The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by uswah alek, 2024-05-08 21:23:35

skop kerja penyedia makanan

skop kerja penyedia makanan

1 PENGHURAIAN KERJA PERKHIDMATAN PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN 1. SKIM PERKHIDMATAN Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19, N22, N26, N28. 2. PERINGKAT ORGANISASI Pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan. 3. RINGKASAN TUGAS Memilih, mengasingkan dan menerima makanan basah/ mentah dan kering mengikut arahan pegawai yang menerima bekalan makanan daripada pembekal. Menyimpan makanan dalam stor, chiller dan freezer mengikut tatacara penyimpanan serta melaksanakan pra-penyediaan makanan, pembungkusan dan membersihkan peralatan dan kawasan. 4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS 4.1 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 4.1.1 Aspek Penerimaan/ Penyimpanan Makanan Basah/ Mentah dan Kering dari Pembekal a. Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan basah/ mentah dan kering yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima. b. Menyimpan bahan makanan basah/ mentah dan kering ke dalam stor, chiller dan freezer setelah diterima oleh pegawai. c. Merekod suhu stor, chiller dan freezer. 4.1.2 Aspek Pengeluaran Barang Makanan a. Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah/ basah atau kering dari stor, freezer dan chiller. b. Membuat pengeluaran bahan ramuan untuk masakan daristor, chiller dan freezer ke kawasan pra-penyediaan.


2 4.1.3 Aspek Pembungkusan Barang Makanan a. Mengendalikan pembungkusan produk khas untuk wad. b. Mengendalikan pembungkusan dan labelan sachet untuk wad. c. Mengendalikan pembungkusan catuan kering dan malam untuk wad. 4.1.4 Aspek Pembersihan dan Pengemasan a. Memastikan amalan kebersihan diri, mencuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan makanan serta selepas menggunakan tandas. b. Membersihkan kawasan pra-penyediaan, memasak, ruang stor, chiller dan freezer, kawasan dalam dan sekeliling jabatan. c. Menyediakan dan membersihkan peralatan memasak seperti pinggan mangkuk, periuk, tray, bekas, troli dan lain-lain. d. Mengira semua inventori dan membuat pemeriksaan fizikal peralatan memasak, kutleri, tray dan troli sebelum dan selepas digunakan. e. Membersih dan menyediakan peralatan-peralatan untuk kegunaan memasak. f. Memeriksa dan menukar silinder gas memasak. 4.1.5 Aspek Pengeluaran Makanan Untuk Pra-Penyediaan a. Mengeluarkan bahan-bahan makanan dari stor, chiller dan freezer untuk kegunaan mengikut menu dan resepi piawai. b. Menyimpan bahan-bahan ramuan dan bahan mentah yang telah disediakan ke dalam chiller sehingga perlu digunakan. c. Memaklumkan kepada pihak atasan jika terdapat bahan makanan yang rosak atau tidak selamat untuk digunakan. 4.1.6 Aspek Pra-Penyediaan Makanan Basah/ Mentah dan Kering a. Mengasingkan benda asing dan membersihkan bendasing untuk memastikan tiada berlakunya pencemaran silang.


3 b. Menyediakan bahan-bahan ramuan mengikut resepi piawai dan menu yang ditetapkan. c. Menyediakan porsi bahan makanan mentah/ kering seperti yang ditetapkan dalam skala Porsi Manual Diet Hospital dan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia. 4.1.7 Aspek Memasak Makanan a. Merujuk kepada menu dan resepi piawai untuk memastikan semua bahan makanan telah siap sedia sebelum mula memasak. b. Memasak makanan mengikut jenis diet normal mengikut kelas. c. Memasak mengikut tatacara dalam resepi piawai. d. Memastikan makanan disediakan dengan betul, bersih dan berkualiti. e. Menyedia dan memasak makanan bagi diet normal. f. Menyedia dan memasak makanan untuk diet terapeutik mengikut pesanan seperti diet normal, diet modifikasi konsistensi, diet terapeutik dan lain-lain jenis diet yang berkaitan. g. Menyedia atau memasak makanan untuk doctor on call, dewan bedah dan lain-lain. 4.1.8 Aspek Penghidangan Makanan a. Menghidangkan diet mengikut jenis diet, kelas wad dan bilangan yang dipesan. b. Menghidangkan diet terapeutik mengikut bilangan dan jenis diet yang dipesan. c. Bagi sistem penghidangan berpusat (centralised plating), menghidang secara individu ke dalam setiap tray mengikut label diet di kad. d. Mengagihkan formula enteral, produk khas, formula susu bayi, bahan minuman kering (dry ration) dan pembungkusan (sachet) kepada wad mengikut pesanan.


4 e. Mengagihkan bekalan catuan makan malam (night ration) untuk anggota bertugas malam yang layak. 4.1.9 Aspek Pengagihan Bahan Makanan a. Merekod pengeluaran bahan makanan dari stor item mengikut menu harian seperti catuan kering, produk khas, sachet, catuan malam dan lain-lain kepada wad mengikutpesanan. b. Mengagihkan pembungkusan sachet, pembungkusan catuan kering, pembungkusan produk khas dan pembungkusan catuan malam kepada wad mengikut pesanan. 4.1.10 Aspek Penyiapan Hidangan Makanan Bagi Penentuan Kualiti Masakan a. Menyiapkan hidangan untuk dibuat uji rasa oleh pegawai atau panel uji rasa. b. Membersihkan peralatan selepas uji rasa dilaksanakan. 4.1.11 Aspek Pematuhan Peraturan a. Mengurus persediaan dan penyediaan peralatan dan kemudahan bagi aktiviti demonstrasi makanan dan masakan. b. Mematuhi semua arahan jadual tugas dan peraturan. c. Mematuhi arahan berpakaian seragam berserta topi/ skarf, apron, kasut, sarung tangan dan penutup mulut (mask) semasa menjalankan tugas mengikut peraturan. d. Mematuhi semua peraturan perkhidmatan awam, garis panduan, tatacara, prosedur dan arahan yang ditetapkan. e. Mengamalkan dan mematuhi segala polisi keselamatan jabatan. 4.2 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N22 4.2.1 Aspek Memasak Makanan a. Merujuk kepada menu dan resepi piawai untuk memastikan semua bahan makanan telah siap sedia sebelum mula memasak.


5 b. Memasak makanan mengikut jenis diet normal mengikut kelas. c. Memasak mengikut tatacara dalam resepi piawai. d. Memastikan makan disediakan dengan betul, bersih dan berkualiti. e. Menyedia dan memasak makanan bagi diet normal. f. Menyediakan dan memasak makanan untuk diet terapeutik mengikut pesanan seperti diet normal, diet modifikasi monsistensi, diet terapeutik dan lain-lain diet yang berkaitan. g. Menyedia atau memasak makanan untuk doctor on call, dewan bedah dan lain-lain h. Melaksanakan demonstrasi masakan cara sihat, masakan khas dan lain-lain. 4.2.2 Aspek Penghidangan Makanan a. Menghidangkan diet mengikut jenis diet, kelas wad dan bilangan yang dipesan. b. Menghidangkan diet terapeutik mengikut bilangan dan jenis diet yang dipesan. c. Bagi sistem penghidangan berpusat (centralised plating), menghidang secara individu ke dalam setiap tray mengikut label diet di kad. d. Mengagihkan formula enteral, produk khas, formula susu bayi, bahan minuman kering (dry ration), dan pembungkusan (sachet) kepada wad mengikut pesanan. e. Mengagihkan bekalan catuan makan malam (night ration) untuk anggota bertugas malam yang layak. 4.2.3 Aspek Pemeriksaan Peralatan a. Memeriksa kebersihan dan keselamatan troli-troli yang digunakan untuk mengambil bekalan makanan. b. Menguruskan persiapan dan penyediaan makanan atau masakan.


6 c. Menggunakan peralatan dan kemudahan dengan cara yang betul serta mematuhi tatacara keselamatan. d. Memeriksa dan menukar silinder gas memasak. 4.2.4 Aspek Pengawalan dan Peningkatan Kualiti Masakan a. Melaksanakan uji rasa bagi diet normal dan diet terapeutik. b. Memberi maklum balas untuk penambahbaikan resepi piawai. 4.2.5 Aspek Pemberian Latihan Dalam Perkhidmatan a. Memberikan latihan praktikal dan tunjuk ajar hands-on kepada Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19. b. Menjalankan latihan penambahbaikan melalui pengubahsuaian menu dan resepi diet normal dan terapeutik. 4.2.6 Aspek Menyelia Masakan dan Pengagihan Makanan a. Menjumlahkan pesanan diet bagi tujuan mengeluarkan arahan memasak untuk jumlah hidangan diet normal dan pelbagai diet terapeutik. b. Menyelaras pengagihan dan penghidangan diet normal, diet terapeutik dan diet khas. 4.2.7 Aspek Pengawalan dan Peningkatan Kualiti Masakan a. Mengendalikan ujian resepi-resepi baru bagi diet normal dan terapeutik. b. Memberi maklum balas untuk penambahbaikan caramemasak. c. Membuat laporan berkala ke atas kajian kepuasan pelanggan yang dijalankan dari semasa ke semasa. 4.2.8 Aspek Pentadbiran a. Memeriksa kebersihan anggota untuk memastikan pakaian seragam lengkap dan bersih. b. Memeriksa peralatan memasak untuk memastikan dalam keadaan selamat dan berfungsi. c. Memeriksa pematuhan kepada peraturan keselamatan pekerja.


7 d. Memeriksa pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP), Good Manufacturing Practise (GMP) dan Good Hygiene Practise (GHP). 4.2.9 Aspek Pematuhan Peraturan a. Mengurus persediaan dan penyediaan peralatan dan kemudahan bagi aktiviti demonstrasi makanan dan masakan. b. Mematuhi semua arahan jadual tugas dan peraturan. c. Mematuhi arahan berpakaian seragam beserta topi/ skarf, apron, kasut, sarung tangan dan penutup mulut (mask) semasa menjalankan tugas mengikut peraturan. d. Mematuhi semua peraturan perkhidmatan awam, garis panduan, tatacara, prosedur dan arahan kerja jabatan. e. Mengamalkan dan mematuhi segala polisi keselamatan jabatan. 4.3 Pembantu Penyediaan Makanan Gred N26 4.3.1 Aspek Penyemakan Stok a. Memeriksa rekod masuk/ keluar bahan makanan dari stor, chiller dan freezer adalah mengikut menu harian. b. Memeriksa paras stok dan memaklumkan kepada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan untuk membuat pesanan bekalan dari pembekal. c. Menyemak suhu chiller dan freezer untuk memastikan berfungsi dengan memuaskan. d. Menyemak stor untuk memastikan bersih, kemas dan selamat. 4.3.2 Aspek Pematuhan Peraturan a. Memeriksa untuk memastikan pematuhan porsi makanan dan cara penyediaan mengikut tatacara resepi piawai. b. Memeriksa penghidangan diet di wad untuk memastikan bilangan diet yang dibekalkan adalah mencukupi. c. Memeriksa peralatan hidangan di wad seperti tray dan kutleri adalah mencukupi dan di dalam keadaan bersih.


8 4.3.3 Aspek Pematuhan Polisi a. Memantau pematuhan kepada peraturan keselamatanpekerja dan penggunaan Personel Protective Equipment (P.P.E). b. Memantau pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP), Good Manufacturing Practice (GMP) dan GoodHygiene Practice (GHP). 4.3.4 Aspek Penyelaras Aktiviti Penjagaan Kualiti Makanan a. Membuat uji rasa dan penyelarasan uji rasa. b. Menyelaras kutipan data kajian kepuasan pelanggan. 4.3.5 Aspek Latihan a. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19 dan Gred N22. b. Memberi taklimat mengenai proses kerja. 4.3.6 Aspek Pentadbiran a. Memastikan pegawai mematuhi peraturan disiplin dari semasa ke semasa. b. Menyelaras laporan berkala bagi sumber manusia seperti jadual tugas, rekod cuti, time motion study dan kad laporan perakam waktu. 5. HUBUNGAN KERJA Dalaman a. Pembantu Perawatan Kesihatan. b. Penyelia Asrama. c. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.


9 Luaran a. Penyelia Asrama. b. Pegawai Dietetik. c. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan. d. Pembekal. e. Komuniti. 6. PERSEKITARAN KERJA a. Ruang dapur. b. Ruang makan. c. Wad pesakit. 7. KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN) a. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan diberi kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga pada peringkat SPM). b. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. c. Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat SPM. e. Mampu memahami arahan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. f. Mempunyai minat dan berkebolehan memasak makanan yang berkhasiat dan bermutu. g. Berpengetahuan dan mempunyai kefahaman dalam melaksanakan aktivitiaktiviti seperti memastikan kualiti bahan mentah/ kering terjamin mutunya, menyediakan makanan dan kemahiran memasak.


10 8. SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN a. Bertanggungjawab. b. Pembersih. c. Bekerjasama. d. Kompeten dan teliti. e. Berdisiplin. f. Amanah, jujur dan ikhlas. g. Kreatif. 9. ANCAMAN/ BAHAYA a. Risiko pengendalian peralatan memasak yang besar dan tajam. b. Risiko penggunaan barangan elektrik dan bahan api. c. Bunyi bising. d. Persekitaran tempat kerja yang panas dan sempit. e. Terdedah kepada risiko jatuh akibat keadaan lantai basah/ licin. Sumber : Lampiran G, G1, G2 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2009.


Click to View FlipBook Version