JABATAN PENGAJIAN MELAYU Nama Pelajar : NG ZHI YING Angka Giliran : 2020172340034 Kumpulan/Unit : PT4S1-8 Kod Kursus : BMMB3163 Nama Kursus : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pensyarah : DR NOOR HAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar : 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, 56000 KUALA LUMPUR Markah:
Senarai Kandungan Penghargaan................................................................................................................................1 1.0 Pengenalan.......................................................................................................................2 2.0 Proses asimilasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.............................................2 2.1 Pakaian.............................................................................................................2 - 3 3.0 Proses akulturasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia...........................................3 3.1 Adat resam.......................................................................................................3 - 4 4.0 Proses akomodasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.........................................4 4.1 Makanan...........................................................................................................4 - 5 5.0 Proses amalgamasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia.......................................5 5.1 Perkahwinan.........................................................................................................5 6.0 Kesimpulan......................................................................................................................6 Rujukan....................................................................................................................................7 - 8
1 Penghargaan Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya, Dr. Noor Hayati binti Che Mat yang sudi meluangkan masa beliau untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Beliau sering mengingatkan dan menegur kesilapan saya dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut. Hal ini membolehkan saya mengetahui kesilapan saya semasa menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa beliau dapat diganjari dengan kurniaan daripada Tuhan yang tidak ternilai harganya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan saya untuk keberkatan saya di sini. Dengan adanya titipan doa-doa mereka, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan menepati waktu yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, mereka juga telah banyak menyokong saya dari segenap rohani dan kewangan untuk membantu saya menyiapkan tugasan yang bermutu ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan mereka kepada saya khususnya dalam menghasilkan tugasan ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai. Sebagai penutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan akademik saya ini secara sulit atau tidak. Kesudian anda amat saya hargai.
2 1.0 Pengenalan Menurut Muhamad Shaifullah Tayep (2021), negara Malaysia terkenal dengan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu walaupun terdapatnya perbezaan agama, bangsa dan budaya. Perbezaan agama, bangsa dan budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia membolehkan proses pembudayaan berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia berjaya membentuk identiti negara yang unik dan harmoni. Antara proses pembudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah proses asimilasi, akulturasi, akomodasi dan amalgamasi. 2.0 Proses asimilasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia Menurut Baterah Alias et. al (2017), proses asimilasi merujuk kepada proses percantuman antara budaya kelompok berlainan sehingga membentuk satu budaya dan identiti yang sama. Bukan itu sahaja, proses asimilasi boleh ditransformasikan kepada formula A + B + C = A, di mana A merupakan kumpulan domain manakala B dan C merupakan kumpulan minoriti. Tidak dapat dinafikan bahawa proses asimilasi akan memperoleh kejayaan apabila kumpulan minoriti sanggup menerima budaya kumpulan domain sebagai cara hidup seharian mereka. 2.1 Pakaian Proses asimilasi dapat dilihat melalui pakaian masyarakat Cina di Kelantan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2023, masyarakat Cina yang menetap di Kelantan adalah sebanyak 2.5% manakala masyarakat Melayu adalah sebanyak 95.4%. Jelaslah bahawa, masyarakat Cina di Kelantan dikategorikan sebagai kumpulan minoriti manakala masyarakat Melayu merupakan kumpulan domain. Sehubungan itu, pakaian masyarakat Cina di Kelantan telah mengalami proses asimilasi. Sebagai
3 buktinya, budaya berpakaian masyarakat Cina di Kelantan dalam kehidupan seharian merupakan kain batik, kain pelekat, baju Melayu dan baju kurung (Mohamad Nazri et. al, 2011). Pakaian-pakaian ini merupakan pakaian tradisional masyarakat Melayu. Senario ini jelas menunjukkan bahawa kumpulan minoriti iaitu masyarakat Cina telah kehilangan identiti akibat diserap oleh masyarakat Melayu yang merupakan kumpulan domain dari sudut pakaian. Walaupun proses asimilasi berlaku dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu di Kelantan, namun masyarakat pelbagai kaum di negeri ini masih boleh hidup secara harmoni dan damai (Siti Rohana Idris, 2016). 3.0 Proses akulturasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia Proses akulturasi ialah proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya lain (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005). Jelaslah bahawa, penerimaan budaya asing lalu mengolah dalam budaya etnik sendiri tanpa kehilangan identiti budaya asal berlaku dalam proses akulturasi. Tambahan pula, proses akulturasi dapat difahamkan dengan lebih jelas melalui formula A + B + C = Abc + Bac + Cab, di mana A, B dan C mewakili kumpulan etnik yang berbeza manakala a, b dan c mewakili budaya yang diserap. 3.1 Adat resam Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), adat ditakrifkan sebagai peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun di dalam sesuatu masyarakat. Adat resam merangkumi semua aspek kehidupan seperti perayaan, kelahiran, perkahwinan dan kematian. Antara adat resam masyarakat Cina semasa perayaan Tahun Baru Cina adalah bermain bunga api dan mercun (Afix Redzuan, 2022). Perbuatan bermain bunga api dan mercun semasa perayaan Tahun Baru Cina dipercayai dapat menghalau raksasa yang bergelar Nian kerana ia takut akan api dan sensitif kepada bunyi yang kuat dan bising. Tujuan masyarakat Cina menghalau Nian adalah kerana ia akan makan manusia dan
4 haiwan serta menyerang kampung-kampung berdekatan semasa Tahun Baru Cina. Adat bermain bunga api dan mercun semasa perayaan telah diakulturasi oleh masyarakat Melayu dan masyarakat India semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali (Saddam Yusoff, 2015). Tegasnya bahawa, proses akulturasi membolehkan masyarakat Malaysia membentuk identiti yang unik lalu meningkatkan keharmonian kehidupan masyarakat Malaysia. 4.0 Proses akomodasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), akomodasi merupakan proses penyesuaian supaya sesuatu selaras dan secocok. Oleh yang demikian, proses akomodasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia boleh difahamkan sebagai proses menyebabkan setiap kelompok masyarakat menyedari dan menghormati norma dan nilai kumpulan masyarakat lain. Selain itu, proses akomodasi boleh ditransformasikan kepada formula A + B + C = A + B + C, di mana A, B dan C mewakili kumpulan etnik yang berbeza. 4.1 Makanan Setiap kaum di Malaysia mempunyai makanan tradisional masingmasing. Tamsilnya, makanan tradisional bagi masyarakat Melayu ialah nasi lemak dan ketupat manakala makanan tradisional bagi masyarakat Cina ialah char kuey tiau dan dim sum. Selain itu, makanan tradisional bagi masyarakat India ialah roti canai dan muruku. Proses akomodasi boleh dilihat dengan ketara melalui aspek makanan. Hal ini adalah kerana semua kaum di Malaysia yang berlainan budaya tetap menghormati makanan tradisional kaum lain. Bukan itu sahaja, masyarakat Malaysia yang berlainan kaum turut menikmati makanan tradisional kaum lain sekiranya makanan tersebut tidak bercanggah dengan agama yang dianuti. Sebagai buktinya, terdapat peniaga roti canai yang berkaum Melayu di daerah Pontian (Mohamad Zikri, 2022). Di samping itu, pemilik Naim Dim Sum Frozen Food, Hasnah Ahmad Shah yang minat terhadap hidangan dim sum telah
5 mencipta dim sum yang halal dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia (Utusan Malaysia, 2021). 5.0 Proses amalgamasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia Proses amalgamasi merupakan proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baharu (Kardiyan, 2015). Proses ini boleh diwakili dengan formula A + B + C = D, di mana A, B dan C mewakili kumpulan etnik yang berbeza dan mempunyai identiti budaya tersendiri manakala D mewakili kumpulan etnik baharu hasil daripada penyatuan kumpulan etnik A, B dan C. Antara penyebab utama berlakunya proses amalgamasi adalah melalui perkahwinan campur melalui etnik yang berbeza. 5.1 Perkahwinan Proses amalgamasi dapat dilihat menerusi kewujudan masyarakat Baba Nyonya. Menurut Sa’adiah Ma’alip et. al (2018), masyarakat Baba Nyonya terhasil melalui perkahwinan campur antara pedagang Cina dan wanita Melayu tempatan. Setelah perkahwinan campur berlaku, masyarakat Baba Nyonya telah mengolah dan membentuk satu amalan budaya yang baharu berdasarkan budaya yang diwarisi dari budaya masyarakat Melayu dan masyarakat Cina. Antara amalan budaya yang baharu boleh dilihat melalui aspek makanan, pakaian, bahasa dan adat resam. Sebagai buktinya, berdasarkan resipi Pembantu Cef Masakan Melayu, Hotel Eastin Petaling Jaya, Usri Kamaruddin, makanan tradisional Baba Nyonya, Kari Kapitan telah dipengaruhi dengan penggunaan rempah ratus seperti batang serai dan daun limau purut (Norhafzan Jaafar, 2015) seperti dalam hidangan masyarakat Melayu. Namun begitu, rasa hidangan Kari Kapitan adalah tidak terlalu pedas seperti kebiasaan masyarakat Cina.
6 6.0 Kesimpulan Secara tuntasnya, proses pembudayaan adalah amat signifikan bagi membentuk identiti negara Malaysia yang unik dan harmoni. Melalui proses-proses pembudayaan ini, masyarakat majmuk di Malaysia yang saling menghormati dan dapat hidup dengan harmoni dapat dilahirkan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha berterusan masih perlu dilaksanakan bagi memastikan perkongsian budaya di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
7 Rujukan Afix Redzuan. (2022, Januari 30). 15 hari patuhi pantang larang, Tahun Baharu Cina bawa tuah dan kemakmuran. Selangorkini. https://selangorkini.my/2022/01/15-hari-patuhi-pantanglarang-tahun-baharu-cina-bawa-tuah-dan-kemakmuran/ Baterah Alias, Huzaimsh Ismail & Najahudin Lateh. (2017). Hubungan etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2023, Ogos 29). Anggaran penduduk semasa mengikut daerah pentadbiran. Portal Rasmi Kementerian Ekonomi Jabatan Perangkaan Malaysia. https://www.dosm.gov.my/portal-main/release-content/current-population-estimates-byadminstrative-district Kardiyan. (2015). Setengah abad amalgamasi antara etnis Jawa dengan etnis tempatan di Desa Siabu Kecamatan Salo Kabupaten Kampar. International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 3(2), 186-198. Mohamad Nazri, Ahmad Hanapi & Teo Kok Seong. (2011). Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan masyarakat Cina Kelatan. Jurnal Melayu, 8, 111-132. Mohamad Zikri. (2022, Jun 26). Jual roti canai 70 sen sejak 35 tahun. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2022/06/jual-roti-canai-70-sen-sejak-35-tahun/ Muhamad Shaifullah Tayep (2021, Ogos 20). Malaysia negara unik, rakyat bersatu padu. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/744852/malaysia-negara-unikrakyat-bersatu-padu Norhafzan Jaafar. (2015, Jun 13). Kerang masak kapitan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/06/60907/kerang-masak-kapitan Sa’adiah Ma’alip & Rahilah Omar. (2018). Penguasaan bahasa Baba-Nyonya dalam kalangan masyarakat Baba-Nyonya di Melaka. Jurnal Melayu, 17(2), 312-327.
8 Saddam Yusoff. (2015, November 9). Kemeriahan sambutan Deepavali di Malaysia. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/11/95691/kemeriahan-sambutandeepavali-di-malaysia Siti Rohana Idris. (2016, November 28). Cara hidup masyarakat Peranakan Cina Kelantan dibukukan. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11/217761/cara-hidup-masyarakatperanakan-cina-kelantan-dibukukan Utusan Malaysia. (2021, Disember 24). Enam bulan cipta inti, kulit dim sum halal. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/enam-bulan-cipta-inti-kulit-dim-sumhalal/