The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sunshinefauziofficial, 2022-12-27 02:22:01

Coffee Table Legasi Keluarga HMN

Coffee Table Legasi Keluarga HMN

"Susur Galur, Kasih Bertaut" HAJI MOHAMED NOH Legasi


"Susur Galur, Kasih Bertaut" HAJI MOHAMED NOH Legasi


"Susur Galur, Kasih Bertaut" HAJI MOHAMED NOH L EGAS I PENULIS Halimi Mohamed Noh EDITOR Monasinarsuriya Fauzi PEREKA BENTUK Mona Kartini Fauzi


Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana artikel, ilustrasi, foto dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk atau ditukar dengan secara eletronik, imbasan, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis Halimi b. Mohamed Noh, 2A Jalan Sungai Nipah 3, Taman Genting Emas, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang. Tidak dibenarkan menerbitkan semula mana-mana artikel, ilustrasi, foto dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk atau ditukar dengan secara eletronik, imbasan, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada penulis Halimi b. Mohamed Noh, 2A Jalan Sungai Nipah 3, Taman Genting Emas, 11020 Balik Pulau, Pulau Pinang. PENGHARGAAN Fauzi b.Haji Mohamed Noh Fathi b. Haji Mohamed Noh Siti Asmah bt. Haji Mohamed Noh Faezah bt. Haji Mohamed Noh Hasnah bt. Haji Mohamed Noh Monaliza bt. Fauzi Zulkarnain b. Haji Zainudin Maziah bt. Awang Chik Bazariah bt. Mohd Bazari Serta ahli keluarga yang tidak dinamakan telah bekerjasama memberikan komitmen dari sudut semakanfakta danmaklumat sokongan.


Isi Kandungan Penghargaan Isi Kandungan Sekapur Sirih, Sekacip Pinang Seuntai Kalam Serumpun Pesan Biografi: Haji Mohamed Noh Pengenalan Latar belakang Keluarga a) Etnik Rawa b) Jejak Susur Galur i) Haji Abdullah Malim Pendita ii) Panglima Tok Perak iii) Menjejaki Susur Galur iv) Rumusan Susur Galur c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi a) Pendidikan Sekolah Pondok dan Peperangan Dunia kedua b) Alam Rumah Tangga c) Wira yang tidak didendang d) Meninggalkan kami e) Legasi HMN Keluarga HMN Keluarga Tuan Haji Fauzi HMN Keluarga Pn. Hajah Monaliza Keluarga Pn. Hajah Mona Kartini Keluarga Pn. Mona Anita Keluarga Tn. Haji Zaidi Farouk Keluarga Pn. Monasinarsuriya Keluarga En. Zaidi Farid Keluarga En. Zaidi Alamin Fuaad Keluarga Pn. Mona Hasratul Azwati Keluarga Pn. Mona Nursufiah Keluarga En. Zaidi Syawali Firdaus Keluarga Tuan Fathi HMN Keluarga Pn. Hajah Siti Asmah HMN Keluarga Pn. Nor Hezzie Lyn Keluarga En. Asdinor Hakim Keluarga En. Zaid Irwan Keluarga Pn. Hajah Faezah HMN Keluarga Pn. Nur Hawani Keluarga En. Muhammad Fahmi Keluarga Tuan Halimi HMN Keluarga Pn. Hajah Hasnah HMN Trivia Momen & Memori Kalendar Legasi HMN Rujukan Di Balik Tabir ii iii iiiv1234569101517203235394041 434547495153555759606264656768697072vii viii


Sekapur Sirih Sekacip Pinang Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Buku Legasi Haji Mohamed Noh - Susur Galur, Kasih Bertaut terhasil dalam bentuk Buku Cetak dan Buku Digital sebagai wasilah silaturahim dan wadah rujukan untuk mengenali jurai salasilah legasi ini, sebagaimana tuntutan sunnah ‘Kenalilah susur galur nasab keturunan kamu, supaya membawa kepada silaturahim’ (Hadis Imam TarmiziIbnu Kathir Vol 4, ms 218). Haji Mohamed Noh b. Haji Zaiyadi (HMN) dan Hajah Sepiah bt. Haji Hasan disatukan pada 1942. Dianugerahkan kelahiran anak sulung pada 1943, dikurniakan kelahiran cucu sulung pada 1965 dan diserikan dengan kelahiran cicit sulung pada 31 Ogos 1992. Seiring peredaran masa, bilangan ahli keluarga HMN kian bertambah. Haji Mohamed Noh semasa hayatnya berkesempatan hingga cicit ke-9, manakala Hajah Sepiah hingga cicit ke-14 . Sehingga cetakan buku ini pada Jun 2024, ahli keluarga Legasi HMN berjumlah 137 orang merangkumi 4 generasi. Benarlah kata pepatah lama, ‘nan berseluk urat, nan berjuntai akar, nan berlambai pucuk’. Keluarga seumpama pohon, cabang-cabangnya tumbuh berbeza arah, namun akarnya tetap satu. Kita boleh memilih sahabat, tetapi tidak boleh memilih keluarga kerana keluarga adalah kurniaan Allah SWT untuk kita. Ditakdirkan Legasi Almarhum Haji Mohamed Noh dan Almarhumah Hajah Sepiah berjurai dari Melayu-Rao. Sesungguhnya penggalian jurai salasilah dan penghasilan buku ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang besar kerana pengumpulan maklumat ini melalui proses yang melibatkan masa, kos, tenaga, daya kreatif dan pelbagai kemahiran yang berkaitan. Berkat seiya sekata Legasi HMN sama ada daripada konsep asal, reka-letak, pencarian perincian isi kandungan utama, pengumpulan gambar-gambar dan maklumat setiap keluarga, maka terhasillah Buku LegasiHMN - SusurGalurKasihBertaut. Semoga setiap sumbangan yang tulus ikhlas sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha mempertautkan persemendaan legasi ini diberkati Allah SWT. Daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa ingin rezekinya dimurahkan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (Riwayat Bukhari dan Muslim). Adalah diharapkan usaha ini dapat diteruskan dari masa ke semasa seiring pertambahan ahli keluarga Legasi HMN generasi baru. Untuk menghasilkan Buku Legasi HMN - Susur Galur, Kasih Bertaut, Penulis dan Team Penyelidik telah merujuk pelbagai sumber untuk mengetahui susur galur nenek moyang abad yang lalu. Maka tidak mustahil buku ini juga menjadi rujukan generasi akan datang pada abad yang kita semua sudah tiada pula. Berbanggalah dengan darah panglima yang mengalir dalam tubuh ini. Untuk generasi kini, kita tidak lagi perlu mengangkat keris dan pedang, namun zahirkan semangat 'Panglima' dalam bentuk perjuangan untuk keluarga dan komuniti menurut acuan kita sendiri. iii


iv Hari ini kita semua perlahan-lahan Dikhabarkan kisah, duduk tidak bergerak, mendengar, melopong Bersembang bersama keluarga saudara Bangga menjejak susurNenek Moyang Kemudian kita bergerak pantas Alang-alang silaturahim dirapatkan Kasih keluarga teguh tidak terputus Kerana Legasi HMNSeiya Sekata Genaren sumo kito monguwiek Molonggak, totonggok, mondongar, tongango Mengecek bosamo kuargo sedaro Mogah monjojak susuor Uci Unyang Kemedian kito monggariek dodek Sepolo semenda ko ghapek, Kasih kuargo togouh rungkieh Sobab Wareh HMN Seiyo Sekato Genaren sumo kito monguwiek Molonggak, totonggok, mondongar, tongango Mengecek bosamo kuargo sedaro Mogah monjojak susuor Uci Unyang Kemedian kito monggariek dodek Sepolo semenda ko ghapek, Kasih kuargo togouh rungkieh Sobab Wareh HMN Seiyo Sekato Sekapur Sirih Sekacip Pinang Sebagai jurai Melayu-Rao, akhir kalam dinukilkan dalam Baso (Bahasa) Rao: Mona Kartini Fauzi Editor


Tuan Haji Fauzi HMN Puan Hajah Siti Asmah HMN Tuan Fathi HMN Rebutlah kesempatan dan keberkatan bersilaturahim kerana keluarga ibarat air dicincang tidak putus dan usia pula ibarat ais mencair dan berakhir. Rebutlah kesempatan dan keberkatan bersilaturahim kerana keluarga ibarat air dicincang tidak putus dan usia pula ibarat ais mencair dan berakhir. v Seuntai Kalam Serumpun Pesan - , . - . , , . - , . - . , , . . . ' '. . ' '. . D . D . Sesungguhnya keberadaan kita hari ini adalah berasaskan masa lalu. Semoga legasi keluarga kita terus dikenang, menjadi kebanggaan dan dilanjutkan oleh generasi mendatang. Semoga legasi keluarga kita terus dikenang, menjadi kebanggaan dan dilanjutkan oleh generasi mendatang. . ' ' . . ' ' .


Seuntai Kalam Serumpun Pesan Tuan Halimi MN Puan Hajah Hasnah HMN . , , . , , . B . . , , . , , . B . vi Puan Hajah Faezah HMN . , . . , . "Daun pandan harum baunya boleh dibuat bunga rampai Tolong menolong sesama keluarga Hubungan erat ukhwah tercapai." "Daun pandan harum baunya boleh dibuat bunga rampai Tolong menolong sesama keluarga Hubungan erat ukhwah tercapai." . . . . . . "Keluarga seperti dahan di atas pokok, kita semua tumbuh dalam arah yang berbeza, tetapi akar kita tetap satu." "Keluarga seperti dahan di atas pokok, kita semua tumbuh dalam arah yang berbeza, tetapi akar kita tetap satu." “Pintu Padang kampung kelahiran Aman dan tenteram udara nyaman Keluarga HMN menjadi kebanggaan Atas tautan ukhwah berkekalan.” “Pintu Padang kampung kelahiran Aman dan tenteram udara nyaman Keluarga HMN menjadi kebanggaan Atas tautan ukhwah berkekalan.”


PENAFIAN Pengarang tidak bertanggungjawab atau liabiliti untuk sebarang kesilapan atau peninggalan dalam kandungan biografi ini. Maklumat yang terkandung dalam tapak ini disediakan berdasarkan "seadanya", berdasarkan maklumat lisan, dokumen peribadi, buku rujukan dan media sosial serta laman blog tanpa jaminan kesempurnaan, ketepatan, kegunaan atau ketepatan masa. Sekiranya terdapat sebarang penambahan ataupun kesilapan fakta daripada kaum keluarga ataupun sesiapa sahaja boleh berhubung terus ke halimimn@gmail com.


Biografi : Haji Mohamed Noh Pengenalan Foto 1 Berwukuf di Padang Arafah semasa mengerjakan fardhu Haji pada tahun 1984. ( Koleksi Haji Fauzi). Haji Mohamed Noh b. Haji Zaiyadi (1924-1997) catatan kad pengenalan lahir pada 29 September 1924 di Kampung Pintu Padang, Raub Pahang, namun berdasarkan catatan foto 8, di muka surat 12 berkemungkinan beliau lahir pada tahun 1920. Mendirikan rumah tangga pada tahun 1942 dengan Sepiah bt. Hasan (1927-2002) gadis berasal dari Kampung Batu, Kuala Lumpur menetap di Kampung Dong, Raub Pahang. Mereka dikurniakan enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan. Sesuatu yang menarik kepada pasangan ini setiap dua orang anak yang lahir mempunyai signifikan dalam latar belakang sejarah Malaysia, sebelum dan pasca merdeka. Anak pertama Fauzi (1943) dan Fathi (1947) berlatarkan Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Siti Asmah (1953) dan Faezah (1955) berlatarkan semangat nasionalisme menuntut kemerdekaan dan darurat ancaman pengganas komunis. Halimi (1962) dan Hasnah (1964) era pasca kemerdekaan dan konfrontasi dengan Indonesia berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dalam era pasca kemerdekaan beliau terus bergerak aktif dalam dunia politik tanah air melalui Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atauUMNO secara khususnya di Daerah Raub sehinggalah bersara pada awal tahun 1983. Persaraan dalam dunia drama politik, tidak mengetepikan tanggungjawab sosial yang diteruskannya dengan menjawat jawatan sebagai Imam di Masjid Kampung Pintu Padang sehingga meletakkan jawatan sekitar tahun 1995 atas faktor kesihatan. 1


2 Gopeng Kalumpang Kuala Lipis Raub Rao SEMENANJUNG, MALAYSIA SUMATRA, INDONESIA ACHEH SUMATRA UTARA RIAU Mapat Tunggul Rembau Parit Jamil Taiping Kg. Chetok Kuala Lumpur Semenyih Foto 2: Papan tanda Kampung Pintu Padang, Raub, berdekatan dengan Masjid Al Hidayah. Foto 3: Papan tanda Kampung Pintu Padang di Gopeng, Perak. Menjenamakan sebagai Desa Anak Jati Melayu Rao. Latar Belakang Keluarga a) Etnik Rawa Susur galur keluarga berasal dari dua daerah di Sumatera Barat, iaitu Rao dan Mapat Tunggul. Masyarakat di wilayah ini mula berhijrah ke Tanah Melayu dikatakan pada awal abad ke-18 atas tarikan faktor aktiviti perlombongan bijih timah di Perak dan Selangor serta emas di Raub, Pahang. Apabila berlaku Perang Paderi (1816-1833) yang bermula dari konflik agama hingga berlarutan menjadi peperangan melawan penjajahan Belanda telah menjadikan satu halangan besar untuk kesejahteraan masyarakat tempatan. Hal ini telah mendorong penghijrahan beramai-ramai suku kaum Rao ke Tanah Melayu. Sebahagian besar terdiri daripada golongan istana, para ulama, cendekiawan dan panglima. Kesan penghijrahan ini menjadikan etnik Rawa di Malaysia lebih ramai dari wilayah asal mereka. Melalui kajian sekitar tahun 2009 terdapat sekitar 60,000 orang sahaja yang masih menetap di Sumatera Barat(Lubis, 2023). Lokasi migrasi masyarakat ini bertumpu di persekitaran geografi yang sama dengan tempat asal mereka, iaitu di kawasan tanah yang berbukit seperti Tanjung Malim dan Gopeng di Perak, Kalumpang di Selangor dan Raub di Pahang. Di Sumatera dikenali sebagai etnik Rao, manakala di Malaysia mereka digelar sebagaiOrang Rawa. Ilustrasi 1: Daerah asal etnik Rawa , di Rao dan Mapat Tunggul di Sumatera Barat, Indonesia.


Berpandukan transkripsi yang diperoleh daripada kaum keluarga dari Kalumpang Selangor, pada sekitar akhir 1980-an, bahawa asal usul keluarga bermula daripada dua beradik yang berasal dari Kota Raja, Sumatera Barat, Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu sekitar awal abad ke-19, iaitu Haji Abdullah Malim Pendita yang datang ke Temau Raub, Pahang, sementara adiknya Haji Siun ke Kalumpang Selangor. Kedatangan Haji Abdullah Malim Pendita ke Temau pada sekitar tahun 1820-an bersama-sama 10 orang tawanan Suku Batak dari Sumatera (6 lelaki dan 4 perempuan). Keturunan ini masih ada di Kampung KualaGali, Dong (Zaffuan : 33). Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur i. Haji Abdullah Malim Pendita 3 Menurut kajian Zaffuan Haji Abdul Manaf dalam Bingkisan Sejarah Raub, tajuk kecil “darihal cerita-Temau Dong" menyatakan Haji Abdullah Malim Pendita tiba di Temau lalu bertemu jodoh dengan Intan Zubaidah yang tinggal di Gesing. Intan Zubaidah meninggal dunia sewaktu melahirkan anak ketiga bernama Hajah Puan (Zaffuan : 167). Anak pertama bernama Haji Yusuf dan kedua Fatimah. Kemudiannya, Haji Abdullah berkahwin dengan salah seorang tawanan Batak yang dibawa dan pulang semula ke Tanjung Malim tanpa sebarang berita. Salasilah asal diperolehi daripada kaum keluarga yang tinggal di Kalumpang, Selangor. (Lampiran di Trivia muka surat___)


4 SALASILAH SUKU RAO KOTA RAJ (Rajah 1 : Sumber keluarga dari Kalumpang Selangor).


A, SUMATRA BARAT INDONESIA 6


Intan Zubaidah merupakan anak kepada Anjang Mas Suka dan cucu kepada Panglima Tok Perak. Nama asal Tok Perak ialah Raja Ahmad berasal dari Minangkabau merupakan salah seorang daripada pembesar Kerajaan Pagar Ruyung di Sumatera. Pada tahun 1725 dalam usia 40 tahun beliau meninggalkan anak isterinya di negeri Minangkabau lari ke Tanah Melayu atas sebab tindakan penjajah Belanda hendak menghapuskan sistem beraja di Sumatera. Beliau menetap di Durian Sebatang, Perak dengan membuang gelaran Raja kepada nama Ahmad sahaja. Semasa berada di Durian Sebatang, beliau telah memperhambakan diri berbakti kepada Sultan, membantu Raja Radin yang bergelar Maulana Paduka Seri Tuanku Sultan Alauddin Mughayat Ri’ayat Syah (1720-1728) memerangi ancaman lanun. Atas sumbangan ini pada 1727 beliau dianugerahkan gelaran “Datuk Panglima Perak”. Pada tahun 1728 beliau berkahwin dengan Nuriah berasal dari Sungkai Perak, gadis keturunan Rao dari Kota Raja, Sumatera Barat. Hasil perkahwinan dikurniakan seramai enam orang anak. Selama 30 tahun di Durian Sebatang dengan bersawah, mendulang emas dan bijih timah, beliau telah difitnah lalu berhijrah ke Hulu Pahang. Beliau bersama isteri dan beberapa orang anaknya serta pengikutnya termasuk Raja Hitam telah mendapat keizinan tinggal di Lembah Semantan, kerana kawasan tersebut masih belum diteroka (Subari Ahmad). Kawasan ini kemudiannya dinamakan Sengkela kerana dikatakan terdapat banyak rotan Sengkela di situ Latar Belakang Keluarga 7 (Foto 4 : Istana Besar Kerajaan Pagaruyung adalah muzium berupa replika istana Kerajaan Pagaruyung terletak di Nagari Pagaruyung, Sumatera Indonesia). b) Jejak Susur Galur ii. Panglima Tok Perak (Zaffuan : 20). Panglima Tok Perak berperanan sebagai imam dan guru agama bukan sahaja di Hulu Pahang malah melebar ke Hilir Pahang, seperti di Chenur. Setelah Nuriah meninggal dunia, Panglima Tok Perak berusia 73 tahun berkahwin pula dengan Mikrah dari Budu, selepas itu ada dua orang lagi isterinya. Panglima Tok Perak kembali ke rahmatullah pada tahun 1785, meninggalkan seramai 16 orang anak, tidak termasuk anak-anak yang ditinggalkan di negeri Minangkabau. Sumber : Koleksi foto Halimi HMN


Anjang Mas Suka, anak ke-3 Panglima Tok Perak yang dibawa bersamanya ketika berhijrah ke Pahang berkahwin dengan Panglima Jabaringin. Terdapat dua sumber yang berbeza tentang Jabaringin, ada yang menyatakan dari Rao Kota Raja di Sumatera Barat dan dari Tanjung Beringin di Sumatera Utara (Zaffuan : 158). Mereka dikurniakan seramai empat orang anak, iaitu Yang Madunah, Siti Hindun, Adam dan Intan Zubaidah. Susur galur pertalian keluarga ini seterusnya dialirkan apabila Intan Zubaidah yang berkahwin dengan Haji Abdullah Malim Pendita yang berasal dari Kota Raja, Sumatera Barat seperti yang dinyatakan sebelum ini. Rajah 2 : Susur galur pertalian keluarga garisan Panglima Tok Perak melalui anaknya Anjang Mas Suka. 8 Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur iii. Menjejaki Susur Galur Haji Zaiyadi


Susur galur keluarga Haji Salim, bapanya Haji Abdul Manan berasal dari Wilayah Rao, manakala ibunya Che Jaleha atau Zaleha binti Lebai Diman @ Sutan Amir Kaharuddin Budiman daripada suku Mendaling dari Sumatera Utara berhijrah ke Sega di penghujung abad ke-19. Perkahwinan Hajah Puan dan Haji Salim dikurniakan enam orang anak, iaitu Mat Zawawi, Nordin, Som, Hajah Dimah, Hajah Alus dan Haji Zaiyadi. Namun dalam buku program "Majlis Perjumpaan Keturunan Rao" yang diadakan pada 20 Julai 2006, terdapat perbezaan dalam salasilah nama anak-anak kepada Haji Salim dengan memasukkan nama Muhammad Sidek dan meniadakan nama Som, menyatakan seperti berikut: "Tuan Haji Muhammad Salim b. Haji Abdul Manan isterinya Hajjah Puan bt. Abdullah Malim Pendita, anak-anaknya: Haji Muhammad Sidek, (moyang kepada Rosli b. AbdulJalil), Haji Zaiyadi (Aki kepada Fathi Haji MohamedNoh), HajahDimah (moyang kepada Y.H Dato' Setia Lela Pahang Dato' Tengku Haji Perang b. Tengku Razlan), Khatib Nordin, Muhammad Zawawi (nenek kepada Siti Rahmah @Mitai Raub) dan Hajjah Halus (nenek kepada Dato' Abdul Majid Mat Din dan Moyang kepadaTan Sri Salehuddin b.Mohamad (MantanKSN1984-1990)...ms.21 Salasilah ini sekiranya dirujuk kepada manuskrip yang telah ditulis oleh Imam Haji Ishak b. Muhamad Arif Ar-Rawi, dikemaskini pada 2 Februari 1976 mempunyai persamaan seperti susur galur daripada keluarga di Kalumpang yang tidak menyatakan nama Muhammad Sidek. Keadaan ini membuka ruang untuk kajian seterusnya melalui rujukan kepada waris yang bertepatan. Haji Salim semasa hayatnya merupakan Tuan Kadi pertama di Daerah Hulu Pahang. Setelah meninggal, Haji Salim dimakamkan di Kampung Tanjung Puteri, berhampiran dengan Kuala Dong Raub Pahang. Rajah 3: Susur galur Haji Abdullah Malim Pendita dalam manuskrip Imam Haji Ishak b. Muhammad Arif Ar-Rawi. 9 Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur iii. Menjejaki Susur Galur


Che Jaleha Nordin Som Hajah Dimah Hajah Alus Haji Zaiyadi Lebai Diman Aminah Hajah Fatimah Haji Abdul Manan Mat Zawawi Haji Salim Tengku Khairul Alam Tengku Abdul Samad 10 Setelah kematian Haji Abdul Manan, Che Jaleha berkahwin pula dengan Tengku Khairul Alam. Beliau adalah Raja Muda Padang Nunang Rao Mapat Tunggul datang ke Tanah Melayu mengiringi Raja Melewar yang diangkat oleh Yang Dipertua Pagar Ruyung dinobatkan sebagai Yang DiPertua Seri Menanti yang pertama di Negeri Sembilan. Beliau dikatakan telah membantu Pahang menewaskan Perak dalam satu peperangan di penghujung abad ke-18. Atas kejayaan itu, Sultan Pahang telah menganugerahkan tanah di Daerah Raub kepada beliau. Di situlah beliau bertemu jodoh dengan Che Jaleha (seorang balu beranak dua) dan dikurniakan seorang putera bernama Tengku Abdul Samad. Tengku Abdul Samad menjadi tokoh pemimpin masyarakat Rawa di Durian Sebatang dan meninggal pada usia 80-an pada tahun 1924. Rajah 4 : Susur Galur Generasi 1, bermula daripada Haji Abdul Manan CATATAN : Rajah ini diambil berdasarkan rumusan yang diperoleh daripada catatan asal Penghulu Sega, Muhd. Dahalan bin Imam Teh, 1955 Dalam Bingkisan Sejarah Raub ms 87 dan koleksi keluarga. Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur iii. Menjejaki Susur Galur (Foto 5: Jalan Tengku Abdul Samad, sebelum ini dikenali sebagai Jalan Bukit Koman diabadikan sebagai salah satu jalan utama di Bandar Raub. perkahwinan ke-2 Info Tambahan


Putera kepada Haji Salim dan Hajah Puan, iaitu Haji Zaiyadi berkahwin dengan Hajah Zainab bt.Ibrahim @Bedu yang berasal dari Minangkabau.Ini adalah perkahwinan ketiga Hajah Zainab. Perkongsian hidup bersama Haji Zaiyadi dikurniakan lima orang anak, iaitu Hajah Jaharah, Salih, Hajah Sharifah, Khadijah dan Haji Mohamed Noh. Rajah 5: Susur Galur bermula Legasi Haji Mohamed Noh Hajah Puan Hajah Zaharah Salih Hajah Sharifah Khadijah Haji Mohamed Noh Haji Abdullah Malim Intan Zubaidah Hajah Zainab bt. Ibrahim@Bedu Haji Salim Haji Zaiyadi CATATAN : Rajah ini diambil berdasarkan rumusan salasilah keluarga 11 Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur iii. Menjejaki Susur Galur


12 Haji Zaiyadi Haji Salim Hajah Puan Haji Mohamed Noh + Hajah Sepiah bt. Hasan Siti Asmah Faezah Haji Abdul Manan + Che Jaleha Haji Abdullah + Intan Zubaidah Halimi Hasnah Fauzi Fathi Rumusan daripada pelbagai sumber menunjukkan salasilah keluarga Haji Mohamed Noh diselusuri bermula dari generasi pertama yang diwakili oleh Haji Abdul Manan dan Haji Abdullah Malim Pendita sehinggalah kepada Haji Mohamed Noh yang merangkumi anak, cucu dan cicit. Namun begitu terdapat kekurangan maklumat untuk melebarkan salasilah ibu kepada Haji Mohamed Noh, iaitu Hajah Zainab bt. Ibrahim. Begitu juga kepada generasi sebelumnya sebelah lelaki seperti Haji Abdul Manan dan Panglima Jabaringin. Hal ini memberi peluang dan ruang untuk sesiapa sahaja dalam keluarga ini khasnya digunakan sebagai panduan untuk kajian seterusnya. Rajah 6: Susur Galur bermula Legasi Haji Mohamed Noh ZAMAN PERANG DUNIA KE-2 ZAMAN MENUNTUT KEMERDEKAAN & DARURAT PASCA KEMERDEKAAN & KONFROTASI INDONESIA (PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963) Latar Belakang Keluarga b) Jejak Susur Galur iv. Rumusan Susur Galur Hajah Zainab bt. Ibrahim@Bedu


Haji Zaiyadi merupakan seorang Kadi Daerah Raub pada sekitar tahun 1936 sehingga Perang Dunia kedua. Sebelumnya, beliau merupakan Naib Kadi bersama ayahnya Haji Salim b. Abdul Manan. (Noh, 2023). Isterinya Hajah Zainab adalah seorang yang berkemahiran dalam seni pertukangan terutama dalam membina pondok sewaktu berladang. Identiti beliau dikatakan sering membawa parang terselit di pinggang. Berkemungkinan atas faktor persediaan keselamatan ataupun bertujuan menebang dan mencantas pokok. Selain itu beliau juga seorang peniaga yang kedainya terletak di Tras, Raub, Pahang. Selain daripada Hajah Zainab, Haji Zayadi juga mempunyai tiga isteri yang lain iaitu Mik bt. Haji Khatib Latan (dalam foto 7, ms 12), Wan Li dan Wan Che Peah. Ketiga-tiga perkahwinan ini, tidak dikurniakan cahayamata. Haji Zaiyadi juga ada mengambil anak angkat dari keturunan kaum Cina dan dalam pendaftaran dinamakan namanya sebagai ayah mereka, iaitu Hussin b. Haji Zaiyadi, Fatimah bt. Haji Zayadi dan Hajah Ramlah bt. Haji Zaiyadi. Anak beranak Hussin dan Fatimah, sekarang ini telah menetap di Kampung Pintu Padang. Ada dua adik-beradik lagi yang menjadi anak angkatnya, iaitu Alias b. Abdullah. Ali b. Abdullah masih ada lagi dan kini menetap di Taiping, Perak. Latar Belakang Keluarga c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim 13 Foto 6 : Haji Zaiyadi b. Haji Salim. Foto sekitar tahun 1930-an semasa menjawat jawatan Naib Kadi Daerah Raub. Sumber : Koleksi foto Mona Kartini Fauzi


Haji Mohamed Noh telah dibawa ayahnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji pada usia lima tahun. Pemergian mereka waktu itu menaiki kapal laut yang berkuasa wap. Perjalanan ke Mekah bermula di Pelabuhan Swettenham Pulau Pinang menuju ke Jeddah. Biasanya bermula pada bulan Rejab, lima bulan sebelum bulan Haji. Pelayaran dari Tanah Melayu mengambil masa 13 hingga ke-17 hari. Berdasarkan sumber lisan, Haji Mohamed Noh menyatakan foto ini dirakamkan setelah pulang dari Mekah. Tercatat di belakang foto diambil di kedai Igami pada tahun 1925. Bukti catatan foto serta berumur lima tahun berkemungkinan tarikh kelahiran sebenar beliau pada tahun 1920 dan bukan 1924 seperti tercatat dalam kad pengenalan. Kekeliruan ini berikutan pada tahun 1948 baru bermula sistem kad pengenalan. Tarikh kelahiran hanya berpandukan kepada andaian sahaja. Latar Belakang Keluarga c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim 12 Foto 9 : Catatan belakang foto, yang menyatakan keterangan Foto 7. Foto 7 : Berdasarkan sumber lisan, foto diambil semasa baru pulang menunaikan fardhu haji. Umur Haji Mohamed Noh ketika ini berusia 4 tahun (berada di tengah). Di sebelah kanan Hajah Zainab bt Ibrahim @ Bedu, sebelah kiri Mik bt Hj Khatib Latan (ibu tiri) dan di belakang adalah Haji Zaiyadi b. Haji Salim. Foto 8 : Salinan kad pengenalan yang mencatatkan tarikh kelahiran pada 9 September 1924


13 Latar Belakang Keluarga c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim Sumber : Koleksi foto Halimi HMN Foto 10 : Haji Zayadi yang berada no. 3 di hadapan dari sebelah kanan. Foto rakaman semasa menjawat jawatan Kadi Daerah Raub pada pertengahan tahun 1930-an. Bangunan latar belakang ini terletak di Jalan Cheroh Raub, bersebelahan dengan Dataran Raub.


13 Latar Belakang Keluarga c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim Sumber : Koleksi foto Halimi HMN Foto 11 : Bangunan latar belakang kini menempatkan pentadbiran Majlis Daerah Raub, di Jalan Cheroh Raub.


Foto 12 : Dokumen buku Ahli Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pahang. Perakuan diterima bertarikh 1 Oktober 1936. Catatan transaksi terakhir bertarikh 31 Disember 1939. (Koleksi Halimi MN) c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim Latar Belakang Keluarga 14


Foto 13 : Pusara Haji Zaiyadi b. Haji Salim kembali ke rahmatullah pada 22 Mei 1959. Foto 14 : Pusara Hajah Zainab bt. Bedu kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 1959. Haji Zaiyadi dan isterinya Hajah Zainab, ibarat kata pepatah “cinta sehidup semati”. Ini berikutan tarikh kematian mereka pada tahun yang sama 1959 dan hanya berselisih 27 hari sahaja. Haji Zaiyadi meninggal pada 22 Mei (Jumaat) manakala Hajah Zainab pada 18 Jun (Khamis). Kedudukan kubur diletakkan saling berhadapan di Tanah Perkuburan Islam, Durian Sebatang, Dong. Turut sama dimakamkan berhampiran disitu ialah tiga orang anak mereka, Hajah Jaharah, Hajah Sharifah dan Haji Mohamed Noh. 15 Latar Belakang Keluarga c) Haji Zaiyadi bin Haji Salim


Tumpat SEMENANJUNG, MALAYSIA Kuala Lipis Gua Musang Pasir Mas Kuala Krai kedah perak pulau pinang pulau pinang pahang terengganu kelantan a) Pendidikan Sekolah Pondok dan Peperangan Dunia Kedua Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi Ilustrasi 2 : Laluan jalan keretapi yang digunakan oleh Haji Mohamed Noh untuk pulang ke Kampung Pintu Padang semasa Perang Dunia Kedua, berjarak 300 km. 16 Foto 15 : Tentera Jepun mendarat di Pantai Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941, sebagai titik mula penjajahan Jepun menggantikan kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Beliau telah dihantar ke sebuah sekolah Agama di Kota Baharu Kelantan, di peringkat usia (anggaran) seawal 12 atau 13 tahun. Melalui perbualan secara lisan beliau menceritakan bersama-sama belajar di situ ialah Datuk Asri Muda, salah seorang tokoh politik dari Parti PAS yang menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1964. Lain-lain kenalannya yang setiap tahun beliau berkunjung ke sana dikenali dengan nama Ustaz Hashim yang tinggal di Tumpat, Kelantan. Pada 8 Disember 1941 Jepun telah mendarat di Kota Bharu, maka bermulalah satu era Malaya terbabit dalam Perang Dunia Kedua dan penjajahan Jepun yang mengakibatkan pengajian beliau terhenti. Bersama beberapa orang rakannya beliau telah mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pintu Padang secara berjalan kaki, berpandukan jalan keretapi Tumpat ke Kuala Lipis jaraknya 300 km, yang mengambil tempoh dua ke tiga hari berjalan kaki. Berdasarkan apa yang diceritakan mereka akan menyembunyikan diri sekiranya terdengar keretapi akan lalu.


Foto 17 : Foto kenangan bersama rakan-rakannya yang bersama di Maahad Al Ehya Al Syarif. Beliau berdiri di tepi dari kanan. Salah seorang (tidak dapat dipastikan) rakan beliau Ustaz Hashim yang berada bersama. Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1945. Pada tahun berikutnya beliau bersama rakan-rakan pengajian sekolah Agama di Kota Bharu menyambung pengajian Agama di Maahad Al Ehya Al Sharif, Gunung Semanggol Perak. Di sinilah beliau mula terdedah dengan politik tanah air. Antara pertubuhan awal yang disertainya adalah Hizbul Muslimin. Selain itu beliau pernah menganggotai API (Angkatan Pemuda Insaf) pimpinan Ishak Haji Mohamed yang lebih dikenali dengan gelaran Pak Sako dan Ahmad Boestamam. API merupakan pertubuhan politik Melayu yang berhaluan kiri ditubuhkan pada tahun 1946. Pertubuhan ini kemudiannya diharamkan oleh British atas faktor membendung penentangan rakyatterhadap kerajaan penjajah dan menyekat gerakan menuntut kemerdekaan. Foto 16 : Madrasah Al Ehya Assharif di Gunung Semanggol di tubuhkan pada 15 April 1934 oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir. Di Madrasah inilah lahirnya beberapa orang tokoh ulama yang kemudiannya gigih memartabatkan Islam di persada negara. Di sini jualah bermulanya tunas gerakan Islam di Malaysia dengan tertubuhnya Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh British. a) Pendidikan Sekolah Pondok dan Peperangan Dunia Kedua Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi 17


Sekembali berjalan kaki dari Kelantan,tidak lama selepas itu pada usia 18 tahun, beliau telah dijodohkan atas pilihan keluarga dengan Sepiah bt. Hasan yang berusia 15 tahun. Anak gadis Melayu pada ketika itu sering terancam apabila tentera Jepun masuk ke kampung. Mereka akan disorokkan dalam timbunan sabut kelapa atau tempattempat yang tersembunyi. Untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman ini adalah melalui perkahwinan. b) Alam Rumah Tangga. Foto 18 & 19: Wajah waktu muda Haji Muhamed Noh dan Sepiah bt. Hassan. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi Foto 21 : Foto ini diambil pada 2 Februari 1992, di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau, sempena Majlis Perkahwinan Halimi b. Haji Mohamed Noh. Foto 20 : Salinan kad pengenalan Sepiah bt. Hasan. 18


Foto 22 : Wajah bonda Sepiah bt. Hasan. Rahimah bt. Haji Tajudin Sepiah bt. Hasan berasal dariKampungBatu Muda,Kuala Lumpurtelah menetap di Dong, Raub Pahang, bersama ibunya Rahimah bt. Haji Tajuddin setelah ayahnya, iaitu Hassan b. Mohamed Amin meninggal dunia. Di Dong, Rahimah menyara kehidupannya dan anak-anaknya, iaitu Sepiah dan Abdul Razak sebagai pesawah padi dan juga peniaga. Beliau berniaga kain dari rumah ke rumah dan menjual hasil pertanian di pekan sehari. Almarhumah Rahimah bt. Haji Tajuddin meninggal dunia pada tahun 1996 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Gali. Semasa hayatnya, Hassan b. Mohamed Amin, merupakan seorang Penghulu di Kampung Batu Muda Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Berpandukan lesen memandu yang didaftarkan pada tahun 1918, beliau memiliki sebuah kereta buatan Amerika berjenamaOverland. b) Alam Rumah Tangga. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi 19 Foto 23 : Bersama salah seorang cicitnya, iaitu Muhammad Nurfitri b. Halimi HMN. Foto diambil sekitar tahun 1995.


20 Foto 24 : Anak-anak Fauzi HMN bergambar bersama Moyang Rahimah bt. Haji Tajuddin di dalam biliknya di kediaman HMN, di Kampung Pintu Padang, Raub Pahang pada Januari 1988. Dari kiri: Zaidi Alamin Fuaad, Mona Kartini, Moyang Rahimah bt. Haji Tajuddin, Mona Anita dan Monasinarsuriya. Foto 25 : Monaliza bt. Fauzi bersama Moyang Rahimah bt. Haji Tajuddin di bangsal yang terletak di belakang rumah HMN di Kampung Pintu Padang. b) Alam Rumah Tangga. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi


21 Foto 26 : Lesen Memandu Hassan b. Mohamed Amin yang didaftarkan pada 7 Jun 1918. Turut tercatat beliau berusia 25 tahun dan ketinggiannya 5'4.5" (1.67meter) Foto 27 : Model kereta Overland keluaran tahun 1915 b) Alam Rumah Tangga. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi


22 Foto 28 : Dokumen yang mencatatkan Haji Mohamed Amin berasal dari Gadang Sumatera dan pekerjaan sebagai petani, merekodkan tarikh perjalanan pada 7 Oktober 1934 dan tarikh hendak pulang pada 22 Januari 1935 serta cap rasmi DT. ZAINAL ABIDIN, MEDAN Keluarga Sepiah bt. Hasan berkemungkinan datang dari Indonesia juga, iaitu dari bahagian Medan, Sumatera. Hal ini berdasarkan dokumen berbentuk pasport dimiliki oleh Datuknya iaitu Haji Mohamed Amin, yang dikeluarkan oleh Belanda. b) Alam Rumah Tangga. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi


Menyambung pengajian di Gunung Semanggol memikul dua beban sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang bapa yang meninggalkan anak yang masih kecil Fauzi dan Fathi merupakan satu pengorbanannya untuk mendalami ilmu agama. Di samping itu Pendidikan di Semanggol telah mendedahkan beliau dalam dunia politik yang turut sama digunakan bagi membebaskan negara dari jajahan Inggeris. Pada tahun 1948 British telah mengisytiharkan Dharurat di Malaya dan secara ekstrimnya akan menangkap pejuang-pejuang tanah air yang menentang mereka, antara tentangan yang dibuat adalah menentang pembentukan Malayan Union. Situasi tegang ini telah menyebabkan beliau melarikan diri ke Singapura. Kisah ini tercatat dalam buku “Kebenaran"tulisan Jaafar Hussin (DBP 1989). Foto 29 : Foto ini disediakan dan telah dicetak pada poster pilihan raya 1955. "HajiNoh Zaidi, tokoh Hisbul Muslimin daerah Raub yang saya temui dirumah inirupa rupanya sudah berada disinisejak beberapa bulan yang lalu. Beliau bertugassebagai penjual tiket SingaporeTractionBusCompany"...m/s 72 Dalam tempoh berada di Singapura, beliau tetap berhubung dengan keluarga di Kampung Pintu Padang, melalui surat. Bagi mengelakkan dikesan oleh pihak British dalam surattersebut beliau menyamar menggunakan nama-nama wanita. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 23 Setelah keadaan kembali reda sekitar tahun 1951 dan 1952, beliau pulang kembali ke Kampung Pintu Padang dan aktif dalam politik bersama UMNO. Untuk kelangsungan hidup beliau bertugas sebagai Ustaz di Sekolah Agama di Ulu Gali Raub. Namun atas faktor kemelesetan ekonomi, beliau meletakkan jawatan dan menumpukan sumber pendapatan dalam bidang pertanian iaitu penanaman padi serta getah. Perjuangan dalam politik tetap diteruskan demi untuk mencapai kemerdekaan sehingga beliau telah terpilih sebagai salah seorang calon pilihan raya pertama tahun 1955. Namun terpaksa dilupakan kerana ditentang keras oleh ayahnya Haji Zaiyadi dengan menyatakan seperti yang diceritakan oleh sepupu Abang Nal “Mat Noh kamu nak jadi seorang Penipu ke?". Jelas sekali Haji Zaiyadi berpandangan jauh mengenali seorang pemimpin politik itu yang hidup mereka penuh dengan penipuan atas kerakusan kuasa harta dan nama.


Selain aktif dalam parti politik, dan pemimpin agama dalam masyarakat, Haji Mohamed Noh juga berkhidmat menyelaras bakal haji khususnya dari Raub yang akan pergi menunaikan fardhu Haji. Beliau sebagai penyelia adalah wakil Sheikh Haji yang berada di Mekah. Tugas Sheikh Haji adalah untuk membantu para jemaah dalam segala urusan ibadah semasa berada di Mekah pada musim Haji. Proses menyelaras bermula dari membantu bakal haji dari sudut keperluan fizikal sehinggalah turut sama bersama rombongan menghantar ke Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang. Sebelum berlepas bakal-bakal haji ini akan ditempatkan di rumah tumpangan yang telah disediakan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Pada waktu ini nama Lebuh Acheh dikenali sebagai Jeddah kedua. Pada setiap musim Haji biasanya ada banyak aktiviti perniagaan yang berlaku di Lebuh Acheh. Penglibatan Haji Mohamed Noh sebagai penyelaras Sheikh adalah pada sekitar tahun 1960 dan berakhir pada tahun 1976, iaitu apabila perkhidmatan kapal mengangkut bakal hajitelah dihentikan. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 24 Foto 32 : Bersama rakan-rakan semasa mengerjakan ibadah haji pada tahun 1965. Foto 30 : Kawasan Lebuh Acheh, pada tahun 1950-60an sebagai tempat persinggahan bakal haji, sebelum belayar ke Jeddah. Foto 31 : Suasana di pelabuhan ketika ahli keluarga menghantar bakal haji di pelabuhan sebelum belayar.


Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 25 Foto 33 : Haji Mohamed Noh berucap dalam satu majlis di penghujung tahun 1960-an bertempat di Balai Raya Kampung Pintu Padang. Turut sama dalam foto (duduk di bahagian kiri tingkap) ialah Allahyarham Cikgu Mohd Zain Kecik, yang pernah menjawat jawatan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Ulu Gali, Raub.


Foto 34 : Perarakan sambutan Hari Kebangsaan bagi Daerah Raub, mewakili Parti Perikatan Malaysia. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 26


Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 27 Foto 35 : Pertemuan Perhimpunan Pemuda UMNO Malaya pada tahun 1954 di Kuala Lumpur. Haji Mohamed Noh berada no. 6 barisan belakang dari kanan. Turut sama di bahagian hadapan, Tengku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Sardon Zubir sebagai Presiden Pemuda.


Foto 36 : Bersalaman dengan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2 sewaktu kunjungan ke Raub Pahang. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. 28


29 Meskipun dihalang, perjuangan dalam politiknya masih berterusan. Peranannya adalah sebagai tulang belakang membantu parti dan pemimpin dalam perjuangan bangsa dan negara. Sebagai tanda terima kasih atas sumbangannya kepada negara, beliau telah dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara pada tahun 1962 daripada Yang di-Pertuan Agong. Kehebatan beliau dalam perdebatan menjadikan beliau aktif dalam pertandingan perbahasan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Peringkat Negeri Pahang dianjurkan pada tahun 1961 yang mensasarkan kepada semangat perpaduan. Foto 37 : Haji Mohamed Noh sedang menyampaikan hujah dalam salah satu pertandingan bahas yang disertainya.. Tajuk perbahasan "Pakaian Melayu Lebih Munasabah dijadikan Pakaian Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu". Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang.


Foto 38 & 39 : Haji Mohamed Noh sebagai Ketua Pihak Pencadang dalam Peraduan Perbahasan Bulan Bahasa Kebangsaan 1961. Tajuk perbahasan “Peranan Radio lebih besar daripada peranan surat khabar dalam mengembangkan Bahasa”. Antara syarat pertandingan ini, setiap pasukan mestilah diwakili oleh setiap kaum utama di negara ini. Foto 38 & 39 merakamkan pertandingan antara pasukan Daerah Raub menentang pasukan Daerah Cameron Highland. 30 Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang.


31 Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. Setelah pengisytiharan Malaysia pada tahun 1963,Indonesia di bawah pimpinan Soekarno telah menentang pergabungan Sabah dan Sarawak sehingga menyebabkan konfrontasi Malaysia dan Indonesia. Konfrantasi dua negara tetangga ini berakhir apabila Suharto mengambil alih sebagai Presiden Indonesia pada tahun 1965. Pada era berkenaan, sebagai memulihkan hubungan dua tetangga, berlakulah siri-siri lawatan muhibah secara dua hala dari peringkat pemimpin tertinggi sehinggalah pemimpin peringkat daerah. Dalam siri lawatan muhibah pasca konfrontasi, Haji Mohamed Noh telah turut sama terpilih berkunjung ke Medan Indonesia pada tahun 1966.


32 Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. Sebagai melangsungkan wadah kerajaan terutama kepada masyarakat luar bandar, beliau kemudiannya bertugas sebagai Pegawai Penerangan Seranta di bawah Kementerian Penerangan secara kontrak sehingga tahun 1980. Untuk kelangsungan hidup, beliau terlibat dalam industri perlombongan di samping menjadiImam Masjid Kampung Pintu Padang. Foto 43: Foto bersama rakan sejawat Pegawai Penerangan Seranta sebelum tamat perkhidmatan pada tahun 1982.


Foto 44: Laungan "MERDEKA" oleh barisan Wira Negara Penentang MalayanUnion yang dijemput dari serata negeri menyertai perarakan sambutan HariKebangsaan ke-30pada 31Ogos 1987 di Padang Kelab Selangor, KL. (HMN di hadapan, no.2 dari kanan). Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. Sebagai kemuncak dalam perjuangan politik, beliau sekali lagi terpilih sebagai veteran kemerdekaan kumpulan anti Malayan Union dalam perarakan kemerdekaan tahun 1987. Selepas itu beliau dikurniakan pula pingatjasa kebaktian (PJK) daripada Sultan Ahmad Shah, Pahang. 33


34 Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. Foto 45 : Barisan Wira Negara bersama Perdana Menteri Malaysia ke-4 Dr. Mahathir Mohamad, dalam acara yang sama pada Hari Kebangsaan 1987. (HMN di belakang, no. 3 dari kanan).


Foto di dalam parlimen: HMN duduk di hadapan, no. 3 dari kiri. 35 Foto 46 : Meraikan Wira Negara Penentang Malayan Union bersempena Hari Kebangsaan 1983 Foto 47 & 48 : Penghormatan buat Wira Negara Penentang Malayan Union mengunjungi Parlimen bersempena Hari Kebangsaan 1983. Foto di luar Parlimen: HMN berdiri di hadapan, no. 5 dari kanan. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang.


36 Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi c) Wira yang tidak didendang. Foto 49 : Bersama DYMM Almarhum Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang, dalam Majlis Pengurniaan Pingat, semasa Hari Keputeraan Baginda di Istana, Pekan Pahang (HMN berdiri di tengah).


Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi d) Meninggalkan kami. Foto 50 : Bersemadinya di sini Almarhum Haji Mohamed Noh (13 Oktober 1997) di Tanah Perkuburan Islam, Durian Sebatang, Dong 37 Di peringkat negara, Haji Mohamed Noh menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai Tokoh Nasionalis-Wira Yang Tidak Didendang. Sebagai Pemimpin Keluarga, beliau tidak lokek kasih sayang dan menyempurnakan amanah sebagai bapa dan datuk yang bertanggungjawab, sentiasa ‘ada’ di sisi ahli keluarga yang memerlukan sokongan dan bantuannya. Fitrahnya tidak pernah memarahi tetapi beliau kaya dengan nasihat dan dorongan semangat kepada anak cucunya. Setiap kelahiran cucu-cicitnya pasti akan dijenguk sehinggalah cicit ke-9 (Izz Hakimi b. Zaidi Farouk : lahir 3Oktober1997) yang diziarahinya pada 8Oktober1997. Berikutan batuk yang tidak reda, dari kediaman anak sulungnya Fauzi di Kampung Lembah Tengah Gombak, Haji Mohamed Noh dibawa ke Hospital Danau Kota, Kuala Lumpur. Dua orang cucu remajanya, Zaidi Farid dan Zaidi Alamin Fuaad silih berganti giliran menemani beliau di sana. Pada 12 Oktober 1997 uzurnya bertambah berat, namun pada malam haritersebut, beliau berselera untuk makan dengan kehadiran anak sulungnya Fauzi. Pada 13 Oktober 1997 (Isnin) bersamaan 11 Jamadil Akhir 1418H, jam 5.50 petang diasbabkan penyakit jantung dan paru-paru, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Danau Kota. Jenazahnya terlebih dahulu dibawa ke Kampung Lembah Tengah Gombak. Pada hari yang sama, dalam Van Jenazah, jenazah beliau ditemani oleh dua orang cucunya Zaidi Farouk dan Zaidi Farid. Jenazah tiba di Kampung Pintu Padang pada lewat malam, disambut oleh ramai ahli keluarganya. Jenazah dimandikan di atas peha 4 orang ahli keluarga terdekatiaitu anak saudaranya Pak Yusop (Kampung Batu), anaknya Halimi HMN, menantunya Abdul Manaf b. Ehpan dan cucunya Zaidi Farouk b. Fauzi HMN. Pada 14 Oktober 1997 (Selasa), jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Durian Sebatang, Dong berhampiran pusarapusara ayahbonda serta dua orang kakaknya.


Foto 51 : Bersemadinya di sini Almarhumah Hajah Sepiah (04 Mei 2002) di Tanah Perkuburan Kampung Batu, KL. 38 Sepiah bt. Hasan kehilangan ayahnya ketika berusia 11 tahun. Sebagai pelajar pintar, guru sekolahnya ingin mengambil beliau sebagai anak angkat dan menjadikannya sebagai seorang Guru. Pada zaman tersebut menjadi Guru seawal usia muda adalah satu perkara biasa kerana tidak ramai yang pergi bersekolah. Namun hasratinitidak dipersetujui oleh ibunya Rahimah bt. Haji Tajuddin kerana ‘Sepiah seorang perempuan’ dan Rahimah juga hendak pulang menetap di kampung halamannya di Dong berikutan kematian suaminya. Sepiah dijodohkan seawal usia 15 tahun, menjadi seorang ibu pada usia 16 tahun, bergelar seorang ‘Wan’ pada usia 38 tahun dan menjadi seorang Moyang pada usia 65 tahun. Tanggungjawab ini digalas penuh amanah, beliau tidak pernah mengabaikan kebajikan anak-menantu dan cucu-cicitnya. Jika ada kelahiran cucu baru, beliau bukan sekadar datang membawa segala kelengkapan daun-daun herba, malah turut tinggal bersama membantu merebuskan mandian serom, membakarkan tungku, menanakkan nasi dan apa juga urusan yang dapat meringankan siibu yang berpantang. Ketika hayatnya, beliau berkesempatan hingga cicit ke-14 iaitu Nur Fitriah Nabilah bt. Shaharin. Haji Mohamed Noh bin Haji Zaiyadi d) Meninggalkan kami. Beliau adalah seorang pendengar yang setia, tutur katanya teratur, tidak pernah meninggi suara, tidak pernah meninggi diri dan bibirnya berbicara yang baik-baik sahaja serta sentiasa mengambil berat hal ehwal ahli keluarga, terutamanya jika ada yang sakit. Beliau sentiasa berbaju kurung putih apabila menziarahi kematian saudara mara dan jiran tetangga ketika di kampung. Beliau dimasukkan ke Hospital Selayang berikutan Branchopreumonia +Illeus. Beberapa hari beliau tidak sedar dan bergantung kepada bantuan air dan oksigen. Ramai anak cucu yang berkesempatan menjaga beliau secara bergilir-gilir di hospital sehinggalah Faezah HMN yang bertugas di Jeddah pulang menjaga pada malam terakhirnya. Berselang 4 tahun 6 bulan selepas Haji Mohamed Noh kembali ke rahmatullah, Sepiah menghembuskan nafas terakhir pada 4 Mei 2002 bersamaan 21 Safar 1423H (Sabtu). Jenazahnya dimandikan di Hospital Selayang dan dibawa terlebih dahulu ke Kampung Lembah TengahGombak untuk ahli keluarga melihatnya buat kali terakhir. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu, Kuala Lumpur pada hari yang sama. Bertuahnya buat ahli keluarga khususnya anak-menantu dan cucu-cicit yang pernah melalui kehidupan bersama Almarhum Haji Mohamed Noh dan Almarhumah Hajah Sepiah, yang dapat merasai kehangatan kasih sayang kedua mereka, terzahir melalui tutur kata, pesanan, nasihat, dorongan, bimbingan, bantuan, sokongan dan sentiasa cakna ke atas kebajikan dan kesejahteraan setiap ahli keluarganya.


Click to View FlipBook Version