SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(TAMAN SETIA TROPIKA)
DISEDIAKAN OLEH:
KHYRAH BINTI MOHD SHAHRIL
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
23/12/2022
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN KANDUNGAN 1
2. PENDAHULUAN 2-3
3. OBJEKTIF KAJIAN KAJIAN KES 4
4. KAWASAN KAJIAN 5-6
5. KAEDAH KAJIAN 7
6. HASIL KAJIAN 8-10
i. Definisi sisa domestik
ii. Menyatakan contoh dan jenis sisa domestik yang
terdapat di kawasan kajian yang dipilih
iii. Mengenalpasti tiga (3) punca punca pembuangan sisa 11
domestik 12
13
iv. Menjelaskan tiga (3) kesan pembuangan sisa domestic
v. Menghuraikan tiga (3) langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa domestik secara bijkasana
7. RUMUSAN
8. RUJUKAN
9. LAMPIRAN
Lampiran - Soal selidik
PENGHARAGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 2 yang bertajuk AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
(TAMAN SETIA TROPIKA). Setinggi - tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK
Sultan Ismail Johor Bahru, Encik Razali Bin Tamadi kerana member kebenaran
untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah Binti
Jamaluddin kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja
lapangan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya, iaitu Wan Rafidah Hanimn
Binti Wan Mohd Salleh dan Mohammad Shahril Bin Tahir kerana member
sokongan dan semangat kepada saya.
Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber
dalam membantu proses menyiapkan kerja lapangan saya.
Sekian, terima kasih.
1
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU DI KAWASAN KAJIAN yang boleh dilakukan oleh kalangan murid di SMK
Sultan Ismail, Johor Bahru semasa berada di rumah masing-masing. Saya
membuat kajian tentang penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian dan
usaha usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi
hijau di kawasan kajian.
Selain itu, saya juga memberi cadangan tentang usaha usaha yang perlu
dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di kawasan kajian.
Kawasan kajian ialah di Taman Setia Tropika kerana ianya merupakan kawasan
tempat tinggal saya. Saya telah menetapkan empat (4) objektif kaiian yang
perlu sava capai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu;
1. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Setia Tropika
3. Menyenaraikan empat (4) kepentingan Teknologi Hijau
4. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang se
2
Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini.
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1. 8/12/2022 i. Menerima taklimat dan tugasan kerja Berbincang
lapangan Geografi daripada guru mata di dalam
pelajaran iaitu Puan Hanifah Binti kelas
Jamaluddin.
ii. Berbincang dengan guru pelaksanaan
yang hendak dilakukan.
2. 13/12/2022 Pergi ke tempat kajian. Individu
i. Membuat pemerhatian ke atas kawasan
kajian
ii. Mengambil gambar jenis-jenis sisa
domestik di kawasan kajian.
3. 16/12/2022 Merekodkan kajian Individu
i. Menyenaraikan maklumat yang
diperolehi semasa membuat
pemerhatian di kawasan kajian.
4. 17/12/2022 Menulis penghargaan dan pendahuluan Individu
5. 19/12/2022 Membuat soal selidik Individu
- Merekabentuk soal selidik menggunakan
aplikasi "Google Form".
- Memberikan soalan selidik kepada
penduduk kawasan kajian.
6. 20/12/2022 Mengumpul dan membuat penulisan berdasarkan Individu
kepada semua jawapan daripada solan selidik.
- Membuat Analisa daripada data yang
diperolehi daripada "google form" yang
telah diberikan kepada penduduk kawasan
kajian.
- Menghasilkan bahan grafik yang sesual.
samada graf/carta berdasarkan data yang
diperolehi.
- Menulis hasil kajian yang diperolehi.
7. 22/12/2022 Penghantaran kerja lapangan pada 22/12/2022 Individu
3
OBJEKTIF KAJIAN
Diakhir kajian ini, saya akan dapat:
1. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Setia Tropika
3. Menyenaraikan empat (4) kepentingan Teknologi Hijau
4. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
4
KAWASAN KAJIAN
Setia Tropika merupakan sebuah perbandaran di dalam Johor Bahru, Johor,
Malaysia. Ia dimiliki oleh Setia Homes, salah satu ahli SP Setia Berhad.
Pada mulanya,di sekitar tahun 2004 Dan 2005 kawasan ini telah mula
dibangunkan. Sebelumnya kawasan ini hanyalah sebahigian daripada kawasan
petempatan Kempas Dan merupakan kawasan lapangan yang penuh Dengan
kelapa sawit. Kini,dengan mengikuti arus pemodenan kawasan ini telah
dimajukan dalam projek perumahan Dan perindustrian di bawah Setia Homes.
Tempat ini telah menjalani satu revolusi pemodenan yang telah menjadikan
kawasan ini maju Dengan pelbagai kegiatan ekonomi. Kawasan ini kini
dianggap sebagai Salah satu kawasan yang berpotensi tinggi bagi menjadi
bandar yang paling maju di Johor Bahru dalam lima tahun depan yang akan
datang.
Kawasan ini mempunyai ukuran Sebanyak 375 ekar hanya di kawasan
petempatan. Jika dilihat keseluruhannya, tempat ini mencegah ukurannya
hingga 740 ekar Taman. Tempat ini menjadi Tumpuan utama Orang Ramai
terutamanya pelabur rumahan Dari negara lain Dan Orang tempatan
disebabkan Kerana kemudahan di kawasan tersebut. Kini lebih daripada 3500
menduduki tempat ini.
Pertama sekali kawasan ini sangat berdekatan Dengan NORTH SOUTH
HIGHWAY. Tempat ini juga menyediakan kemudahan seperti Taman Taman
rekreasi yang luasnya Sebanyak 12 ekar. Kementerian dalam Negeri juga
terletak berdekatan Dan pelbagai perkhidmatan seperti umobile
centre,tadika,pizza hit, KFC, McDonald's juga Ada di Sana.
5
Peta 1 : Peta Daerah Negeri Johor
Peta 2 : Peta Lokasi Kawasan Kajian
6
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan 3 kaedah kajian iaitu kaedah pemerhatian, soal selidik
dan rujukan.
1. PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Tman Setia Tropika 11/4.
Saya mengumpul data dan maklumat yang terdat di kawasan kajian
melalui pemerhatian saya.
2. SOAL SELIDIK
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat dengan
mengedarkan borang soal selidik menggunakan ‘google form’ kepada
penduduk setempat walaupun negara kita telah pun beralih ke fasa
endemik. Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberikan
borang soal selidik atas talian sahaja. Saya terlebih dahulu menyediakan
borang yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajian ini.
3. RUJUKAN
Kaedah in merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah, keratan akhbar dan lain-lain dan
kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai bagi orang yang baru
seperti saya dalam menjalankan kajian lapangan ini
7
HASIL KAJIAN
1. Konsep dan definisi Teknologi Hijau
-Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.
- Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang
memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah
atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran
sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan
sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
2. 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Setia
Tropika
Antara contoh teknologi hijau yang terdapat di Taman Setia
Tropika ialah;
a. Amalan 5R
- 5Rr adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’
(baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan
‘reduce’ (kurangkan). Penduduk di Taman Setia Tropika
mengamalkan amalan 5R dengan adanya tong kitar semula
khususnya di Taman Permainan.
b. Menanam pokok
- Penduduk di Taman Setia Tropika mengamalkan amalan
menanam pokok kerana mereka akan dapat udara yang lebih
segar dan sekaligus menghiasi rumah mereka
8
c. Penjimatan air
- Ramai penduduk di Taman Setia Tropika menadah air hujan
untuk dihgunakan semula bagi mencuci kereta, halaman rumah
dan menyiram tumbuhan. Amalan ini dapat menjimat kos
untuk membayar bil air.
3. 4 Kepentingan Teknologi Hijau
- Dari segi sosial, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti
hidup. Contohnya, mencipta bekas makanan mesra alam
sepertia bekas makanan daripada ubi kayu.
- Dari segi ekonomi, teknologi hijau dapat mengurangkan kos
operasi dan meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Selain
itu, ia dapat meningkatkan pembangunan ekonomi negara
melalui penggunaan teknologi canggih. Contohnya seperti
industry fotovolta.
- Teknologi hijau dapat menjana tenaga. Ia merangkumi sumber
tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang bersumberkan
alam semula jadi. Tenaga angin boleh dijadikan alternative bagi
mengurangkan penggunaan bahan api fosil.
- Teknologi hijau juga dapat memelihara dan memulihara alam
sekitar. Ia dapat melindungi sumber semula jadi dan
meningkatkan kualiti udara dan air. Ia juga dapat
mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.
4. Punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian.
- Cabaran utama untuk memperkasakan teknologi hijau adalah
kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat dan industri
mengenai perkara ini.
- Kekurangan pendedahan dan memantapkan pemahaman
murid tentang amalan teknologi hijau serta hubung kaitnya.
- Mengambil ringan dan menganggap Teknologi Hijau sebagai
perkara yang remeh dan tidak mengamalkan konsep 5R
- Kekurangan pembiayaan juga menyukarkan langkah untuk
mengembangkan teknologi hijau di negara ini.
5. Langkah langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
- Perlulah membuat aktiviti sepertia bergotong royong di dalam kalangan
masyarakat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang betapa
pwntingnya Teknologi Hijau.
- Pihak sekolah perlulah memberikan maklumat kepada murid mengenai
kepentingan, faedah dan kaedah amalan teknologi hijau yang boleh
dilaksanakan. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan
pertandingan membuat poster berkaitan dengan Teknologi Hijau
ataupun membuat lawatan ke industri berasaskan Teknologi Hijau
seperti ladang solar fotovoltaik, taman agroteknologi, stesen jana kuasa
biojisim dan lain-lain
- Kita perlulah mengambil berat tentang Teknologi Hijau kerana ia dapat
meningkatkan kualiti hidup, kualiti udara dan keselesaan dan kesihatan
masyarakat. Kita juga perlu mempraktikkan amalan 5R dengan
menggunakan tong kitar semula yang betul.
- Kerajaan perlulah memberi wang yang secukupnya kepada pihak yang
bertanggungjawab agar berjaya melaksanakan segala amalan Teknologi
Hijau dengan baik.
10
RUMUSAN
Rumusan dapat dibuat disini, sokongan masyarakat dan juga kerajaan dalam
menerapkan teknologi hijau ini perlu dilihat dari dua aspek. Pertama alah
aspek inovasi, iaitu usaha mencipta atau membangunkan teknologi hijau. Kita
tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated atau kompleks. Produk
mudah yang mesa alam seta praktikal untuk negara kita boleh dihasilkan.
Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi
untuk mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik
kita boleh menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk
tapa membazir sumber-sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah
rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan untuk penggunaan tempatan dan
untuk tujuan esport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi teknologi hijau
sama ada dalam melaksanakan proses keria atau amalan hidup seharian. Kita
harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan
perkara-perkara mudah yang bole kita laksanakan. Contohnya, kita boleh
membawa air minum dalam bekas tapa keperluan membeli botol-botol air.
Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah, eloklah kita
menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam
atau plastik yang tidak mesa alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah.
Pengguna juga harus mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap
tenaga. Utamakan penggunaan lampu cekap tenaga. Tindakan sedemikian
akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga peralatan cekap
tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan
tenaga adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting
adalah supaya kita mulakan dengan langkah-langkah yang mudah dan murah
dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup.
Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya
mereka akan turut terdorong untuk mengamalkan budaya hijau
11
RUJUKAN
1. Buku Teks Geografi tingkatan 2
2. https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic
12
LAMPIRAN
13
13