama 7 hari berikutnya selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan (sejumlah 10 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan selama 7 hari seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan.(sejumlah 17 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab secara berterusan untuk 14 hari persekolahan seterusnya secara berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan.(sejumlah 31 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) 1.9.2. Sekiranya secara tidak berturut/berkala, Surat Amaran 1 Dikeluarkan sekiranya situasi murid tidak hadir ke sekolah sejumlah 10 hari pertama tanpa sebab secara berkala / tidak berturut. Surat Amaran 2 Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 10 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 1 dikeluarkan. (sejumlah 20 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab) Surat Amaran Terakhir Dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir tanpa sebab sejumlah 20 hari berikutnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran 2 dikeluarkan. (sejumlah 40 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama murid tidak hadir tanpa sebab)


7 Surat Makluman Nama Dikeluarkan dari Daftar Sekolah / Buang Sekolah Dikeluarkan sekiranya murid terus tidak hadir tanpa sebab untuk 20 hari persekolahan seterusnya secara berkala / tidak berturut selepas Surat Amaran Terakhir dikeluarkan. (sejumlah 60 hari tidak hadir tanpa sebab dari hari pertama tidak hadir tanpa sebab secara berturut) 1.10 Pelajar yang lambat datang kesekolah kerana hujan atau kelewatan kenderaan pengangkutan akan dipertimbangkan. Murid yang lewat mestilah terlebih dahulu melaporkan diri kepada guru disiplin sebelum masuk kelas. Merupakan satu kesalahan jika lewat tanpa sebab yang munasabah. Pelajar ini akan dikirimkan surat tunjuk sebab kepada ibubapa/penjaga 1.11 Seorang pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat daripada doktor atau penjaga dianggap sebagai ponteng sekolah. 1.12 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu persekolahan. Mereka yang terpaksa keluar kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas dengan mengisi borang khas atau Rekod Pergerakan Murid dan membawa Pas Keluar. 1.13 Pelajar yang hendak keluar kelas hendaklah mendapat kebenaran Pas Keluar daripada guru di dalam kelas dan mencatat nama di dalam buku khas. Dua orang pelajar sahaja yang dibenarkan keluar dalam satu masa 1.14 Guru bertugas dan pengawas-pengawas akan mengawasi pelajar-pelajar sebelum masuk kelas dan semasa pulang 1.15 Kelas gantian hendaklah dianggap sebagai waktu persekolahan dan kedatangan dalah wajib. 1.16 Pelajar tidak dibenarkan lepak di mana-mana tempat diluar kawasan sekolah sebaik sahaja masa pertama bermula. 1.17 Pelajar sama sekali dilarang berada di luar kawasan sekolah pada masa persekolahan 1.18 Semasa rehat pelajar tidak dibenarkan berlari-lari sama ada di dalam kelas atau di luar kelas 1.19 Pelajar tidak dibenarkan cuti pada masa persekolahan 1.20 Apabila pihak sekolah mengadakan kelas tambahan, semua pelajar yang terlibat mestilah hadir. Surat Tunjuk Sebab daripada ibubapa hendaklah diberiakn kepada guru berkenaan.


8 2.0 PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2.1 Pakaian seragam lelaki 2.1.1 Seluar panjang bewarna biru tua kehitam-hitaman. Seluar tidak ketat dan tidak terlalu lebar ( ukur lilit kaki seluar 30-40 cm) 2.1.2 Seluar berbentuk fesyen, poket berbentuk jeans, pokok tampal di belakang dan disisi adalah dilarang. 2.1.3 Baju bewarna putih lengan pendek atau panjang. Jika memakai baju lengan panjang dan sekiranya melipat, hendaklah dilipat melepasi siku. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang waktu persekolahan dan sebelum sampai rumah. 2.1.4 Kasut getah/nilon/kanvas berwarna putih atau hitam sahaja dibenarkan. 2.1.5 Stokin berwarna putih untuk kasut putih dan stokin berwarna hitam untuk kasut hitam. 2.1.6 Tali leher rasmi sekolah diwajibkan dan hendaklah dipakai sepanjang waktu persekolahan. Warna tali leher yang bukan pengawas atau ketua darjah adalah biru tua. 2.1.7 Pelajar dibenarkan memakai tali pinggang. Tali pinggang hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut: 2.1.7.1 Warna : hitam, biru tua atau coklat 2.1.7.2 Lebar : 2.5 – 3 cm 2.1.7.3 Kepala: sama lebar dengan tali pinggang dan tanpa hiasan. Gambar 1 : Tatacara pakaian seragam Sekolah Rendah Lelaki


9 2.2 Pakaian seragam perempuan 2.2.1 Pina fore bewarna biru kehitaman di bawah paras lutut dengan blause putih bagi yang bukan muslim. 2.2.2 Baju kurung putih potong asli dengan sarung biru tua ( rujuk gambar 2) 2.2.3 Pelajar muslim diwajibkan memakai baju kurung dan memakai mini telekung (tudung). Tudung atau mini telekung hendaklah berwarna putih berukuran sesuai dengan pemakai. Kain tudung / mini telekung hendaklah tanpa hiasan. 2.2.4 Keronsang baju kurung yang besar dan berfesyen adalah dilarang. 2.2.5 Kasut getah/nilon/kanvas berwarna putih atau hitam sahaja dibenarkan. 2.2.6 Stokin berwarna putih untuk kasut putih dan stokin berwarna hitam untuk kasut hitam. Gambar 2 : Tatacara pakaian seragam Sekolah Rendah Perempuan (Muslim)


10 Gambar 3 : Tatacara pakaian seragam Sekolah Rendah Perempuan (Bukan Muslim) 2.3 pemakaian tanda nama berlencana sekolah adalah WAJIB kepada semua pelajar. Tanda nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau bahagian atas saku baju bagi pelajar lelaki. Tanda nama sekolah hendaklah digunakan apabila pelajar menyertai lawatan atau apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, 2.4 pelajar dilarang menggunakan alat solek, memakai barang kemas atau perhiasan walaupun timah kecuali jam tangan. 2.5 Pakaian yang menjolok mata adalah dilarang sama sekali. 2.6 Pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam atau berbentuk luar biasa. 2.7 Pelajar dilarang memakai selipar / terompah pada bila-bila masa untuk ke sekolah 2.8 Pelajar dilarang menyimpan kuku panjang, mewarna kuku dan mewarna rambut. 2.9 Pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam yang lengkap mengikut persatuan dan kelab atau pertubuhan unit beruniform masing-masing pada setiap hari rabu. 2.10 Pakaian seragam hendaklah dipakai sewaktu menyertai rombongan anjuran sekolah serta menghadiri aktiviti / majlis yang dijalankan di sekolah. 2.11 Pakaian seragam Pendidikan Jasmani dan Sukan 2.11.1 Ketika menjalankan aktiviti pendidikan jasmani, PJ atau sukan pelajar diwajibkan memakai seluar panjang dan baju sukan y ang telah ditetapkan dan diterima oleh sekolah, baju PJ sekolah 2.11.2 Tudung kepala digalakkan bagi pelajar perempuan muslim


11 2.11.3 Peraturan diatas juga melibatkan aktiviti bermain semasa menagmbil bahagian dalam acara olahraga 2.11.4 Pakaian hendaklah sentiasa bersih. 2.12 Pakaian dalam Pasukan beruniform 2.12.1 Murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan beruniform seperti Pengakap, PBSM, Putri Islam dan sebagainya diwajibkan memakai uniform seperti mana yang ditetapkan oleh pasukan masing-masing setiap kali perjumpaan. 2.13 Pakaian pelajar-pelajar islam pada hari Jumaat 2.13.1 Pelajar lelaki islam adalah digalakkan memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat. Gambar 4 : Tatacara pakaian seragam Pra Sekolah.


12 3.0 RAMBUT 3.1 Potongan rambut lelaki hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: 3.1.1 Di bahagian belakang - rambut tidak jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga dan mencecah kolar baju. 3.1.2 Di bahagian depan - rambut tidak menutup garisan tengah dahi 3.1.3 Di sisi kiri dan kanan – rambut tidak menutup telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan dan tengah hidung 3.1.4 Di bahagian atas – Ukur panjang tidak lebih daripada 6 cm. 3.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai atau jambang 3.3 Pelajar dilarang sama sekali meniru fesyen rambut ala punk atau sebagainya yang tidak memenuhi syarat. 3.4 Rambut pelajar perempuan hendaklah tidak jatuh kebahu. Mereka yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas menggunakan riben hitam yang lebarnya tidak melebihi 1 cm atau sengan pengikat rambut yang berwarna hitam sahaja. Sebarang perhiasan tidak dibenarkan. 3.5 Potongan rambut tidak boleh berfesyen seperti rambut ‘punk’, diwarnakan, berekor, terjuntai di hadapan,menipiskan rambut di sebahagian kepala (qaza’) dan memakai ‘jelly’ dengan tujuan fesyen. Murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang. 3.6 Bagi murid-murid yang tidak mematuhi peraturan rambut yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, maka tindakan yang sewajarnya boleh diambil oleh guru-guru disiplin


13 4.0 HARTA BENDA SEKOLAH 4.1 Pelajar yang merosakkan, menghilangkan atau bersubahat merosakkan harta benda sekolah adalah dikehendaki membayar ganti rugi setimpal dengan harga barang yang telah dirosakkan atau dihilangkan. 4.2 Harta benda sekolah tidak boleh digunakan tanpa kebenaran daripada guru kelas, guru penolong kanan dan guru besar. 4.3 Pelajar tidak dibenarkan menggaris, menconteng, melukis atau mengotorkan manamana harta sekolah dan bangunan di dalam kawasan sekolah. 4.4 Pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah setiap masa. 5.0 BILIK-BILIK DARJAH 5.1 Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan kemas dan teratur. 5.2 Gambar dan gambarajah yang ditampal di dinding atau papan kenyataan bilik darjah hendaklah yang sesuai 5.3 Ruang koridor hendaklah sentiasa bersih dan mempunyai tong sampah. 5.4 Lampu dan kipas yang terdapat di dalam bilik darjah hendaklah sentiasa ditutup apabila tidak digunakan lagi. 5.5 Semua pelajar hendaklah menjaga dan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin 5.6 Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga mengikut giliran jadual bertugas kelas masing-masing. 6.0 BILIK-BILIK KHAS 6.1 Pelajar hendaklah membaca, memahami dan mematuhi segala peraturan khas bagi bilik-bilik seperti bilik sains, pusat sumber, stor sukan, stor susu, stor RMT dan lain-lain bilik khas semasa menggunakannya. 6.2 Pelajar dilarang memasuki bilik kas tanpa urusan dan kebenaran guru. 6.3 Pelajar yang menggunakan pusat sumber hendaklah mematuhi arahan / peraturan pusat sumber : i) Pusat sumber dibuka setiap pagi dan petang ( dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang) ii) Segala buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan semua di tempat asal


14 iii) Setiap kelas yang hendak memasuki pusat sumber mestilah diiringi oleh guru mereka. Guru mesti ada di pusat sumber sepanjang masa kelasnya berada disitu dan bertanggungjawab mengawal disiplin murid. iv) Guru sangat diharap memberi kerjasama kepada pengawas pusat sumber. v) Setiap guru wajib mempunyai kad peminjaman yang tersendiri vi) Peminjaman peralatan boleh dibuat oleh guru-guru dengan mengisi buku peminjaman yang disediakan dikaunter. Setiap peminjaman harus diperbaharui setiap minggu jika hendak digunakan lebih daripada satu minggu. vii) Sekiranya kehilangan boleh diganti dengan buku atau harga asal buku tersebut. 7.0 BUKU TEKS (SPBT) 7.1 Buku teks yang telah dipinjamkan kepada pelajar dibawah Skim Peminjaman Buku Teks (SPBT) hendaklah dijaga dengan baik keselamatan dan kebersihannya. Bukubuku hendaklah dibawa balik dan tidak ditinggalkan di dalam bilik darjah. 7.2 Buku-buku yang dipinjamkan wajib dibalut dengan menggunkan pembalut plastik atau kertas yang sesuai. 7.3 Pelajar dilarang menconteng atau mengotori buku-buku teks yang dipinjamkan, merosakkan, menghilangkan, mengoyakkan atau menekapkan gambarajah atau gambar-gambar di dalam nya adalah dilarang dan dikira satu kesalahan. 7.4 Jika larangan tidak dipatuhi, pihak sekolah akan mengambil semula buku tersebut atau meminta gantian. 7.5 Buku-buku pinjaman hendaklah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan berbuat demikian denda akan dikenakan. Pelajar berkenaan tidak dibenarkan meminjam buku-buku teks pada tahun yang akan datang. 7.6 Pelajar yang berhenti atau berpindah sekolah hendaklah memulangkan buku teks tersebut sebelum meninggalkan sekolah. 7.7 Kehilangan buku pinjaman mesti diganti dengan buku yang sama atau harga asal buku tersebut. 7.8 Peminjaman buku teks diberi kepada semua pelajar kecuali pelajar tanpa resit sah atau yang tidak layak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


15 8.0 ALAT-ALAT SUKAN 8.1 Murid tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan alatan sukan kecuali dengan kebenaran guru berkenaan. 8.2 Murid tidak dibenarkan mengambil peralatan atau mengembalikan peralatan sukan tanpa pengawasan guru. 8.3 Pengambilan dan penghantaran segala peralatan hendaklah dicatat dalam buku senarai yang telah disediakan. 8.4 Alatan sukan harus disusun dan dan dikemaskinikan dengan teratur setiap kali salasai digunakan. 8.5 Pastikan alatan yang dikembalikan dalam keadaan yang sempurna, bersih dan mencukupi. 8.6 Alatan yang rosak atau hilang hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru yang berkenaan. 8.7 Pastikan bilik peralatan sukan berkunci sebelum menninggalkannya dan kunci diserahkan kepada guru sukan. 8.8 Alatan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah dijaga dengan cermat. Sebarang kehilangan hendaklah diganti. 9.0 TANDAS 9.1 Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga oleh pelajar. 9.2 Pelajar hendaklah menggunakan tandas dengan betul dan cermat. 9.3 Jangan sekali-kali membuang sampah, sebarang benda pepejal yang tidak hancur kedalam lubang tandas atau sinki. 9.4 Pelajar dilarang menggunakan tandas guru. 9.5 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas waktu belajar kecuali atas kebenaran guru. 9.6 Pelajar dilarang menconteng mana-mana bahagian tandas. 10.0 KANTIN SEKOLAH 10.1 Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan pada waktu belajar atau pertukaran waktu kecuali waktu rehat. 10.2 Semasa membeli pelajar hendaklah beratur, bersopan santun dan tidak membuat bising.


16 10.3 Jangan membiarkan sisa-sisa makanan di atas meja atau di atas lantai. Pinggan atau gelas yang telah digunakan hendaklah diletakkan di atas meja dengan kemas. Utamakan kebersihan ketika berada dikantin. 10.4 Jangan sekali-kali membuang sampah atau bungkusan makanan merata-rata. Gunakan tong sampah yang telah disediakan. 10.5 Pelajar dilarang keras memasuki bahagian dalam kantin. 10.6 Semua pelajar digalakkan membaca doa sebelum dan selepas makan. 10.7 Dikehendaki makan minum dalam keadaan duduk. 10.8 Pelajar tidak dibenarkan menjual di kawasan sekolah. 10.9 Pelajar dilarang membeli makanan dan minuman yang dijual di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan. 10.10 Pelajar digalakkan membawa bekalan air minuman yang telah dimasak. 11.0 STOR SUSU 11.1 Hanya pelajar bertugas sahaja yang dibenarkan masuk ke stor susu tetapi mestilah diawasi oleh guru bertugas atau AKP Pembersihan. 11.2 Pelajar tidak dibenarkan masuk jika tiada arahan dan kebenaran daripada guru. 11.3 Pelajar tidak dibenarkan mengambil susu tanpa pengawasan guru atau AKP Pembersihan. 12.0 PERALATAN RMT 12.1 Peralatan RMT hendaklah disusun kemas dan teratur. 12.2 Alatan RMT haruslah disusun dan dikemaskini setiap kali selesai penggunaannya. 12.3 Pengambilan dan penghantaran segala peralatan hendaklah dicatat dalam buku senarai yang disediakan. 12.4 Pastikan alatan yang dikembalikan dalam keadaaan bersih, sempurna dan mancukupi. 12.5 Cuci alatan tersebut sebelum disimpan ke dalam stor. 12.6 Peminjaman peralatan boleh dibuat oleh guru dengan mengisi buku peminjaman yang disediakan oleh guru pengawas peralatan tersebut. Jika hilang atau rosak gantikan dengna peralatan atau harga asal peralatan tersebut.


17 13.0 SURAU 13.1 Surau hendaklah digunakan untuk beribadat dan aktiviti-aktiviti keagamaan sahaja Ppelajar dilarang sama sekali menggunakan surau sebagai tempat menuakr pakaian atau tempat berehat 13.2 Tanggalkan kasut atau selipar sebelum masuk ke dalam surau 14.0 AMAL IBADAT 14.1 Pelajar islam diwajibkan mengerjakan amal ibadat pada masa yang telah ditetapkan seperti sembahyang fardu lima waktu dan sembahyang jumaat. 14.2 Pelajar islam digalakkan meyertai setiap kegiatan keagamaan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 15.0 YURAN SEKOLAH 15.1 Setiap pelajar hendaklah menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah semasa mendaftar atau dalam masa yang telah ditetapkan. 15.2 Yuran peperiksaan PTS/UPSR mestilah dijelaskan dalam tempoh yang telah ditetapkan. 15.3 Sebarang hutang yang tidak dijelaskan oleh seseorang pelajar dalam satuy-satu tahun akan dibawa ke tahun berikutnya. Bayaran ini akan dituntut apabila pelajar berkenaan berkehendakkan sijil berhenti sekolah atau keputusan peperiksaan mereka. 16.0 PEPERIKSAAN / PENTAKSIRAN 16.1 Kehadiran dalam peperiksaan/ujian sekolah adalah wajib 16.2 Pelajar yang mempersendakan peperiksaan / ujian dalam bentuk apa pun dianggap melakukan kesalahan berat dan akan dihukum. 16.3 Pelajar hendaklah menjauhkan diri dari sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan/ujian.bagi calon peperiskaan PTS dan UPSR arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia hendaklah dipatuhi. 16.4 Memalsukan tandatangan atau markah dalam rekod/kad kemajuan dengan niat untuk menipu ibubapa atau penjaga dianggap melakukan kesalahan berat.


18 17.0 KEGIATAN KO-KURIKULUM 17.1 Kelab/Persatuan 17.1.1 Kegiatan ko-kurikulum adalah kegiatan yang dijalankan oleh pihak sekolah di luar waktu persekolahan seperti kegiatan berpersatuan, unit beruniform, sukan dan sebagainya. 17.1.2 Pelajar dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurangnya tiga atau satu daripada kelab mata pelajaran. 17.1.3 Pelajar yang telah dipilih untuk menganggotai mana-mana persatuan hendaklah menghadiri mesyuarat, perjumpaan dan latihan yang dijalankan oleh persatuan atau kelab. 17.1.4 Tindakan wajar akan diambil sekiranya murid-murid tidka hadir dalam perjumpaan atau mesyuarat kelab/persatuan tanpa sebab. 17.1.5 Setiap seorang pelajar mestilah mempunyai buku rekod kedatangan KOKUM. Buku tersebut hendaklah dihantar kembali kepada guru kanan KOKUM pada setiap minggu dengan ditandatangani oleh guru penasihat atau persatuan. 17.1.6 Pelajar tidak dibenarkan menyertai sebarang pasukan luar sekolah tanpa sebab-sebab tertentu dan kebenaran daripada pihak sekolah, mestilah diperolehi terlebih dahulu. 17.1.7 Pelajar-pelajar yang menghadiri lawatan sambil belajar, aktiviti-aktiviti, perjumpaan dan mesyuarat mestilah memakai pakaian seragam persatuan atau sekolah yang lengkap. 17.1.8 Pelajar hendaklah bersopan santun dan berdisiplin, pandai mengawal diri semasa bersukan atau sebarang pertandingan yang diadakan. 17.1.9 Pelajar yang mengikuti kegiatan KOKUM di dalam atau diluar sekolah hendaklah mendapat kebenaran (dengan mengisi borang kebenaran) dan tandatangan ibu bapa. 17.1.10 Untuk mencatat penyertaan pelajar di dalam kegiatan KOKUM pada sijil berhenti sekolah, pengesahan guru yang berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.


19 18.0 KENDERAAN 18.1 Kenderaan warga sekolah 18.1.1 Semua kenderaan hendaklah diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan dan dikunci. Keselamatan kenderaan tersebut adalah tanggungjawab pemilik dan jika berlaku kehilangan pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab 18.1.2 Dilarang sama sekali berbasikal/bermotosikal dikawasan sekolah untuk tujuan bermain-main. 18.1.3 Dilarang menggunakan kenderaan di kawasan padang sekolah. 18.2 Kenderaan awam 18.2.1 Dilarang memasuki kawasan sekolah tanpa urusan. 18.2.2 Semua pemandu van atau pick-up atau kereta sewa murid dikehendaki menunggu pelajar diluar pagar. 18.2.3 Kenderaan dilarang melalui padang sekolah. 19.0 LAWATAN DAN PELAWAT 19.1 Sebarang lawatan di dalam atau luar negeri yang dianjurkan oleh guru dianggap rombongan sekolah. Peserta hendaklah terlebih dahulu mendapat surat kebenaran daripada Bahagian Pendaftaran Guru dan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu Sabah. 19.2 Peserta rombongan hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur sepanjang masa lawatan. 19.3 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan pelajar sekolah atau sebaliknya kecuali telah mendapat kebenaran daripada guru atau Guru Besar. 19.4 Jika pelawat atau ibubapa/penjaga datang itu berhajat membawa keluar pelajar berkenaan kerana sesuatu sebab yang munsabah dan mustahak, kebenaran hendaklah diperolehi daripada guru atau guru besar dan direkodkan dalam rekod pergerakan murid. 19.5 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah. 19.6 Pelajar hendaklah melapor dengan segera kepada guru besar atau mana-mana guru sekiranya melihat orang luar memasuki kawasan sekolah dengan tujuan yang mencurigakan.


20 20.0 KEBERSIHAN 20.1 Kebersihan dan kekemasan pakaian mencerminkan sahsiah seseorang. Oleh itu pelajar mestilah 20.1.1 Sentiasa berpakaian bersih 20.1.2 Sentiasa memelihara kebersihan diri merangkumi rambut, kuku, gigi dan tubuh badan keseluruhannya. Kuku panjang dan diwarnai dengan sebarang warna adalah dilarang sama sekali. 21.0 LATIHAN KEBAKARAN 21.1 Pelajar dilarang merosakkan mana-mana alat pemadam api. 21.2 Semua pelajar yang berada dikawasan sekolah pada bila-bila masa hendaklah mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan dengan penuh tatatertib serta mematuhi arahan yang telah diberikan. 22.0 TATALAKU 22.1 Semua pelajar sekolah adalah tertakluk kepada peraturan sekolah semasa berada di sekolah dan diluar kawasan sekolah ketika berpakaian seragam sekolah. 22.2 Pelajar mesti sentiasa memelihara ketenteraman sekolah sepanjang masa persekolahan. 22.3 Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah, bilik khas dan kawasan larangan lain pada masa rehat. 22.4 Pelajar hendaklah bergerak secara cepat apabila mendengar loceng pertama dibunyikan ke bilik darjah/perhimpunan dan bergerak ke bilik darjah apabila loceng selepas rehat dibunyikan. 22.5 Penggunaan bilik darjah di luar persekolahan hendaklah mendapat kebenaran guru besar. 22.6 Pelajar hedaklah menjaga keselamatan diri, harta benda sendiri dan orang lain. Barang-barang atau wang yang berjumlah besar tidak dibenarkan dibawa kesekolah tanpa sebab tertentu. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan barang-barang berkenaan. Namun sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas mingguan. 22.7 Pelajar hendaklah beratur dan jangan bertolak-tolak semasa naik dan turun dari kenderaan. 22.8 Pelajar hendaklah memberi hormat/salam kepada guru-guru baik dari masna mahupun di luar kawasan sekolah.


21 22.9 Pelajar-pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati orang yang lebih tua darinya. 22.10 Pelajar hendaklah menghormati guru-guru serta mematuhi arahan mereka, mematuhi arahan ketua pengawas, pengawas-pengawas serta ketua darjah. 22.11 Pelajar hendaklah menghormati lagu sekolah, lagu negeri dan lagu kebangsaan. 22.12 Kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kecuaian pelajar atau pemandu kenderaan tidak dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah (muatan berp=lebihan,pelajar bergayut dan lain-lain). 23.0 SIFAT-SIFAT MULIA 23.1 Pelajar hendaklah mengamalkan sifat-sifat terpuji seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa, saling membantu, hormat menghormati, sabar, amanah, jujur, tekun dan sebagainya. 23.2 Pelajar hendaklah menjauhi sifat-sifat keji yang ditegah oleh agama seperti dengki, sombong, bongkak, takbur, berbohong, khianat dan sebagainya. 23.3 Pelajar hendaklah menghormati guru, kakitangan sekolah dan orang yang lebih tua. 24.0 LARANGAN-LARANGAN 24.1 Pelajar dilarang menganjurkan loteri atau permainan yang mendatangkan keuntungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah dengan cara beradu nasib. 24.2 Membeli, menyimpan, membaca atau mengedarkan bahan-bahan lucah adalah kesalahan berat. Jika didapati pelajar berkenaan akan menghadapi tindakan yang berat. 24.3 Surat-menyurat 24.3.1 Pelajar dilarang menulis surat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri/Daerah atau mana-mana badan tanpa kebenaran guru besar. 24.3.2 Pelajar tidak dibenarkan menulis surat peribadi kepada rakan-rakan menggunakan alamat sekolah.


22 25.0 KAWASAN-KAWASAN LARANGAN 25.1 Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan atau tempat-tempat berikut tanpa kebenaran: 1. Tempat letak kereta guru 2. Persekitaran bilik guru 3. Bilik guru 4. Kawasan kantin 5. Pejabat sekolah 6. Bilik cetak 7. Bilik-bilik khas 8. Rumah guru 9. Berada dikawasan sekolah pada hari cuti 10. Kawasan-kawasan yang diumumkan dari masa ke semasa 25.2 Lain-lain kesalahan yang tidak dicatat diatas menjadi kesalahan dalam undangundang awam ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 26.0 TATATERTIB DILUAR KAWASAN SEKOLAH 26.1 Pelajar hendaklah menghormati guru diluar kawasan sekolah. 26.2 Selagi pelajar itu dianggap pelajar yang sah, apa yang ditegah disekolah juga berkuatkuasa di luar kawasan sekolah atau dirumah. Jika pihak sekolah mendapat kepastian sesuatu salah laku disiplin telah dilakukan diluar, pihak sekolah berhak dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjamin nama baik sekolah.


23 27.0 KATEGORI KESALAHAN DAN HUKUMAN BERAT A. JENAYAH 1. Jenayah takrifan polis berlaku di luar kawasan sekolah. 2. Jenayah takrifan polis berlaku di kawasan sekolah dan dimaklumkan kepada sekolah. 3. Jenayah dalam konteks sekolah dan dilaksanakan dalam kawasan sekolah seperti yang dinyatakan dalam Buku Rekod Salahlaku. TINDAKAN DAN HUKUMAN 1. Siasatan polis 2. Gantung sekolah atau buang sekolah PENENTU / PELAKSANA HUKUMAN Mahkamah Lembaga Disiplin Sekolah


24 B. KESALAHAN BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga 2. Mengedar, menghidsap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan atau menghisap tembakau. 4. Minum atau menyimpan minuman atau sebarang benda yang memabukkan. 5. Berjudi atau membabitkan diri dalam pertaruhan 6. Merosakkan harta benda sekolah. 7. Melakukan perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan akhlak. 8. Melakukan pergaduhan atau kekerasan. 9. Membawa senjata atau alat yang berbahaya. 10. Bercumbu-cumbuan 11. Menganggu pelajar yang boleh menimbulkan rasa malu terhadapnya. 12. Memukul, mengancam, mengugut atau biadap terhadap guru. 13. Memukul, mengancam,mengugut atau memeras ugut pengawas dan murid lain. 14. Membuli pelancong. 15. Mencuri,merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 16. Mengubah markah yang diperolehi dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. 17. Tidak menepati masa. 18. Meminjam tanpa kebenaran. 19. Ponteng kelas dan sekolah. 20.Membawa atau makan sirih. 21. Ponteng perhimpunan atau acara rasmi sekolah. 22.Terlibat dalam kumpulan haram. 23.Mencabul kehormatan murid perempuan atau berzina, liwat, menjadi bohsia, hubungan luar tabii. 24.Membawa, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana/majalah atau pita rakaman yang lucah atau terlarang. 25.Membawa telefon bimbit. 26.Mereka cerita bertujuan memfitnah guru atau rakan. 27.Membawa atau menggunakan bahan letupan. 28.Melukis atau menulis perkataan atau gambar lucah. 29.Mengintai pelajar perempuan dalam tandas atau sebaliknya. 30.Menganggu proses pembelajaran semasa ujian atau peperiksaan. 31. Memalsukan dokumen. 32.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah.


25 TINDAKAN DAN HUKUMAN Sebatan dengan rotan atau pembaris tidak kurang 3 kali Gantung sekolah tanpa tarikh Buang sekolah Gantung sekolah melebihi lima hari dan kurang dari sepuluh hari Dibawa ke pengetahuan polis Menahan sijil berhenti sekolah, surat akuan dan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Sekolah Lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh Lembaga Disiplin Sekolah. PENENTU / PELAKSANA HUKUMAN Lembaga Disiplin Sekolah C. KESALAHAN SEDERHANA BERAT 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga 2. Memiliki, menyimpan, membawa senjata atau benda yang dianggap berbahaya 3. Bermain mercun dikawasan sekolah. 4. Bising atau menganggu kelas. 5. Menipu atau bercakap bohong atau pecah amanah. 6. Bergaduh atau bertumbuk 7. Merosakkan harta benda. 8. Keluar dari kawasan sekolah t anpa kebenaran. 9. Mencuri, berjudi, bermain permainan berunsur perjudian. 10. Membawa masuk tetamu dari luar kawasan sekolah. 11. Bercumbu. 12. Meniru ketika peperiksaan. 13. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 14. Ponteng sekolah 15. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamer bahan lucah. 16. Mengeluarkan kata lucah dan kesat. 17. Melakukan hubungan yang dicurigai. 18. Fesyen rambut seperti punk/skin head atau fesyen lain yang bercanggah dengan peraturan sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 19. Tidak menghormati peraturan sekolah. 20.Tidak membawa buku teks, latihan, lain-lain keperluan pelajaran. 21. Tidak menyiapkan kerja rumah.


26 22.Mengotori sekolah/kelas/bilik khas/kawasan sekolah. 23.Menganggu ketenteraman. 24.Tidak menghormati lagu-lagu dan bendera negeri, kebangsaan serta sekolah. 25.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Jawatankuasa Disiplin. TINDAKAN DAN HUKUMAN Sebatan dengan rotan atau pembaris tidak kurang 2 kali Melakukan kerja-kerja kebajikan Gantung sekolah tidak melebihi 5 hari Dipecat daripada jawatan yang dipegang. Gunting rambut. Lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh Lembaga Disiplin Sekolah PENENTU / PELAKSANA HUKUMAN Jawatankuasa Disiplin Sekolah D. KESALAHAN RINGAN 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu 3. Bermain dibilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang 4. Mengguna atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebanaran. 6. Ponteng kelas. 7. Berada dikantin waktu PDPC kecuali masa rehat tanpa kebenaran. 8. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 9. Menggunakan alat hiburan dan elektronik di sekolah. 10. Tidak mematuhi peraturan makmal sekolah. 11. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan. 12. Melompat pagar sekolah semasa hari persekolahan mahupun cuti sekolah. 13. Merayau-rayau dikawasan sekolah semasa waktu persekolahan mahupun semasa cuti sekolah. 14. Datang lewat kesekolah. 15. Tidak membayar yuran sekolah. 16. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 17. Makan dalam kelas. 18. Menganggu pelajar lain.


27 19. Membeli dari penjaja luar. 20.Menganggu ketenteraman 21. Menulis surat cinta 22.Menghilangkan harta benda sekolah 23.Bermain dengan permainan berbahaya. 24.Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap. 25. Melakukan pembaziran air dan elektrik. 26.Lewat bergerak ke perhimpunan. 27.Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran, misalnya tidak membawa buku teks, tidak membuat kerja rumah dan lain-lain. 28.Menunggang atau memandu kenderaan di dalam kawasan sekolah. 29.Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. TINDAKAN DAN HUKUMAN Nasihat dan kaunseling Diberi amaran Hukuman rotan satu/dua kali Tahanan Denda membayar balik bahan/alat yang dirosakkannya Lain-lain yang difikirkan berpatutan oleh Lembaga Disiplin Sekolah PENENTU / PELAKSANA HUKUMAN Jawatankuasa Disiplin Sekolah


28 E. KESALAHAN BIASA 1. Berjalan-jalan tanpa kebenaran 2. Tidak buat gerak kerja yang ditugaskan 3. Tidak memberi perhatian 4. Ganggu kawan/guru 5. Keluar kelas tanpa kebenaran. 6. Tidak membawa buku latihan 7. Ponteng Ko –Kurikulum 8. Tidak membawa buku teks 9. Lewat masuk kelas 10. Bising 11. Makan dan minum dalam kelas tanpa kebenaran. 12. Mongotorkan kelas. 13. Tidak duduk setempat 14. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh guru. TINDAKAN DAN HUKUMAN Hukuman atau tindakan yang adil atau setimpal serta bersifat mendidik seperti nasihat, surat aku kesalahan, surat akujanji, membersihkan kelas dan sebagainya. PENENTU / PELAKSANA HUKUMAN Guru-guru 28.0 KESALAHAN YANG TIDAK DICATAT 28.1 Mana-mana kesalahan yang tidak tercatat atau tersenarai didalam buku ini yang tidak disebabkan oleh faktor masa atau keadaan tidak dianggapsebagai satu kesalahan atau pelanggaran disiplin atau tatatertib sekolah, tindakan boleh diambil keatas pelajar yang melakukannya. Kesalahan-kesalahan tersebut di umumkan dari semasa ke semasa. 28.2 Mana-mana bahagian peraturan yang terdapat dalam buku ini dengan sendirinya terbatal sekiranya bertentangan dengan Pekeliling Jabatan atau Kementerian Pendidikan Malaysia.


29 29.0 PENTAFSIRAN Pentafsiran peraturan sekolah ini adalah mengikut maksud yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Sekolah Kebangsaan Labuan Kota Belud, Sabah. 30.0 PERINGATAN 30.1 Semua hukuman atau denda akan direkodkan atau laporan akan dihantar kepada ibubapa atau penjaga. 30.2 Guru Besar/Lembaga Disiplin Sekolah berkuasa untuk mengubahsuai mana-mana bahagian dalam buku ini bila-bila masa. 31.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH 31.1 Pengendali : Pemimpin kecil dan guru bertugas 31.2 Masa : 07.15 – 07.45 pagi 31.3 Hari : Setiap hari isnin atau hari yang difikirkan perlu untuk mengadakan perhimpunan. 31.4 Acara Perhimpunan: 31.4.1 Bacaan doa oleh salah seorang pelajar lelaki yang dipilih (secara bergilir setiap mingu) 31.4.2 Nyanyian lagu Kebangsaan, Negeri Sekolah beserta dengan upacara menaik/memecahkan bendera. 31.4.3 Lagu-lagu lain yang digalakkan dalam perhimpunan seperti lagu “Bahasa Jiwa Bangsa”. 31.4.4 Ucapan atau penyampaian berita atau kegiatan sekolah dan persembahan-persembahan yang sesuai. 31.4.5 Penyampaian hadiah/penghargaan.


30 32.0 SUSUN CARA PERHIMPUNAN 32.1 Bacaan doa 32.2 Lagu kebangsaan beserta dengan upacara menaikkan bendera. 32.3 Lagu Negeri beserta dengan upacara menaikkan bendera 32.4 Lagu sekolah beserta dengan upacara menaikkan nebdera 32.5 Ikrar murid 32.6 Upacara atau penyampaian berita atau kegiatan sekolahatau penyampaian hadiah atau penghargaan dan persembahan-persembahan yang sesuai. 32.7 Ucapan penagguhan oleh Guru Besar/ GPK 32.8 Murid kembali ke bilik darjah dalam keadaan berbaris dan teratur. *Nota: Upacara menaik/memecahkan bendera adalah bergantung kepada kesesuaian tempat mengadakan perhimpunan. Contoh: Pas Kebenaran Keluar PAS KELUAR LOGO SEKOLAH TAHUN/KELAS Dengan Kebenaran …………………………………………………………… Guru Besar / Guru En/Puan: _________________________________ (Nama Guru Besar / Guru)


31 TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA WARGA SEKOLAH, MURID DAN IBUBAPA /PENJAGA


Click to View FlipBook Version