The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ikhmal Huzaimi, 2022-06-14 14:11:43

efolio etika

efolio etika

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032

TAJUK :

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN GEOGRAFI

C

NAMA NO MATRIKS
02DAT21F2027
IKHMAL HUZAIMI BIN
MANSURDIN 02DAT21F2007
SYAHIRAH DALILI BINTI ZAIDEY 02DAT21F2023

SITI NOR ATIKAH BINTI 02DAT21F2025
MAHAMOOD
NUR SYAHIDAH BINTI
SHAMSUDDIN

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 DEFINISI MANUSIA
2.1 DEFINISI PERSEKITARAN GEOGRAFI
3.0 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

3.1 APA YANG BERKAITAN DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI
3.2 BINCANGKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN PERSEKITARAN

GEOGRAFI

4.0 PENUTUP
5.0 RUJUKAN
6.0 LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Suatu kajian dibuat berkenaan hubungan manusia dengan persekitaran geografi iaitu ruang
yang berkaitan dengan interaksi manusia dan alam sekitar. Sebagai contoh,hubungan manusia
dengan persekitaran geografi merupakan ilmu yang tertumpu kepada interaksi manusia dengan

bentuk persekitaran alam sekitar.Manusia yang banyak membawa perubahan kepada alam
sekitar.Aristotle membuat tanggapan bahawa manusia memerlukan alam sekitar untuk

memenuhi keperluannya.Alam sekitar menyeCdiakan keperluan manusia.Manusia juga perlu

berinteraksi dengan alam sekitar untuk mendapatkan keperluan melalui budaya manusia yang
juga berkait dengan aktiviti ekonomi.Didalam geografi persekitaran manusia,ia mempunyai dua

persoalan asas iaitu “kenapa” dan “dimana”.Ia digunakan bagi mencari objektif sesebuah
kajian geografi.

2.0 DEFINISI MANUSIA

Manusia yang mendiami sesuatu kawasan atau ruang bumi dalam masa tertentu. Mereka membentuk
kumpulan atau kelompok manusia yang menjalankan aktiviti ekonomi dan sosial dan bertindak balas
dengan alam sekitar. Penduduk menjalankan aktiviti dan kehidupan dengan memanfaatkan sumber alam

seperti tanih, lautan, galian atau mineral, air dan udara di persekitaran mereka. Kemajuan dan
keintelektualan penduduk moden membolehkan mereka berinteraksi dan merubah alam sekitar fizikal dan

persekitaran untuk mengisi kehidupan yang mencaCdar. Manusia saling berinteraksi dan bertindak balas.

Manusia juga adalah agen perubahan melalui aktiviti ekonomi dan sosial mereka, manusia boleh merubah
keadaan dan persekitaran dengan tindakan yang kadang-kadang sangat melampaui batas dan memberikan
impak yang besar ke atas persekitaran fizikal dan budaya. Manusia sebagai sumber atau modal insan yang

penting ini boleh diukur atau dinilai berasaskan aspek kuantiti dan kualiti. Manusia sebagai sumber juga
merupakan tenaga buruh atau pekerja yang ramai, muda, murah dan mudah membantu pembangunan
sesebuah negara terutamanya dalam aktiviti pengeluaran produk dan aktiviti sosial dan perkhidmatan.

2.1 DEFINI PERSEKITARAN GEOGRAFI

Geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang tetapi mengenai kajian bagaimana
manusia dan alam sekitar berinteraksi. Perkataan ‘Geografi’ berasal daripada dua perkataan bahasa

Yunani, iaitu “geo” yang bermaksud bumi dan “graphon” yang bermaksud menulis. Dengan
mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan ‘Geographia’

yang bermaksud “deskripsi tentang bumi”. Ahli-ahCli menumpukan perhatian mereka terhadap ciri dan

pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui
persembahan visual dalam peta. Merujuk kepada ruang permukaan bumi yang mempunyai perkaitan

dengan cuaca, tanah-tanih, bentuk muka bumi, geomorfologi, hidrologi dan tumbuh-tumbuhan.
Persekitaran geografi ini dirujuk sebagai alam sekitar menjadi ‘rumah’ pada hidupan bumi dan

manusia untuk menjalankan aktiviti kehidupannya.

3.0 HUBUNGAN MANUSIA DENGAN
PERSEKITARAN GEOGRAFI

Persekitaran geografi manusia dikenali sebagai kajian masyarakat manusia dari segi
ruang iaitu hubungan yang dibina antara masyarakat dengan persekitaran fizikal dan
landskap budaya. Persekitaran geografi manusia adalah untuk menganalisis hubungan

sosial yang berkembang untuk manusia mCenjalankan satu kegiatan dalam konteks
tertentu. Selain itu, ia juga adalah ikatan rapat antara kedua duanya yang tidak dapat
dielakkan dan bagaimana mereka mempengaruhi antara satu sama lain. Persekitaran

geografi manusia bermula dari pertimbangan bahawa manusia sentiasa
mengintegrasikan kumpulan sosial yang luas dan akan mewujudkan persekitaran sosial

dan fizikal melalui proses tranformasi struktur sosial.

3.1 APAKAH YANG BERKAITAN DENGAN
PERSEKITAN GEOGRAFI

Geografi Manusia

Kegiatan manusia mempengaruhi aspek manusia merangkumi aspek ekonomi,politik
kebudayaan, meterologi, dan ekologi bumi.Selain itu aspek manusia lebih tertumpu
kepada sains kemasyarakatan.Cara –cara manusia menyesuaikan diri dengan alam
sekeliling dan kesan kesan kegiatan manusia.Kajian dijalankan dikenali sebagai Pengunaan

Sistem MaklumaCt Geografi (GIS).
Geografi Fizikal

Geografi fIzikal ditakrifkan sebagai cawangan geografi yang merangkumi semula dan
fenomena di bumi.Geografi Fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang
keadaan fizikal bumi iaitu,ekosistem, tumbuhan dan haiwan liar, batuan, laut- lautan, bumi

sebagai satu sistem.

3.2 BINCANGKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA
DENGAN PERSEKITARAN GEOGRAFI

Persekitaran geografi berperanan seperti pengkaji pengkaji nyatakan di atas tadi adalah sangat penting sebagai
alat pengurusan sumber seperti pengetahuan dalam bidang ini dapat membantu manusia memanfaatkan sumber di

permukaan bumi ini untuk melengkapi keperluan hidup.
Justeru,tanpa pengurusan sumber yang berkesan akan membawa kemerosotan dan pembaziran sumber sekaligus

akan merugikan ekonomi manusia itu sendiri. Disamping itu,pertumbuhan penduduk dunia yang semakin
bertambah telah memberi kesan terhadap usaha penghasilan makanan. Dalam pada itu, sisa buangan hasil
interaksi manusia dengan alam sekitar juga bertambah maka untuk itu Goldsmith, Allen, Allaby, Davoll &

Lawrence(1972) mencadbaanhgaknanbuunantugkanmuenntguuksamheankjaanmdCinankemseejnaghutreursakaannhsiduumpbmerasneurstiaa.menguruskan pelupusan

Seperti yang demikian, dalam menerangkan peranan persekitaran geografi dalam hubungan tradisi manusia ,
pengkaji membincangkan peranan persekitaran geografi ekonomi dalam usaha manusia untuk memanfaatkan
sumber mengikut wilayah. Maksudnya, ialah pembahagian ruang ekonomi mengikut daya kepekatan aktiviti

ekonomi.
Dalam wilayah ekonomi pedalaman, pengkaji mengandaikan pengetahuan dan teknologi manusia adalah terbatas.

Untuk itu, manusia dengan kemampuan yang ada berinteraksi dengan alam sekitar secara langsung di mana
kawasan ini penduduk menjalankan aktiviti ekonomi primer seperti bercucuk tanam, mengutip hasil hutan. Walau

bagaimanapun, berdasarkan pertimbangan dan andaian perkembangan teknologi di kawasan ini boleh juga
didapati aktiviti sekunder yang mungkin melibatkan aktiviti pemprosesan hasil hutan seperti kayu balak secara

komersial dan juga perlombongan yang melibatkan pembinaan kilang memproses kayu balak.

SAMBUNGAN…..

Dalam zon peralihan dan luar bandar pengkaji telah mengandaikan kawasan ini dapat dihubungi dengan
pengangkutan darat. Oleh yang demikian, intensiti ekonomi juga adalah lebih banyak. Oleh itu, di kawasan ini masih

lagi ada aktiviti ekonomi peringkat primer tetapi setelah dikaji, bahawa pengurusan sumber di kawasan ini adalah
lebih baik termasuk teknologi yang sangat baik dalam aktiviti primer. Dalam pada itu, kawasan ini sudah wujud

industri sekunder kerana diandaikan industri primer diusahakan secara besar-besaran. Dalam pada itu, wujud juga
industri tertier yang bersangkut dengan perkhidmatan pengangkutan dan juga pembelian hasil pertanian melalui
orang tengah. Seterusnya, aktiviti ekonomi tertier yang melibatkan penawaran barangan runcit, membaiki kereta

motor dan juga perkhidmatan makanan segera boleh didapati secara meluas di kawasan ini.

Disamping itu, zon bandar dan bandar besar merupakanCzon ekonomi yang sangat penting malahan pusat seperti

zon ini boleh membawa penyebaran ekonomi ke kawasan zon peralihan, luar bandar bahkan kawasan pedalaman.
Kewujudan industri primer di dalam wilayah ekonomi ini dengan mengambil kira lokasi bandar berkenaan khasnya

bandar yang terletak di kawasan pinggir pantai yang sudah tentu aktiviti primer seperti industri perikanan
merupakan aktiviti yang ditekankan. Kewujudan industri sekunder juga mengandaikan bahawa ia wujud selaras
dengan kewujudan aktiviti industri primer. Perkhidmatan tertier dan kuaternari merupakan aktiviti yang sangat
penting di kebanyakan bandar terutama di bandar besar seperti perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan,

perbankan dan juga perkhidmatan kepakaran.

Sebagai kesimpulan, persekitaran geografi memain peranan dalam konteks hubungan manusia-alam sekitar yang
sangat penting. Bukan sekadar sebagai alat melihat sumber yang boleh dimanfaatkan walhal pengkaji juga telah
mengandaikan ia juga dijadikan sebagai alat pengurusan sumber untuk menentukan sumber telah digunakan dengan

jayanya dan juga sepenuhnya.

4.0 PENUTUP

Hubungan manusia dengan persekitaran geografi mestilah dititik beratkan walaupun
kita berada dalam generasi baharu yang menggunakan teknologi. Bidang ilmu geografi

manusia mempunyai peranan yang pentCing iaitu ilmu pengetahuan yang berguna
kepada dunia. Interaksi antara manusia dengan persekitaran geografi wujud dengan
pengkajian geografi manusia. Oleh itu, ilmu pengetahuan tentang hubungan manusia
dengan persekitaran geografi patut dikembangkan dan sejajar dengan dunia pada masa

kini.

5.0 RUJUKAN

• "Geografi." Wikipedia, Wikipedia Foundation, 21 Jan. 2021,ms.wikipedia.org/wiki/Geografi.
• "Definisi Geografi Manusia"News.org, ms.fact-news.org/definisi-geografi-manusia.
• "Towonsing,Augustine."Geografi Ekonomi:Kepentingan Peranan Dalam Hubungan Tradisi Manusia Dengan

Alam Sekitar."Malaysian Ghost Research,26 Mar.2019.www.malaysian-ghost-research.org/geografi-ekonomi-
kepentingan-peranan-dalam-hubungan-tradisi-manusia-dengan-alam-sekitar/.
• "Definisi Geografi Manusia -Apa Itu,Maksud Dan Konsep - Saya Mahu Tahu Semuanya - 2021."Raspberry,21
Apr.2021,ms.erf-est.org/4803-geograf-humana.html.

6.0
LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version