BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
0
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
BIODATA MURID
Nama :
No. Kad Pengenalan :
Warganegara :
Bangsa :
Tarikh Lahir :
Jantina :
Agama :
Tempat Lahir :
No. Daftar :
Tarikh Masuk Sekolah :
Alamat rumah :
No. Tel Rumah :
No. Tel Bimbit :
Tahun Tingkatan Nama Guru Tingkatan
Peralihan
1
2
3
4
5
1
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGENALAN
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Visi, Misi, Moto, Matlamat
Piagam Pelanggan
1.0 Lencana dan Lagu Sekolah
2.0 Lagu Sekolah
3.0 Ikrar Murid
4.0 Peraturan Persekolahan
5.0 Tatatertib Kekemasan Diri
6.0 Tatatertib Penggunaan Papan Kenyataan Sekolah
7.0 Tatatertib Penjagaan Kebersihan dan Kecerian Kelas
8.0 Tatatertib Semasa Rehat
9.0 Tatatertib Penggunaan Tandas
10.0 Tatatertib Keselamatan
11.0 Tatatertib Penjagaan Hak Milik Dan Harta Benda Sekolah
12.0 Arahan Kebakaran
13.0 Pelanggaran Disiplin dan Senarai Salah Laku Yang Boleh
Diambil Tindakan Disiplin
14.0 Jenis Hukuman dan Tindakan
15.0 Barang-Barang Larangan yang Ditetapkan oleh Pihak Sekolah
16.0 Peraturan Kegiatan Kokurikulum
17.0 Peraturan Penggunaan Makmal Sains/Bengkel/Makmal
Komputer dan Bilik-Bilik Khas.
18.0 Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
LAMPIRAN
2
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
PENGENALAN
RUKUN NEGARA
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama;
menjamin satu cara hidup liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka Kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO
Berilmu, Berakhlak, Berwawasan
MATLAMAT
▪ Melahirkan murid yang taat dan bersatu padu
▪ Melahirkan murid yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan
berwawasan.
▪ Menjana modal insan untuk keperluan bangsa dan negara
▪ Memberi peluang pendidikan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24(2) dengan penuh tekad dan
iltizam berikrar dan berjanji akan:
▪ Melaksanakan sistem pendidikan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan prinsip Rukun Negara
▪ Memberi pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan
status sosio-ekonomi
▪ Mewujudkan pengurusan yang berkualiti
▪ Menyediakan iklim sekolah yang kondusif
▪ Sentiasa peka dan prihatin kepada kehendak pelanggan (ibu bapa, murid dan
komuniti setempat)
▪ Menanamkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
4
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
1.0 LENCANA DAN LAGU SEKOLAH
Ciptaan lencana oleh
Puan Zarini binti Ghazali
(Ketua Panitia Pendidikan Seni 2003)
WARNA
▪ Ungu melambangkan keharmonian, kedamaian dan perpaduan
▪ Kuning melambangkan kedaulatan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan kualiti pengurusan, PDPC yang bersifat efektif dan efisyen
▪ Jingga mencerminkan tenaga iaitu suatu kesepaduan usaha dan kesungguhan
komitmen dari semua warga sekolah dalam rangka memajukan dan
meningkatkan prestasi sekolah
▪ Hitam mempamerkan ketegasan iaitu suatu sifat yang perlu ada dalam usaha
untuk memastikan kejayaan dan kecemerlangan menjadi milik murid SMK
Seksyen 24(2)
OBJEK
▪ Objek keseluruhan berbentuk perisai yang memainkan peranan sebagai satu
senjata pertahanan dalam usaha menangkis serangan unsur-unsur negatif
globalisasi pada alaf ini
▪ Bulan dan bintang membawa maksud kedaulatan dan peranan sekolah dalam
usaha membina sebuah negara Malaysia yang harmoni, maju serta makmur.
▪ Topi dan skrol adalah simbol kejayaan yang menjadi harapan pihak sekolah
untuk menghasilkan murid yang berilmu pengetahuan tinggi, berdaya saing dan
dinamik.
▪ Gear merupakan lambing sains dan teknologi yang perlu dikuasai oleh warga
sekolah bersesuai dengan agenda negara untuk melahirkan generasi yang celik
teknologi, kreatif dan inovatif.
5
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
2.0 LAGU SEKOLAH
BERBAKTI DAN BERJAYA
Dengan megahnya kami berkumpul dan berikrar
Berbangga dengan sekolah tercinta
Hormati guru serta ibu bapa
Yang berkorban untuk kita
Ilmu pengetahuan bermulanya di sini
Berbekal niat yang ingin berbakti
Demi agama, bangsa dan negara
Jadi insan yang mulia
SMK Seksyen 24(2)
Berilmu, berakhlak dan berwawasan
Berdisiplin dan berdaya intelek
Yang percaya pada tuhan
Dengan megahnya kami berkumpul dan berikrar
Berbangga dengan sekolah tercinta
Hormati guru serta ibu bapa
Yang berkorban untuk kita
Lagu : L.Y
Lirik : Baiduri
Gubahan musik : L.Y
6
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
3.0 IKRAR MURID
BAHAWASANYA KAMI / MURID-MURID SMK SEKSYEN 24(2) / BERIKRAR /
DENGAN PENUH KEAZAMAN / UNTUK MENJADI INSAN CEMERLANG /
BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT; -
• MENCAPAI KEPUTUSAN CEMERLANG / DALAM SEMUA UJIAN DAN
PEPERIKSAAN / SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM
• MENDISIPLINKAN DIRI / DAN MENGHORMATI PARA GURU / SERTA
MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEKOLAH
• MENGAMALKAN AKHLAK / DAN SAHSIAH DIRI YANG MULIA
• MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN / KEMAHIRAN DAN NILAI-NILAI MURNI
• KAMI JUGA PATUH DAN TAAT / KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
7
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
4.0 PERATURAN PERSEKOLAHAN
4.1 Waktu Persekolahan (Tertakluk kepada jadual waktu kelas)
Menengah Atas
Isnin hingga Khamis : 7.20 pagi - 1:05 petang
Jumaat : 7:20 pagi - 12:30 tengah hari
Menengah Rendah : 1.10 petang – 6:10 petang
Isnin : 1.10 petang – 6:45 petang
Selasa - Khamis : 2.20 petang – 6:45 petang
Jumaat
4.2 Waktu Permulaan Sesi
4.2.1 Semua murid mesti berada di sekolah 5 minit sebelum masa
permulaan sekolah iaitu 7.20 pagi (sesi pagi) dan 1.10 petang
4.2.2 (sesi petang).
4.2.3 Murid yang sampai ke sekolah selepas 7.30 pagi dianggap lewat
dan tindakan disiplin akan dikenakan.
Murid dikehendaki berada di kawasan yang ditetapkan sehingga
arahan masuk ke kelas dibuat oleh guru bertugas.
4.3 Waktu Perhimpunan/Tatatertib Perhimpunan
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984)
4.3.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada tiap-tiap hari Isnin jam
7.30-8.00 pagi. Perhimpunan harian dibuat pada 7.15 pagi untuk
4.3.2 hari Selasa hingga Jumaat.
4.3.3 Semua murid diwajibkan berada di Dataran Jauhari.
Murid dikehendaki menyanyikan Lagu Kebangsaan, Lagu
4.3.4 Negeri dan Lagu Sekolah dengan penuh hormat dan
4.3.5 bersemangat. Bendera Malaysia, Negeri dan Sekolah dinaikkan
4.3.6 semasa nyanyian tersebut.
4.3.7 Semua murid mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap
4.3.8 ketika perhimpunan rasmi dan berbaris lurus mengikut kelas.
4.3.9 Semua murid mesti senyap dan memberi perhatian ketika
pengumuman dibaca oleh Guru Bertugas Mingguan.
Ketika Perhimpunan Rasmi Sekolah, semua murid dikehendaki
berdiri tegak dan mengikut tatatertib perhimpunan rasmi.
Murid tidak dibenarkan bising sepanjang perhimpunan
dijalankan.
Selepas perhimpunan, murid hendaklah berjalan masuk ke kelas
masing-masing secara teratur dan dalam keadaan senyap.
Murid yang tidak menghadiri perhimpunan atau tidak mematuhi
tatatertib perhimpunan boleh dikenakan tindakan disiplin.
4.4 Waktu Pengajaran & Pembelajaran (Pdpc)/Tatatertib Dalam Kelas
4.4.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu
pembelajaran kecuali jika mendapat kebenaran guru.
8
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
4.4.2 Murid yang keluar kelas tanpa Pas Keluar dianggap sebagai
keluar kelas tanpa kebenaran guru dan boleh dikenakan tindakan
disiplin.
4.4.3 Murid TIDAK dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama
atau waktu selepas rehat kecuali benar-benar dalam kecemasan.
4.4.4 Murid tidak dibenarkan keluar kelas sekiranya guru tiada di
dalam kelas atau semasa pertukaran kelas.
4.4.5 Murid tidak dibenarkan ke kantin semasa Pdpc.
4.4.6 Murid tidak dibenarkan melawat, menumpang atau menceroboh
kelas lain sewaktu pertukaran guru dan waktu sepanjang waktu
Pdpc.
4.4.7 Penggunaan Pas Keluar hanya untuk kegunaan kecemasan dan
hanya seorang murid (L) atau dua orang murid (P) sahaja
dibenarkan keluar setiap kali pengunaannya.
4.4.8 Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan perlu
memastikan BKK sentiasa berada di kelas sepanjang waktu Pdpc
dan dibawa ke makmal/bengkel/aktiviti PJ apabila Pdpc
dilaksanakan selain di kelas.
4.4.9 Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dikehendaki
memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap di dalam
BKK.
4.4.10 Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan Pengawas
Sekolah bertanggungjawab untuk menjaga disiplin kelas,
mencari guru ganti (jika tiada) di bilik guru, memberi
kedatangan harian kepada guru tingkatan pada waktu pertama
dan memastikan semua murid beratur dan bergerak dalam
barisan lurus ke bilik-bilik khas.
4.4.11 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, semasa waktu
Pendidikan Jasmani, rehat dan semasa seluruh kelas berada di
tempat lain.
4.4.12 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.
4.5 Waktu Balik
4.5.1 AJK Kebersihan Kelas akan memastikan kelas mula dibersihkan
4.5.2 5 minit sebelum waktu terakhir tamat.
Murid akan bersurai dan turun tangga yang ditetapkan. Patuhi
4.5.3 arahan Pengawas Sekolah yang bertugas di tangga dan laluan
koridor.
4.5.4 Murid hendaklah terus balik ke rumah dan dilarang merayau-
4.5.5 rayau atau melakukan sesuatu yang melanggar peraturan sekolah
4.5.6 (semasa memakai pakaian seragam sekolah).
Murid yang berbasikal mesti mengheret basikal apabila tiba di
pintu pagar utama.
Murid dilarang meletak sebarang kenderaan di dalam kawasan
sekolah kecuali basikal.
Motosikal murid hendaklah diletakkan di kawasan yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Dilarang sama sekali meletakkan
motosikal di kawasan perumahan, masjid dan kawasan komuniti.
4.6 Kebenaran Keluar Dari Kawasan Sekolah
9
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
4.6.1 Murid yang sampai ke sekolah tidak dibenarkan keluar dari
4.6.2 kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Pentadbir.
Murid hanya dibenarkan balik awal jika ibu bapa/penjaga datang
4.6.3 sendiri untuk menjemput mereka. Sebagai langkah keselamatan,
ibu bapa/penjaga wajib melengkapkan dan menandatangani
Buku Keluar Masuk dan Slip Masuk Pelawat.
Slip Masuk Pelawat perlu diserah kepada Pegawal
Keselamatan di Pos Keselamatan sebelum meninggalkan
Sekolah.
4.7 Ketidakhadiran Sekolah
4.7.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah membawa surat
dari ibu bapa/penjaga atau surat pengesahan doktor dan
4.7.2 diserahkan kepada guru tingkatan pada keesokan hari.
4.7.3 Murid yang tidak mematuhi perkara 4.7.1 akan dianggap
ponteng sekolah.
Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang ponteng
sekolah.
4.8 Waktu Kokurikulum
MASA PERJUMPAAN AKTIVITI KOKURIKULUM
HARI SESI PAGI SESI PETANG
SELASA 2.00 - 3.30 PTG 8.00 - 9.30 PG
(KELAB/PERSATUAN) (SUKAN/PERMAINAN)
3.50 - 5.20 PTG 9.50 - 11.20 PG
(SUKAN/PERMAINAN) (KELAB/PERSATUAN)
RABU 2.00 - 4.00 PTG (PBB) 8.00 - 10.00 PTG (PBB)
LATIHAN RUMAH SUKAN
HARI SESI PAGI SESI PETANG RUMAH SUKAN
SELASA 3.00 - 4.30 PTG 8.00 - 9.30 PG LEDANG, JERAI,
RABU 3.00 - 4.30 PTG KINABALU
8.00 - 9.30 PG TAHAN,
SANTUBONG
10
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5 TATATERTIB KEKEMASAN DIRI
5.1 Pakaian Seragam Sekolah
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983, Bil 8/1985, Bil 3/1992 dan
Bil 2/1996)
5.2 Pakaian Seragam Murid Lelaki
5.2.1 Baju
a) Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek.
b) Bilangan butang mestilah lengkap dan mesti dikancing
sehingga butang kedua dari atas.
c) Singlet atau T-shirt yang dipakai di dalam kemeja sekolah
hendaklah serba putih tanpa corak.
d) Bahagian bawah baju perlulah sentiasa dimasukkan ke dalam
seluar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah.
e) Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan
pada pakaian sekolah.
f) Murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu yang
lengkap bersongkok pada hari Jumaat.
g) Baju Melayu yang berleher cekak musang sahaja
dibenarkan.
h) Butang baju Melayu perlulah dikancing sekurang-kurangnya
dua biji.
i) Baju Melayu perlulah mempunyai satu poket yang terletak
disebelah kiri dada dan lengkap berlencana dan tanda nama.
j) Baju Melayu perlulah dimasukkan ke dalam sampin. Sampin
sekolah yang dipakai di luar baju Melayu mestilah tidak
melebihi paras lutut.
5.2.2 Seluar
a) Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman dark olive.
b) Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan.
c) Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki
lebar dan plit tidak melebihi empat (dua di kiri, dua di
kanan).
d) Bukaan kaki seluar ialah 18 inci.
e) Labuh seluar tidak menutup tumit kasut dan paling singkat
ialah tidak ke atas daripada buku lali. Kaki seluar mestilah
berjahit dan tidak boleh dilipatkan.
f) Poket seluar tidak boleh melebihi empat (dua di bahagian sisi
pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang).
g) Sebarang pelekat atau tampalan, hiasan pada seluar adalah
dilarang.
5.2.3 Tali Pinggang Seluar
a) Tali pinggang sekolah berwarna hijau kehitam-hitaman dark
olive.
b) Lebar tali pinggang dan kepalanya antara 1.5 cm hingga 3
cm, berwarna hitam tanpa fesyen.
c) Kepala tali pinggang tidak melebihi besar tali pinggang,
tidak berhias dan tidak membahayakan.
11
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5.2.4 Songkok
a) Songkok mestilah berwarna hitam.
b) Murid lelaki Islam adalah digalakkan memakai songkok
pada hari Jumaat.
c) Murid KAA digalakkan memakai songkok pada setiap hari.
5.3 Pakaian Seragam Murid Perempuan
5.3.1 Pinafore Tunic dan Blaus
a) Pinafore perlu berwarna biru turquoise dan labuhnya
hendaklah melepasi paras lutut.
b) Blaus mestilah berwarna putih dan berlengan pendek.
c) Butang blaus perlu dikancing sehingga butang kedua dari
atas.
d) Memakai tali leher pada hari Isnin.
5.3.2 Baju Kurung dan Kain Sarung
a) Baju kurung mestilah berwarna putih dan kain sarung
berwarna turquoise.
b) Potongan baju kurung hendaklah jenis Baju Kurung Johor.
Labuh baju mesti ke paras lutut.
c) Baju kurung yang berkain jarang, nipis, berjalur atau berkilat
tidak dibenarkan.
d) Baju kurung perlulah sentiasa dikancing kemas dengan
butang.
e) Lengan baju kurung tidak boleh dilipat kecuali di makmal
dan bengkel.
f) Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau
berwarna kulit (skin colour) yang labuh sampai ke pinggang
dan mesti dipakai sepanjang masa persekolahan.
g) Lengan baju kurung bercekak butang adalah dibenarkan.
h) Kain sarung perlulah dipakai kemas, bersusun di sebelah tepi
dan labuhnya tidak melebihi paras buku lali.
12
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5.3.3 Tudung/Mini Telekung
a) Tudung/Mini telekung dan anak tudung mestilah berwarna
putih.
b) Labuhnya mesti melebihi paras dada dan bahu dan sesuai
dengan ketinggian murid yang memakainya.
c) Tudung/Mini telekung yang bersulam atau berenda tidak
dibenarkan.
d) Jenis kain mestilah tidak jarang atau nipis. Material daripada
bawal adalah tidak dibenarkan.
e) Sebarang bentuk pin tudung tidak dibenarkan. Tudung
mestilah dijahit kemas dari bawah dagu hingga ke hujung
tudung.
f) Murid KAA digalakkan bertudung labuh.
5.4 Lencana Sekolah dan Tanda Sesi
5.4.1 Lencana mesti dilekatkan di sebelah kiri baju kurung/pinafore
5.4.2 untuk murid perempuan.
5.4.3 Murid perempuan yang memakai tudung/mini telekung, lencana
5.4.4 mesti dilekatkan di sebelah kiri tudung/mini telekung.
5.4.5 Murid lelaki mesti melekatkan lencana sekolah lebih kurang 2
5.4.5 cm di atas poket baju.
5.4.6 Lencana wajib dipakai semasa memakai pakaian seragam
sekolah walau di mana jua berada.
Lencana yang telah pudar warna, tertanggal atau hilang
hendaklah diganti dengan yang baharu.
Tanda sesi hendaklah dipakai oleh murid sesi pagi sahaja.
Tanda sesi mestilah dilekatkan di kolar kiri bagi murid lelaki
atau atas lencana bagi murid perempuan.
5.5 Tanda nama
5.5.1 Tanda nama wajib dipakai pada setiap masa di sekolah.
5.5.2 Tanda nama mesti dijahit di sebelah kiri kemeja (poket),
pinafore, baju kurung dan tudung sekolah. (≈ 2cm di bawah
5.5.3 lencana sekolah).
5.5.4 Nama timangan atau nama singkatan tidak dibenarkan.
5.5.5 Nama mestilah mengikut ejaan nama dalam kad pengenalan.
5.5.6 Dilarang keras memakai tanda nama murid lain.
5.5.7 Tanda nama yang rosak perlu diganti segera.
Warna tag nama ditentukan oleh pihak sekolah mengikut
kohort tingkatan.
13
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5.6 Tali Leher
5.6.1 Tali leher wajib dipakai pada setiap hari Isnin kecuali murid-
murid perempuan yang memakai baju kurung.
5.6.2 Tali leher mesti dipakai sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah
sehingga tamat sesi persekolahan.
5.6.3 Tali leher mesti diikat kemas dan panjangnya hingga ke paras
pusat.
5.6.4 Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang contengan
atau melekatkan sebarang bentuk perhiasan pada tali leher.
5.7 Kasut
5.7.1 Murid wajib memakai kasut kanvas berwarna hitam atau putih
sahaja; dan dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan
5.7.2 polyester serta bertapak getah (Surat Pekeliling Ikhtisas
5.7.3 Bil.10/2018). Tali kasut mesti hitam bagi kasut hitam, dan putih
bagi kasut putih.
Kasut tidak boleh dihias atau diwarnakan.
Murid yang memakai selipar mesti membuat laporan di Bilik
Disiplin dan mesti mempunyai sebab yang munasabah.
5.8 Stoking
5.8.1 Murid mesti memakai stoking berwarna hitam bagi kasut hitam
5.8.2 dan stoking putih bagi kasut berwarna putih. Tidak dibenarkan
memakai stoking putih bagi kasut hitam dan sebaliknya.
Panjang stoking tidak kurang daripada 10cm menutup buku lali
dan tidak melebihi 25cm.
5.9 Rambut (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976)
5.9.1 Rambut murid lelaki mesti pendek, kemas dan tidak mencecah
kolar baju.
5.9.2 Rambut murid lelaki tidak boleh diwarnakan dan dikerinting.
5.9.3 Tidak dibenarkan membotakkan rambut atau menyimpan gaya
rambut jenis skin cut atau skin head.
5.9.4 Rambut murid lelaki dibahagian hadapan tidak boleh menutup
bulu kening.
5.9.5 Potongan rambut mengikut fesyen (seperti punk, berekor, dan
qoza’) tidak dibenarkan.
5.9.6 Membuat line (cukur) di kepala dan kening adalah tidak
dibenarkan.
5.9.6 Penggunaan krim rambut/gel yang dapat mengubah fesyen
rambut adalah tidak dibenarkan.
5.9.7 Murid lelaki tidak boleh bermisai, berjanggut atau berjambang.
5.9.8 Murid perempuan yang berambut panjang perlulah mengikatnya
sebagai tocang (plait) atau ‘pony tail’ dengan menggunakan
reben/getah pengikat rambut/klip berwarna hitam sahaja.
5.9.9 Rambut panjang murid perempuan di bahagian hadapan tidak
boleh menutup kening.
5.9.10 Potongan rambut murid perempuan tidak boleh mengikut fesyen
semasa.
14
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5.9.11 Murid perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut
walaupun menggunakan inai.
5.9.12 Murid perempuan tidak dibenarkan mencukur atau mencabut
bulu kening.
5.9.13 Murid yang perlu mencukur botak kepala atas urusan
keagaamaan perlu mendapat kebenaran daripada pengetua
terlebih dahulu.
5.10 Kuku
5.10.1 Kuku murid hendaklah pendek dan bersih.
5.10.2 Murid tidak dibenarkan mewarnakan kuku atau berinai.
5.10.3 Murid dilarang mengilatkan kuku.
5.11 Persolekan dan Pemakaian Barang Kemas
5.11.1 Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa alat solek.
5.11.2 Murid tidak dibenarkan mencabut, mencukur atau tatu bulu
kening.
5.11.3 Murid tidak dibenarkan membawa atau memakai barang kemas
dan perhiasan ke sekolah.
5.11.4 Subang hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja.
(Ukuran tidak melebihi diameter 0.5cm, berwarna hitam. Batu
5.11.5 permata dan lain hiasan tidak dibenarkan)
Hanya satu subang sahaja dibenarkan pada setiap telinga dan
5.11.6 perlulah dipakai di bahagian bawah cuping telinga.
5.11.7 Subang berfesyen adalah tidak dibenarkan.
5.11.8 Pemakaian subang dihidung adalah dilarang.
Pemakaian barang kemas keagamaan perlu mendapat
kebenaran daripada pihak pentadbir atau pengetua sekolah.
5.12 Pakaian Pendidikan Jasmani/ Sukan.
5.12.1 Seluar panjang jenis track-bottom berwarna hitam/biru
tua/ seluar yang dijual di kedai koperasi sekolah atau material
yang sama dengan satu jalur kecil atau tanpa jalur.
5.12.2 T-shirt PJ berwarna putih ungu berlengan pendek (murid lelaki)
atau berlengan panjang (murid perempuan).
5.12.3 Murid perempu an tidak dibenarkan sama sekali memakai T-
shirt berlenga44n pendek.
5.12.4 T-shirt rumah sukan dipakai semasa aktiviti rumah sukan sahaja
di luar waktu Pdpc.
5.12.5 Hanya kasut sekolah dibenarkan sewaktu aktiviti PJ. Kasut
sukan tidak dibenarkan.
5.12.6 Hanya tudung putih sekolah dibenarkan semasa waktu PJ, koko
dan perjumpaan rumah sukan.
5.12.7 Tudung hitam dibenarkan untuk murid/wakil sekolah yang
menghadiri latihan berpusat.
5.12.8 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu
ketat, singkat dan mendedahkan bahagian badan tertentu adalah
dilarang keras.
15
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
5.12.9 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa
PJ/sukan/aktiviti kokurikulum adalah tidak dibenarkan.
5.12.10Murid dilarang menjalani aktiviti PJ/sukan sekiranya tidak
berpakaian lengkap PJ/sukan.
5.12.11Murid dilarang memakai pakaian PJ/sukan semasa minggu ujian
/peperiksaan.
5.13 Pakaian Pasukan Beruniform
5.13.1 Murid yang menyertai kegiatan unit beruniform di sekolah
seperti pasukan Kor Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Bomba
dan Penyelamat, Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit
Merah dan sebagainya perlulah memakai pakaian lengkap unit
beruniform berkenaan.
5.13.2 Murid digalakkan memakai pakaian unit beruniform lengkap/ T-
shirt badan beruniform bersama seluar uniform (half-U) pada
setiap hari Rabu sepanjang tahun.
5.13.3 Tudung murid mestilah tudung warna unit-uniform masing-
masing.
5.14 Pakaian Seragam Khas
5.14.1 Pakaian yang melambangkan identiti khas seseorang murid
seperti Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
perlulah dipakaian kemas dan lengkap, dan mendapat kelulusan
Pengarah Pendidikan Negeri.
5.14.2 Murid perlulah mematuhi peraturan sekolah dalam pemakaian
pakaian seragam khas ini.
6 TATATERTIB PENGGUNAAN PAPAN KENYATAAN SEKOLAH
6.1 Semua artikel, kenyataan dan poster yang ditampal mesti mendapat
kebenaran guru-guru yang bertanggungjawab.
6.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengubah, menconteng, memadam atau
menanggalkan sebarang kenyataan kecuali dengan arahan guru-guru
yang berkenaan.
7 TATATERTIB PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
KELAS
7.1 Semua tingkatan dikehendaki menubuhkan AJK Kebersihan dan
Keceriaan Kelas.
7.2 Jadual Tugas mesti disediakan dan ditampal pada papan kenyataan
kelas.
7.3 Semua murid mesti bertanggungjawab membersihkan kelas mengikut
Jadual Tugas. Guru mata pelajaran waktu terakhir setiap hari mesti
menghentikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 5 minit sebelum
loceng bunyi tamat waktu persekolahan, supaya murid bertugas boleh
membersihkan kelas.
16
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
7.4 Buku tulis dan buku teks murid tidak dibenarkan disimpan di dalam laci
meja.
7.5 Laci murid mesti dikosongkan pada setiap hari.
7.6 Semua perabot di dalam kelas mempunyai nombor inventori. Kerusi dan
meja tidak boleh dialihkan ke kelas lain. Sebarang kerosakan perabot
dan kelengkapan kelas perlu dilaporkan kepada guru tingkatan dan
Pegawai Aset Sekolah.
7.7 Papan kenyataan kelas mesti dipaparkan dengan maklumat dan bahan
bacaan bermanfaat. Maklumat tentang kelas mestilah dilekatkan (Jadual
Tugas, Jadual Waktu Kelas, senarai AJK Kelas, Pelan Kedudukan
Murid, Pelan Laluan Kecemasan dan sebagainya).
8 TATATERTIB SEMASA REHAT
8.1 Murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman di
kantin/koperasi ketika waktu rehat, waktu sebelum sesi persekolahan
bermula dan waktu selepas tamat persekolahan.
8.2 Murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar kawasan selain
tempat yang disediakan di kantin/kiosk koperasi pada bila-bila masa.
8.3 Murid-murid mesti beratur ketika membeli makanan dan minuman.
8.4 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan jualan
gerai/kiosk dan dapur kantin. Kawasan rehat guru-guru juga merupakan
tempat larangan murid-murid pada bila-bila masa.
8.5 Semua pinggan mangkuk, gelas, sudu dan garpu mesti diletakkan
ke dalam bekas khas yang disediakan selepas makan dan minum.
8.6 Plastik, kertas tisu, pembalut makanan, kotak minuman dan sisa-sisa
makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
8.7 Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua murid.
8.8 Murid-murid dilarang merosakkan atau memusnahkan perabot atau
peralatan kantin.
8.9 Meja dan bangku kantin tidak boleh dibawa keluar tanpa keizinan
pengetua dan pentadbir sekolah.
8.10 Semua jenis gula-gula, makanan ringan yang tidak berkhasiat dan
makanan tidak halal dilarang dibawa atau dimakan di dalam kawasan
sekolah.
8.11 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman
daripada penjaja di luar kawasan sekolah pada bila-bila masa.
8.12 Semua murid mesti mematuhi arahan pengawas-pengawas yang
bertugas di kantin sekolah.
8.13 Murid-murid mesti berhenti membeli, makan dan beredar secepat
mungkin sebaik sahaja loceng tamat rehat dibunyikan.
8.14 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah sewaktu rehat.
9 TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS
9.1 Murid-murid dilarang membuat bising, makan, bermain dan melakukan
sebarang salah laku di dalam tandas.
17
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
9.2 Murid-murid hanya dibenarkan ke tandas (tanpa Pas Keluar) sebelum
waktu persekolahan bermula, pada waktu rehat dan selepas tamat sesi
persekolahan.
9.3 Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tidak
dibenarkan ke tandas kecuali dalam keadaan terdesak.
9.4 Murid-murid mesti mendapat Pas Keluar guru untuk ke tandas (dalam
keadaan terdesak). Pas Keluar Guru hanya membenarkan seorang murid
keluar setiap kali digunakan (kecuali bagi murid perempuan, dua orang
dibenarkan).
9.5 Murid-murid dilarang berlengah-lengah semasa menggunakan
kemudahan tandas.
9.6 Semua murid mesti menjaga kebersihan tandas. Murid-murid tidak
dibenarkan menulis, menconteng dan mengotorkan tandas.
9.7 Lampu tandas haruslah dipadam selepas menggunakan tandas, paip air
hendak ditutup dengan ketat. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan
dengan segera kepada pengawas bertugas atau guru bertugas mingguan.
9.8 Semua murid dilarang membuang sebarang bentuk sampah ke dalam
tandas. Semua jenis sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
10. TATATERTIB KESELAMATAN
10.1 Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah selain kelas
sepanjang waktu Pdpc kecuali terdapat aktiviti tertentu di bawah
pengawasan guru.
10.2 Semua aktiviti waktu petang mesti tamat 6.00 petang dan murid-murid
mesti beredar dari kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 6.30 petang.
10.3 Semua kenderaan yang menghantar murid-murid tidak dibenarkan
masuk ke kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pengetua.
10.4 Basikal murid-murid pada waktu pagi dan petang (untuk menghadiri
aktiviti kokurikulum) mesti diletak dengan teratur dan berkunci di
palang basikal yang ada di Kawasan Parkir Basikal. Pemilik basikal
yang tidak mengunci basikal akan didenda dan risiko adalah
tanggungjawab murid sendiri.
10.5 Semua murid tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan lain kecuali
dengan kebenaran pentadbir sekolah.
10.6 Semua jenis kenderaan yang menghantar dan membawa murid-murid
tidak dibenarkan menghalang laluan keluar masuk pintu pagar sekolah.
10.7 Murid-murid tidak dibenarkan berhubung dan bercakap-cakap dengan
orang luar yang berada di luar sekolah. Kehadiran orang luar yang
disyaki di dalam dan di luar kawasan sekolah perlu dilaporkan kepada
pentadbir sekolah dengan segera.
10.8 Semua murid dilarang membawa orang luar termasuk bekas murid
dalam kawasan sekolah dan menggunakan kemudahan-kemudahan
sekolah.
10.9 Pelawat mesti mengisi Buku Log Masuk di Pos Keselamatan
untuk memperoleh Pas Pelawat. Segala urusan mesti dibuat di
Pejabat Sekolah sahaja. Kenderaan pelawat mesti diletak di luar
kawasan sekolah. Tempat letak kereta di dalam kawasan sekolah adalah
khas untuk Pengetua, semua Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan
sokongan sekolah sahaja.
18
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
10.10 Semua murid mesti melapor sebarang kemalangan yang berlaku di luar
dan di dalam kawasan sekolah dan perkara-perkara yang menimbulkan
syak wasangka dengan segera kepada pengawas, guru bertugas atau
guru displin. Ibu bapa tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak/
guru-guru tanpa kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah.
10.11 Adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat
lapang semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir.
10.12 Adalah tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan semasa hujan dan
ribut petir sama ada di padang atau kolam renang.
10.13 Berhentikan aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak
hujan.
11. TATATERTIB PENJAGAAN HAK MILIK DAN HARTA BENDA
SEKOLAH
11.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa wang yang banyak ke sekolah.
Jika perlu untuk membuat apa-apa pembayaran, buatlah pembayaran
kepada guru tingkatan/guru berkenaan dengan segera.
11.2 Semua murid tidak dibenarkan memegang kutipan wang (yuran kelas,
yuran kelab dan sebarang bentuk kutipan). Segala kutipan yang dibuat
oleh murid perlu diserahkan kepada guru berkenaan.
11.3 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas segala kehilangan yang
berlaku disebabkan kecuaian murid.
11.4 Semua murid mesti menjaga dan menggunakan kemudahan sekolah
dengan cermat.
11.5 Murid-murid yang terbabit dalam kesalahan merosak, menyalahgunakan
dan sebarang bentuk vandalisme ke atas harta benda sekolah akan
dikenakan denda yang setimpal termasuk membayar ganti rugi kepada
Unit Penyelarasan Bangunan dan Pengurusan Aset.
12. ARAHAN KEBAKARAN
12.1 Apabila ternampak kebakaran, segera maklumkan kepada guru terdekat.
12.2 ISYARAT:
12.2.1 Apabila kebakaran berlaku, loceng akan dibunyikan panjang
berterusan, sebanyak tiga kali.
12.3 TINDAKAN GURU MATA PELAJARAN:
12.3.1 Guru-guru yang sedang mengajar, hendaklah menghentikan
pengajaran mereka.
12.3.2 Mengarahkan murid berdiri serta merta.
12.3.3 Mengarahkan murid yang berhampiran menutup tingkap dan
suis-suis (lampu, kipas, mesin, dapur dan peralatan lain).
12.3.4 Selepas itu, mengarahkan murid supaya keluar dari kelas atau
bilik-bilik tertentu dengan kadar segera dan teratur, tanpa
membawa beg atau buku-buku mereka (hanya beg duit atau
dokumen penting sahaja yang dibenarkan dibawa keluar). Guru
akan menutup bilik tersebut apabila beliau keluar.
12.3.5 Semua tindakan tersebut mestilah dilakukan dalam masa 30 saat,
demi keselamatan semua.
19
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
12.3.6 Selepas beratur di luar kelas, guru-guru mengarahkan murid
bergerak dengan pantas, mengikut arah yang ditetapkan dalam
Pelan Tindakan Kebakaran ke padang sekolah.
12.3.7 Mengingatkan murid supaya tidak berlari, berebut-rebut dan
membuat bising semasa bergerak.
12.3.8 Guru-guru pula mestilah mengikut murid dari belakang, selepas
menentukan tiada seorang murid pun tertinggal.
12.3.9 Semua tindakan tersebut dijalankan dalam masa 3 minit
sehingga keluar daripada kawasan kebakaran ke tempat
berkumpul.
12.3.10Guru mata pelajaran perlu membawa Buku Kawalan Kelas
(BKK) ke tempat berkumpul dan perlu memastikan keberadaan
murid sama seperti yang tercatat dalam buku BKK.
12.4 TINDAKAN MURID:
12.4.1 Berdiri dan bergerak dengan pantas, seperti mana arahan guru
mata pelajaran tanpa menunggu-nunggu kawan.
12.4.2 Apabila tiba di padang sekolah seperti ditetapkan dalam Pelan
Tindakan Kebakaran, pelajar beratur mengikut kelas masing-
masing.
12.4.3 Jika tiada guru di dalam kelas, ketua kelas mestilah memberi
arahan.
12.4.4 Jika tidak berada di dalam kelas, pelajar mestilah pergi ke tempat
berkumpul dan cari kelasnya dengan segera.
12.4.5 Murid-murid lain perlu membantu seperti memapah atau
seumpanya jika terdapat murid kurang upaya atau tidak sihat.
13. PELANGGARAN DISIPLIN DAN SENARAI SALAH LAKU
YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN
(Rujuk Peraturan Disiplin Kementerian Pelajaran)
13.1 TINGKAHLAKU BERAT DAN JENAYAH
[DEMERIT 15; TINDAKAN- GANTUNG/BUANG SEKOLAH]
13.1.1 Berjudi.
13.1.2 Mencuri.
13.1.3 Memecah masuk kawasan larangan sekolah/ menceroboh
pejabat/ bilik khas/ kedai buku/ kantin/ makmal/ bengkel.
13.1.4 Melawan/mengancam/mengugut/memukul/mencederakan
guru dan pengawas serta murid lain.
13.1.5 Memeras ugut dan membuli.
13.1.6 Menganggotai kumpulan haram dan kongsi gelap.
13.1.7 Menyalahgunakan dan mengedar dadah.
13.1.8 Membawa senjata berbahaya dan bahan letupan.
13.1.9 Menunjuk perasaan/ berpiket atau mengganggu ketenteraman
sekolah.
13.1.10 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah.
13.1.11 Membakar sekolah.
13.1.12 Mencabul kehormatan.
13.1.13 Menyimpan, memiliki dan menghisap rokok/vape.
13.1.14 Menyimpan, memiliki dan menggunakan pemetik api/ mancis.
20
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
13.1.15 Menyimpan, memiliki, mengedar dan menggunakan minuman
keras/minuman yang memabukkan.
13.1.16 Memiliki bahan letupan (mercun dan sebagainya).
13.1.17 Menipu/menghasut/menjadi batu api.
13.1.18 Menimbulkan isu sensitif/perkauman.
13.1.19 Bergaduh/bertumbuk.
13.2 TINGKAHLAKU KEKEMASAN DIRI
[DEMERIT 2-5; TINDAKAN, AMARAN, DENDA, GANTUNG
SEHINGGA DIBETULKAN]
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/ 1996, Bil 8/ 1985 dan Bil 3/ 1992)
13.2.1 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
13.2.1.1 Tidak memakai lencana/lencana tidak dilekatkan
pada baju.
13.2.1.2 Tidak memakai stoking atau memakai stoking
selain warna putih/hitam.
13.2.1.3 Memakai kasut sekolah yang berbelang dan
berwarna. Selain hitam dan putih.
13.2.1.4 Tidak memakai tanda nama.
13.2.1.5 Tidak memakai tali leher.
13.2.1.6 Tidak memakai tanda sesi.
13.2.1.7 Memakai pakaian (baju/seluar/kain/tudung) tidak
mengikut peraturan/ukuran/potongan/fesyen yang
dibenarkan.
13.2.1.8 Baju kemeja/baju-T tidak dimasukkan ke dalam
seluar (tug-in) bagi murid lelaki.
13.2.1.9 Memakai tali pinggang yang berkepala besar,
berukiran dan berwarna-warni/bukan tali pinggang
sekolah.
13.2.1.10 Memakai pakaian lain (berwarna dan bercorak)
dalam pakaian seragam sekolah.
13.2.1.11 Tidak memakai baju PJK sekolah semasa waktu
Pendidikan Jasmani.
13.2.1.12 Memakai pakaian selain daripada pakaian sekolah/
pakaian kokurikulum semasa menghadiri aktiviti di
dalam kawasan sekolah.
13.2.2 Memakai barang perhiasan ke sekolah.
13.2.3 Membawa barangan yang tidak dibenarkan ke sekolah seperti
alat solek, pengilat/pewarna kuku dan lain-lain.
13.2.4 Memakai selipar/sandal (kecuali dengan kebenaran)
13.2.5 Berambut panjang untuk lelaki/ fesyen rambut yang menyalahi
peraturan sekolah.
13.2.6 Mewarnakan rambut.
13.2.7 Bermisai, berjanggut dan berjambang.
13.2.8 Kuku panjang/diwarnakan/diinai.
13.2.9 Mencabut/Mencukur bulu kening.
13.2.10 Bersolek.
13.2.11 Memakai ‘ear-stud ‘/ menindik untuk semua murid lelaki.
13.2.12 Memakai subang lebih daripada satu/jenis yang dilarang untuk
murid perempuan.
21
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
13.2.13 Memakai subang hidung.
13.2.14 Memakai topi/cap/kopiah/songkok (selain songkok hitam).
13.2.15 Memakai tatoo di anggota badan.
13.3 PONTENG
13.3.1 Ponteng kelas, sekolah dan perhimpunan.
13.3.2 Ponteng aktiviti kokurikulum.
13.3.3 Ponteng ujian/peperiksaan.
13.3.4 Ponteng kelas tambahan.
13.4 TINGKAH LAKU LUCAH
[DEMERIT 10-15; DENDA, PANGGIL IBU BAPA, GANTUNG,
BUANG SEKOLAH]
13.4.1 Bercumbu-cumbu/berkhalwat/berasmara/berdua-duaan hingga
13.4.2 menimbulkan syak.
13.4.3 Memiliki/menunjuk/menonton/membawa bahan lucah ke
13.4.4 sekolah.
13.4.5 Mengganggu/mencabul kehormatan (menyentuh, meraba,
13.4.6 memegang, mencubit dll)
Menggunakan kata-kata/isyarat lucah dan mengamalkan
perbuatan lucah.
Melukis gambar dan menulis kata-kata lucah.
Mengintai/menghendap murid lain.
13.5 TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA/
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
[DEMERIT 3-5; AMARAN, DENDA, PANGGIL IBU BAPA]
13.5.1 Berkeliaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah.
13.5.2 Datang lewat ke sekolah/perhimpunan.
13.5.3 Makan/berada di kantin/kiosk koperasi di luar waktu rehat.
13.5.4 Lewat ke kelas/bengkel/PJ.
13.5.5 Bermain-main di dalam kelas atau kaki lima.
13.5.6 Keluar kelas tanpa pas dan kebenaran.
13.5.7 Masuk ke kawasan sekolah selepas waktu sekolah tanpa urusan
dan kebenaran.
13.5.8 Bercakap dalam perhimpunan.
13.5.9 Duduk berjongket/meletakkan kaki di atas kerusi/meja.
13.5.10 Makan dalam kelas.
13.5.11 Tidur semasa guru sedang mengajar.
13.5.12 Tidak meletak pinggan/piring/gelas/sudu/garpu ke dalam besen
selepas makan/minum di kantin.
13.5.13 Tidak memulangkan barangan/harta sekolah yang dipinjam
pada masa/hari yang sepatutnya.
13.5.14 Tidak membawa buku/bahan pembelajaran.
13.5.15 Meninggalkan buku di dalam kelas/bawah meja.
13.5.16 Tidak menghantar kerja rumah/tugasan guru.
22
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
13.5.17 Membuang sampah merata-rata.
13.5.18 Tidak menjalankan tugas harian kelas.
13.5.19 Tidak ikut menyanyi/menghormati lagu-lagu rasmi sekolah.
13.5.20 Mengotorkan kerusi/meja/lantai kantin/kiosk koperasi.
13.5.21 Tidak meletakkan basikal dan motosikal di kawasan
sepatutnya.
13.5.22 Menunggang basikal/motosikal dalam kawasan sekolah.
13.6 TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAP
[DEMERIT BERGANTUNG KEPADA KESALAHAN 5-10;
TINDAKAN-AMARAN, DENDA, PANGGIL IBU BAPA,
GANTUNG]
13.6.1 Berkelakuan kasar terhadap guru/ pengawas/ murid lain.
13.6.2 Berbahasa kesat/kasar.
13.6.3 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
13.6.4 Tidak menghormati dan ingkar arahan guru.
13.6.5 Biadap/melawan guru.
13.6.6 Tidak menghormati pengawas.
13.6.7 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah.
13.6.8 Melanggar peraturan trafik.
13.6.9 Meludah.
13.6.10 Menjatuhkan/membaling apa-apa objek dari tingkat atas blok
bangunan ke bawah.
13.6.11 Bermain dalam surau/mengganggu murid lain sedang solat.
13.6.12 Bergurau berlebihan antara lelaki dan perempuan.
13.7 TINGKAHLAKU MUSNAH/VANDALISME
[DEMERIT 10; TINDAKAN-AMARAN, DENDA, PANGGIL IBU
BAPA]
13.7.1 Merosakkan harta benda sekolah/kantin/milik persendirian
pengetua/guru/murid lain.
13.7.2 Membazirkan elektrik dan air.
13.7.3 Menyalahgunakan peralatan elektrik.
13.7.4 Mengotorkan kawasan/bangunan sekolah/kelas.
13.7.5 Menconteng/mengoyakkan buku/beg murid lain.
13.7.6 Menconteng dinding bangunan/pintu tandas/kerusi/meja/mana-
mana bahagian sekolah.
13.8 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/MENIPU
[DEMERIT 5-10; TINDAKAN-AMARAN, DENDA, PANGGIL
IBU BAPA, GANTUNG]
13.8.1 Menipu yang melibatkan wang/kepercayaan.
13.8.2 Meniru semasa ujian/peperiksaan.
13.8.3 Memalsukan keterangan atau rekod rasmi.
23
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
13.8.4 Merosakkan/memadam/mengubah data/maklumat pada rekod
rasmi.
13.8.5 Meniru tandatangan ibu bapa/penjaga.
13.8.6 Menipu/bercakap bohong/memberi maklumat palsu.
13.8.7 Meminjam wang daripada murid-murid lain dengan niat untuk
menipu.
13.8.8 Keluar dari kawasan sekolah untuk mendapatkan rawatan/sakit
tetapi melencong ke tempat lain.
13.8.9 Tidak hadir ke sekolah tetapi datang ke sekolah tanpa memakai
uniform sekolah.
14. JENIS HUKUMAN DAN TINDAKAN
Tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan.
14.1 Memaklumkan/mewartakan peraturan dan tindakan yang akan
dikuatkuasakan.
14.2 Penguatkuasaan peraturan.
14.2.1 Menasihati/memberi amaran bertulis.
14.2.2 Memanggil ibu bapa/penjaga murid.
14.2.3 Membayar ganti rugi.
14.2.4 Menarik balik biasiswa yang diberi.
14.2.5 Khidmat kaunseling.
14.2.6 Menandatangani surat perjanjian.
14.2.7 Gantung persekolahan.
14.2.8 Buang sekolah.
15. BARANG-BARANG LARANGAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH
15.1 Barang-barang larangan yang tidak dipulangkan
- Pemadam cecair/liquid paper.
- Pen marker.
- CD, VCD, DVD, MP3/ MP4, kaset.
- Gold Dust, Silver Dust, tepung, telur dan sebarang bentuk dan
bahan yang dijadikan sebagai alat permainan.
- Gunting bermata tajam, pisau lipat/pemotong, pembaris besi,
senjata, pisau cukur.
- Gambar lucah, buku komik dan majalah hiburan.
- Minuman keras, dadah, pil khayal, rokok, mancis, vape dan
pemetik api.
- Cermin muka, minyak wangi, alat solek, pewarna/pengilat kuku.
- Pen /laser pointer.
- Barang-barang hiasan (bukan emas dan perak) seperti cincin,
rantai, gelang dan anting-anting.
- Permainan yang menggunakan kad.
15.2 Barang-barang larangan yang dipulangkan melalui PK HEM/ PK Petang
bersama amaran.
- Bola permainan.
24
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
- Sebarang bentuk permainan board games.
- Topi, kopiah dan sapu tangan besar.
- T-shirt selain daripada T-shirt sekolah.
- Stoking belang dan berwarna.
- Hair band dan klip rambut yang berwarna (selain warna hitam).
- Tali pinggang berkepala besar melebihi 3 cm.
- Stapler.
15.3 Barang-barang larangan yang dipulangkan melalui ibu bapa/penjaga
(barang larangan akan dipulangkan melalui ibu bapa selepas 7 hari
bekerja barang dirampas). Murid dikenakan amaran dan perlu
menandatangani akujanji.
- Radio, Walkman, Discman, Perakam Video, Kamera, dan telefon
bimbit.
- Alat-alat permainan elektronik.
- Barang-barang kemas.
- jam tangan elektronik (smart watch).
16. PERATURAN KEGIATAN KOKURIKULUM
16.1 Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum yang diawasi oleh guru-guru penasihat.
16.2 Setiap murid hendaklah melibatkan diri dalam tiga kumpulan iaitu
persatuan/kelab, sukan/permainan dan unit beruniform.
16.3 Semua mesyuarat/perjumpaan/aktiviti tidak dibenarkan dijalankan tanpa
guru penasihat masing-masing.
16.4 Semua murid perlu memakai baju-T berlogo sekolah dan seluar sukan
sekolah ketika menghadiri kegiatan kokurikulum sebelah petang/pagi.
16.5 Murid-murid yang mewakili sekolah untuk pertandingan di luar sekolah
mesti memakai pakaian seragam sekolah atau baju-T berlogo sekolah
dan seluar sukan sekolah.
16.6 Murid-murid yang mengikuti rombongan atau mewakili sekolah untuk
kegiatan-kegiatan di luar sekolah mesti mendapat kebenaran secara
bertulis daripada ibu bapa/penjaga terlebih dahulu.
16.7 Murid yang mewakili sekolah dalam mana-mana aktiviti luar sekolah
mesti bebas daripada sebarang tindakan disiplin.
17. PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS/BENGKEL/
MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK-BILIK KHAS
17.1 Kebenaran Guru
17.1.1 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal/
17.1.2 bengkel dan bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru.
17.1.3 Bahan kimia dan alat radas tidak boleh diubah dan dibawa
keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.
Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran dan
pengawasan guru.
25
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
17.2 Tatatertib Keselamatan.
17.2.1 Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal/bilik
khas.
17.2.2 Jangan membazirkan gas, air dan elektrik.
17.2.3 Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak
selamat untuk diminum.
17.2.4 Jangan makan dan minum di dalam makmal/bilik khas.
17.2.5 Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu,
jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia.
17.2.6 Jangan gunakan jari untuk mengambil bahan-bahan kimia.
Gunakan spatula untuk mengambil bahan-bahan kimia yang
berbentuk pepejal dan penitis untuk mengambil bahan kimia
berbentuk cecair atau larutan.
17.2.7 Jangan membazirkan bahan-bahan kimia. Ambil bahan kimia
dalam kuantiti yang ditetapkan oleh guru anda. Jangan
masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol
asalnya.
17.2.8 Baca label bahan-bahan sebelum digunakan.
17.2.9 Jangan gunakan kepingan kertas untuk menyalakan penunu
bunsen. Sebaliknya gunakan batang mancis atau pemetik api.
Setelah digunakan, kayu mancis mesti dipadam sebelum
dibuang ke dalam bakul sampah. Padamkan penunu Bunsen
setelah digunakan.
17.2.10 Semasa memanaskan bahan-bahan kimia dalam tabung uji,
jangan halakan tabung uji ke arah diri anda atau rakan-rakan
anda.
17.2.11 Gunakan peralatan komputer dengan cermat dan berhati-hati.
17.2.12 Pulangkan ‘mouse, netbook, headphones’ ke tempat asal
setelah digunakan.
17.3 Kecemasan
17.3.1 Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan
anda di atas lantai sementara menunggu guru anda
17.3.2 memadamkan api dengan menggunakan gebar.
17.3.3 Jika berlaku kebakaran di sekolah, anda mesti mematuhi semua
17.3.4 peraturan kebakaran sekolah anda.
17.3.5 Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air
yang banyak.
Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkan dengan
serta-merta dan basuh mulut dengan air yang banyak.
Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan serta-
merta.
17.4 Kebersihan
17.4.1 Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan.
17.4.2 Letak balik semua alat radas dan bahan kimia ke tempat asalnya
selepas menggunakannya.
26
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
17.4.3 Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sinki. Bahan-
17.4.4 bahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah.
17.4.5 Lapkan meja anda dengan kain buruk sekiranya meja anda
basah setelah menjalankan eksperimen.
17.4.6 Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen.
17.4.7 Semua kertas conteng, kertas tisu dan sampah hendaklah
dibuang ke dalam bakul sampah.
Pastikan makmal berada dalam keadaan yang bersih dan kemas
sebelum anda meninggalkan makmal/bilik khas.
Jangan menconteng meja makmal/bilik khas.
18. PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
18.1 Pelajar dikehendaki beratur semasa masuk dan keluar dari Pusat Sumber
dan elakkan daripada berebut-rebut.
18.2 Pusat Sumber dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.
18.3 Murid dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut:
18.3.1 Membawa masuk beg, bungkusan makanan dan minuman ke
dalam Pusat Sumber.
18.3.2 Membuat bising, makan, minum dan tidur di dalam Pusat
Sumber.
18.4 Pinjaman dan pemulangan bahan/buku mesti dibuat mengikut peraturan
yang telah ditetapkan.
18.5 Semua pinjaman dan pemulangan bahan hendaklah direkodkan.
18.6 Tempahan untuk menggunakan Pusat Sumber boleh dibuat sehari
sebelum tarikh yang diperlukan.
18.7 Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sebelum meninggalkan Pusat
Sumber Sekolah.
18.8 Laporkan dengan segera jika terdapat sebarang kerosakan kepada
Penyelaras Pusat Sumber atau guru yang bertugas.
18.9 Utamakan kebersihan dan keselamatan di Pusat Sumber Sekolah.
18.10 Guru Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber berhak menegur dan
mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pengguna yang melanggar
peraturan.
27
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
LAMPIRAN
28
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
29
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
30
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
31
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
32
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
33
BUKU PERATURAN SEKOLAH
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 24 (2), SHAH ALAM
DISEDIAKAN OLEH;
-UNIT DISIPLIN, SMK SEKSYEN 24(2), 2021
-Nyaanabaskaran a/l ???? (Design)
-SHARIFAH ATTASHAH BINTI SYED AHMAD
- SHARIFAH ATTASHAH BINTI SYED AHMAD
34