The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26409815, 2023-03-20 10:41:05

TAKLIMAT PENGAWAS 2022/2023

TAKLIMAT PENGAWAS

1 VISI Membentuk pengawas yang berketrampilan, menunaikan amanah dengan bertanggungjawab dan menjaga serta meningkatkan nama baik sekolah. MISI Melahirkan pengawas yang berkepimpinan dan menjadi ROLE MODEL terbaik kepada semua murid SMK Sungai Besi.


2 PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH SUSUNAN PERKARA Bahagian 1 : Pelantikan Pengawas Fasal 1 Penerimaan Pengawas Baru Fasal 2 Latihan Kepimpinan Pengawas Fasal 3 Bidang Kuasa Pengawas Bahagian 2 : Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas Fasal 1 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Fasal 2 Ketua Exco Fasal 3 Bidang Kuasa Ketua Exco Bahagian 3 : Pakaian dan Penampilan Fasal 1 Etika Pemakaian Pengawas Fasal 2 Pakaian Seragam Pengawas Fasal 3 Peraturan Pemakaian Blazer Fasal 4 Peraturan Aset Pengawas Fasal 5 Kekemasan Pengawas Bahagian 4 : Tugasan Pengawas Fasal 1 Tugasan Khusus Fasal 2 Tugasan Sampingan Fasal 3 Tindakan Disiplin Bahagian 5 : Tatatertib dan Kelakuan Pengawas Fasal 1 Tatatertib Pengawas Fasal 2 Kualiti Seorang Pengawas Fasal 3 Tanggungjawab Pengawas Bahagian 6 : Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas Fasal 1 Jenis Kesalahan Fasal 2 Perbicaraan Fasal 3 Hukuman Bahagian 7 : Tindakan Tatatertib Terhadap Pengawas Fasal 1 Tamat Tempoh Tugas Fasal 2 Peletakan Jawatan Fasal 3 Arahan Pentadbir Sekolah


3 **************************************************************** BAHAGIAN 1 : PELANTIKAN PENGAWAS ********************************************************************************** FASAL 1 : PENERIMAAN PENGAWAS BARU 1) Dilantik dalam kalangan murid Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. 2) Murid setiap tingkatan, termasuk Tingkatan 1 dan 5 boleh dilantuk menjadi pengawas sekiranya bilangan pengawas tidak mencukupi (mengikut kuota yang telah ditetapkan) dan murid berkenaan layak. 3) Murid yang berminat perlu mengisi borang permohonan pengawas dan wajib melalui sesi temuduga. 4) Temuduga pengawas akan dikendalikan oleh Guru-guru Pengawas/Disiplin untuk memilih calon pengawas percubaan yang benar-benar layak. 5) Guru Pengawas berkuasa mengubah kriteria pelantikan pengawas berdasarkan keperluan sekolah. FASAL 2 : LATIHAN KEPIMPINAN PENGAWAS 1) Setiap pengawas yang baru dilantik wajib menyertai semua kursus kepimpinan/in-house training yang diadakan. 2) Pengawas baharu yang tidak menyertai kedua-dua kursus ini akan dilucutkan jawatan secara automatik sekiranya tidak mempunyai alasan yang munasabah. 3) Setiap pengawas percubaan wajib mengikuti tempoh percubaan sekurang-kurangnya 2 bulan. 4) Guru Pengawas berkuasa menentukan latihan kepimpinan yang sesuai. 5) Selagi mana latihan kepimpinan yang diadakan tidak mengancam keselamatan fizikal dan bertentangan dengan hukum syarak Islam dan hukum agama-agama lain, semua pengawas wajib menyertai latihan kepimpinan yang diadakan. 6) Pengawas yang tidak mengikuti mana-mana latihan kepimpinan yang dijalankan perlu menunjukkan surat tunjuk sebab atau dikenakan tindakan tatatertib. FASAL 3 : BIDANG KUASA PENGAWAS 1) Pengawas berhak menegur dan memberi amaran kepada rakan murid yang melanggar peraturan sekolah. 2) Pengawas sama sekali tidak berhak melaksanakan tindakan disiplin seperti merotan murid lain. 3) Pengawas dibenarkan mencatatkan kesalahan disiplin murid serta-merta untuk diambil tindakan oleh Guru Pengawas/Disiplin.


4 ****************************************************************************************** BAHAGIAN 2 : AHLI JAWATANKUASA BADAN PENGAWAS SEKOLAH ****************************************************************************************** FASAL 1 : AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT) 1) Diketuai oleh Guru Pengawas diikuti oleh Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas I dan II, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Exco dan Penolong Ketua Exco. 2) Ketua Pengawas dipilih melalui penilaian Guru Pengawas dan Guru Disiplin yang diadakan setiap tahun. 3) Calon Ketua Pengawas dipantau dan dinilai sepanjang tempoh perkhidmatan. 4) Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Exco dan Penolong Ketua Exco dilantik melalui perbincangan antara Guru-guru Pengawas dan Guru-guru Disiplin. 5) Ahli Jawatankuasa Tertinggi merupakan tonggak utama dalam setiap aktiviti pangawas. FASAL 2 : KETUA EXCO 1) Bilangan exco mungkin berubah mengikut keperluan semasa. 2) Ketua Exco dilantik melalui perbincangan antara Guru-guru Pengawas dan Guru-guru Disiplin. 3) Terdapat 5 Exco (tertakluk kepada perubahan) iaitu: a. Exco Disiplin & Tatatertib b. Exco Ronda dan Kantin c. Exco Keselamatan & Borang Lewat d. Exco Perhimpunan e. Exco Kebajikan & Kerohanian 4) Setiap exco perlu bergerak dan melaksanakan aktiviti mengikut perincian tugas yang telah diamanahkan. 5) Merupakan tulang belakang utama dalam setiap aktiiviti pengawas. FASAL 3 : BIDANG KUASA KETUA EXCO 1) Wajib melaksanakan tugasan mengikut jawatan yang dipegangnya. 2) Bertindak sebagai mentor kepada AJK di bawah jagaannya. 3) Berhak memberi arahan kepada AJK masing-masing. 4) Wajib mengikut peraturan sekolah, sama seperti para pengawas dan murid lain.


5 ************************************************************************ BAHAGIAN 3 : PAKAIAN DAN PENAMPILAN ************************************************************************ FASAL 1 : ETIKA PEMAKAIAN PENGAWAS 1) Pakaian hendaklah bersih dan kemas mengikut peraturan sekolah. 2) Berpakaian lengkap dengan tanda nama, lencana sekolah, lencana pengawas dan bertali leher pengawas yang diikat rapi. 3) Pengawas lelaki perlu memasukkan kemeja ke dalam seluar, bertali pinggang putih (sekolah) dan lengan baju tidak dilipat. 4) Tali leher pengawas tidak boleh dipinjamkan kepada murid lain untuk dipakai. 5) Tali leher dipakai perlulah tidak terlalu labuh dan tidak terlalu pendek. Sebaiknya bersetentang dengan paras pusat. 6) Pengawas perempuan tidak dibenarkan melipat lengan tangan. 7) Pengecualian pemakaian pengawas untuk aktiiviti-aktiviti tertentu, termasuklah kokurikulum hanya dibenarkan atas arahan pihak pentadbir dan Guru Pengawas. 8) Pengawas perlu mematuhi dan akur dengan peraturan pemakaian pengawas selagi masih berada di kawasan sekolah. FASAL 2 : PAKAIAN SERAGAM PENGAWAS 1) 2.1 Pengawas Lelaki: a) Baju kemeja biru lengan panjang. b) Bertali leher pengawas. c) Seluar panjang berwarna putih. d) Kasut kulit berwarna hitam dan stoking hitam. e) Segala aset pengawas. 2.2 Pengawas Perempuan: a) Baju kurung berwarna biru / berkain putih / kemeja biru lengan panjang b) Bertudung biru melebihi paras bahu/bertali leher. c) Anak tudung berwarna hitam. d) Kasut kulit hitam dan stoking hitam. e) Segala aset pengawas. FASAL 3 : PERATURAN PEMAKAIAN BLAZER 1) Blazer biru gelap / hitam wajib dipakai apabila diarahkan oleh pihak pentadbir atau Guru Pengawas. 2) Blazer hendaklah sentiasa dibutangkan dan dipakai lengkap dengan pakaian seragam sekolah dan bertali leher.


6 3) Menghormati blazer dan memastikan kekemasan blazer dijaga. 4) Lengan blazer tidak boleh dilipat atau digulung. FASAL 4 : PERATURAN ASET PENGAWAS 1) Setiap pengawas perlu memakai tag nama, lencana sekolah dan lencana pengawas. 2) Pengawas perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebatang pen yang dapat berfungsi, sebuah buku nota dan jam (tepat mengikut loceng sekolah). 3) Pengawas perlu memastikan tiada sebarang tulisan di dalam buku nota pengawas kecuali kesalahan murid sahaja. 4) Sekiranya buku nota pengawas sudah nipis (kurang dari 3 helai), sila gantikan dengan buku nota yang baru secepat mungkin. FASAL 5 : KEKEMASAN PENGAWAS 1) Mengikut peraturan disiplin sekolah. ********************************************************************************** BAHAGIAN 4 : TUGASAN PENGAWAS ********************************************************************************** FASAL 1 : TUGASAN KHUSUS 1) Tugasan khusus ialah tugasan utama seorang pengawas dalam waktu yang ditetapkan seperti waktu perhimpunan, rehat dan sebagainya. 2) Tugasan lain semasa majlis-majlis rasmi adalah mengikut keperluan di bawah arahan pihak pentadbir atau Guru Pengawas. FASAL 2 : TUGASAN SAMPINGAN 1) Tugasan sampingan seorang pengawas adalah seperti membantu guru-guru. 2) Pengawas wajib membantu guru-guru dalam hal-hal berkaitan disiplin. FASAL 3 : TINDAKAN DISIPLIN 1) Tidakan disiplin pengawas akan diambil sekiranya didapati tidak menjalankan tugas. 2) Pengawas yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan selama 3 kali tanpa sebab akan diberi Surat Amaran Pertama seterusnya hingga Surat Amaran Ketiga. Guru Pengawas berhak melucutkan jawatan pengawas tersebut berdasarkan bukti-bukti yang kukuh. 3) Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak boleh dilantik semula sebagai pengawas.


7 ********************************************************************************** BAHAGIAN 5 : TATATERTIB DAN KELAKUAN PENGAWAS ********************************************************************************** FASAL 1 : TATATERTIB PENGAWAS 1) Pengawas merupakan wakil guru dan murid sekolah ini serta perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan bijak. 2) Sebagai seorang pengawas, mereka harus membimbing pelajar ke arah yang betul. 3) Pengawas harus menjaga imej Badan Pengawas dan sekolah dari semasa ke semasa serta tidak menyebarkan fitnah atau khabar angin yang memburukkan nama dan imej sekolah atau menggalakkan orang lain berbuat demikian. 4) Pengawas harus mengutamakan tugas dan tanggungjawabnya dalam apa jua keadaan. Sekiranya seorang pengawas tidak dapat menjalankan tugasnya atas sebab-sebab yang munasabah, pengawas harus mendapat kebenaran daripada Ketua Pengawas/Ketua Exco atau Guru Pengawas. 5) Pengawas tidak boleh menyalahgunakan kuasanya. 6) Seseorang pengawas dilarang berkelakuan tidak senonoh dengan murid lain dan perlu sentiasa menjaga adab pergaulan. 7) Seseorang pengawas dilarang bersikap berat sebelah. 8) Seseorang pengawas dilarang berkelakuan buruk di dalam kelas. Nasihat Ketua Tingkatan serta Penolong Ketua Tingkatan mestilah dipatuhi dan pengawas seharusnya membantu mereka mengawal keadaan kelas. 9) Seseorang pengawas haruslah peka sepanjang masa. Walaupun tidak bertugas, pengawas haruslah sentiasa memerhatikan keadaan disiplin pelajar. 10)Pengawas haruslah bersopan santun dan bertegur sapa dengan guru-guru serta bersikap ringan tulang membantu guru-guru apabila diperlukan. 11)Pengawas perlu menyokong segala aktiviti Badan Pengawas Sekolah. FASAL 2 : KUALITI SEORANG PENGAWAS 1) Akauntabiliti 2) Menepati masa. 3) Tegas dan berani 4) Pantas dan bijak 5) Proaktif 6) Adil 7) Amanah


8 ********************************************************************************** BAHAGIAN 6 : TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENGAWAS ********************************************************************************** FASAL 1 : JENIS KESALAHAN 1) Tingkah laku jenayah 2) Tingkah laku lucah 3) Tingkah laku kekemasan diri 4) Tingkah laku tidak mementingkan masa 5) Tingkah laku kurang sopan 6) Tingkah laku tidak bertanggungjawab 7) Tingkah laku musnah 8) Tingkah laku tidak jujur 9) Ponteng FASAL 2 : PERBICARAAN 1) Semua pengawas akan diberikan amaran apabila membuat kesalahan, dimulai dengan amaran Pertama sehingga Amaran Ketiga. Sekiranya tiada perubahan, seseorang pengawas boleh digantung tugas/dilucutkan jawatan sekiranya tidak berubah. 2) Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin serius seperti merokok dan bergaduh, berhak digantung tugas/dilucutkan jawatan. FASAL 3 : HUKUMAN 1) Pengawas yang melakukan kesalahan disiplin akan dikenakan hukuman seperti murid biasa, dan akan juga dikenakan hukuman oleh Lembaga Pengawas Sekolah. 2) Pengawas yang didapati bersalah melakukan kesalahan serius boleh dilucutkan jawatan serta merta. 3) Pengawas yang telah dilucutkan jawatan tidak dibenarkan memakai pakaian pengawas atau terlibat dalam segala aktiviti pengawas. ********************************************************************************** BAHAGIAN 7 : PERSARAAN PENGAWAS ********************************************************************************** FASAL 1 : TAMAT TEMPOH TUGAS 1) Secara umum, setiap pengawas akan menamatkan tempoh tugasan mereka seiring dengan tamatnya satu sesi persekolahan tahun semasa. 2) Setiap pengawas akan dianugerahkan sijil penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka sepanjang menjadi pengawas. Nama jawatan yang disandang akan disebut dalam sijil penghargaan.


9 3) Bagi pengawas yang terlibat dengan masalah disiplin yang serius dan telah dilucutkan jawatan, tidak layak menerima sebarang sijil penghargaan. 4) Guru Pengawas berhak menahan sijil penghargaan sekiranya tidak berpuas hati terhadap mutu kerja dan tahap disiplin pengawas. FASAL 2 : PELETAKAN JAWATAN 1) Pengawas Percubaan yang tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Badan Pengawas dibenarkan meletak jawatan atau menarik diri daripada menjadi pengawas. 2) Pengawas perlu mengemukakan surat peletakan jawatan rasmi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh berkuatkuasa. Sebarang permohonan peletakan jawatan akan dikira diterima sekiranya mendapat maklum balas penerimaan peletakan jawatan daripada Guru Pengawas. Guru Pengawas berhak menangguhkan peletakan jawatan pengawas tersebut mengikut keperluan semasa. 3) Setiap pengawas yang tidak dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik akan diminta untuk mengemukakan surat peletakan jawatan. Sekiranya pengawas tersebut mempunyai masalah peribadi, pengawas tersebut boleh mengemukakan surat tunjuk sebab supaya tidak diberikan tanggungjawab yang membebankan. 4) Pada akhir sesi persekolahan semasa, semua pengawas akan diminta meletak jawatan dan akan ditawarkan jawatan semula untuk tahun berikutnya, sekiranya didapati memenuhi kriteria pengawas yang telah ditetapkan. Guru pengawas berhak untuk tidak menawarkan jawatan pengawas untuk tahun berikutnya sekiranya tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pada tahun semasa. FASAL 3 : ARAHAN PENTADBIR SEKOLAH 1) Pihak Pentadbir Sekolah berhak melantik atau melucutkan jawatan seseorang pengawas. Pengawas boleh membuat rayuan kepada Pengetua/Penolong Kanan HEM/Guru Pengawas sekiranya didapati pengawas tersebut terlibat dengan sesuatu kesalahan berat dan layak dilucutkan jawatan. 2) Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh pihak pentadbir adalah muktamad dan hendaklah dipatuhi. Disediakan oleh, Disahkan oleh, ..................................... …………………………………….. (Rashidah binti Mohammed) (Pn Rahamazlina binti Abd.Rahman) Ketua Guru Badan Pengawas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sungai Besi SMK Sungai Besi


10 VISI, MISI & PERLEMBAGAAN BADAN PENGAWAS SEKOLAH SESI 2021/2022


Click to View FlipBook Version