The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-16

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfdd82, 2021-09-22 10:10:47

BUKU PROGRAM - PIBG ALATTAS

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-16

Keywords: PIBG ALATTAS

MADRASAH ALATTAS ALARABIAH JOHOR
KM 23, Jalan Kota Tinggi
81800 Ulu Tiram, Johor

MESYUARAT
AGUNG
TAHUNAN
PIBG

KALI KE-16

2021

Tarikh

25 September 2021

Masa

8.30 pagi

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 ATUR CARA MAJLIS
3

2 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG 4
KALI KE-16 5

3 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG

4 KATA ALU-ALUAN PENASIHAT PIBG 7
5 AJK PIBG SESI 2021/2022 9

6 AJK PROGRAM
10
7 LAPORAN MESYUARAT AGUNG
11
KALI KE-15 13
18

Senarai Kehadiran 20
Minit Mesyuarat
25
8 PENYATA PENDAPATAN DAN 26
PERBELANJAAN

9 USUL DAN CADANGAN PIBG

10 ANALISIS PEPERIKSAAN AWAM
11 2018-2020

ANUGERAH KECEMERLANGAN

MURID DAN GURU

ATUR CARA MAJLIS

8.00 Pagi

Pendaftaran Para Jemputan, Ibu Bapa dan
Penjaga Murid

Bacaan Doa

Persembahan Tilawah

Ucapan Penasihat PIBG
Ucapan Yang Dipertua PIBG

Tayangan Video Penerima Anugerah
Kecemerlangan

Cabutan Bertuah

9.30 Pagi

Mesyuarat Agung PIBG ke-16 Bermula

12.00 Tengah hari

Majlis Bersurai

-3-

AGENDA MESYUARAT
AGUNG PIBG 2021

1.Ucapan YDP PIBG
Tuan Haji Mohd Az
mi bin Ali

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung
PIBG Kali Ke-15

3. Membahaskan Perkara Berbangkit
4. Membentangkan dan Meluluskan

Laporan Kewangan PIBG 2020
5. Perbahasan Usul/Cadangan
6. Ucapan Penangguhan

-4-

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG



‫السلام عليكم ورحمة الله وبركاته‬

Yang Berusaha Ustaz Mohd Azman bin Mohd Yunos Pengetua Madrasah Alattas
Alarabiah Johor, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi walaupun secara
maya bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 MAAJ pada tahun ini. Saya
mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk
menyertai mesyuarat agung pada hari ini.

Pertama-tamanya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tinggi
tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya

menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun terpaksa menundakan
mesyuarat ini pada hari ini yang sepatutnya diadakan pada 26 Jun 2021 atas nasihat
Majlis Keselamatan Negara (MKN) disebabkan jumlah kes Covid-19 yang sedang
meningkat ketika itu. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik
untuk semua ibu bapa bertemu bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk
melonjakkan lagi


Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Madrasah Alattas Alarabiah Johor sememangnya telah mencatatkan pelbagai kejayaan.
Contohnya Madrasah Alattas Alarabiah Johor yang merupakan sekolah harian biasa
dapat duduk sebaris dengan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang lain. Buat

Pengetahuan ibu bapa, Madrasah Alattas Alarabiah Johor telah berada dalam kedudukan
antara sekolah terbaik di Johor. Syabas juga kepada semua tenaga pendidik yang telah
bekerja keras untuk memastikan kejayaan anak-anak yang belajar di sekolah ini. Sebagai
bukti keputusan SPM dan STAM bagi tahun 2020 kita telah mendapat keputusan yang
boleh dikatakan cemerlang kerana anak-anak kita terpaksa mengharungi pembelajaran
secara PdPR dan hal ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Harapan saya juga agar
keputusan peperiksaan SPM dan STAM 2021 nanti akan mengharumkan lagi nama
Madrasah Alattas Alarabiah Johor walaupun kita semua sedar yang anak-anak kita
terpaksa melalui PdPR untuk beberapa bulan ini. Mari kita semua berdoa kepada Allah
Ta’ala agar ada suatu keajaiban untuk keputusan anak-anak kelak.









-5-

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala
tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di
sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadangkala
berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG
yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membantu membiayai program-program sekolah untuk meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Oleh itu saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi
sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat

dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu
bapa. Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama

daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah.
Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting

sebagai kunci kejayaan anak-anak. Oleh itu saya menyeru agar ibu bapa turut
membantu anak-anak dalam proses pembelajaran mereka.



Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah
bagi memastikan Madrasah Alattas Alarabiah Johor terus melakar kejayaan dan
saya juga berharap supaya semua AJK PIBG baru yang bakal dilantik akan dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah sama

ada dari segi kewangan mahupun tenaga.



Sekian terima kasih.







-6-

KATA ALU-ALUAN

PENASIHAT PIBG

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia

Prihatin
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya kita

dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG
Madrasah Alattas Alarabiah Johor kali ke-16 tahun 2021 ini.
Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan

mesyuarat ini dilakukan secara bersemuka.Namun apakan daya,
pandemik Covid-19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita

bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.
Kita perlu akur kepada Prosedur Operasi Standard yang
ditetapkan demi memastikan kita kembali ke dalam norma yang
biasa. Walau bagaimanapun, sebagai pentadbir saya tetap akan
melaksanakan tugas saya sebaik mungkin. Keselamatan guru dan
anak-anak sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan
memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu
bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang telah dikeluarkan,
anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat.

Ibu bapa yang dihormati sekalian,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung
kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir
mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen ibu
bapa. Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak
PIBG sentiasa menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai
aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberi sumbangan dalam bentuk

kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah serta hadiah
kecemerlangan untuk anak-anak yang berjaya. Sumbangan yang
PIBG berikan dalam menjayakan semua aktiviti ini adalah hasil

sumbangan ibu bapa kepada tabung PIBG. Untuk itu, saya
menyeru kepada ibu bapa agar terus menyumbang kepada tabung

PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan merancang
pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada kecemerlangan anak-

anak kita.

KATA ALU-ALUAN
PENASIHAT PIBG

Hadirin dan hadirat sekalian,
Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita

menggunakan pendekatan musyawarah jika ada
perkongsian idea. Kita sedar bahawa dunia pendidikan hari
ini mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa.
Anak-anak kita hidup di zaman yang mencabar. Sokongan
dan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak

amat penting
Hadirin dan hadirat sekalian,
Pihak sekolah berharap agar Jawatankuasa PIBG yang
bakal dilantik bersama- semua ibu bapa dapat memberi
kerjasama dan sokongan untuk menggembleng tenaga
dalam usaha melahirkan modal insan bertaraf dunia. Saya
percaya dengan keprihatinan semua, kita boleh mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek.
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa
yang hadir dalam majlis secara maya pada hari ini.
Kehadiran para ibu bapa menggambarkan kesungguhan
dan komitmen dalam meningkatkan kecemerlangan anak-
anak pada masa hadapan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

AJK PIBG
SESI 2019/2020

PENASIHAT : CIKGU MOHD AZMAN BIN MOHD YUNOS
YANG DIPERTUA : TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ALI
SETIAUSAHA : CIKGU MOHD HATTA BIN SUKRI
BENDAHARI : CIKGU AALIA BINTI ABD RASHID
AJK IBU BAPA :

EN. MOHD FAUZI BIN MOHAMED
EN. MOHD RIZA BIN ISMAIL


PN. FARHANA BINTI ABD SAMAD

EN. MOHD ISHAK BIN ABDUL HAMID
EN. SULAIMAN BIN MAHDI
EN. KAMARULZAMAN BIN A HAMID
PN. SARINAH BINTI SELAMAT
AJK GURU :
CIKGU HUZAIMAH BINTI HUSIN
CIKGU SUKINSI BINTI RASIMAN
CIKGU MUHAMAD RUSLAN BIN ABDULLAH
CIKGU MOHD FUAD BIN SALIM
CIKGU MUHAMMAD HAZIM BIN MD TAHIR
CIKGU NOADHA ASMA BINTI SHAFIE

-9-

AJK PROGRAM

UNIT ICT & MULTIMEDIA PENGACARA MAJLIS

Cikgu Nur Hafiza binti Yunus Cikgu Normah binti Nayan
Cikgu Sherill Aida binti Subawi Cikgu Noor Khuda binti Misdi
Cikgu Rafedah binti Mohd Rais
Cikgu Muhammad Hazim bin Md Tahir

Cikgu Ziyad Haziq bin Khalil

tayangan MONTAJ BACAAN DOA

Cikgu Intan Yuliana binti Sahir Cikgu Muhammad Zaiem
Cikgu Nur Hanisah binti Jamil bin Zakaria
Cikgu Siti Zaleha binti Ibrahim Astar
Cikgu Tuan Nurul Nadiah bt Tuan Azlan

buku laporan digital teks ucapan &
dokumentasi
Cikgu Nor Fatimah binti Daud
Cikgu Siti Aishah binti Ali Cikgu Siti Amaliahtun
Shaleha bt Yasin
Cikgu Nur Nasihah Al Sakinah
Cikgu Munirah bt Abdul Rahman SIJIL & CENDERAMATA

Cikgu Ameer Shazwan bin Mazuni
Cikgu Noadha Asma binti Shafie

Cikgu Nabila Huda binti Yusri
Cikgu Hamidah binti Hassan

pencatat pepnecnagtiraat &undi

Cikgu Nur Farhanah binti Basar Cikgu Norazita binti Saini
Cikgu Tg Farhah binti Tg Abd Rashid Cikgu Nurliza binti Hassan

- 10 -

LAPORAN MESYUARAT AGUNG
KALI KE-15

SENARAI KEHADIRAN

1. ZAMRIYATI JUMAT 34. YUSLINDA BINTI ISMAIL

2. ROGAYAH YAACOB 35. NORMUFIDAH ABDUL RAZAK

3. YUHANA YASIN 36. NABIHAH BINTI MOHD NAJIB

4. SITI NORDAWATI/MISKAN 37. NIK RUSINA BT NIK MAN

5. MAZALINA BT MOKHTAR 38. SITI NORDAWATI/MISKAN

6. ROHANA ABD. LATIF 39. NORDAWATI BT ABU BAKAR

7. NORIZAN BIN MOHD NOR 40. ZAINUHAILA ISMAIL

8. ZANARIYA BTE BASERI 41. KASMAWARANI BINTI BULIAH

9. NIK RUSINA BT NIK 42. HERUAN

10. MOHD ISHAK ABDUL HAMID 43. RAFIDAH HAIRUDIN

11. MIMI JULIANA DOGI 44. MEGAT MOHD FERDAUS BIN

12. MUHAMAD A. JALAL
MEGAT AHMAD TERMIZI

13. NORHANISSA KHOARI 45. HELMI BIN SULAIMAN

14. MOHD KAMARUL SHAH 46. MOHAMAD MOHDI

15. NURUL HAINEZA SELAMAT 47. MOHAMAD AIDIL ABDUL KHALIM

16. AMINAH BINTI MOHAMAD 48. NOOR AFIZAH BT ABU SHAH

17. JAWARIA JAWAWI 49. SUZANA MAZLAN

18. RAHIMAH BT MAHMOOD 50. AINUDDIN BIN MOHLISIN

19. ROSMALA BINTI JAMALUDIN 51. ROZIAH AHMAD

20. IZAN BINTI MOHD ISHAK 52. RAHMAT BASROL

21. NORSUZILAWATI BTE YAZIZUR 53. NORMUFIDAH ABDUL RAZAK

22. MOHD KHAIRI B. MARIDUN 54. AIDIL SAIFUL FAIZAL BIN AB. RAZAK

23. ROSUELA MANAE 55. HAFSAH BT SAFRI

24. NADIRAH BINTI HAIDRUS 56. ZAKIAH BT ISMAIL

25. SHAMSUL BIN BAKRI 57. ROSALIZA ZAKARIA

26. ZULKARNAIN BIN DAUD 58. MOHAMED FAUZI BIN BIDI

27. MASLINDA MARSIAD 59. AHMAD SHAHIZAN

28. BADLISHAH HJ ABDUL HAMID 60. SITI HAWA BINTI HAMDAN

29. RABIAH NADHIR 61. SHARIFAH SALWA BT SYED

30. NORHASLIDA MOHD NOOR
ABDULLAH

31. ALI BIN SIS 62. MUSTAFA BIN MUSA

32. MUHAMMAD AZIZ BIN DAUD 63. NUR SALEHA BT SAMIHAN

33. MAZNAH SAPE'EE 64. SARINAH SELAMAT

- 1 1 -

LAPORAN MESYUARAT AGUNG
KALI KE-15

SENARAI KEHADIRAN

65. MOHD AZMI BIN ALI 97. SITI MASITAH BINTI HARUN

66. ROSMAN BIN IDRIS 98. SITI MAZLINAWATI BINTI MAHADI

67. SURAYA SELAMAT 99. SATIRAH SALLEH

68. ROSNAH BT MOHD YUSOF 100. NORNIDAWATI BINTI MOHD ZAID

69. FAIRUZALIANA BT MOHTAR 101. KARTINI BINTI CHATIB

70. RAHIMAH SOEP 102. ZURINA BTE KHALIB

71. MOHD ROSNIZAL AB. GHANI 103. SAHID MOHTAR

72. NORZALEHAN BT BURHAN 104. HALIMAH BINTI MOHAMAD

73. ABDUL KAYUM KHAN BIN 105. ROHANI BT SEMAN


JUMAAT 106. NOR HABIBAH BINTI URI

74. SITI FATIMAH 107. MOHAMAD NOR BIN JANI

75. SITI ZABIHA SELAMAT 108 NOR AZWIN AKMAL BT ISMAIL

76. NURSALEHA BT SAMIHAN 109. ZANARIAH MOHD JUWAHIR

77. SHARIFUL ANAM BIN ARSHAD 110. NORAZMI BIN ATAH

78. AZAHAR BIN ABU HANAN 111. ZAM BIN ADAM

79. HUZAIMAH HUSIN 112. ROSMINEE HUSSIN

80. SALASIAH KHASAN 113. SALMAH MOHAMED

81. LINAH BINTI PAIMAN 114. MASDIHANA HAMZAH

82. MOHAMAD FAUZI 115. SUZANA MUHAMAD

83. ARYANTI BINTI MD ARIF 116. FADILAH BINTI MD SHAH

84. FAIRULNIZAM MASKON 117. MOHD ZULKIFLI

85. HASONAH BINTI HANIE 118. HASLIZA MOHD MEOR

86. ABDUL RAHMAN SUAIDEAN 119. HUZAIMI HUSIN

87. ZAKIAH BT SUNGIB 120. SAMSUDIN B.AWANG

88. RAHAYA 121. HASWADI BIN HASAN

89. MOHD RASHID/HASLINDA 122. NORSUZILAWATI BTE JAZIZUR

90. AZMAN BIN TAHIR 123. ZAKHIRUDIN B. EHWAN/HAMIDAH

91. NOR KHUDA BINTI MISDI 124. ZANARIAH YASNON

92. SUZANA BINTI AHMAD 125. NORHAYATI BT RAHMAT

93. NOR ASYIKIN BT RAHMAT 126. ELIAS BIN WAGIB

94. SHAMSUL BIN BAKRI 127. WAN SITI NURKAMILAWATI

95. MUHAMAD YUSRI CHE YA 128. NOR HIDAYATI BINTI ASPAN

96. ROZIYATI YUSOF 129. AYOB BIN ALI


- 12 -

LAPORAN MESYUARAT AGUNG
KALI KE-15

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 15 (2020)

Tarikh : 22 Februari 2020
Tempat : Dewan Madrasah Alattas Alarabiah Johor
Masa : 9.00 pagi - 1.45 petang
Kehadiran : 134 orang
Catatan Mesyuarat :

1. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS


1.1 Pengerusi majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran ibu bapa




yang amat memberansangkan pada tahun ini.



1.2 Pengerusi mengharapkan supaya majlis hari ini berjalan dengan baik dan
2.


lancar.



U

CAPAN YANG DIPETUA PIBG



2.1 Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir ke majlis bagi




memberi impak yang besar pada anak-anak yang belajar di Madrasah


3.
Alattas Alarabiah Johor.



2.2 Kerjasama ibu bapa amatlah penting daripada pelbagai segi antaranya




sokongan, infaq, harta, dan masa dalam menjayakan program sekolah.


4. 2.3 Kehadiran ibu bapa mengembirakan pihak jawatankuasa PIBG kerana ibu


bapa merupakan orang-orang hebat.

PE

NGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU
3.1 Encik Fairul Nizam Miskom memberi cadangan minit mesyuarat agung


PIBG kali ke-14 disahkan.
3.2 Encik Abdul Kadhir bin Hamzah telah menyokong bagi mengesahkan


minit mesyuarat tersebut

M

EMBAHASKAN PERKARA BERBANGKIT

4.1 Puan Wan Siti Norkamilawati mengajukan pertanyaan mengenai


perkembangan usul iaitu menyediakan kemudahan dobi di asrama.

4.2 Cikgu Mohd Azman (Pengetua) memberikan respon bahawa masih belum


ada dan akan dibawa pada tahun 2020 untuk dibincangkan pada sesi


perbincangan usul dan cadangan.

4.3 Puan Sharifah Salwa binti Abdullah mengajukan pertanyaan tentang usul


1.5 iaitu menyediakan sukatan untuk menghafal surah lazim atau Al-Quran


sepenuhnya.

4.4 Cikgu Mohd Fuad memberi respon bahawa sukatan telah disediakan dan

sukatan yang ada merupakan sukatan yang sangat baik.

- 13 -

4.5 Cikgu Mohd Azman (Pengetua) memberi respon bahawa dengan kelayakan

sijil Al-Quran (KKQ), boleh terus memohon pengajian diploma di Darul

Quran atau Maahad Johor. Program Tahsin telah dijalankan setiap Rabu

malam Khamis sebagai penambahbaikan kepada anak-anak pelajar.

4.6 Tn Hj Mohd Azmi mencadangkan agar ibu bapa menerapkan konsep

menghafal Al-Quran kepada anak-anak sebagai persediaan ke pengajian di

Timur Tengah.

4.7 Encik Abd Qayyum bin Muhammad mencadangkan pihak PIBG untuk

meneruskan majlis dengan mengulas setiap usul dan cadangan tahun lepas

mengikut urutan senarai.

4.8 Tn Hj Mohd Azmi (YDP) mengulas keceriaan dan kebersihan telah

dijalankan oleh guru-guru. Pokok-pokok juga telah ditebang. Papan nama

sekolah telah memohon pada Majlis Perbandaran namun berlaku

kekeliruan bagi pihak yang menguruskannya iaitu pihak Jabatan Kerja

Raya.

4.9 Cikgu Mohd Azman memberi respon bahawa pihak pentadbir sudah

mengurangkan tempoh masa persekolahan dan masa akhir pembelajaran

pada 2.20 petang.

4.10 Tabung derma telah disediakan di surau.
4.11 Kerja pendawaian elektrik asrama telah siap sepenuhnya dan setiap bilik


telah disediakan kipas.
4.12 Pihak sekolah dan PIBG akan menaik taraf surau serta bangunan akademik


pada hujung tahun dan telah dibuat permohonan peruntukan kepada

kementerian.
4.13 Kos elektrik sekolah telah diturunkan sebanyak RM1500.00 berbanding

tahun sebelumnya.
4.14 Kipas-kipas yang dibaik pulih akan dipasangkan di kelas-kelas.
4.15 Ubah suai ampaian dan pemasangan lampu telah dilaksanakan oleh PIBG.
4.16 Pemasangan lampu LED asrama putera dan puteri akan dijalankan pada

bulan Mac menggunakan peruntukan RM11000.00 dan rak kasut asrama

puteri juga akan dibaik pulih pada masa yang sama.
4.17 Perubahan menu sarapan pagi iaitu cocopuff telah digantikan dengan coco

crunch. Pihak dewan makan juga telah mengikut menu yang telah

disediakan dan ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malayasia.
4.18 Pembersihan bilik air dilakukan sebanyak dua kali setiap hari mengikut

jadual pembersihan.
4.19 Sebanyak 14 buah tombol pintu dan selak telah dibaiki.
4.20 Buku outing diasingkan mengikut tingkatan telah dilaksanakan dan

pengetua minta ibu bapa semak buku outing dan menandatanganinya.
4.21 Waktu melawat mulai jam 10 pagi hingga 5 ptg. Ibu bapa dibenarkan

membawa anak keluar membeli barang keperluan dalam tempoh tersebut.

Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah dan tertulis

dalam peraturan asrama
4.22 Saiz papan seterika telah dilebarkan dan memberi ruang kemudahan untuk

menggosok pakaian. Jenis seterika juga telah ditukar kepada seterika stim.
4.23 Penapis air yang sedia ada telah disalahgunakan oleh pelajar untuk mencuci

bekas dan sisa-sisa makanan dan menyebabkan tersumbat.
4.24 Baik pulih bilik-bilik darjah, bilik guru dan dewan adalah di bawah

peruntukan khas.


- 14 -

4.25 Pihak sekolah mengalu-alukan dan meminta ibu bapa memberi kerjasama


untuk menghantar anak kembali ke sekolah pada waktu yang ditetapkan


kecuali hal kecemasan.

4.26 YDP mencadangkan untuk diperketatkan peraturan asrama kerana sekolah-


sekolah lain seperti MRSM mempunyai peraturannya sangat ketat. Beliau


juga minta supaya ibu bapa tidak mengamalkan budaya suka melanggar


peraturan. Sekolah agama juga perlu ada kualiti dan mesti menjadi contoh


kepada sekolah-sekolah lain.

4.27 Encik Ali bin Sis berkongsi pandangan bahawa sekolah ini adalah sekolah


agama, dengan itu sikap seperti "pembaziran pakaian" di kalangan anak-


anak dapat diatasi. Ibu bapa yang mahir dalam urusan permohonan


sumbangan kepada pihak tertentu, diharap agar dapat membantu untuk


kebaikan anak-anak.










5. M
EMBENTANGKAN DAN MELULUSKAN LAPORAN KEWANGAN


P
IBG 2019






5.1 Cikgu Aalia, selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata pendapatan


dan perbelanjaan yang berakhir 31 Disember 2019.

Puan Sharifah Salwa binti Abdullah mencadangkan agar penyata

5.2 perbelanjaan disahkan. Puan Zuraida binti Shafie menyokong untuk


disahkan.



5.3 Ibu bapa banyak memberi sumbangan dan membayar yuran dalam kadar


90 peratus. Pengecualiaan diberikan kepada ibu bapa yang tidak


berkemampuan.

5.4 YDP memohon sokongan PIBG RM100 setiap keluarga, kecemerlangan


RM50 seorang, pengangkutan RM82, kecemerlangan kelas peperiksaan


RM100, azahari RM35 (RM20 Dini, RM15 Ihtifal Riyadhi).
5.5 Encik Abdul Kadir bin Hamzah mencadangkan agar pembayaran


dikekalkan.


Encik Shamsuddin menyokong cadangan yang sedia ada.




P

ERBAHASAN USUL/CADANGAN
6.

6.1 Usul daripada Ahmad Hanif bin Naim iaitu sekolah perlu mengadakan

kelas darjah khas untuk pelajar. Sekolah setuju adakan kelas darjah khas

ini pada sebelah petang. Jika mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama,

kelas akan bermula tahun 2021. Perancangan pelaksanaan dua minggu di

sekolah, dua minggu bersekolah di sekolah yang berdekatan. Kos guru

Jabatan Agama adalah bawah tanggungan ibu bapa. En Fauzi

mencadangkan untuk tidak dilaksanakan cadangan tersebut kerana

bergantung kepada ibu bapa pelajar tingkatan satu akan datang.




- 15 -

6.2 Puan Zanariah binti Yasnon menyampaikan usul untuk diadakan peperiksaan

SMA dan SMRA bagi tingkatan 2 dan tingkatan 4. Hal ini kerana Jabatan

Agama telah menyediakan dua set kertas peperiksaan antaranya ialah

kurikulum dini.

6.3 Cikgu Mohd Azman menyatakan usul ini perlu dibawa ke pihak atasan. Jika

pihak jabatan bersetuju, bolehlah dilaksanakan. Walau bagaimanapun, sekolah

menggunakan set soalan Jabatan Agama Negeri untuk peperiksaan percubaan .

6.4 Cikgu Nurliza mengulas bahawa soalan yang diberikan Jabatan Agama adalah

tidak selari dengan silibus yang dijalankan di sekolah ini.

6.5 Encik Rosman menerangkan bahawa kini jabatan agama telah mengikut silibus

dan bentuk KBD dan mencadangkan untuk adakan peperiksaan SMRA dan

SMA supaya masa pelajar terisi dan tidak terasa kosong disebabkan tiada

peperiksaan besar.

6.6 Cikgu Mohd Azman berpendapat bahawa bebanan berlaku pada kerja-kerja

penandaan. Beliau mencadangkan set soalan itu hanya digunakan untuk

peperiksaan akhir tahun.

6.7 Seramai lima orang ibu bapa tidak setuju untuk dilaksanakan peperiksaan

SMRA dan SMA.

6.8 Tn Hj Mohd Azmi menyatakan usul untuk memberikan imbuhan minimum

RM10 sebulan kepada ibu bapa yang mengajar Al-Quran dan tajwid kepada

anak-anak Alattas. Pelaksanaan dicadangkan sebanyak dua kali seminggu.

6.9 Puan Wan Siti Norkamalawati bersetuju dengan cadangan kelas Al-Quran

terutamanya untuk anak yang masih belum khatam al-quran.

6.10 Encik Shamsul bin Bakri mencadangkan AJK PIBG membincangkan berkaitan

SMA dan SMRA semula di peringkat guru-guru mengikut suasana dan

kesediaan pihak sekolah. Hal ini kerana, terdapat dalam kalangan ibu bapa

yang mempunyai bebanan kewangan untuk membayar yuran peperiksaan.

6.11 Cikgu Huzaimah memaklumkan pelaksaanaan SMA dan SMRA akan

dibincangkan bersama guru-guru.

6.12 Tn Hj Mohd Azmi memaklumkan bahawa usul SMA dan SMRA diterima

disebabkan oleh majoriti mempersetujui usul tersebut.

6.13 Tn Hj Mohd Azmi menyatakan bahawa ada usul yang mampu dilaksanakan

dan ada usul yang tidak mampu dilaksanakan. Satu usul diserahkan kepada ajk

disebabkan pihak yang mencadangkan tidak hadir.

6.14 Encik Shamsul bin Bakri mencadangkan cara potongan bank setiap bulan

kepada tabung PIBG sebagai dana yang boleh digunakan untuk menampung

perbelanjaan pembelajaran.

6.15 Encik Shamsul bin Bakri juga mencadangkan pembelian peralatan pembesar

suara dan mikrofon yang mencukupi sebagai kelengkapan dewan supaya

hadirin yang berada di dalam dewan sama ada di depan mahupun di belakang

jelas perkara yang dibincangkan.

6.16 Cikgu Mohd Azman memaklumkan bahawa insfrastruktur ampaian akan

diselesaikan secepat yang mungkin.

6.17 Tn Hj Mohd Azmi memberitahu bahawa kemudahan dobi akan menyebabkan

kos elektrik dan air meningkat.

- 16 -

6.19 Encik Shamsul bin Bakri berpendapat bahawa kemudahan dobi atau mesin


basuh amat baik untuk mengelakkan masalah pakaian hilang.

6.20 Puan Sharifah Salwa mencadangkan untuk pembayaran yuran melalui


online transfer.

6.21 Cikgu Sukinsi mengatakan bahawa ibu bapa boleh memaklumkan kepada

penyelia asrama jika mahu membuat bayaran secara online.

6.22 Puan Wan Siti Norkamlawati bertanya mengenai isu penggabungan pelajar

lelaki dan perempuan tingkatan 2 di dalam satu kelas yang sama.

6.23 Cikgu Mohd Azman memberi respon bahawa pihak sekolah cuba untuk

mengelakkan keadaan demikian namun kekangan pada bilangan pelajar

yang semakin ramai dan tidak seimbang antara lelaki dan perempuan.

Penentuan kelas adalah mengikut kecenderungan para pelajar dan perlu

melihat kepada keberkesanan dan hasil tindakan ini.





7. U
CAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir.

7.2 Beliau juga berharap PIBG sentiasa bersama pihak sekolah dalam

membantu meningkatkan kecemerlangan dan prestasi pelajar-pelajar di

Madrasah Alattas Alarabiah Johor

7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 petang.









Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHD HATTA BIN SUKRI) (MOHD AZMI BIN ALI)
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG

- 17 -

PENYATA PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN PIBG 2020

BERAKHIR 31 DISEMBER 2020



Penerimaan

Perbelanjaan

- 18 -

PENYATA PENDAPATAN DAN
PERBELANJAAN PIBG 2020

- 19 -

USUL DAN CADANGAN
PIBG 2021

BIL NAMA PELAJAR /IBU BAPA KELAS USUL DAN CADANGAN

1. Muhammad Asyraf bin Mahfiz 5SK 1.Kelas PDPR tidak dijalankan
(Anak) ketika waktu solat fardhu
Mahfiz bin Mohamed Taib pada sekurang-kurangnya
(Ibu/Bapa/Penjaga) 20 minit pertama masuk
waktu solat
2. Mohamad Dhamien Wafiq bin 3AB
Mohd Azri ( Anak) 2. Aktiviti mesyuarat, motivasi
Mohd Azri bin Abd Aziz dan lain-lain pada waktu
(Ibu/Bapa/Penjaga) malam dibuat sekurang-
kurangnya 20 minit setelah
3. Mohamed Izz Irhan bin Mohd 3AB masuk waktu Isyak
Fauzi ( Anak)
1.Mengadakan masa untuk
Sharifah Salwa binti Syed pelajar dan guru solat sunat
dhuha setiap pagi.
Abdullah (Ibu/Bapa/Penjaga)
1.Mengadakan kelas pengajian
Al-Quran pada setiap hari
dan kelas hafazan surah-
surah pilihan

4. Azim Azmeer Bin Rohaizad 1SK 1.Saranan setiap pelajar
(Anak) menyumbang RM 10 setiap
Rohaizad Bin Ani bulan untuk
(Ibu/Bapa/Penjaga) penyelenggaraan asrama

5. Aliff Syaqeel Bin Sarizan (Anak) 3SK 1.Pelbagaikan jualan di
Siti Affzan Binti A Kadir koperasi
(Ibu/Bapa/Penjaga)

- 20 -

6. Nik Nurul Izzah Sakinah Bt Nik 2SK 1.Kekalkan AJK PIBG 2020
Zawawi (Anak) untuk sesi seterusnya
Nik Zawawi Bin Nik Mat
(Ibu/Bapa/Penjaga)

7. Nik Nurfatin Adibah Bt Nik 4SK 1.Kekalkan AJK PIBG 2020
Zawawi (Anak) untuk sesi seterusnya
Nik Rusina Bt Nik Man
(Ibu/Bapa/Penjaga)

8. Irdina Sofiah binti Khairulhelmi 1SK 1.Mengadakan anugerah guru
( Anak) misali dan ibu bapa/ penjaga
Khairulhelmi Bin Katip misali sebagai tanda
(Ibu/Bapa/Penjaga) penghargaan atas komitmen
& komitednya.

9. Muhammad Ameer Fitri Bin 5SK 1.Mewujudkan speaker atau
Mohd Amran (Anak) intercom untuk
Norazilah Binti Abdul Aziz memudahkan ibu bapa
(Ibu/Bapa/Penjaga) mencari anak ketika lawatan

10. Nur Mardhiah binti Mohd Sabri 1AB 1. Diharap pembelajaran boleh
(Anak) diadakan seperti biasa dan
Mohd Sabri bin Othman secara semuka dengan guru
(Ibu/Bapa/Penjaga)

11. Abdul Haqim Bin Abdul Halim 1SK 1.Memandangkan pandemik
(Anak) Covid 19 masih berlaku, saya
Abdul Halim Bin Abd Manap ingin mencadangkan, pelajar
(Ibu/Bapa/Penjaga) sentiasa di pantau kesihatan
mereka terutama yang
duduk atau tingal di asrama
dan luar asrama
terutamanya.

- 21 -

12. Ain Aqilah Binti Abdul Hadi 2SK 1.Tambah mesin basuh dan
(Anak) ampaian
Fadlul Jannah Binti Ahmad
(Ibu/Bapa/Penjaga) 6AN 1.Meningkatkan kelengkapan
penginapan
13. Radin Mohamad Adha Bin
Izaddin (Anak)
Banaya Binti Sarman
(Ibu/bapa/Penjaga)

14. Azfar Danish Bin Imam Solikin 5AB 1.Peperiksaan sebenar seperti
(Anak) SPM 2021 sejurus selepas

Sarinah Binti Selamat sekolah dibuka. Kasihan

(Ibu/Bapa/Penjaga) sebab anak-anak SPM 2021

tidak pernah melaluinya lagi.

15. Muhd. Farouq Bin Ariendy 6AN 1.Tubuhkan persatuan silat
Ariana Najwa Bt Ariendy (Anak) 3SK sebagai salah satu
Ariendy Bin Mubin kokurikulum sekolah
(Ibu/Bapa/Penjaga)

16. NurHilmi Afiq bin Mohd Henafi 1SK 1.Minta pihak sekolah atasi
(Anak) masalah kekurangan air
Mohd Henafi bin Abdul Rahim ketika pelajar mandi.
(Ibu/Bapa/Penjaga) Mungkin tangki simpanan
tidak mencukupi kerana
masalah ini berlaku kepada
pelajar yang mandi lewat
sedikit. Mereka terpaksa
menunggu untuk mandi dan
boleh menyebabkan tergesa-
gesa untuk mempersiapkan
diri.

- 22 -

17. Amirah Shafiqah Binti Ayob 6AN 1.Saya mencadangkan agar
(Anak)
Suhana Binti Muhamad memberi kelonggaran
(Ibu/Bapa/Penjaga)
pemakaian baju kurung

biasa ke sekolah seperti di

Univerisiti/Institusi lain

memandangkan pelajar

STAM sudah di peringkat

Pra Diploma

18. Nuraliah Batrisyia Binti Md 5SK 1.Mengadakan sesi kaunseling
Rizal (Anak)
Md Rizal Bin Jasman kepada anak-anak
(Ibu/Bapa/Penjaga)
terutamanya bagi anak-

anak tingkatan 5 & 6 yang

akan mengambil

peperiksaan penting bagi

meningkatkan keyakinan

diri memandangkan

sebahagian tahun

dihabiskan dengan pdpr dan

situasi ini sangat mencabar

bagi mereka. Dengan

adanya sesi kaunseling ini

diharap dapat menaikkan

semangat dan keyakinan

dalam diri mereka.

19. Norazandy Shah 2AB 1.Meletakkan papan tanda di
(Anak) jalan besar
Norazmi (Ibu/bapa/Penjaga)

- 23 -

ANALISIS PEPERIKSAAN
AWAM 2018 - 2020

STAM :
Pencapaian STAM 2020 :

SPM :
Pencapaian SPM 2019 dan SPM 2020 :

- 25 -

ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR

- 26 -

ANUGERAH KECEMERLANGAN
PELAJAR

- 27 -

TOKOH SAHSIAH UNGGUL MURID
(SUMUR) 2020

-KATEGORI BUDI BAHASA-
MOHAMAD NORNADZIRUN BIN NORHATA



-KATEGORI MUTADAYIN-
NUR FATIHAH BINTI MOHD ZULKIFLI



-KATEGORI JATI DIRI -
MOHAMAD RAZIN HAZMAN BIN HAMEDI



-KATEGORI PENAMPILAN DIRI-
NURNABIHAH HANNANI BINTI SAIFULBAHARIN




- 28 -

ANUGERAH KECEMERLANGAN
GURU

- 29 -

ANUGERAH PENGHARGAAN
GURU

NOOR KHUDA BINTI MISDI

GURU PEMBIMBING
ANUGERAH PUTERI SULUNG FESTIVAL PUTERI PPIM

PERINGKAT KEBANGSAAN 2019



MOHD HATTA BIN SUKRI

GURU PEMBIMBING
PERTANDINGAN HIWAR MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MISSKPM)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019



MOHD FUAD BIN SALIM

GURU PEMBIMBING
PERTANDINGAN HIWAR MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MISSKPM)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019



AMEER SHAZWAN BIN MAZUNI

GURU PEMBIMBING
PERTANDINGAN HIWAR MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (MISSKPM)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2019



- 30
-

SEKALUNG PENGHARGAAN



DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :




TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ALI
YDP PIBG Madrasah Alattas Alarabiah Johor



CIKGU MOHD AZMAN BIN MOHD YUNOS
Pengetua Madrasah Alattas Alarabiah Johor







Semua Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020






Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Kali Ke-16






Semua Ibu Bapa Dan Penjaga Murid






Warga Madrasah Alattas Alarabiah Johor






Dan Semua Pihak Yang Telah Memberi Sokongan Dan
Sumbangan Untuk Menjayakan Mesyuarat Agung PIBG

Madrasah Alattas Alarabiah Johor Kali Ke-16



TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version