The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazirulhariz02, 2021-05-17 10:09:01

E-Book Tragedi 13 Mei

E-Book Tragedi 13 Mei

TRAGEDI 13 MEI PUNCA DAN
PENGAJARAN

NAMA AHLI KUMPULAN:
AHMAD NAZIRUL HARIZ BIN RAHMAT
(23DLS20F2039)
SUBBRAMANIAM VELLASAMY
(23DLS20F2036)
MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD
ZAKRI (23DLS20F2038)
ISKANDAR DANIEL BIN EDLY ROSDAN
(23DLS20F2050)

PP PENISGI AKJAANRDAUNNGAN

Pengenalan 1

Tragedi disebabkan keputusan 2
Pilihan raya
3
Pembangkang meraikan kemenangan 4
5
Panggung Odeon 6
Angka korban 7
Persepsi
Perasaan tidak puas hati terhadap 8
Keistimewaan orang melayu 9
Masalah ekonomi 10
Perbezaan agama dan budaya 11
Kesimpulan 12
Lampiran
Rujukan



TRAGEDI DISEBABKAN
KEPUTUSAN PILIHANRAYA

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli
politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu),
kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli
politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,
MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih
berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah
kerusi yang dimenangi Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah
menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun
1969.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pembangkang meraikan
kemenangan

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang
besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran
polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut
di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor.
Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000
orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa
terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di
sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu,
Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi
sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang
mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu dari
Kuala Lumpur.[4] Dalam masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci
dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-
tepi jalan



Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon,
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan
disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton
dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di
panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa Cina.
Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu
masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih
penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua
penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang
sangat mengerikan.[7] Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang
tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar Melayu
telah menembak orang Cina yang melanggar perintah berkurung
dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya persekutuan pula,
penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas
lebuh raya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan
kemalangan.

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-
pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd
Radzi mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan
Chow Kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las
Vegas arahan Antonio Isasi-Isasmendi

ANGKA KORBAN
MELAYU = 36 ORANG

CHINA = 342 ORANG

Persepsi

Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap
kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf
kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi
negatif masyarakat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana
orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga
yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan
negara komunis China.

SEBAB BERLAKUNYA PERKARA TERSEBUT
Masyarakat mempunyai semangat perpaduan yang sangat lemah
hingga menyababkan berlaku perkara seperti Tragedi 13 Mei

PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap
apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlambangan.Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya
’’Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung
Malaysia’’,isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 mei adalah
perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum cina.Pendeknya apa yang
didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan
hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata untuk
mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964.Berikutan itu
sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih
fungsi PAP sebelum ini.Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan
Demokratik(DAP).Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti-
parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan
perkauman termasuk membangkitan soal-soal ketidakdilan
menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat menjadi
bertambah.

MASALAH EKONOMI

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan
berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat.Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain.Orang
melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala
orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.

PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam
Kaum cina beragama,Lao-Tza,Taoisme,Conficius
manakala kaum india beragama hindu.Di samping itu
terdapat juga yang beragama kristian.Setiap kaum juga
mempunyai kebudayaan yang tersendiri.Masalah
perpaduan ini bukanya bermula disebabkan agama lain
tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama
lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak
sengaja telah menyinggung emosi penganut agama
lain.Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969.

KESIMPULAN

Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai
kaum dan berbilang bangsa. Oleh itu,sebagai
masyarakat yang bersatu padu,kita haruslah saling
menghormati sesama kaum tidak kira
Melayu,Cina,atau India.Sikap saling hormat
menghormati amat penting kerana ia dapat
melahirkan masyarakat yang majmuk dan saling bantu
membantu sekaligus dapat
bersatupadu membangunkan negara.Kita tidak
patut mencontohi budaya barat yang menanam
sifat memilih kasih antara kaum.Perkara ini
akan menyebabkan perselisihan antara kaum dan boleh
mengakibatkan pergaduhan.Jika ini
berlaku di negara kita trajedi berdarah yang
pernah berlaku pada tahun 1969 akan
berulang.Kesimpulannya,kita haruslah
mengelakkan trajedi ini berlaku kembali.Negara akan
menjadi kucar kacir jika kita begaduh
sesamakaum.Oleh itu,kita haruslah bersama-sama
menjaga hubungan baik sesama bangsa untuk
mengekalkan keharmonian pada zaman akan dating.

LAMPIRAN

RUJUKAN

1.http://peristiwa13meipenajianmalaysia.blo
gspot.com/

2.https://www.cikguhailmi.com/2013/05/13-
mei-sejarah-penting-malaysia-yang.html
3.http://malaysiakamu.blogspot.com/2010/0
5/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html
4.http://peristiwamei1969.blogspot.com/

5.http://pengajianmalaysia9798.blogspot.co
m/2016/07/punca-punca-berlakunya 
peristiwa-13-mei.html


Click to View FlipBook Version