ETIKA DAN PERADABAN YANG MENJADI AMALAN KAUM MELAYU DI BAHASA YANG DIGUNAKAN MALAYSIA OLEH KAUM MELAYU AGAMA DAN KEPERCAYAAN KAUM MELAYU ADAT PERKAHWINAN ADAB KETIKA MAKAN ORANG MELAYU PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU PERAYAAN KAUM MELAYU PANTANG LARANG ORANG MELAYU DI MALAYSIA MAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN MS 3 MS 4 MS 7 MS 8 MS 9 MS 15 MS 16 MS 17 MS 6 MS 5 P E N G H A R G A A N P E N G E N A L A N SID A N G R E D A K SI BAHASA YANG DIGUN A K A N O L E H K A U M M E L A Y U A G A M A D A N K E P E R C A Y A A N K A U M M E L A Y U A D A B K E TIK A M A K A N O R A N G M E L A Y U A D A T P E R K A H WIN A N P A K AIA N T R A DISIO N A L K A U M M E L A Y U M A K A N A N K A U M M E L A Y U DI MALAYSIA P A N T A N G L A R A N G O R A N G M E L A Y U DI M A L A Y SIA C A D A N G A N K E SIM P U L A N S U M B E R R U J U K A N MS 10 MS 12 MS 14 MS 13 P E R A Y A A N K A U M M E L A Y U DI MALAYSIA
PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah pentadbir seluruh alam, tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Allah Maha Besar. Bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan E-Majalah berbentuk flipbook ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek "Penghayatan Etika dan Peradaban" Puan Tengku Radziatan Mardzuiah binti Tengku A Razak diatas sokongan dan dorangan yang diberikan untuk kami menyiapkan tugasan ini. Semoga beliau sentiasa diredhai dan diberkati oleh Allah. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang bertungkus lumus , bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Kami berharap majalah ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya. 3
SIDANG REDAKSI FATIMATUZZAHRA MOHD FAUZY 17DTK22F1005 NUR UMAIRA FAQIHAH BT NOR MOHD SANI 17DTK22F1017 SITI NAJIHAH HANUM SURIA 17DTK22F1026 NUR QURRATUAINI BT ROSLAN 17DTK22F1035 NAHDATUL NABILA HUSNA BT FAIZAL 17DTK22F1011 4
PENGENALAN 5 elayu ialah kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk Selatan Thailand, Pantai Timur Sumantra, pesisiran pantai Borneo, dan semua pulau di kepulauan Riau. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga Bahasa Austronesia. M Melayu merupakan satu bangsa yang kaya dengan adat resam, akhlak, ilmu, adab dan budaya. Orang melayu juga mempunyai Kepercayaan agama tersendiri iaitu Agama Islam. Agama islam merupakan agama yang disebarkan daripada pendagang arab yang berdagang ke tanah melayu pada abab ke 15. Selain itu, Bahasa ialah ciri pengenalan atau Bahasa dapat menunjukkan identiti sesuatu bangsa. Oleh itu, bangsa melayu telah menggunakan Bahasa sendiri iaitu Bahasa melayu. Bahasa ini masih digunakan sehingga sekarang malah merupakan Bahasa utama di Malaysia. Bahasa ini sangat penting kerana tanpa Bahasa tiada bangsa. Seterusnya Bahasa Melayu mempunyai tulisan tersendiri iaitu tulisan jawi yang merupakan tulisan yang mirip tulisan Bahasa arab tetapi cara sebutan dan juga jumlah hurufnya berbeza. Tulisan jawi ini digunakan oleh masyarakat melayu untuk menulis zaman duhulu. Bahasa jawi ini masih digunakan oleh masyarakat kini. Akhir sekali, keris merupakan senjata yang digunakan oleh masyarakat Melayu, keris ini mempunyai reka bentuk yang unik. Keris ini selalu digunakan oleh lelaki Melayu semasa memakai baju Melayu untuk menunjukkan kegagahan seorang lelaki Melayu pada zaman dahulu tetapi masih dipakai sehingga sekarang. Keris mempunyai sarung tersendiri untuk menyimpan keris dan dapat disangkutkan di samping. Bangsa melayu juga mempunyai keunikkan untuk menyambut perayaan seperti hari raya aidilfitri dalam aspek makanan, perpakaian dan juga juga duit raya yang akan diberikan kepada kanakkanak.
Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah. Menurut beberapa teori, penutur-penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang datang sejak 2500 SM dari daerah Yunan dalam beberapa bentuk gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama ini dipanggil Melayu Proto. BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG MELAYU 6 Bahasa rasmi yang digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia Bahasa Melayu. BAHASA YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG MELAYU ASAL USUL BAHASA MELAYU DIALEK DI MALAYSIA Selain itu, terdapat 10 dialek yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu di Malaysia
AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA 7 AGAMA Malaysia ialah sebuah negara berbilang budaya dan agama , dan agama rasminya ialah Islam . Islam diperkenalkan oleh pedagang yang datang dari Arab , China dan India . Ia menjadi kukuh pada abad ke-15 . Perlembagaan Persekutuan sebagai Undang-undang Tertinggi menjadikan Islam sebagai " agama Persekutuan ". AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG MELAYU DI MALAYSIA KEPERCAYAAN ORANG MELAYU Kepercayaan awal masyarakat melayu sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’ , dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk . Dengan ini timbullah konsep panting larang, adat istiadat, undang-undang, kebudayaan dan sebagainya . Dengan wujudnya kepercayaan tersebut maka wujud satu golongan masyarakat yang dihubungkaitkan dengan upacara-upacara pemujaan seperti dukun, pawang dan sebagainya yang bertanggungjawab memulih diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat .
Ketika makan seelok-eloknya mengambil makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan bercakap-cakap terutamanya mulut penuh dengan makanan. Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan. ADAB KETIKA MAKAN ORANG MELAYU ADAB KETIKA MAKAN ORANG MELAYU 8
Diketuai seorang Wali, kebiasaanya bapa kandung pengantin perempuan, majlis pernikahan dilakukan dalam kehadiran seorang Kadi dan sekurang-kurangnya dua orang saksi bagi memastikan pernikahan tersebut ialah sah dan mengikut syarak. Pengantin perempuan akan dipanggil oleh Kadi untuk memberikan persetujuannya bagi perkahwinan tersebut dan majlis akan diteruskan apabila persetujuan telah diberi olehnya. ADAT PERKAHWINAN ADAT PERKAHWINAN 9
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI MELAYU DI MALAYSIA BAJU MELAYU TELUK BELANGA BAJU MELAYU CEKAK MUSANG 10 Pakaian ini sering dikenali di kawasan selatan Malaysia. Jahitannya berbentuk sulaman di bahagian leher baju itu. Kebiasanya ia disertakan dengan sampin yang dipakai di bahagian dalam baju. Pakaian ini bole dikenal pasti dengan potongan yang lebih dibahagian rumah butangnya yang bertindan. Ia juga lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Pemakaian sampinnya adalah dibahagian luar baju. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LELAKI MELAYU DI MALAYSIA
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN MELAYU DI MALAYSIA BAJU KEBAYA BAJU KURUNG 11 Pakaian ini dikatakan berasal dari Cina yang datang ke Tanah Melayu. Selain itu, Kebaya ini pada mulanya di pakai oleh golongan-golongan bangsawan sehingga dijadikan pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda. Terdapat variasi kebaya seperti Kebaya RiauPahang, Baju Belah Kebaya Panjang(Johor) Pakaian ini kebiasaanya di pakai dalam majlis perkahwinan , majlis rasmi dan sebagainya. Terdapat banyak jenis banyak kurung di setiap negeri. Seperti contoh, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Teluk Belanga dan sebagainya. Baju kurung ini juga menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM PEREMPUAN MELAYU DI MALAYSIA
Lemang merupakan salah satu masakan tradisi kaum melayu yang diperbuat daripada beras pulut, santan dan sedikit garam. keunikan lemang ini adalah ia dimasak di dalam seruas buluh. beras pulut yang sudah dicampurkan dengan santan dan garam itu dimasukkan ke dalam ruas buluh setelah dilapik dengan daun pisang sebelum dibakar sehingga masak. Nasi lemak merupakan makanan tradisional kaum melayu dan ia merupakan nasi yang dimasak bersama dengan santan dan daun pandan. nasi lemak boleh dijumpai di negara jiran dan serantau kita seperti singapura, brunei dan selatan thailand. MAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA MAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA 12
PANTANG LARANG ORANG MELAYU CONTOH PANTANG LARANG ORANG MELAYU Jangan potong kuku waktu malam Perempuan jangan nyanyi di dapur 13 Pantang larang orang melayu adalah kepercayaan turun temurun yang diberikan oleh orang tua untuk menyampaikan nasihat dan teguran kepada kita. Ini bertujuan untuk mendidik generasi muda untuk menerapkan amalan baik dalam kehidupan meraka. Maksud tersiratnya adalah nanti pendek umur. Tetapi yang mereka maksudkan adalah mereka takut kita terluka potong kuku waktu malam. Ini kerana, dahulu tiada bekalan elektrik dan hanya berbekalkan pelita sahaja. Maksud tersirat nya adalah untuk mengelakkan daripada lalai ketika memasak ditakuti makanan yang dimasak hangus. PANTANG LARANG ORANG MELAYU
PERAYAAN KAUM MELAYU PERAYAAN KAUM MELAYU 14 Dalam bahasa Melayu, hari raya paling dikaitkan dengan dua hari kebesaran agama Islam, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Hari raya dari segi istilah bermaksud 'hari kebesaran'. Hari perayaan lazimnya kini merujuk kepada hari yang ditentukan suatu kerajaan atau kumpulan agama. RAYA AIDILFITRI Kaum Melayu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada setiap tahun selepas berpuasa selama sebulan di bulan ramadan mengikut kelander hijrah. Kaum Melayu gemar menyalakan lampu pelita pada kawasan rumah dan bermain bunga api pada setiap malam raya bersama rakan-rakan, ahli kerluarga dan saudara mara. Pada hari raya tersebut kaum melayu akan pergi solat sunat hari raya berjemaah dan bertakbir hari raya bersama-sama di masjid. Kaum melayu akan pulang ke rumah keluarga dan menyambutnya bersama-sama selepas itu, kaum melayu akan bermaaf maafan sesama keluarga dan memberi duit raya kepada anak dan anak saudara mereka dan pergi menziarahi kubur atau kelurga mereka yang telah meningal. RAYA AIDILADHA Pada hari Raya Aidiladha kaum Melayu akan bertakbir selama 3 hari dan melaksanakan korban lembu, kambing, dan juga unta bagi yang melaksanakan haji. Daging korban tersebut akan disedekahkan kepada jiranjiran dan orang memerlukannya Pada masa yang sama segelintir kaum Melayu akan menunaikan ibadah Haji di mekah.
Masyarakat boleh menerapkan nilai murni dalam kehidupan seharian seperti bekerjasama serta bertolak ansur. Aktiviti kemasyarakatan juga dapat mengeratkan silaturahim antara kaum serta setiap kaum dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan seperti gotongroyong. Meraikan hari perayaan setiap kaum di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Deepavali, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Menerapkan anjuran permainan dan pertandingan yang melibatkan etika pemakaian dan masakan orang melayu CADANGAN 16
KESIMPULAN 17 KESIMPULANNYA, ADAT ISTIADAT MERUPAKAN SATU TATA CARA HIDUP SESUATU BANGSA, ADAB PULA BOLEH DIERTIKAN DENGAN TATA SUSILA YANG MEMBENTUK JATI DIRI KEPADA BANGSA ITU. DENGAN ADAB, IA DAPAT MEMBENTUK SESEORANG ITU ORANG YANG BERADAB DAN MENGHORMATI ORANG TERUTAMANYA ORANG TUA. DENGAN INI, IA DAPAT JUGA MENUNJUKKAN NILAI MURNI DALAM SESEORANG ITU SEPERTI SOPAN. Quiziz
SUMBER RUJUKAN https://ajar.com.my/2018/06/22/petua-dan-pantang-larangmelayu-yang-rupanya-masuk-akal/ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/melayu.html https://omarali.com.my/estetika-baju-melayu-klasik/ https://www.scribd.com/document/340255186/Adab-DanTatatertib-Orang-Melayu-Ketika-Makan https://www.habibjewels.com/perkahwinan-melayuhttps://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu#:~:text=Bahasa% 20Melayu%20berasal%20dari%20Asia%20Tengah,- Untuk%20rencana%20lanjutan&text=Menurut%20beberapa%20 teori%2C%20penutur%2Dpenutur,pertama%20ini%20dipanggil %20Melayu%20Proto https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2013/10/27/agamadan-kepercayaan-0rang-melayu/ https://www.google.com/url? sa=i&url=https%3A%2F%2Fcariblogger.com%2Fmakanantradisionalhttps://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/nasi-lemak/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_perayaan 18