11 MAC 2024 Pengesahan pelajar: Tandatangan Pelajar: BMMB1104 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR JABATAN PENGAJIAN MELAYU TAHUN AKADEMIK: Semester 2 / 2024 PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 1: MENGHASILKAN FLIPBOOK (30%) Tarikh: 11 MAC 2024 (INDIVIDU) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA PELAJAR: TARIKH HANTAR: PROGRAM: AMBILAN: SEMESTER: NAMA PENSYARAH: ANGKA GILIRAN: NO KAD PENGENALAN: 2023152310052 050102140166 ZURINA BINTI SOFYAN PISMP(P) BMMB2 JUN 2023 DUA PUAN MAYATI BINTI BULIN Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah. Catatan (jika ada) zurina
PUISI TRADISIONAL Karya
PENGENALAN Masyarakat melayu kaya dengan pelbagai khazanah negara yang dipelihara dari zaman nenek moyang hinggalah ke hari ini. Khazanah tersebut penuh dengan adat dan kesenian kebudayaan orang Melayu. Kesusasteraan melayu merupakan hasil seni dan karya dalam kalangan masyarakat Melayu yang disampaikan melalui bahasa dan setelah itu munculnya tradisi tulisan yang diungkap dalam pelbagai bentuk. Terdapat banyak bahan tulisan sastera yang merupakan seni kesusasteraan Melayu seperti puisi tradisional, cerpen dan novel. Karya-karya ini berkembang setanding dengan kemodenan dunia pada zaman kini. Namun begitu, puisi tradisional tidak dilupakan oleh masyarakat kini kerana mereka masih mengkaji dan memelihara puisi tradisional bagi kegunaan generasi akan datang.
Puisi Tradisional Menurut pendeta Za'ba, puisi merupakan karangan berangkap yang mengandungi bahasa yang cantik dan indah bagi menyampaikan mesej dan fikiran yang bermakna (Helmi Yan, 2022). Puisi dikatakan muncul awal dekad 1930 an dan merupakan karya sastera awal yang digunakan oleh seluruh bangsa di dunia. Puisi merupakan mesej ringkas yang mengandungi penggunaan bahasa yang indah dan bersifat melankolik agar masyarakat menerima mesej dengan mudah. Puisi juga adalah bahan sastera yang menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi , budi dan imaginasi yang tersirat. Kebanyakan puisi yang ditulis oleh penulis mengandungi satu mesej yang mereka ingin sampaikan berdasarkan pengalaman mereka dalam pebagai aspek seperti hubungan antara manusia, pernyataan fikiran atau perasaan. Puisi tradisional mengandungi bebebrapa genre. Antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.
Puisi Tradisional PANTUN GURINDAM SYAIR SELOKA
KONSEP PANTUN Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu. Pantun merupakan satu puisi yang pernah ditemui dalam Manuskrip Melayu seperti Sulalatussalatin. Pantun didefinisikan sebagai sejenis puisi lama atau sajak pendek yang terdiri daripada empat baris setiap rangkap. Harun Mat Piah (1989), telah memberi definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya. BENTUK-BENTUK PANTUN: Bentuk pantun adalah berdasarkan bilangan baris dalam rangkap pantun. Berikut merupakan bentuk-bentuk pantun: Pantun dua kerat Pantun empat kerat Pantun enam kerat Pantun lapan kerat Pantun sepuluh kerat Pantun dua belas kerat
FUNGSI-FUNGSI PANTUN Mengungkapkan adat istiadat dan upacara tradisi Mengungkapkan nilai dan budaya tradisi Melayu Mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang Mengungkap konsep jenaka dan humoris Mengungkapkan alam kanak-kanak Ekspresi budaya masyarakat Melayu
Contoh & pemikiran Contoh pantun: pantun Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Pemikiran Pantun di atas memberi nasihat kepada pembaca tentang ilmu pengetahuan dan kepandaian manusia. Setiap orang dinasihatkan agar sentiasa bersifat merendah diri dengan kelebihan dan kebaikan yang ada pada diri sendiri. Biar merunduk resmi padi membawa perumpamaan kepada keadaan padi yang semakin tunduk apabila sudah berisi. Oleh itu, kita haruslah sentiasa mengelakkan diri dari sifat keangkuhan atau sombong dan harus sentiasa membantu antara satu sama lain dengan kelebihan yang ada.
KONSEPSYAIR Perkataan syair berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu syi'ir yang bermaksud perasaan yang menyedari. Dalam bahasa Melayu, syair adalah karangan yang disusun secara berangkaprangkap dan mempunyai pertentangan bunyi yang sama di hujung tiap-tiap baris. Syair mengalami perubahan dan tidak lagi terikat dengan tradisi sastera negara Arab. Hamzah Fansuri memainkan peranan dalam membentuk syair Melayu. ciri-ciri syair: Kebanyakan mengandungi 4 baris dalam serangkap Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 suku kata Rima akhir syair adalah 'a' , 'a' , 'a' , 'a'
FUNGSI SYAIR Digunakan untuk menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu Dijadikan sebagai hiburan dalam majlis tertentu digunakan dalam adat perkahwinan Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat
Contoh & pemikiran syair Jika bumi diinginkan sentosa, Adakan kempen membuat jasa, Marilah kita semua bangsa, Memulihara alam setiap masa. Syair di atas merupakan syair tentang alam sekitar. Dalam rangkap ini, penulis meminta kita untuk sentiasa menjaga alam sekitar bagi mewujudkan persekitaran yang sejahtera. Kita boleh melaksanakan pelbagai kempen bagi meningkatkan kesedaran untuk memelihara alam sekitar. Masyarakat di Malaysia yang kaya dengan pelbagai bangsa juga diingatkan untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi merealisasikan usaha ini. Sebagai contoh, kita boleh mengadakan kempen kitar semula. Hal ini dapat memelihara alam sekitar dengan menggunakan semula bahan-bahan yang boleh digunapakai tanpa berlakunya pembaziran sekaligus dapat meningkatkan kesejahteraan alam sekitar.
Gurindam K me o rupak n an s s ala e h saptu pu G isi ya u ng h r am i pi n r dil d upak a an o m leh masyarakat. Gurindam berasal daripada bahasa tamil iaitu 'iradam' dan 'kirandam' yang bermaksud puisi secara terbuka. Menurut Za'ba, gurindam merupakan sejenis syair yang melarat dan suakatan atau rangkapnya adalah tetap. Menurut Sutan Muhamad Zain pula, gurindam emrupakan sajak yang terjadi dua baris, baris pertama syarat dan kedua adalah akibat. Kata-kata yang digunakan dalam gurindam banyak menggambarkan keindahan alam. Gurindam memberi pengajaran untuk membina kehidupan yang harmoni dan aman. Terdapat dua bentuk gurindam iaitu gurindam terikat dan tidak terikat. Jenis-jenis gurindam: Jenis-jenis gurindam: Gurindam serangkap dua baris Gurindam serangkap empat baris Gurindam bebas
Hanover Company Page 10 of 10 Fungsi-fungsi gurindam Gurindam digunakan sebagai pengajaran yang dapat menunjukkan jalan kehidupan yang sempurna. Media komunikasi antara ahli masyarakat terutamanya dalam majlismajlis formal. Digunakan untuk pendidikan dan hiburan. Berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat Melayu
Contoh & pemikiran gurindam Contoh di atas merupakan Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji. Gurindam ini mengandungi falsafah yang membincangkan tentang kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Contoh di atas adalah fasa kelima dan pada rangkap ini, pembaca diingatkan untuk sentiasa bersifat mulia terhadap sesuatu perkara yang ingin kita lakukan dalam kehidupan. Sebagai contoh, untuk mengenal seseorang dari kaum atau bangsa, kita haruslah perhatikan bagaimana perilaku dan tutur kata mereka. Hal ini kerana perkara tersebut merupakan cerminan dari sifat seseorang. Seterusnya, kita juga perlulah mencari ilmu tanpa rasa jemu. Orang yang mempunyai ilmu dan kebijaksanaan tidak akan kenal erti penat lelah dalam mencari ilmu. Seperti yang kita tahu, pada zaman kini, ramai masyarakat yang tidak kenal erti penat lelah dalam mencari ilmu pengetahuan untuk kejayaan mereka pada masa hadapan. Jika nasihat dalam gurindam ini diabaikan, maka masyarakat akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan mereka. Jika hendak mengenal orang yang berbangsa, Lihat kepada budi bahasa. Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, Sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang yang mulia, Lihatlah kepada kelakuan ia. Jika hendak mengenal orang yang berakal, Di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Konsep Seloka Seloka merupakan sejenis bentuk puisi Melayu yang hampir sama dengan gurindam tetapi seloka mementingkan ciri kelucuan. Menurut Harun Mat piah (1989), seloka berasal daripada bahasa sanskrit 'sloka' yang bermaksud berseloroh atau menyindir. Menurut R.J Wilkinson, seloka merupakan ucapan yang mengandungi sindiran yang bentuk rimanya tidak tetap. Bentuk puisi ini bercorak karangan berangkap yang mengandungi unsur-unsur seperti olokan, ejekan, jenaka dan sindiran. Mesej tersirat tersebut menjadi pengajaran dan teladan kepada pendengar dan pembaca.
Fungsi Seloka Berperanan dalam konteks sesebuah cerita Berfungsi sebagai alat pengajaran untuk sentiasa berwaspada terhadap tindakan yang lalai. Berfungsi untuk menghibur, bermain atau bersuka-suka.
Contoh & pemikiran seloka ketujuh berkumur-kumur, Kedelapan makan sirih, Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Contoh di atas merupakan rangkap keempat seloka santap istiadat yang ditulis oleh Pendeta Za'ba. Seloka ini ditulis untuk menunjukkan tatacara dan adab ketika menjamu selera yang dilakukan oleh masyarakat zaman silam. Pada rangkap keempat, orang dikehendaki untuk berkumur-kumur setelah selesai makan bagi membersihkan kawasan mulut. Sirih hendaklah menjadi langkah yang terakhir dalam bersantap agar air sirih yang kelat tersebut masuk ke kerongkong dan dapat meningkatkan seri pada wajah. Tatacara ini menunjukkan adab masyarakat melayu yang mementingkan nilai kesopanan ketika menjamu selera.
Rujukan 1.Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati Puisi Melayu Tradisional. 2.Asmad. (1990). Budaya Bahasa Puisi. 3.Azman Rahmat. (2022). Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu 4.Budaya Dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Puitika, 16(1), 1. https://doi.org/10.25077/puitika.16.1.1--28.2020 5.Bahasa Melayu OUM. (2010) Puisi Melayu Tradisional. Bahasa Melayu OUM. https://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/puisi-melayu-tradisional.html 6.Cho Min Sung, & Mat Zaid Hussein. (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat Dari Perspektif 7.Helmi Yan. (2022). Ketuhanan dalam Puisi-Puisi Abizai Dari Perspektif Teori Taklimah. 4(1), 1–23. http://eprints.usm.my/59363/ 8.Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu 2013, 8, 1– 13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/download/3227/2212/8308 9.Muhammad Salleh. (n.d.). Pantun Melayu. https://www.heritage.gov.my/phocadownload/userupload/INVENTORY/pantun new bm bi.pdf 10.Nazri Atoh. (2020). Konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Jurnal of Arabic Language and Education, 1(1), 1–15. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/SIBAWAYH/article/view/3762 11.Zahir Ahmad, Indirawati Zahid, & Mohd Nasir Hashim. (2006). Syair Naratif: Keindahan Bahasa Dan Melodi. In Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu (pp. 264–271). https://eprints.um.edu.my/8715/1/All.pdf