SOALAN 1 : USAHA-USAHA KHALIFAH UMAR AL KHATTAB TELAH DIANGGAP
BERJAYA MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM MADINAH DALAM
SEMUA ASPEK. BINCANGKAN.
A. PENDAHULUAN
1. Nama sebenar beliau ialah Umar bin al Khattab bin Naufal daripada keturunan Bani
Adi. Dlahirkan pada 584 M dan meninggal dunia pada 644M. Beliau menjadi khalifah
setelah dicalonkan oleh khalifah Abu Bakar dengan persetujuan para sahabat
2. Selama 10 tahun menjadi khalifah , pelbagai usaha telah dilakukan sama ada dalam
bidang pentadbiran,ekonomi dan sosial sehingga pemerintahannya dianggap sebagai
zaman kegemilangan kerajaan dan umat Islam.
B. ISI
USAHA-USAHA KHALIFAH UMAR DALAM ASPEK PENTADBIRAN /
POLITIK
1.Pentadbiran wilayah – Wilayah islam dibahagikan kepada beberapa bahagian dan melantik
pegawai yang bertugas , iaitu gabenor, setiausaha dan ketua-ketua jabatan. Pegawai yang dilantik
diperiksa harta dan keperibadiannya untuk mengelakkan berlaku korupsi dan penyalahgunaan
kuasa. Setiap tahun , pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat laporan.
2.Pentadbiran Tanah – Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu :-
a) Tanah sawafi- tanah tidak bertuan yang ditadbir oleh pemegmg-pemegang amanah yang
dilantik daripada golongan ahl al-Ayyam, iaitu golongan peneroka. Tanah ini tidak bolehdijual
beli atau dimiliki sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat islam.
b) Tanah dhimmah- tanah bertuan yang ditadbir oleh pemiliknya.
3. Membentuk Majlis Syura – Majlis Syura ialah lembaga atau majlis perundangan Negara yang
ditubuhkan oleh Khalifah Umar al Khattab. Tanggungjawab Majlis Syura ialah menentukan polisi
Negara yang berkaitan dengan hubungan luar dan pemerintahan Negara.
Majlis Syura membincangkan masalah tentang politik, sosial dan keselamatan.
Majlis Syura terbahagi kepada dua bahagian iaitu majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura am.
Majlis Syura Tertinggi dianggotai oleh Uthman bin Affan, Abdul Rahman Auf, Ali Abi Talib .
4. Mengasaskan al Diwan
Al Diwan merupakan daftar atau buku catatan untuk mencatatkan nama-nama tentera dan keluarga
mereka serta jumlah sara hidup masing-masing. Bayaran sara hidup dibuat berdasarkan jasa
sesorang terhadap islam terutama semasa proses perluasan wilayah.
5. Mengasaskan Takwin Hijrah.
Beliau menjadikan tahun Hijrah Rasulullah s.a.w ke Yathrib (Madinah) sebagai tarikh permulaan
perkiraan calendar bagi umat islam. Pengenalan takwin Hijrah memudahkan catatan peristiwa-
peristiwa selepasnya. Takwin ini memudahkan umat islam mengingati sesuatu peristiwa dan
membuat catatan mengenainya.
USAHA-USAHA UMAR AL KHATTAB DALAM ASPEK EKONOMI
1Penubuhan Baitulmal – untuk menguruskan harta kerajaan. Buku kira-kira turut disediakan untuk
mengetahui jumlah kewangan Negara. Sumber kewangan Negara daripada pungutan zakat, jizyah,
kharaj, ghanimah. Usyur disimpan dalam Baitulmal.
2.Memajukan bidang pertanian - Membina terusan dan tali air bagi meningkatkan hasil pertanian
seperti Empangan Abu Musa dan Terusan Amir al Mukminim di Mesir. Beliau juga mengubah
system pungutan cukai yang dikenakan berdasarkan kesuburan tanah dan jenis tanaman.Peraturan
yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan.
USAHA-USAHA UMAR AL KHATTAB DALAM ASPEK SOSIAL
1.Memperkembangkan pelajaran al-Quran - Menyediakan guru-guru untuk mengajarkan al quran.
Guru-guru dihantar ke merata-rata tempat dengan ganjaran gaji lumayan. Di peringkat wilayah,
sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajarkan pelajaran al quran.
Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al qurqn akan diberi ganjaran. Umat islam juga
diwajibkan menghafaz surah-surah yang tertentu.
2.Memperbaharui taraf dan kedudukan golongan hamba- dalam hal-hal tertentu , taraf golongan
hamba akan disamakan dengan tuannya. Bagi menjaga kepentingan social, iaitu tarf da kedudukan
golongn hamba dalam masyarakat, satu perubahaan telah diadakan. Hamba tidak boleh ditindas
manakala hamba yang mempunyai keluarga dilarang daripada dipisah-pisahkan.
C . KESIMPULAN
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh khalifah Umar Al Khattab sepanjang pemerintahannya
selama 10 tahun. Kejayaan yang dicapai oleh Khalifah umar al Khattab ekoran kewujudan iklim
politik yang stabil., terutamanya musuh-musuh kerajaan islam seperti Rom dan Parsi telah
berjaya dilemahkan disamping sokongan rakyat termasuk dalam kalangan bukan islam
disebabkan keadilan dan prinsip terbuka dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
SOALAN 2 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN PENTADBIRAN PUSAT
DAN WILAYAH SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-
RASHIDIN PADA ABAD KE 7M.
A.PENDAHULUAN
- Pemerintahan Khulafa al-Rashidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah kewafatan Nabi
Muhammad SAW.
- Terdiri dari 4 orang khalifah iaitu Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan
dan Ali b Abi Talib
- Khulafa al-Rashidin meneruskan dasar pemerintahan dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW
B.ISI
Pentadbiran Pusat
- Madinah sebagai pusat pemerintahan. Mereka meneruskan pusat pentadbiran di Madinah
sepertimana yang dibuat oleh Rasullullah SAW.
- Tidak mempunyai istana dan bangunan pemerintahan atau pentadbiran yang khusus. Masjid
Nabawi sebagai pusat pentadbiran Negara, pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah. Sebarang
keputusan dan polisi yang ingin dibuat dilakukan di Masjid Nabawi secara Syura.
- Khalifah sebagai ketua badan eksekutif, legislative dan kehakiman. Walau bagaimanapun,
sebarang keputusan yang ingin dibuat tetap berdasarkan Al-Quran dan Sunnah kerana ia menjadi
sumber rujukan utama khalifah pada masa itu.
- Khalifah menjadi ketua Negara Islam dan dibantu oleh barisan cabinet yang terdiri daripada
pelbagai jawatan seperti menteri kanan, ahli syura, pegawai Baitulmal, kadi, panglima angkatan
tentera dan gabenor-gabenor yang dilantik mengetuai wilayah-wilayah Islam
- Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat khalifah).Ia menjadi tempat
rujukan utama Khalifah al-Rashidin dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran Islam
- Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab dan
dianggotai oleh sahabat-sahabat yang dipercayai seperti Uthman al-Affan, Ali b Abi Talib Zaid b
Sabit dan lain-lain
- Antara tugasan ahli majlis syura ialah pemilihan panglima tentera, gabenor, kadar cukai dan
lain-lain
- Ditubuhkan Baitul Mal (Perbendaharaan Negara) untuk menguruskan harta rakyat dan Negara.
Peranan Baitul Mal diperkasakan pada zaman Umar al-Khattab dan sumbernya daripada zakat,
Ghanimah, Al-Fai’, Jizyah, Kharaj dan ‘Usyur
Pentadbiran Wilayah
- Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, pemerintahan wilayah dibahagikan kepada 10
wilayah iaitu- Makkah, Taif, Yaman, Hadramaut dan lain-lain. Setiap wilayah diperintah oleh
amil sebagai wakil khalifah
- Pentadbiran wilayah telah diperkemaskan pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah, Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Mesir
dan Palestin.
- Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran
- Setiap wilayah diketui oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai lain seperti
setiausaha tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj), pegawai polis (Sahib al-Syurtah), pegawai
perbendaharaan (sahib Bait al-Mal) dan kadi.
- Setiap wilayah didirikan sebuah Baitul Mal untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan
Negara secara sistematik.
C. KESIMPULAN
- Sistem pemerintahan pusat dan wilayah di zaman Khulafa ar-Rashidin berkembang selari
dengan peredaran masa. Pemerintahannya menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber
rujukan utama.
- Kemuncak kegemilangan zaman ini adalah pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab
SOALAN 3: JELASKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
PADA ZAMAN KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD KE-16.
A. PENDAHULUAN
Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Sultan Uthman Ertughul yang menaiki tahta
pada tahun 1281M yang menggantikan bapanya Artoghrol dan berpusat di Istanbul
Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai 38 orang khalifah
Kerajaan ini berakhir pada 1924
B. ISI
Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem autokrasi, iaitu pemerintah mempunyai kuasa
mutlak. Sultan mempunyai kuasa tertingi dalam pentadbiran dan ketenteraan.
Pelantikan sultan dilakukan mengikut sistem feudal
Wazir Besar/Agung (Menteri Besar) ialah orang yang paling berkuasa selepas sultan dan
menjadi ketua pentadbiran dan penasihat sultan serta ketua seluruh wazir dan amir
Memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan
Kadi ialah ketua agama bagi setiap wilayah yang berkuasa melaksanakan hukum jenayah
dan sivil menurut syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah
Jawatan Syeikh al-Islam (mufti) diwujudkan pada zaman Sultan Salim1 yang beribu
pejabat di Istanbul
Antara tugas Syeikh al-Islam ialah member fatwa dalam semua aspek keagamaan
termasuk keputusan berperang antara sesame umat Islam
Kerajaan Turki Uthmaniyah mempunyai struktur angkatan tentera yang tersusun sesuai
dengan kedudukannya sebagai sebuah kuasa dunia yang digeruni
Beylerbey(Ketua turus tentera) ialah pangkat ketenteraan yang paling tinggi dan
mempunyai kuasa yang amat luas, malah Putera Mahkota juga terpaksa tunduk
kepadanya
Bey ialah gelaran ketua battalion atau ketumbukan tentera yang bertanggungjawab
membawa bendera (liwa’) dalam sesuatu peperangan.
Tentera dibantu 3 orang hakim tentera, 2 orang defterdar (kewangan), 1 orang Agha
(wakil tentera darat), seorang laksamana dan seorang Nishanji.
Dari segi ketenteraan, pasukan tentera Fief ialah tentera asasi kerajaan Turki
Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah.Tentera fief akhirnya digantikan
dengan tentera upahan dengan persenjataan yang lebih moden
Pemerintahan Kesultanan Uthmaniyah mengamalkan polisi peluasan kuasa dan tanah
jajahan. Penaklukan Kota Constantinolpe oleh Sultan Muhammad II pada tahun 753H
merupakan jasa kerajaan Uthmaniyah yang paling besar dan menonjol.
Wilayah-wilayah islam yang berada di bawah penguasaan kerajaan pusat sentiasa
diberikan perlindungan seperti perlindungan yang diberikan ke atas dunia Arab daripada
colonial Eropah untuk beberapa lama.
C. KESIMPULAN
Kecekapan sistem pemerintahan dan ketaatan para pemimpin kepada ajaran Islam
menjadi faktor utama kejayaan Khalifah Uthmaniyah sebagai kuasa besar dunia.
Apabila sistem tersebut hilang, maka khalifah Uthmaniyah akhirnya tumbang dan
ditamatkan pada tahun 1924.
SOALAN 4 : JELASKAN PERBEZAAN SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN
PUSAT DENGAN KERAJAAN WILAYAH YANG DIAMALKAN OLEH
KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN DAN KERAJAAN TURKI
UTHMANIYAH.
A. PENGENALAN.
1. Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w., umat Islam diperintah oleh para khalifah
yang digelar Khulafa al Rasyidin yang meneruskan dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda.
2. Namun, terdapat juga penambahan dasar ekoran negara dan wilayah Islam yang semakin
luas. Misalnya, pemerintahan terbahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan wilayah.
3. Penggubalan dasar-dasar pada peringkat wilayah adalah selari dengan dasar peringkat
pusat dan diamalkan sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.
B. ISI.
1. Kerajaan pusat ialah kerajaan yang mendominasikan kuasa dalam pemerintahan dan
pentadbiran serta bertanggungjawab mengendalikan segala bentuk haiehwal politik, ekonomi dan
soasial kerajaan –kerajaan kecil (Wilayah) yang bernaung.Pemerintahannya mempunyai kusa
tertinggi dan berkuasa keatas segala bentuk dan ciri-ciri pemerintahan di wilayah. Pemerintahan
tertinggi ialah Khalifah. Khalifah didipilih secara bergilir mengikut musyawarah.(Khulafa al-
Rasyidin-Madinah, Bani Umaiyah-Damsyik, Bani Abbasiyah-Baghdad, Bani Uthmaniyah-Turki)
2. Dalam pentadbiran Kerajaan Wilayah mempunyai kuasa otonomi terhad. Pemerintah
tertinggikerajaan wilayah ialah gabnor. Gabnor dibantu oleh pembesar seperti kadi dan wazir yang
dilantik oleh khalifah(Khulafa Al-Rasyidin- Mekah,Baghdad & Damsyik, Bani Umaiyah-
Mekah,madinah,&Baghdad, bani Abbasiyah-Mekah,Madinah & Damsyik.
3. Kerajaan Khulafa al Rasyidin terbentuk secara rasmi pada 632M setelah Khalifah Abu
Bakar al Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.
4. Kerajaan Turki Uthmaniyah pula diasaskan Uthman bin Ertughrul Sulaiman Shah pada
1280M. Pentadbiran kerajaan pusat mendominasikan kuasa pemerintahan dan pentadbiran
manakala kerajaan wilayah miliki kuasa autonomi yang terbatas.
5. Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pentadbiran pusat berpusat di kota Madinah manakala
untuk kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Istanbul.
6. Kerajaan wilayah zaman Khulafa al Rasyidin ialah Makkah, Baghdad dan Damsyik
manakala kerajaan wilayah zaman Turki Uthmaniyah ialah Madinah, Makkah, Baghdad, Damsyik,
Andalus dan Mamluk.
7. Kuasa tertinggi kerajaan pusat zaman Khulafa al Rasyidin ialah khalifah manakala ‘Amir’
mengetuai kerajaan wilayah. Khalifah dipilih melalui syura dan mereka memerintah berdasarkan
hukum syariah berpandukan al Quran dan Sunnah.
8. Pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah, kuasa tertinggi kerajaan pusat dipegang oleh
Sultan manakala Gabenor atau Wazir mengetuai kerajaan wilayah. Sultan dipilih secara warisan
manakala Gabenor wilayah dilantik oleh Sultan tanpa berdasarkan keturunan. Seperti khalifah,
sultan memerintah berlandaskan syariah Islam manakala Gabenor memerintah berasaskan
panduan yang ditentukan oleh sultan.
9. Bagi kedua-dua kerajaan ini, kerajaan pusat bertanggungjawab dalam segala aspek
pentadbiran termasuk pentadbiran wilayah. Kerajaan pusat akan membantu perbelanjaan kerajaan
wilayah.
10. Kerajaan wilayah akan memberi pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan kerajaan pusat.
Misalnya, urusan berkaitan cukai dan bekalan tentera semasa peperangan.
11. Kerajaan pusat akan memberi arahan kepada kerajaan wilayah seperti pembayaran cukai
serta bantuan ketenteraan. Kerajaan wilayah tidak boleh bertindak sendirian tetapi harus mematuhi
segala arahan kerajaan pusat. Khalifah dan Sultan berkuasa melantik dan memecat Amir dan
Gabenor/Wazir. Khalifah dan Sultan akan memerintah sehingga meninggal dunia.
12. Aspek ekonomi, politik dan sosial diuruskan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun,
kerajaan wilayah yang merupakan bandar-bandar kecil perlu berganding bahu dengan kerajaan
pusat demi menjamin keamanan, kemajuan dan keharmonian rakyat serta negara.
C. KESIMPULAN
1. Kerajaan pusat dan kerajaan wilayah mempunyai perbezaan dari pelbagai aspek.
2. Namun kedua-dua bentuk kerajaan ini perlu saling bekerjasama bagi memastikan
pemerintahan dan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan selamat.
SOALAN 5 :HURAIKAN PENTADBIRAN PUSAT KERAJAAN MOGHUL DI INDIA
DARI ABAD KE-16M HINGGA ABAD KE-17M.
A. PENGENALAN
1. Kerajaan Moghul diasaskan oleh Babur/Baber yang telah mengalahkan Sultan Ibrahim
Lodi dalam Perang Panipat.
2. Antara pemerintah berwibawa ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir setelah
pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh British.
B. ISI
1. Pemerintahan kerajaan Moghul mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akbar merintis
jalan mengasingkan urusan politik dan pemerintahan dengan agama.
2. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa.
3. Akbar telah membentuk sistem birokrasi separuh awam dan separuh tentera iaitu
‘mansabdar’. ‘Mansabdar’ merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan
satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung pentadbiran
awam.
4. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap satunya memerintah satu
batalion tentera berkuda.
5. Tentera berjumlah antara 10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai
atau ‘jagir’.
6. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet. Beliau juga melantik Perdana Menteri yang
dipanggil wakil serta menteri-menteri yang digelar ‘wazir’.
7. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’
iaitu jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini
dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja.
8. Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan,
9. ‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan ‘Sadr-us-
Sudur’yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan.
10. ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal kehakiman
dan perundangan.
11. Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan
orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau dan unta.
12. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan Hindu
dengan diawasi seorang Hakim Besar.
13. Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam pentadbiran
pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah.
14. Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan
semula amalan syura dalam pemerintahan.
C. KESIMPULAN
1. Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa kedudukan
pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
2. Namun, sedikit perubahan berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan
ulama memainkan peranan penting menasihati pemerintah.
SOALAN 6 : JIHAD MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DALAM PEPERANGAN
ISLAM. BINCANGKAN.
A. PENGENALAN
l. Pengertian jihad.
Perkataan jihad berasal dari kata akar 'jahada' beRerti berusaha keras, bersungguh-sungguh
dan berjuang. Dalam istilah syarak, bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan,
berjuang menentang hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi
menegakkan kalimah Allah.
Dari sudut bahasa pula jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk
mencapai satu cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam.
Menurut Abu' a'la al-Maududi, erti jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia
adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah rnerupakan syarat utama bagi jihad dalam
Islam.
B. ISI
l. Pengabdian diri kepada Allah SWT.
Islam menekankan perang jihad fisabilillah semata-mata satu pengabdian diri kepada
Allah.
Perang untuk memenuhi satu tuntutan syariat Islam seperti mana dalam perang Badar bila
mana tentera Islam telah berjuang bersungguh-sungguh dengan mergenepikan segala
kesenangan.
Maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera lslam.
2. Sebagai daripada tuntutan agama.
Seterusnya jika dilihat dari segi hukum, golongan ulama berpendapat bahawa ia adalah
satu tuntutan sama ada fardu 'ain mahupun fardu kifayah.
Jika tujuan jihad adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan orang bukan Islam,
maka hukuman fardu 'ain, sementara jika ia bertujuan untuk menyebarkan Islam ia adalah
fardu kifayah.
Justeru jihad berperanan dalam memperkukuh ketahanan dan pertahanan Islam.
3. Menjadi dorongan dalam menghadapi musuh.
Semangat jihad menuntut supaya tentera Islam melawan musuh yang bilangannya besar
tanpa rasa takut dan gentar.
Sikap jihad, keberanian dalam kebenaran dan taktik peperangan yang baik membolehkan
mereka mendapat kejayaan dalam perang Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda.
4. Ganjaran Syurga.
Kematian dalam satu perang jihad membolehkan mereka syahid, satu ketetapan dan
jarninan hidup bahagia di akhirat kelak seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dalam
surah Ali-Irnran ayat 169-170.
Malah orang yang mati syahid kerana jihad fisabilillah menentang orang kafir bagi
menegakkan kalimah Allah tidak dimandikan dan disembahyangkan tetapi cukup dengan
pakaian yang dipakai semasa berperang dan dikebumikan di tempat berlakunya peperangan
tersebut.
Dalam surah al-Taubah ayat 111, Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang
berjuang kepada jalan Allah.
Kesemua perkara ini menjadi pendorong dan penguat semangat tentera-tentera Islam bagi
melaksanakan jihad.
5. Mempertahankan Islam, maruah diri dan negara.
Konsep jihad digunakan untuk mempertahankan Islam, maruah diri dan negara. Sekaligus
ia turut memperkembangkan Islam.
Dalam zaman Nabi S.A.W berlaku pelbagai peristiwa peperangan terutama menentng
golongan kaum Quraisy di Makkah.
Tentera Nabi s.a.w dapat menewaskan mereka dengan semangat jihad yang tinggi.
Konsep jihad fisabilillah tnrut dapat diperhatikan sewaktu zaman pemerintahan Khulafa
al-Rasyidin menghadapi ancaman dari Rom dan Parsi.
6. Memastikan perjuangan umat Islam selari dengan tuntutan agama Islam.
C. KESIMPULAN
Mana-mana yang berkaitan
SOALAN 7: JELASKAN KONSEP DAN JENIS-JENIS JIHAD MENURUT PANDANGAN
ISLAM
A. PENGENALAN
1. Jihad sering dikaitkan dengan perjuangan masyarakat Islam dari sudut membela agama Islam
dan tanah air.
2. Perjuangan yang dilakukan atas dasar jihad dengan nama Allah dan agama Islam adalah dikira
sebagai perjuangan syahid.
3. Istilah jihad apabila dilihat dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang semata-
mata, sebaliknya jihad membawa penfertian yang lebih luas.
B. ISI
a. KONSEP JIHAD
1. Pengertian jihad boleh dilihat dalam beberapa sudut, jihad adalah perkataan Arab iaitu jahada,
yajhadu, juhdu yang bermaksud kesulitan dan bebanan. Al Jahdu pula bermakna kesungguhan dan
keupayaan terakhir.
2. Al Jihad pada bahasa bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan
sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci.
3. Dalam erti kata yang luas, jihad boleh dimaksudkan sebagai berjuang dalam peperangan,
berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain
perjuangan pada jalan Allah dengan tujuan meninggikan kalimah Allah.
4. Jihad juga bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.
b. JENIS - JENIS JIHAD
1. Jihad Nyawa Dan Tenaga
Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan tenaga semata-
mata untuk kepentingan agama Islam.
Lazimnya jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan orang yang terkorban adalah
syahid.
Terdapar ramai kalangan sahabat pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman selepasnya
sanggup berkorban nyawa demi menegakkan perjuangan Islam.
2. Jihad Harta Benda
Pengorbanan harta benda dan wang ringgit adalah juga termasuk dalam jihad fi sabilillah.
Bagi golongan kaya harta, mereka boleh menyumbang dalam bentuk kewangan bagi
menyokong usaha jihad umat Islam di medan perang.
Sebagaimana Abu Bakar as Siddiq dan Uthman b. Affan menyerahkan harta mereka untuk
keperluan umat Islam dalam peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w.
3. Jihad Akal fikiran dan Ilmu
Sumbangan buah fikiran dan idea juga tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah.
Sebagaimana Salman al Farisi memberi pendapat kepada Rasulullah s.a.w untuk mengali
parit dalam perang Khandak.
Begitu juga para ijtihad yang memberikan sesuatu pandangan mengenai hukum Islam juga
tergolong sebagai orang yang berjihad di jalan Allah.
4. Jihad Melawan Nafsu
Berjihad melawan nafsu adalah jihad yang paling tinggi sekali darjat di dalam Islam.
Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan yang digariskan oleh Allah.
Perjuangan melawan nafsu adalah perjuangan yang utama dalam diri setiap orang Islam.
Mencari petunjuk agama yang benar, mencari ilmu, beramal dengan ajaran Islam,
menyebarkan dakwah serta sabar dengan segala cabaran dan ujian adalah perjuangan
melawan nafsu.
Jihad sebegini menuntut kepada jihad yang berpanjangan dan ianya adalah jihad fardu ain.
5. Jihad Melawan Syaitan
Syaitan adalah seteru manusia yang utama. Terdapat banyak ayat al Quran yang
menjelaskan permusuhan antara manusia dan syaitan.
Di dalam kisah Nabi adam dengan syaitan menunjukkan bagaimana permusuhan Iblis
terhadap manusia.
Ini kerana syaitan sentiasa memusuhi dan berusaha untuk menyesatkan manusia dan bagi
menjadikan manusia sebagai orang yang derhaka kepada Allah dan menjadi penghuni
neraka.
6. Jihad Menentang Golongan Munafik
Golongan munafik merupakan musuh Islam yang berselindung di sebalik nama Islam.
Terdapat banyak ayat al Quran yang mengingatkan umat Islam tentang bahayanya
golongan munafik (al Taubah:96).
Golongan munafik sering menjadi ancaman kepada perkembangan Islam sejak zaman awal
Islam lagi.
7. Jihad Menentang Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran
Segala kemungkaran dan kezaliman di dalam sesuatu pemerintahan adalah wajib ditentang.
Segala kebatilan yang terdapat di dalam masyarakat mesti ditentang sama ada melalui
perbuatan, perkataan mahupun dengan hati.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, "Jihad yang paling utama adalah
menyatakan perkataan yang hal di hadapan seorang penguasa yang zalim."
8. Jihad Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu juga adalah satu jihad dalam Islam. ini penting agar umat Islam tidak
ketinggalan dalam setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat sama ada fardhu ain,
tauhid, fardhi kifayah, sains, perubatan dan sebagainya.
Ianya bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain.
Bahkan menuntut ilmu menjadi wajib sekiranya tidak ada orang yang mempelajarinya.
9. Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
10. Jihad ekonomi - membasmi kemiskinan dan kemunduran
11. Jihad politik – Dawlah Islamiah- menegakkan masyarakat dan syiar Islam
KESIMPULAN
Mana-mana yang berkaitan.
SOALAN 8 : TERANGKAN ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
A. PENDAHULUAN
1. Islam tidak menggalakkan peperangan
2. Tujuan Peperangan
3. Peperangan zaman Nabi Muhammad SAW
B: ISI
Etika menghadapi peperangan
1. Sebelum peperangan
1.1 Menawarkan perdamaian kepada pihak musuh
1.2 Menganut agama Islam atau membayar jizyah
1.3 Perang berlaku jika musuh berkeras
2. Larangan semasa peperangan
2.1 Tentera Islam dilarang memerangi golongan yang lemah
2.2 Jika pencetus- tindakan boleh diambil
2.3 Tidak boleh merosakkan harta
3. Semasa peperangan
3.1 Tentera Islam diwajibkan akur arahan pemimpin
3.2 Langkah mengelakkan perpecahan
4. Selepas peperangan
4.1 Perang hendaklah dihentikan jika musuh meminta perdamaian
4.2 Tentera Islam wajib mematuhi perjanjian
4.3 Perlu melayan musuh dengan adil
5. Amalan sifat keadilan
5.1 Sebati dengan sifat Nabi Muhammad SAW
5.2 Terhadap kawan- membahagikan harta rampasan perang
5.3 Terhadap lawan- tidak melakukan pencerobohan
C. KESIMPULAN
1. Etika peperangan membawa kejayaan tentera Islam
2. Asas kekuatan tentera Islam adalah kepimpinan Nabi Muhammad SAW
SOALAN 9 : HURAIKAN TAKTIK DAN STRATEGI PEPERANGAN ISLAM ZAMAN
NABI MUHAMMAD S.A.W.
A. PENDAHULUAN
1. Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun.
2. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka.
3. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada
penghijrahan ke Madinah.
4. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh
dan ditindas oleh musuh.
5. Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak.
6. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan
merancang strategi sebelum peperangan.
B. ISI
1.Taktik Menunggu Musuh :
1.1 Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar.
1.2 Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan
apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.
2. Taktik al – Saf :
2.1 Digunakan dalam Perang Badar.
2.2. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan
tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh
pemegang bendera.
2.3 Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
3. Taktik Menggali Parit :
3.1 Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab.
3.2 Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang.
3.3 Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah.
3.4 Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
3.5 Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
4. Taktik Kepungan :
4.1 Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif.
4.2 Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan
makanan.
4.3 Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.
5. Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar :
5.1 Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin.
5.2 Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur.
5.3 Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk
membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh
musuh.
6. Taktik Penyamaran :
6.1 Digunakan sewaktu Perang Khandak.
6.2 Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan
memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi.
6.3 Musuh akhirnya tewas.
C. KESIMPULAN
1. Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam.2. Kejayaan tentera
Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang
taktik dan strategi peperangan.
3. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam
SOALAN 10 : BUKTIKAN/ NILAIKAN/ JELASKAN/ HURAIKAN/ BAHASKAN
SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH PADA ZAMAN
KEAGUNGANNYA.
A. PENDAHULUAN
1. Sejarah mencatatkan permusuhan kerajaan Islam dengan Byzantine telah berlaku sejak
zaman Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan gerakan tentera Byzantine merupakan
suatu ancaman yang perlu dibendung oleh pemimpin kerajaan Uthmaniyah bagi mengelak
berlakunya musibah.
2. Kekuatan kerajaan Uthmaniyah begitu terserlah sewaktu pemerintahan Sultan Mehmed II
atau Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda pemah menerajui kerajaan Uthmaniyah
sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 1444-1446 M dan kali kedua pada tahun 1451-
1481 M. Baginda digelar al-Fatih yang bermaksud pembuka atau penakluk iaitu hasil
daripada kejayaannya membentuk angkatan tentera yang mantap serta membuka kota
Constantinople
B. ISI
1. Mengepung dan membuka kota Constantinople
Baginda telah melakukan kajian terperinci sebelum bertindak menyerang kota
Constantinople.
Baginda juga sering berbincang dengan para panglimanya serta menyediakan angkatan
tentera yang terlibat dalam serangan tersebut dengan semangat jihad.
Baginda juga menggunakan peralatan perang moden seperti meriam.
Setelah 53 hari mengepung kota tersebut, akhimya Constantinople berjaya dikuasai oleh
umat Islam.
2. Menambah bilangan penduduk Constantinople
Bagi menambah bilangan penduduk di kota Constantinople, baginda telah mengarahkan
orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke kota
berkenaan.
Selain itu, baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar
wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.
Disebabkan galakan tersebut, orang Islam dari Asia berpindah secara beramai-ramai untuk
menjalankan aktiviti pemiagaan memandangkan kedudukan kota tersebut yang strategik.
3. Menyatukan empayar di bahagian utara Balkan
Bertujuan menyekat serangan kaum Magyar.
Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia.
Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania
yang berhasrat untuk menjatuhkannya.
Kesan daripada kejayaan ini, kekuasaan kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di
Eropah.
4. Menghapuskan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah
Antara kerajaan tersebut ialah Trebizond, iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia
Kecil.
Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice serta menamatkan kebangkitan kaum
Venetian pada kali kedua.
5. Mendirikan masjid
Gereja St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini, gereja tersebut
dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.
Seni bina bangunan tersebut diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan
tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah, manakala pada
bahagian luar masjid dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan
menara bertambah menjadi tiga buah
6. Mendirikan bangunan lain
Baginda telah mendirikan institusi pendidikan seperti madrasah dan perpustakaan.
Tindakan ini menggambarkan baginda merupakan seorang pemerintah yang amat
mementingkan aspek pendidikan.
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda telah mendirikan hospital, rumah kebajikan,
rumah untuk orang fakir dan miskin serta kemudahan telaga.
Bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat pula, baginda telah membina limbungan
kapal, gedung senjata, dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.
C. KESIMPULAN
1. Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menguasai ibu kota kerajaan Byzantine, iaitu
Constantinople merupakan suatu coretan sejarah terpenting dalam perjuangan umat Islam.
2. Kejayaan ini telah membolehkan Islam berkembang lebih pesat dan diterima sebagai
pedoman
hidup oleh pelbagai bangsa. Malah kemenangan ini bolehlah diibaratkan sebagai
kemenangan
mutlak kerana Byzantine kini telah hampir dapat dilenyapkan
P.S : Untuk esei ini pelajar boleh juga menulis pengenalan/ pendahuluan dengan menyatakan
biodata tokoh dan pendidikannya dan diakhiri dgn penegasan terhadap kehendak soalan.( 4- 5
baris )
SOALAN 11 : BAHASKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN SULTAN MUHAMMAD AL
FATIH.
A. PENGENALAN
1. Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin
Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan
Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan
bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.
2. Sejarah mencatatkan permusuhan kerajaan Islam dengan Byzantine telah berlaku sejak
zaman Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan gerakan tentera Byzantine merupakan
suatu ancaman yang perlu dibendung oleh pemimpin kerajaan Uthmaniyah bagi mengelak
berlakunya musibah
B. ISI
Kepimpinan baginda menunjukkan baginda mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat.
Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh dua orang ulama, iaitu As-Syaikh Syamsuddin
Al-Wali dan As-Syaikh Al-Bayram. Walaupun tidak berstatus ulama, tetapi Sultan
Muhammad Al-Fateh amat patuh kepada Allah SWT, sehingga sejarah membuktikan
bahawa beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang bertaqwa kepada Allah SWT.
Di kala beliau hendak melakukan serangan terhadap Kota Konstentinopel, beliau membaca
hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa kota Konstentinopel akan dikuasai oleh Islam, di
kala raja yang menyerang itu adalah raja yang baik, disamping tenteranya juga adalah
tentera yang baik. Merenung dan mentadabburkan hadis itu, menyebabkan Sultan
Muhammad Al-Fateh telah berusaha hendak menjadikan dirinya sebagai orang yang baik.
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh
di tangan seorang pemerentah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang
zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya.
Sahabat seperti Abu Ayub Al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota
ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.
Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini
menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan
gelaran Sultan Muhammad Al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas
Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada
tanggal 29 Mei 1453.
c. Kehendak yang kuat
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan
melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa
Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik
yang dijanjikan oleh Nabi itu.
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi
juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan
untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif
e. Pengetahuan dan kemahiran
Baginda mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan
melengkapkan skil berkenaan Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa
mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi
kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan
kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh. Mesti
disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke
lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan
telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal- kapal itu. Pada masa yang telah
ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota
Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia
memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan
serentak dengan pengepungan sebelah daratan. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada
waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya.
Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan
tembok itu. Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih
dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan
dalam penjara Konstantinapol dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan
panjang. Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns. Ia perlu ditarik oleh 100
ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13
batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam
kaki. Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta
Sultan Muhammad Al-Fateh tidak membiarkan latihan itu diserahkan kepada ketua perang
yang dilantik, bahkan baginda Sultan sendiri menghadiri latihan ketenteraaan tersebut.
Pada siangnya, Sultan Muhammad Al-Fateh berada di atas kuda memerhatikan latihan
ketenteraan yang dilibatkan kepada tentera-tenteranya. Pada waktu malamnya pula, Sultan
Muhammad Al-Fateh sendiri berjalan menyiasat di khemah-khemah tentera, apakah
mereka bertahajud dan baca Al-Quran atau tidak
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud
sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada
Instanbul
C. KESIMPULAN
Berkat kepimpinan dan ilmu agama yang tinggi dapat memacu kejayaan sesebuah kerajaan. Hanya
kepadanya tempat berserah kerana hanya kepadanya bantuan dan keilmuan adalah miliknya.
SOALAN 12:HURAIKAN SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI DALAM ASPEK
POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.
A. PENGENALAN.
1. Nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub. Di Eropah beliau digelar sebagai
Saladin.
2. Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraish, suku Ruwaidah. Beliau dilahirkan di
benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138M dan meninggal dunia di Damsyik pada
tahun 1193M.
3. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat
tinggi dan masyhur pada zaman perang salib.
4. Kejayaan besarnya adalah menumpaskan kerajaan tentera salib dan berjaya mengambil
semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke 12M.
Sumbangan Dalam Bidang Politik.
Membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada cengkaman golongan Kristian sekali gus
menebus kelaziman yang dilakukan oleh tentera salib di bawah pimpinan Raynald.
Memastikan kesucian kota Baitulmuqaddis dikekalkan ; menandatangani perjanjian
dengan orang-orang Kristian.
Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut agama Kristian; mereka dibenarkan
mengunjungi kota berkenaan untuk beribadat dan berziarah.
Sumbangan Dalam Bidang Sosial.
Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti membina kubu dan tembok pertahanan.
Mendirikan hospital, rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang musafir.
Memajukan bidang pendidikan serta memperluaskan peranan masjid dan institusi
pendidikan.
Sumbangan dalam Bidang Ekonomi.
Meningkatkan sumber pendapatan negara melalui jizyah, fidyah dan harta rampasan
perang.
Menghapuskan cukai yang membebankan.
Memajukan sektor pertanian.
Menggalakkan aktiviti perdangangan.
C. KESIMPULAN.
Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi terhadap perkembangan dan kesucian agama Islam
Amat besar terutamanya kejayaan mengembalikan kota suci Baitulmuqaddis dan
Memulihkan imej umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dan
Pendidikan agar mereka tidak ketinggalan berbanding bangsa lain
SOALAN 13 : BINCANGKAN SIFAT ATAU CIRI KEPIMPINAN SALAHUDDIN AL-
AYYUBI YANG MENJADIKAN BELIAU SEORANG HEBAT.
A. PENGENALAN
1. Nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub. Di Eropah beliau digelar sebagai
Saladin.
2. Beliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraish, suku Ruwaidah. Beliau dilahirkan di
benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138M dan meninggal dunia di Damsyik pada
tahun 1193M.
3. Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang
berbakat tinggi dan masyhur pada zaman perang salib.
4. Kejayaan besarnya adalah menumpaskan kerajaan tentera salib dan berjaya mengambil
semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke 12M.
B. ISI
Ciri kepimpinan Salahuddin
1.Tidak Bangga Diri – sifat ini telah wujud dalam dirinya salahuddin al-ayubi semenjak beliau
kecil lagi. ini kerana hasil sentuhan didikan nilai-nilai agama yang diberikan oleh ayah
salahuddin al-ayyubi kepada beliau.
Ini dapat dibuktikan apabila Lane-poole ahli sejarah ingggeris yang menulis menenagi salahudin
mencatatkan “ sabagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki
tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba
tiba,sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran
golongan bangsawan”
2.Memiliki Visi Dan Misi Yan Jelas-salahuddin bercita-cita mahu menawan semula baitul
maqdia dari tangan tentera salib yang mengusai baitul maqdis hampir 800 tahun, jadi beliau
merancang menguatkan tentra Islam dari segi kekuatan fizikal dengan pelbagai ilmu ketenteraan
serta persiapan perang. Dari segi kerohanian pula salahuddin sangat menitikan beratkan soal soal
agama kepada tenteranya . serta menyatupadukan semua panduduk Islam terlebih dahulu
sebelum memulakan visinya mahu menawan salah satu tempat suci umat islam itulah Baitul
Maqdis
3. Mampu Lakukan Semua Tugas- salahuddin al-ayyubi bukanya jenis pemipin yang hanya
tahu mengarahkan orang bawahanya melakukan semua tugas tetapi seorang pemimpin yang
sanggup turun padang sendiri dan bersama-sama tenteranya dalam melakukan tugas . contohnya ,
salahuddin al-ayubbi sendiri menyamar sebagai penduduk kampong dalam ushanya
mendapatkan maklumat untuk menawan kota Baniyas . salahuddin juga yang menyoal selidik
pagawai tentera salib yang berjaya di tawan oleh tentera Islam untuk mendpatkan maklumat.
4. Bijak Dalam Mengatur Strategi Peperangan dan helah –salahudin alayyubi selalu
mengikut cara nabi Muhammad S.W.A berperang dalam semua misi peperangan. Ini salah satu
factor kejayaan peperangan yang dilakukan oleh sultan salhuddin al-
ayyubi.contohnya salahuddin al-ayyubi menggunakan jalan yang tidak pernah dilalui oleh orang
dalam perjalanan menuju ke medan peperangan dan tektik ini di gunakan untuk megelirukan
musuh .
5. Sentisa Patuh Pada Ajaran Agama Islam- salahuddin bukan sahaja mengamalkan sunnah
rasullah seperti, sentisa berpuasa dalam kempen memerangi tentera salib, beliau juga sangat
menitik bertakan ajran Islam .contohnya ketika misi menawan kota sinjiran , di bairut, panglima
muluk mencadangkan agar meracun sungai yang digunakan oleh pihak musuh sumber bekalan
air, tetapi salahuddin melarang panglima muluk berbuat demikian kerana islam tidak
membenrkan berbuat demikian dan juga demi kemaslahatan penduduk islam lain yang turut
menggunakan sungai tersebut. Beliau juga melarang panglima perangnya menggunakan rasuah
dalam misi menawan sesebuah Negara.
6.Sentisa Berbincang Dengan Orang Bawah- salahuddin sentisa mendengar pandangan dan
berbincang dengan orang bawahanya sebelum membuat sesauatu keputusan. cth: ketika
misi penawan bairut ,sebelum serangan di lakukan salahddin berbincang dengan ketua2
pasukan tentera islam berkaitan strategi yang akan di lakukan. Berkerjasama antara satu pasukan
dengan lain bila memerlukan bantuan , untuk pastikan kejayaan dalam sesuatu misi yang di
jalankan .
7. Tidak mudah putus asa - contonya semasa misi penawanan tawan benteng khusnul ahzan ,
tentra salahuddin bagi tahu beliau sukar untuk menawan benteng yang terlalu kukuh n di
kawan rapi oleh tentraa salib. Pelbagi usaha yang telah dilakukan namun masih gagal menawan
benteng tersebut. Salahuddin tidak berputus asa dan berushan antaranya ushan belaiu menyamar
untuk dapat kan mklumat tentang benteng ahzan ,berjalan di sekitar kampung yang berhampiran
untuk tahu kelemehan musuh akhirnya belaiu dan tentera islam berjaya menawan benteng
tersebut.
8. Bercita-Cita Tinggi – semenjak usia beliau masih muda lagi salahuddin dah ada cita cita yang
besar untuk merampas kembali kota suci baitul maqdia dari tangan kristian.
9. Bersederhana – beliau di gambarkan seorang yang sangat wara’ dan bersedarhana dalam
kehidupnya walaupun sudah bergelar sultan. Contohnya , ketika salahuddin al-ayyubi
menghembuskan nafas terakhir diceritakan hartanya hanya tinggal 1 dinar dan 47 diham , yang
tidak cukup untuk kos pengebumian beliau.
10.Tidak Leka Dengan Pujian – salahuddin al-yubbi menerima banyak pujian dan sanjugan atas
kejayaan beliau menawan beberapa kubu kuat tentera salib tetapi beliau tidak pernah leka dengan
pujian tersebut, bahkan salahuddin sentiasa meningkatkan strategi peperangan,dan kelegkapan
peperangan dalam misi menawan Jerusalem.
C. KESIMPULAN
Ciri-ciri kepimpinan baginda dalam membebaskan Baitulmaqdis adalah kejayaan yang cukup
hebat dan patut dicontohi oleh pemimpin Islam moden dengan bergantung kepada Allah semata-
mata dan meningkatkan ilmu agama agar menjadi rendah diri dalam pentadbiran.
SOALAN 14 : GALURKAN PERKEMBANGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN
NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KHULAFA AL- RASYIDIN PADA ABAD KE-
7M.
A. PENGENALAN
i. Islam mengharuskan hubungan diplomatik demi kebaikan dan keamanan- mengajak
pemimpin, ketua negara dan rakyat sesbuah negara memeluk Islam.
ii. Permulaan hubungan diplomatik zaman nabi Muhammad S.A.W adalah melalui
Perjanjian Hudaibiah 6H- isi kandungan perjanjian mengiktiraf kepimpinan Nabi
Muhammad S.A.W dan negara Islam Madinah.
B. ISI
(a) Hubungan diplomatik pada zaman nabi Muhammad s.a.w
i. Hubungan terawal berlaku sejak baginda di Makkah- surat kepada Raja Habsyah
melalui utusan Amru bin Umayyah-memeluk Islam.
ii. Surat kepada Raja Bahrain melalui utusan Ala’ bin Hadrami - memeluk Islam
iii. Surat kepada Raja Oman melalui utusan Amru bin Al-‘As – memeluk Islam
iv. Surat kepada pemerintah Damsyik dan gabenor Syam melalui utusan Shuja’ bin Wahb
al-Asadi – tidak memeluk Islam
v. Surat kepada pemerintah Yamamah melalui utusan Salit bin ‘Amr – meninggal dunia
sebelum memeluk Islam.
vi. Surat kepada Raja Iskandariah melalui utusan Hatib bin abi Balta’ah – tidak memeluk
Islam
vii. Surat utusan kepada Maharaja Rom melalui utusan Dihiyah al-kalbi – tidak memeluk
Islam
viii. Surat kepada Raja Parsi melalui utusan Abdullah bin Huzaifah – tidak memeluk Islam
ix. Surat-surat perutusan kepada amir, pemimpin dan pemerintah yang lain – menerima
layanan yang baik .
(b) Hubungan diplomatik pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin
i. Dasar-dasar Nabi Muhammad s.a.w diteruskan oleh para sahabat zaman Khulafa’
al-Rasyidin
ii. Hubungan negara Islam dengan negara luar, khasnya Rom/Byzantine dan Parsi agak tegang
.
iii. Khalifah Abu bakar meneruskan perancangan menghantar tentera ke Syam bagi
melindungi ancaman Rom
iv. kerajaan Islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan negara-negara luar
sama ada secara diplomatik atau penguasaan wilayah.
v. Zaman Khalifah Umar al-Khattab, empayar Islam semakin luas melalui melalui dasar
hubungan diplomatik dan ketenteraan.
vi. Zaman Khalifah Uthman juga berjaya membina empayar Islam yang luas melalui dasar
hubungan diplomatik dan ketenteraan – menubuhkan pasukan tentera laut
vii. Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib – pergolakan dalaman menghalang beliau meluaskan
wilayah Islam.
C. KESIMPULAN
i. Zaman nabi Muhammad memperlihatkan hubungan diplomatik dijalin dengan negara
luar bertujuan menyebarkan agama Islam dan mendapat pengiktirafan daripada negara
lain
ii. hubungan diplomatik Zaman Khulafa’ al-Rasiyidin telah menyebabkan negara-negara
asing tunduk terhadap kekuatan kerajaan Islam
iii. Melalui hubungan diplomatik ini, sumber pendapatan negara kian meningkat,
diperoleh dari sumber zakat, jizyah, ghanimah dan sebagainya.
SOALAN 15 : HURAIKAN PROSES NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH
PADA ZAMAN KHALIFAH AL-RASYIDIN DAN KHALIFAH UMAIYAH
PADA ABAD KE-7 DAN 8.
A. PENGENALAN
1.Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh kerajaan yang lebih kuat
berpengaruh terhadap kerajaan yang lemah atau yang berjaya dikuasai melalui kempen
ketenteraan.
2 .Kesan daripada perlaksanaan konsep naungan ini,negara islam menjanjikan keselamatan
nyawa dan harta terhadap golongan bukan islam.Sebagai balasannya, golongan ini dikehendaki
membayar jizyah.
B. ISI
1 .Kemuncak kepada perlaksanaan konsep naungan ini adalah ketika zaman pemerintahan
Khalifah Umar bin al-Khattab. Hal ini berikutan kejayaan kempen-kempen ketenteraan yang
telah dilancarkan.
2 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, konsep naungan ini telah
dilaksanakan di wilayah kekuasaan Parsi, iaitu Hirah, Anbar dan Daumat al-Jandal. Penduduk
Hirah dikatakan telah sanggup membayar jizyah sebanyak 19 000 dirham setahun.
3 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab,kejayaan melumpuhkan kekuatan
Byzantine dan Parsi telah membawa kepada penguasaan Syria, Mesir, Palestin [Baitulmuqqadis]
dan Azerbaijan.
4 .Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar juga telah tercipta sejarah baharu berikutan
kesediaan beliau sendiri mendatangi perjanjian damai dengan pemimpim
Baitulmuqqdis.Pemimpin Bitulmuqqadis bersetuju membayar jizyah dan sebagai balasannya,
Khalifah Umar bersikap toleran terhadap penganut agama lain.
5 .Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin Affan pula pelaksanaan konsep naungan ini telah
dilaksanakan hingga ke kawasan utara Afrikah dan persisiran Laut Mediterranien berikutan
kejayaan armada laut islam mengatasi ancaman Byzantine.
6 .Pada zaman kekuasaan Umayyah pula, pelaksanaan konsep naungan ini amat ketara
disebabkan dasar para Khalifahnya yang mementingkan ekspedisi ketenteraan.
7 .Impaknya,pada zaman pemerintahan Khalifah al-walid bin Abdul Malik,tentera Islam telah
berjaya bertapak di Andalus, utara Afrika dan sebahagian besar Asia.
8.Walaupun Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menghentikan kempen ketenteraan,
pelaksanaan konsep naungan tetep dijalankan melalui penghantaran utusan-utusan dakwah yang
mana keengganan peminpin sesebuah wilayah menerima Islam dikehendaki membayar jizyah
sebagai balasan ke atas perlindungan nyawa dan harta mereka.
C. KESIMPULAN
Apa-apa yang berkaitan