SPSK PK 07/3 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 7 KOTA DAMANSARA, JALAN NURI 7/3, 47810 PETALING JAYA SELANGOR ____________________________________________________________________________ BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT PERKARA : MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL 1/2024 TARIKH : 5 MAC 2024 TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKS7 M/S PARA PERKARA TINDAKAN PERKEMBANGAN/ ULASAN 3 4.1.3 Bilangan perjumpaan bagi unit beruniform, persatuan/kelab dan sukan/permainan ialah 12 kali setahun. Semua Guru Semua guru maklum dan akan laksanakan seperti yang dijadualkan. 5 4.2.2.2 Bagi tahun 2023/2024, unit kokurikulum yang terlibat menyediakan PSO diminta menghantar laporan akhir PSO kepada PK Kokurikulum untuk disemak. Semua guru unit kokurikulum Semua guru maklum dan ada unit telah menghantar laporan akhir untuk disemak. 5 4.2.3 Setiap Ketua Penasihat hendaklah membuat mesyuarat agung pada perjumpaan kali pertama bersama murid bagi melantik AJK setiap Kelab/Persatuan,Sukan Permainan dan Unit Beruniform. Ketua Penasihat Semua Ketua unit dan guru penasihat maklum dan telah melaksanakan mesyuarat agung pada perjumpaan kali pertama pada 13 Mac 2024. 5 4.2.4 Setiap guru penasihat perlu menulis laporan setiap aktiviti di dalam buku pelaporan yang disediakan. Guru juga diingatkan untuk mengambil kehadiran murid, menulis hari, masa perjumpaan dan impak setiap aktiviti yang dijalankan sebagai refleksi guru pada hari tersebut. Semua guru unit kokurikulum Semua guru unit maklum dan telah menghantar buku laporan kepada PK Kokurikulum selepas perjumpaan kali ke 2 6 4.2.5.2 Kehadiran guru akan dicatat oleh penyelaras unit beruniform, kelab persatuan dan permainan semasa perjumpaan dijalankan Penyelaras setiap unit Penyelaras unit maklum dan akan menyediakan borang kehadiran setiap kali perjumpaan unit diadakan.
SPSK PK 07/3 2 6 4.3.1 Pihak sekolah perlu melaksanakan 5 program utama peringkat sekolah:- -Merentas Desa -Sukan Tahunan -Perkhemahan Perdana -Pertandingan kawad kaki -Hari Sukan Negara (HSN) Setiausaha Sukan dan Semua Guru SUSukan dan semua guru maklum dan akan melaksanakan program mengikut tarikh dalam takwim sekolah. 6 4.3.2 Kebitaraan sekolah adalah sukan/ permainan iaitu sukan bola sepak, sofbol, bola baling dan bola jaring. Pihak sekolah berharap para jurulatih boleh tingkatkan usaha untuk membentuk pasukan yang lebih mantap pada masa akan datang. Semua guru penasihat/jurulatih pasukan sekolah perlu menyediakan sesi latihan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan. Jadual latihan boleh dirujuk di dalam Buku Pengurusan Kokurikulum sekolah. Jurulatih Pasukan Sekolah Jurulatih pasukan sekolah maklum dan akan membuat sesi latihan sebulan sebelum pertandingan diadakan dan mengikut jadual dalam takwim sekolah. 6 4.3.3 Sebagai acara tahunan, sekolah kita akan menghantar pasukan kawad kaki ke pertandingan kawad kaki pada tahun ini. Latihan kawad kaki akan diadakan semasa perjumpaan unit beruniform dan sebulan sebelum pertandingan diadakan. Ketua Unit Badan Beruniform dan ketua pasukan kawad kaki Guru yang terlibat maklum dan akan membuat pemilihan pasukan kawad kaki pada perjumpaan Unit Beruniform dan membuat sesi latihan berjadual sebulan sebelum tarikh pertandingan. 7 4.4.3 Semua guru kelas dikehendaki mengisi dan melengkapkan maklumat yang terdapat dalam sistem PAJSK. Guruguru perlu peka dengan tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan dan mengisi maklumat dalam sistem. Semua Guru Semua guru Tahap 2 akan mengisi PAJSK 10 hari sebelum sistem tutup. 7 4.4.5 Pencapaian murid dalam semua aktiviti mesti dicatatkan dalam sistem PAJSK selain rekod guru. Hal ini penting ketika pengisian data PAJSK atas talian di penghujung sesi persekolahanSemua guru kelas tahun 4,5 dan 6 perlu mencetak slip PAJSK bagi kelas masingmasing dan disimpan di dalam fail peribadi murid-murid. Guru kelas Guru kelas akan mencetak slip PAJSK selepas selesai ujian akhir tahun.
SPSK PK 07/3 3 7 4.5.2 Makluman kepada ibu bapa penjaga akan dibuat sebelum bermula aktiviti kokurikulum yang pertama. PK Kokurikulum PK Kokurikulum telah mengedarkan surat siaran pemakluman pelaksanaan aktiviti kokurikulum bertarikh 11 Mac 2024 (Ruj : SKS7KD 600-3/1/4 (24) 8 4.5.3 Sukan Tahunan dijadualkan akan dilaksanakan pada 13 Julai 2024 (Sabtu) jika keadaan mengizinkan dan sebarang perubahan akan segera dibincangkan bersama seluruh komuniti sekolah. Pihak sekolah akan memohon cuti peristiwa sempena sukan sekolah. SU Sukan SU Sukan maklum dan akan mengadakan mesyuarat pelaksanaan sukan tahunan dua minggu sebelum kejohanan sukan diadakan. 8 4.5.4 Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum untuk sesi 2024 telah dimasukkan dalam takwim persekolahan 2024. Oleh itu, guru perlu memastikan aktiviti berjalan mengikut takwim kecuali jika ada perubahan yang akan dimaklumkan kemudian. Semua guru Semua guru maklum dan akan merujuk takwim sekolah untuk melaksanakan sebarang aktiviti kokurikulum 8 4.6 1 Untuk pembelajaran kendiri, guru-guru penasihat perlu mewujudkan GC bagi unit masing-masing (Kelab/Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan/Permainan). Semua guru Telah bertindak Puan Theepa selaku admin Portal Delima telah menyediakan tapak unit kokurikulum dalam GC. Pembelajaran kendiri bermula pada 20/3/24 9 4.7.1 PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru bahawa pada hari Isnin, minggu yang ketiga merupakan perhimpunan bulanan kokurikulum. Murid dan guru diwajibkan memakai pakaian Unit Beruniform lengkap atau separa lengkap pada hari tersebut semasa perhimpunan pagi bermula Mac 2024. Semua guru Semua guru maklum dan telah bertindak pada perhimpunan minggu ketiga bulan Mac 2024. 9 4.8.1 PK Kokurikulum memaklumkan kepada semua guru penasihat Badan Beruniform Sekolah untuk mendaftar ahli baru serta mengemaskini rekod atau pendaftaran keahlian. Semua guru penasihat Badan Beruniform Ketua penasihat Unit Beruniform telah maklum dan dalam proses mendaftar pasukan baharu pada tahun ini.
SPSK PK 07/3 4 9 4.10.1 PIkeBM perlu disisipkan sewaktu aktiviti kokurikulum dijalankan. Ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid secara lisan agar mereka dapat berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu dengan lebih baik dan efektif. Semua Guru Semua guru penasihat akan merekodkan aktiviti PIKeBM dalam buku laporan Kokurikulum. 10 4.11.1 Pelaporan Program Anti-Rasuah perlu dibuat di sekolah. Laporan perlu disediakan dan dihantar pada setiap bulan sebelum 25 haribulan. Oleh yang demikian, semua panitia perlu bertindak dan jadual pelaksanaan pada setiap bulan akan disediakan oleh Setiausaha Kokurikulum. Semua Guru Semua guru maklum dan akan dilaksanakan pada setiap bulan. Disediakan oleh; Urus Setia Mesyuarat Setiausaha Kokurikulum Unit Kokurikulum SK Seksyen 7 Kota Damansara Tarikh : 23 MAC 2024