MC – 041-2:2012 INDUSTRIAL QUALITY CONTROL
COCU 3
MEASURING EQUIPMENT HANDLING REQUIREMENTS
WA4
COMFIRM MEASURING EQUIPMENT HANDLING RESULT
WA5
RECORD MEASURING EQUIPMENT HANDLING WORK ACTIVITIES
PENGAJAR
CIK SITI NOR AMIRA BINTI EHSAN
JENIS ALAT
PENGUKURAN DAN
KALIBRASI
MANUAL / RUJUKAN PENGUKURAN
• Untuk memberi kemudahan kepada personel yang akan melakukan tentukuran
dengan rujukan/ manual serta contoh borang yang akan digunakan..
• Setiap alat pengukuran mempunyai manual tersendiri.
• Ianya mempunyai langkah-langkah yang sama bagi operasi pembersihan alat
tersebut cuma bagi bahagian pada lat tersebut perlu diberi lebih perhatian.
VERNIER CALIPER
a. Bersihkan Angkup Vernier dan Bongkah tolok/Caliper checker yang akan
digunakan sebagai alat tentukuran Angkup Vernier.
b. Rapatkan rahang Angkup Vernier bagi memastikan tiada cahaya antara
rahang tersebut. Ianya adalah untuk memastikan bahagian yang akan dikur
dalam keadaan baik sebelum dibuat tentukuran.
c. Pilih bongkah tolok yang sesuai berpandukan jadual yang dibekalkan.
VERNIER CALIPER
d. Ukur bahagian-bahagian pada Angkup Vernier seperti di dalam jadual.
e. Isikan bacaan yang didapati di dalam jadual yang disediakan.
f. Pastikan cara ukur mengikut langkah-langkah yang betul.
g. Jika bacaan yang didapati adalah ‘0’ atau tepat mengikut bacaan yang
diukur, maka bahagian yan diukur dalam keadaan baik.
VERNIER CALIPER
h. Jika bacaan yang didapati keluar dari hadterima yang ditetapkan, sila
maklumkan kepada bahagian/department yang menggunakan Angkup
Vernier tersebut mengenainya.
i. Dapatkan kebenaran dan pengesahan daripada Pengurus / Manager QA
untuk menukar Angkup Vernier tersebut dengan angkup yang lain agar
bahagian tersebut dapat meneruskan pengukuran mereka.
j. Hantar Angkup Vernier yang bermasalah tersebut untuk bahagian servis
untuk membaikinya.
Caliper Checker
MIKROMETER
a. Bersihkan Micrometer dan Bongkah tolok yang akan digunakan
sebagai alat tentukuran Micrometer.
b. Pilih bongkah tolok yang sesuai mengikut bacaan yang dibekalkan.
c. Ukur bahagian-bahagian pada Micrometer berpandukan jadual
yang dibekalkan.
MIKROMETER
d. Isikan bacaan yang didapati di dalam jadual yang disediakan.Pastikan
cara ukur mengikut langkah-langkah yang betul.
e. Jika bacaan yang didapati adalah ‘0’ atau tepat mengikut bacaan yang
diukur, maka bahagian yang diukur dalam keadaan baik.
f. Jika bacaan yang didapati keluar dari hadterima yang ditetapkan, sila
maklumkan kepada bahagian/department yang menggunakan
Micrometer tersebut mengenainya.
MIKROMETER
g. Sila dapatkan kebenaran dan pengesahan daripada Pengurus /
Manager QA untuk menukar Micrometer tersebut dengan yang lain
agar bahagian tersebut dapat meneruskan pengukuran mereka.
h. Hantar Micrometer yang bermasalah tersebut untuk bahagian
servis untuk membaikinya.
INSIDE DAN DEPTH MICROMETER
CHECKER
DIAL INDICATOR & DIAL TEST
INDICATOR
a. Bersihkan Dail dan Dail tester yang akan digunakan sebagai alat
tentukuran.
b. Pastikan Dail Tester / Alat Penguji Dail dalam keadaan baik sebelum
menggunakannya.
c. Ukur mengukur menggunakan Dail Gauge Tester, rujuk kan jadual
yang dibekalkan.
DIAL INDICATOR & DIAL TEST
INDICATOR
d. Isikan bacaan yang didapati di dalam jadual yang disediakan.Pastikan
cara ukur mengikut langkah-langkah yang betul.
e. Jika bacaan yang didapati adalah ‘0’ atau tepat mengikut bacaan yang
diukur, maka bahagian yang diukur dalam keadaan baik.
f. Jika bacaan yang didapati keluar dari hadterima yang ditetapkan, sila
maklumkan kepada bahagian/department yang menggunakan dial
indicator tersebut mengenainya.
DIAL TEST INDICATOR
GAUGE BLOCK
a. Bersihkan Micrometer dan Dail Indicator yang akan digunakan sebagai alat
tentukuran.
b. Pastikan Bongkah Tolok tersebut dalam keadaan baik sebelum tentukuran
dilakukan.
c. Ukur mengukur menggunakan Micrometer dan Dail Indicator, rujuk jadual yan
dibekalkan. Pengukurannya adalah sama dengan cara tentukuran alat
pengukuran yang lain. Gunakan Optical flat untuk memastikan permukaannya
dalam keadaan baik.
GAUGE BLOCK
d. Isikan bacaan yang didapati di dalam jadual yang disediakan.
Pastikan cara ukur mengikut langkah-langkah yang betul.
e. Jika bacaan yang didapati adalah ‘0’ atau tepat mengikut bacaan
yang diukur, maka bahagian yang diukur dalam keadaan baik.
GAUGE BLOCK
f. Jika bacaan yang didapati keluar dari hadterima yang ditetapkan, sila
maklumkan kepada bahagian/department yang menggunakan Bongkah
Tolok tersebut.
g. Sila dapatkan kebenaran dan pengesahan daripada Pengurus / Manager
QA untuk hantar ke pusat servis untuk memastikan kesahihannya kerana
Bongkah Tolok adalah alat yan tidak boleh diperbaiki dan hanya pusat
servis yang diiktiraf boleh mengesahkan kepenggunaannya.
GAUGE BLOCK
RING GAUGE
a. Bersihkan Bore Gauge dan Microscope yang akan digunakan untuk
sebagai alat tentukuran.
b. Pilih interchangeable rod yang sesuai dengan sais Ring gauge
tersebut.
c. Gunakan Master Ring Gauge untuk setting ‘0’ pada Dail Bore Gauge
sebelum membuat tentukuran Ring Gauge.
RING GAUGE
d. Pastikan cara ukur mengikut langkah-langkah yang betul.
e. Jika bacaan pada skala / Dail Bore Gauge yang didapati adalah ‘0’
atau tepat mengikut bacaan yang diukur, maka bahagian yang
diukur dalam keadaan baik.
RING GAUGE
f. Gunakan Microscope untuk mendapatkan bacaan ‘OK’ atau ‘NG’.
OK- permukaan dalam tidak bermasalah , cth : tidak bercalar
NG – Ring gauge tersebut ‘reject ‘ permukaan pengukurannya
bermasalah/ tidak bulat, ianya tidak boleh digunakan untuk mngukur
bahagian bendakerja yang kritikal.
RING GAUGE
g. Jika bacaan yang didapati keluar dari hadterima yang ditetapkan, sila
maklumkan kepada bahagian/department yang menggunakan alat
tersebut mengenainya untu mengelakkan kesalahan bacaan terjadi.
h. Dapatkan kebenaran dan pengesahan daripada Pengurus / Manager QA
untuk menukar Ring Gauge tersebut dengan yang lain agar bahagian
tersebut dapat meneruskan pengukuran mereka.
RING GAUGE