The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 328-21-felicity, 2022-03-19 12:06:05

PROJEK DIGITAL BMMB1104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021

BAHASA MELAYU [SK]

KERJA KURSUS
BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

TAJUK
TUGASAN 1: PROJEK DIGITAL (INDIVIDU)

NAMA : FELICITY CYRELLYN BINTI CYRIL GERMANUS
ANGKA GILIRAN : 2021022310089
NO. KAD PENGENALAN : 030826130520
KUMPULAN : PPRBMM2-4
KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1104: KESUSASTERAAN DAN
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR KEBUDAYAAN MELAYU
: PUAN SELINA BINTI HJ. AHMAD
: 21 MAC 2022

1

ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Tajuk 3
1.0 PENGENALAN 4

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 5

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 6
3.1 ALAT PENDIDIKAN 8
3.2 MEDIA HIBURAN
3.3 KRITIKAN SOSIAL
3.4 DAKWAH

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT
MELAYU DALAM PANTUN

4.1 PEMIKIRAN
4.2 BUDI
4.3 PENGAJARAN

5.0 RUMUSAN

RUJUKAN

2

1.0 PENGENALAN
Sastera Melayu merupakan salah satu seni yang disampaikan dalam bahasa.
Kesusasteraan Melayu digunakan secara meluas dalam kehidupan masyarakat
dahulu. Sastera juga dikenali sebagai seni bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana
kesusasteraan Melayu menggunakan bahasa yang gramatis serta bentuk
penulisannya yang kreatif. Kaedah penyampaiannya juga unik dan berbeza dengan
karya-karya tulisan biasa.

Selain itu, sastera Melayu ini selalunya disampaikan secara spontan oleh
masyarakat. Misalnya, sebuah pantun nasihat atau sindirian dapat dilakukan secara
spontan apabila mereka ingin menyindir seseorang yang berperilakuan negatif. Maka,
pantun digunakan untuk menyindir secara halus.

2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), kesusasteraan ialah salah satu ciptaan seni
namun diungkapkan melalui bahasa. Dalam masyarakat Melayu, sastera itu
merupakan alat yang digunakan dalam kehidupan mereka. Maka, sastera ini
dilakukan oleh masyarakat Melayu secara tidak sengaja semasa melakukan sesuatu
perbuatan. Misalnya, apabila seorang dukun membaca mentera untuk membantu
pelanggannya dalam menyelesaikan masalah atau membantu dalam penyembuhan,
mantera itu dibaca dengan irama tertentu. Oleh itu, mantera itu dikategorikan sebagai
sastera kerana cara penyampaiannya yang unik. Contoh yang lain ialah apabila ibu
ingin menidurkan bayinya, dia akan menyanyikan dodoi kepada anaknya dengan
irama yang lembut dan merdu. Justeru, perbuatannya mendodoikan anak dengan
berirama juga dianggap sebagai seni.

Menurut Ismail Hussein (1998), kesusasteraan merangkumi semua aspek yang
menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Hal ini dikatakan demikian
kerana gaya bahasa yang digunakan dalam sastera merupakan gaya bahasa yang
klasik dan gramatis. Selain gaya bahasa, sastera turut disampaikan dengan cara yang
unik menjadikannya sebuah seni melalui kata-kata atau dari segi lisan. Menurut
Danziger et.al (1983), menyatakan bahawa sastera itu adalah segala-galanya iaitu
merangkumi kata-kata sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan.

Selain itu, perkataan sastera juga berasal dari perkataan Sanskrit, iaitu “sastra”
yang bermaksud ajaran, perintah, arahan dan petunjuk. Di samping itu, maksud
sastera dalam bahasa Sanskrit juga ialah huruf atau buku indah. Maka, sastera

3

merupakan bahasa yang digunakan dalam karya-karya termasuk karya suci seperti
kitab-kitab.

3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Kesusasteraan Melayu bukan semata-mata kata-kata indah atau buku suci, namun
sastera Melayu mempunyai banyak fungsinya.

Alat
pendidikan

Dakwah Fungsi Hiburan
Kesusasteraan

Melayu

Kritikan
sosial

Rajah 1.0: Fungsi kesusasteraan Melayu

3.1 ALAT PENDIDIKAN
Antara fungsi kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat pendidikan. Banyak unsur
pengajaran diterapkan dalam karya kesusasteraan Melayu. Penulisan
kesusasteraan Melayu ini dihasilkan oleh pengalaman-pengalaman penulis
tentang sikap masyarakat sekililing. Maka, unsur pengajaran dan moral diterapkan
dalam penulisan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tidak kira yang tua
atau muda untuk mengubah sikap menjadi lebih baik. Selain nilai moral, terdapat
juga ilmu pengetahuan diselitkan dalam penulisan tersebut dan secara tidak
langsung berlakunya pendidikan dalam kalangan masyarakat.

4

Dalam aspek pendidikan di sekolah, terdapat subjek Kesusasteraan Melayu
telah diperkenalkan sejak tahun 1957. Tujuan subjek ini ditubuhkan adalah untuk
memberi kesedaran kepada para pelajar untuk menjiwai nilai-nilai moral yang
terdapat dalam sesebuah karya. Pelajar juga akan didedahkan dengan teknik
penulisan sama ada ilmiah, rencana atau penulisan kreatif. Dengan ini negara
dapat melahirkan pelajar yang dapat menghasilkan karya sastera yang menarik
dan penuh dengan unsur-unsur pengajaran serta menerapkan amalan berfikir
secara kreatif dan kritis.

3.2 HIBURAN
Sastera Melayu dianggap sebagai bahan hiburan kerana gajet dan alat elekrtonik
belum wujud dan digunakan secara meluas pada masa itu. Media hiburan sangat
terhad pada zaman dahulu dan biasanya berasaskan persembahan seperti tarian
atau nyanyian. Maka, karya sastera Melayu merupakan satu-satunya media
hiburan yang ada untuk menghiburkan hati masyarakat.
Kesusasteraan Melayu ini dianggap sebagai media hiburan yang
menghiburkan masyarakat setelah seharian penat bekerja. Oleh itu, sastera
Melayu ini dianggap sebagai terapi minda masyarakat pada zaman dahulu untuk
melepaskan segala penat lelah bekerja. Sastera Melayu dianggap sebagai media
hiburan kerana terdapat unsur jenaka yang menghiburkan pembaca. Contohnya
cerita rakyat seperti kisah Pak Pandir yang mempamerkan gelagat lucunya yang
menghiburkan pembaca.

3.3 KRITIKAN SOSIAL
Sastera sentiasa berkait rapat dengan perasaan dan pengalaman sendiri penulis.
Maka, segala yang diungkapkan dalam bentuk tulisan atau lisan terebut
merupakan luahan isi hati penulis yang hendak disampaikan kepada sesetengah
individu. Hal ini kerana, masing-masing mempunyai pemikiran dan persepsi yang
berbeza-beza terhadap sesuatu perkara. Tujuan sastera ini adalah untuk memberi
kritikan terhadap kepincangan sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Namun kritikan tersebut dilakukan secara halus agar tidak terlalu menyinggung
perasaan indivdu tersebut.
Sastera sebagai kritikan sosial ini juga mempunyai peranan untuk memberi
individu kesedaran untuk mengubah sikap negatif mereka dan mengubahnya

5

menjadi positif.

3.4 DAKWAH
Karya sastera yang befungsi sebagai dakwah ini merupakan karya yang diciptakan
sebagai satu wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang kepada
Tuhan. Fungsinya berkait rapat dengan agama iaitu agar pembaca dapat
mengatur hubungan dengan Tuhan dan menjalani kehidupan dengan baik selaras
dengan ajaran agama.

4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), akal budi bermaksud akal yang
sihat iaitu mempunyai pemikiran yang wajar sejajar dengan perilaku.

4.1 PEMIKIRAN
Berdasarkan pantun yang diberikan, pemikiran yang dapat dikenal pasti ialah
pemikiran tentang adab seseorang individu sama ada adab dalam perbuatan terhadap
orang lain dan terhadap diri sendiri. Sikap manusia menunjukkan personaliti masing-
masing dan dapat membezakan sikap yang baik serta sikap yang negatif.

4.2 BUDI
Budi yang didapati dalam pantun ini ialah cara seseorang bertindak dalam sesuatu
situasi. Misalnya pada rangkap pertama, individu mengamalkan budi pekerti iaitu
dengan bersikap rendah diri dan tidak riak atas kejayaannya. Manakala rangkap
kedua pula menunjukkan personaliti sesebuah bangsa iaitu bangsa yang disanjungi
dan tinggi darjatnya sangat mementingkan budi pekerti dan sopan dalam bahasa yang
digunakannya.

4.3 PENGAJARAN
Cedok air dengan baldi,

Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,

Semakin berisi semakin tunduk.
Rangkap pertama pantun tersebut adalah mengenai sikap seseorang yang
mempunyai budi pekerti dan perilaku yang mulia. Misalnya, seseorang itu haruslah

6

bersikap rendah diri dan tidak riak serta sombong biarpun berpangkat tinggi.

Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,

Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Rangkap kedua memberi maksud bahawa pentingnya budi bahasa seseorang.
Hal ini dikatakan demikian kerana personaliti seseorang akan dianggap baik dan
menarik apabila individu tersebut berbudi bahasa dalam pertuturannya. Sesebuah
bangsa akan disegani dan dihormati sekiranya mementingkan budi bahasa dalam
pertuturan seharian tanpa mengeluarkan kata-kata yang kasar.

Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,

Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Rangkap ketiga pula berkaitan dengan sikap seseorang dalam menimba ilmu
tanpa berusaha bersungguh-sungguh. Hasilnya, ilmu yang diperolehi tidak dapat
dipraktikkan dalam kehidupan dan akhirnya membawa kerugian kepada diri sendiri.
Justeru, usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang cemerlang dan beroleh
kejayaan manakala sikap sambalawa tidak akan memberikan sebarang faedah
kepada diri sendiri malah membawa kerugian dari segi kehilangan ilmu yang
bermakna.

5.0 RUMUSAN
Natijahnya, sastera sangat unik dari segi penyampaian, fungsi dan cara penulisannya
yang bervariasi. Kesusasteraan Melayu bukan sekadar penulisan biasa namun
merupakan isi hati atau pengalaman yang dialami oleh penulis sendiri. Kesusasteraan
Melayu ini juga menunjukkan identiti sesebuah masyarakat yang kreatif dalam
menghasilkan karya yang luar biasa. Jelaslah bahawa kesusasteraan Melayu itu
adalah sebuah seni yang disampaikan melalui bahasa yang indah.

(1038 patah perkataan)

7

RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional.
Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu. 2, 99-117. https://bit.ly/3iidOEL
Danziger, M. K. & Johnson, W. S. (1983). An introduction to literary critism. D.C Health

& Company.
Ismail Hussein. (1986). Sastera dan agama. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar.
Siti Khariah Mohd Zubir. (2007). Peranan bahasa dan sastera. Jurnal Peradaban

Melayu.5. https://bit.ly/3JrFF1c

8


Click to View FlipBook Version