SMK ISKANDAR SHAH KESULTANAN MELAYU MELAKA 1 JULAI 2023 ADHIA WAFIYAH BINTI NUR HAZIDZUL 2 DELIMA 090622-04-0106
KESULTANAN MELAYU MELAKA
OBJEKTIF ●Untuk menambah pengetahuan tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka dengan lebih mendalam. ●Untuk mempelajari nilai-nilai murni pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. ●Untuk melatih dan mendidik diri serta menambah kemahiran pemikiran sejarah.
KAEDAH KAJIAN ●Saya menggunakan buku teks sebagai rujukan utama saya. ●Saya juga melayari internet untuk mengukuhkan lagi rujukan saya dan mengambil beberapa gambar untuk dijadikan sebagai rujukan gambaran bagi folio saya.
PENGENALAN/ LATAR BELAKANG KEWUJUDAN KESULTANAN MELAYU MELAKA Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara. Kesultanan Melayu Melaka merupakan kelangsungan kepada kerajaan masyhur di Alam Melayu. Parameswara berjaya memilih lokasi yang sesuai untuk mengasaskan kerajaan. Pemilihan lokasi ini menjadikan Melaka kerajaan yang unggul di Alam Melayu.
FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ❖ Kesultanan Melayu Melaka berkembang dari sebuah perkampungan nelayan dan akhirnya menjadi kerajaan yang masyhur. ❖ Beberapa faktor telah melonjakkan kerajaan ini berkembang menjadi sebuah kerajaan yang gemilang di Alam Melayu:- 1.Faktor Kepimpinan Raja 2.Faktor Sistem Pentadbiran 3.Faktor Sistem Perundangan
FAKTOR KEPIMPINAN RAJA ●KETURUNAN RAJA PALEMBANG Berdasarkan teks Sulalatus Salatin, pemerintah Melaka berasal daripada zuriat keturunan anak Raja Palembang yang dikatakan bersusur galur daripada Iskandar Zulkarnain. Susur galur ini memberikan taraf kedudukan yang tinggi kepada Sultan Melaka dalam kalangan kerajaan lain di Alam Melayu.
FAKTOR SISTEM PENTADBIRAN ● Pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan yang mantap telah membawa keamanan dan kemakmuran kepada Kesultanan Melayu Melaka. ● Corak pentadbiran Melaka ini diwarisi kemudiannnya oleh kerajaan Melayu yang lain. ● Sistem kerah merupakan sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah, misalnya membina istana, kubu, jalan dan saliran. ● Sistem ini menunjukkan sikap taat setia, sedia berkorban dan rakyat berganding bahu untuk membantu pemerintah.
SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN ❖ Sistem ini bermaksud pada setiap peringkat pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik oleh pemerintah bagi membantu melicinkan pentadbiran. ❖ Pembesar ini merupakan pentadbir kerajaan pada peringkat pusat, jajahan daerah, mukim dan kampung. ❖ Tugas pembesar adalah menjaga keamanan kawasan, mengutip cukai dan hasil ,ain melalui sistem serah, membekalkan tenaga tentera dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah. ❖ Pembesar Berempat merupakan pembesar peringkat pusat yang merupakan tunggak utama pentadbiran. ❖ Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. ❖ Pembesar Melaka dikurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir. ❖ Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai Kawasan Pegangan. ❖ Kawasan pembesar jajahan dan daerah pula dikenali sebagai Kawasan Pemakanan.
FAKTOR SISTEM PERUNDANGAN ● HUKUM KANUN MELAKA ●UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA ●UNDANG-UNDANG ADAT
HUKUM KANUN MELAKA ● Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) ● Undang-undang ini disusun semula secara teratur pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1489-1511) ● Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab taja dan pembesar. ● Hukum islam juga ada dalam undang-undang ini yang berkaitan dengan jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan. ● Hukum kanun ini dapat mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan serta jenayah di dalam negeri Melaka dapat diatasi dengan baik.
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA ● Undang-undang ini ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah bertujuan menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan. ● Mengandungi 25 fasal yang menerangkan peraturan laut, tertib berniaga dan tatacara berjual beli. ● Ada juga berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi dan syahbandar.
UNDANG-UNDANG ADAT ● Undang-undang ini dikenali sebagai Adat Temenggung. ● Diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan. ● Berkaitan sistem pemerintahan, perwarisan takhta, perwarisan harta dan perundangan. ● Berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki yang sulung. ● Mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kuasa tertinggi terletak ditangan sultan atau raja.
HUBUNGAN LUAR KESULTANAN MELAYU MELAKA ❖ Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan luar dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan. ❖ Hubungan berlaku dengan Alam Melayu seperti kerajaan Pasai, Demak, Majapahit dan Makasar. ❖ Selain itu, hubungan luar berlaku dengan kerajaan luar Alam Melayu seperti China, Ryukyu, Siam, Mesir, Parsi, Turki dan Pegu. ❖ Hubungan ini dapat menjamin kestabilan dan keselamatan kerajaan serta dapat mengekalkan penguasaannya terhadap perdagangan di Selat Melaka.
PENGAKHIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA YANG BERPUSAT DI MELAKA. ● Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511. ● Bermulanya serangan Portugis dan penaklukan ke atas Melaka. ● Kesultanan Melayu Melaka telah menggunakan beberapa strategi untuk menghadapi serangan Portugis. ● Walaupun terpaksa berundur, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka terus berjuang untuk mengembalikan kedaulatannya. ● Faktor Dalaman seperti masalah kepimpinan dan masalah perpaduan menjadikan Kesultanan Melayu Melaka berakhir.
MASALAH KEPIMPINAN ● Kelemahan Sultan Mahmud Shah dan pembesar dalam pemerintahan dan ketidakstabilan politik. ● Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran. ● Perbalahan sesama sendiri dalam kalangan pembesar.
MASALAH PERPADUAN ● Rakyat tidak bersatu padu. ● Berlaku persaingan kuasa antara pembesar Melaka. ● Askar upahan dari luar yang tidak taat kepada Melaka.
KBAT: Sekiranya saya seorang pemimpin negara, usaha-usaha yang saya boleh saya lakukan untuk memajukan negara sepertimana yang dicapai oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu ialah 1. Saya akan memperkukuhkan asas ekonomi negara serta mencipta bidang pertumbuhan baharu. 2. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat. 3. Menyatupadukan rakyat dan mengukuhkan perpaduan antara kaum serta melahirkan rakyat yang inovatif dan kreatif untuk menghasilkan produktif yang cemerlang. 4. Mempereratkan hubungan diplomatik antara negara-negara maju. 5. Menggalakkan pelaburan asing untuk menambah tenaga mahir yang terdiri dari rakyat Malaysia.
RUMUSAN Kesimpulannya, kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 bukan sahaja disebabkan kepentingannya sebagai pusat perdagangan. Di samping kegiatan perdagangan, terdapat beberapa faktor lain yang berpengaruh dan menyumbang kepada kegemilangan kerajaan tersebut. Antaranya ialah faktor politik, faktor ekonomi, dan faktor pendidikan. Faktor ini merupakan tiga faktor utama yang merangkumi kesemua faktor kegemilangan Melayu Melaka seperti sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik, hubungan antara kelas melayu dengan orang laut, kekayaan hasil bumi, penggunaan lingua franca, sistem masyarakat, penyebaran agama Islam dan sebagainya. Kesemua faktor tersebut amat bertetapan dalam semua aspek yang diperlukan dalam membentuk kerajaan Melaka seterusnya dijadikan asas dalam mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.
SUMBER RUJUKAN BUKU ILMIAH Penulis: Dr. Suffian Mansor, Dr. Mardiana Nordin, Ahmad Salehee Abdul, Ishak Saidoo Tahun terbit: 2019 Tajuk buku: Buku teks sejarah tingkatan 2 Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka LAMAN SESAWANG Piramid Pembesar Empat Lipatan https://www.google.com.my/search?q=piramid+sistem+pembesar+empat+lipatan&ie= UTF-8&oe=UTF-8&hl=en-my&client=safari Tugas pembesar empat lipatan https://www.google.com.my/search?client=safari&hl=en-my&sxsrf=AB5stBjGc1AwRGO 6-QhKdSsfOD3qgB_Brw:1688472783075&q=tugas+pembesar+berempat&tbm=isch&sa =X&ved=2ahUKEwj9s8qjg_X_AhVwzjgGHTjZBmgQ0pQJegQIEBAB&biw=1128&bih=738 &dpr=2 Buku hukum kanun Melaka http://2.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/S_qlD4aihtI/AAAAAAAAArY/2IPd7cy0khA/s1 600/20070703_025026_13199_Hukum%2520Kanun%2520Melaka%25201.jpg Peta Kesultanan Melayu Melaka https://en.wikipedia.org/wiki/Malacca_Sultanate
LAMPIRAN