The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN MURID DAN IBU BAPA UNTUK MEMBUAT TUGASAN SET 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lalukilydia, 2021-06-23 09:00:51

PANDUAN MURID DAN IBU BAPA UNTUK MEMBUAT TUGASAN SET 3

PANDUAN MURID DAN IBU BAPA UNTUK MEMBUAT TUGASAN SET 3

PANDUAN
MURID DAN IBU

BAPA UNTUK
MEMBUAT
TUGASAN

BM TAHUN 4
(SET 3)
26 OKTOBER – 30 OKTOBER)

NAMA MURID:

DIPANTAU OLEH:
(DITANDATANGANI OLEH IBU BAPA/PENJAGA MURID)

_______________________________

BUKU DIGUNAKAN : BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 4

UNIT 18 : TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN ( MUKA SURAT 121-128)

1

TARIKH : 26 OKTOBER 2020
HARI : ISNIN
TAJUK : PESANAN SAMPAI DI RUMAH
KEMAHIRAN : MENULIS

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :

i. Membina dan menulis ayat serta perenggan berdasarkan gambar dalam
buku latihan dengan ayat yang gramatis dan tulisan yang kemas.

ARAHAN KEPADA MURID.

1. Sila buka halaman Buku Teks Tahun 4, Ms 123.
2. Murid perlu membaca setiap ayat dan rujuk contoh yang diberikan dalam halaman
tersebut pada bahagian contoh ayat dan contoh perenggan pada gambar 1.

3. Seterusnya, murid melihat pada gambar 2 dan menterjemahkan gambar tersebut
ke dalam bentuk frasa.

Contoh frasa yang boleh dibina pada gambar 2 ialah :



- Ibu suka menonton rancangan televisyen jualan langsung

barangan dapur.

- Ibu sempat membeli sebuah periuk dengan harga promosi.

- Ibu membeli periuk tersebut melalui panggilan telefon

- ibu menerima barangan yang telah dibeli dihadapan rumahnya.



Contoh ayat yang dibina dalam bentuk perenggan pada gambar 2

ialah:



Ibu suka menonton rancangan televisyen mengenai jualan barangan

dapur secara langsung. Minggu lepas, ibu sempat membeli sebuah

periuk dengan harga promosi melalui panggilan telefon. Pada hari ini,

ibu menerima barangan yang dibeli di hadapan rumahnya.


4. Sila bina ayat dan ayat dalam bentuk perenggan dalam buku PEMAHAMAN.

6. Setelah siap kesemua latihan yang diberikan pada hari ini, sila ambil gambar
tugasan dan PM kepada cikgu.

7. Terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang memantau dan membimbing
anak-anak di rumah.

8. Mohon kepada semua murid untuk melaksanakan tugasan hari ini dengan sebaik
mungkin.


2

TARIKH : 27- 28 OKTOBER 2020
HARI : SELASA & RABU
TAJUK : EH, BOLEH MAKANLAH!
KEMAHIRAN : MENULIS


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

i. Murid membina ayat susunan biasa dan susunan ayat
songsang.

ARAHAN KEPADA MURID.

1. Sila buka halaman Buku Teks Tahun 4, Ms 124.

2. Murid perlu membaca nota AYAT SUSUNAN BIASA dan AYAT
SONGSANG. Sila lihat susunan SUBJEK dan PREDIKAT untuk AYAT
SUSUNAN BIASA dan AYAT SONGSANG. Murid boleh baca Munsyi cilik
bagi memahami maksud Ayat Songsang.

(TUGASAN SELASA)

3. Soalan 1 Ayat Susunan biasa sudah diberi contoh. Murid perlu
menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang bagi ayat
nombor 2 hingga 6. Sekali lagi, sila lihat kedudukan subjek dan predikat.
Sila tulis dalam buku PEMAHAMAN dengan kemas.

(TUGASAN RABU)

4. Seterusnya, sila tukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa
dalam bentuk perenggan. Tulis dalam buku yang sama iaitu
PEMAHAMAN.

6. Setelah siap kesemua latihan yang diberikan pada hari ini, sila ambil
gambar tugasan dan PM kepada cikgu.

7. Terima kasih kepada ibu bapa yang memantau dan membimbing
anak-anak di rumah.

8. Mohon kepada semua murid untuk melaksanakan tugasan hari ini
dengan sebaik mungkin.

3

TARIKH : 29 – 30 OKTOBER 2020
HARI : KHAMIS - JUMAAT
TAJUK : PEMBAYARAN TANPA TUNAI


OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

i. Murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, kata
ganti nama serta penjodoh bilangan.

ii. Murid membina ayat menggunakan perkataan yang dicetak
berwarna.

ARAHAN KEPADA MURID.

1. Sila buka halaman Buku Teks Tahun 4, Ms 125.

TUGASAN KHAMIS:

- bina peta buih untuk senaraikan kata nama am yang terdapat
dalam teks. Contoh kata nama am ( ayah, ibu, kakak, kucing,
telefon bimbit dan sebagainya)


- bina peta buih untuk senaraikan kata nama khas yang terdapat
dalam teks. Contoh kata nama khas ( Ahmad, Si Putih, Samsung)



- bina peta buih untuk menyenaraikan kata ganti nama yang
terdapat dalam teks. Contoh kata ganti nama ( kita, saya, awak
dan sebagainya)



- bina peta bulatan untuk menyenaraikan penjodoh bilangan yang
terdapat dalam teks. Contoh penjodoh bilangan ( sebuah, sebiji,
selaras, seutas dan sebagainya).



- Tulis dalam buku PEMAHAMAN.



4

TARIKH : 29 – 30 OKTOBER 2020

HARI : KHAMIS - JUMAAT

TAJUK : PEMBAYARAN TANPA TUNAI



OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

iii. Murid mengenal pasti kata nama am, kata nama khas, kata ganti nama
serta penjodoh bilangan.

iv. Murid membina ayat menggunakan perkataan yang dicetak berwarna.

ARAHAN KEPADA MURID.

1. Sila buka halaman Buku Teks Tahun 4, Ms 125.

TUGASAN JUMAAT:

- Bina ayat yang gramatis menggunakan semua tulisan yang bercetak dalam
teks.

- Tulisan berwarna ialah :

i. Pasar Raya Impian
ii. Sekampit beras jenama Kejora
iii. Roti bakar
iv. Kita
v. Sesikat pisang
vi. Tongkol jagung


- Sila tulis dalam buku PEMAHAMAN dengan format seperti di

bawah:

- i. Pasar Raya Impian
Zara dan ibu suka membeli barangan keperluan rumah di Pasar
Raya Impian pada setiap hujung minggu.

6. Setelah siap kesemua latihan yang diberikan pada hari ini, sila ambil gambar
tugasan dan PM kepada cikgu.

7. Terima kasih kepada ibu bapa yang memantau dan membimbing anak-anak di
rumah.

8. Mohon kepada semua murid untuk melaksanakan tugasan hari ini dengan sebaik
mungkin.

5


Click to View FlipBook Version