The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh Looi Ming Kang PK 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LOOI MING KANG IPG-Pelajar, 2024-04-18 02:09:50

Buku Log BSMM

Disediakan oleh Looi Ming Kang PK 2

Keywords: Buku Log BSMM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) BUKU LOG Disediakan oleh: Looi Ming Kang PK2


NAMA: LOOI MING KANG UNIT: PENDIDIKAN KHAS 2 AMBILAN JUN 2021 ANGKA GILIRAN: 2021182340457 KOD DAN NAMA KHUSUS: MPU 3451a KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM NAMA PENSYARAH: ENCIK AZIZI BIN ISMAIL


Pengenalan Sejarah Pendidikan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah Perlembagaan Pertumbuhan Struktur dan Organisasi Pertubuhan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Antarabangsa Struktur dan Organisasi Pertubuhan BSMM Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa Pembangunan Konvensyen-Konvensyen Geneva Protokol-protokol Tambahan Tanggungjawab Negara-negara Konvensyen-konvensyen Hague Lambang / Emblem Pengerusan dan Pentadbiran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pendaftaran Ahli & Kumpulan Kuasa Penganjur Struktur Unit Pengurusan Buku Log Tanggungjawab Pemimpin Pakaian Seragam Ahli & Pemimpin Takwim & Rancangan Aktiviti Perlantikan Jawantankuasa Unit Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Program Unit Beruniform BSMM di Sekolah Rendah Skim Latihan Sekolah Rendah ISI KANDUNGAN


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan kemanusiaan sukarela yang bertugas untuk mempromosi nilai kemanusiaan serta menyediakan perkhidmatan dan pendidikan awam dalam pengurusan bencana, serta penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. PBSMM beribu pejabat di Kuala Lumpur, beserta 16 pejabat negeri dan lebih daripada 150 cawangan di seluruh negara. PBSMM juga mempunyai kehadiran yang sangat aktif dalam kalangan belia dan dewasa melalui rangkaian unit sukarelawan yang teratur di sekolah dan institusi pengajian tinggi. PENGENALAN


SEJARAH PENDIDIKAN PALANG MERAH/ BULAN SABIT MERAH


A. SEJARAH PALANG MERAH Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant yang lahir pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Geneva. Ibunya seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean banyak mengikut tingkah laku ibunya. Walaupun Jean Henry dibesarkan dalam kemewahan, tetapi dia dilatih berdisiplin dan kuat beragama. Dia amat mementingkan kepercayaan dan moral yang tinggi. Zaman remajanya banyak dihabiskan dengan menyertai beberapa pergerakan serta aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebajikan. Antara pergerakan yang disertai oleh Jean ialah Kesatuan Kristian dan Yahudi dan League of Aims yang bertujuan untuk membantu golongan miskin, sakit dan menderita. Dia juga sering melakukan lawatan ke penjara untuk memulihkan banduan. 1.1 SEJARAH PENGASAS Pergerakan yang paling diminati Jean ialah Kesatuan Pemuda-pemuda Kristian (YMCU) yang pada masa itu aktif di Switzerland, Perancis dan Belgium. Pada masa yang sama, kesatuan ini juga terdapat di England bergabung untuk membentuk Kesatuan Sedunia. Cadangan penggabungan dicetuskan oleh Jean Henry sendiri. Semasa berumur 21 tahun, Jean Henry bekerja sambil belajar di sebuah bank di Geneva. Tujuanya adalah untuk mempelajari selok-belok perbankan sehingga dilantik menjadi Pengurus Besar di sebuah bank di Algeria. Kemudian, beliau meletakkan jawatan kerana ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Perniagaan yang diusahakan Jean Henry berjaya dan beliau mendapat banyak keuntungan. Walau bagaimanapun, Peperangan Solferino mengubah perjalanan hidupnya. JEAN HENRY DUNANT


Pada Jun 1859, ketika berumur 31 tahun, Jean Henry pergi ke Castiglionedelta Pieve di utara Itali. Ketika itu, Peperangan Solferino sedang berlangsung tidak jauh dari situ. Peperangan itu berlaku antara tentera Austria dengan gabungan tentera Perancis dan Sardinia. Selepas peperangan berlangsung selama 16 jam, medan perang dipenuhi dengan 40000 askar yang terkorban dan cedera. Inisiatif Jean Henry 1. Membantu tentera yang cedera dan sakit 2. Memberi dan membeli ubat dan makanan untuk diberi kepada mangsa peperangan. 3. Menjadikan rumah dan gereja berdekatan sebagai hospital sementara. 4. Meminta pertolongan penduduk setempat agar memberi pertolongan cemas tanpa mengira agama dan negara tentera terbabit. 5. Menggunakan kempen dan slogan "Tutti fratelli" (Kitakan bersaudara). Slogan ini pertama kali dikemukakan oleh seorang wanita di bandar Castiglione delle Stiviere. Kenangan pahit di Solferino meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada Jean Henry. Apabila kembali ke Switzerland, beliau mula memikirkan cara-cara mengelakkan penderitaan dalam peperangan. Pengalamannya di Solferino ditulis dalam sebuah buku yang diberi judul "A Memory of Solferino". Jean Henry memperuntukkan masa selama tiga tahun menulis buku itu dan diterbitkan pada November 1862. Buku itu telah dikirim kepada semua ketua kerajaan di Eropah bagi menyedarkan mereka penderitaan mangsa peperangan tidak kira tentera, tentera musuh mahupun orang awam yang tidak terlibat. Buku ini berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua- ketua kerajaan dan mahu merealisasikan dua cadangan Jean Henry, iaitu: Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera daripada mana- mana pasukan hendaklah dibantu. 1.2 PEPERANGAN SOLFERINO


Pada tahun 1863, sebuah jawatankuasa dinamakan Persatuan Kebajikan Awam Geneva atau dikenai sebagai Jawatankuasa Berlima telah ditubuhkan yang terdiri daripada Gustave Moynier, Dr. Maunior, Dr. Louis Appia, General Dufour dan Henry Dunant. Matlamat jawatankuasa ini berfokuskan untuk merangka peraturanperaturan bagi pelaksanaan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku *A Memory of Solferino”. Pada 26 hingga 29 Oktober 1863, Satu Konvensyen Antarabangsa telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh perwakilan dari 16 buah negara. Di akhir konvensyen ini, para perwakilan telah menerima dan bersetuju melaksanakan sebanyak 10 resolusi dan tiga cadangan untuk merasmikan penubuhan Persatuan Palang Merah. Keputusan Konvensyen Antarabangsa yang Pertama yang dihadiri oleh 16 buah negara telan memberi peruntukan seperti berikut: 1.3 SEJARAH PENUBUHAN JAWATANKUASA BERLIMA • Setiap negara perlu menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera di masa peperangan. • Ambulan, hospital tentera dan kakitangan perubatan adalah dilindungi semasa peperangan. • Mengesahkan satu jenis lambang yang seragam, iaitu gelangan tangan dengan lambang palang merah yang berlatar belakangkan putih.


Pada tahun 1864, Jawatankuasa Berlima telah menjemput beberapa buah negara untuk mengadakan pula persidangan antara diplomat yang bertujuan untuk mewujudkan: konvensyen yang pertama berkenaan undang-undang peperangan seperti yang. dicadangkan oleh Jean Henry. Persidangan ini merupakan Persidangan Diplomatik yang pertama. Konvensyen yang terhasil mengandungi 10 artikel dan dinamakan Geneva Convention for the Amelioration of the Condition of the Wounded Armies in the Field atau lebih dikenali sebagai Konvensyen Geneva Pertama. Konvensyen Geneva Pertama pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah kemanusian bagi membantu keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang. Namun, peperangan dan undang-undang dikatakan tidak dapat dilaksanakan serentak kerana kedua-dua mempunyai tujuan yang dianggap bertentangan antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, pengasas Persatuan Palang Merah, Jean Henry Dunant tetap berpendirian bahawa undang-undang tetap boleh digunakan semasa peperangan dan mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsamangsa yang tidak berdaya untuk melibatkan diri dalam peperangan. Secara keseluruhannya, terdapat empat Konvensyen Geneva seperti berikut: • Konvensyen Geneva Pertama (1864) • Konvensyen Geneva Kedua (1899) • Konvensyen Geneva Ketiga (1929) • Konvensyen Geneva Keempat (1949) 1.4 KONVENSYEN GENEVA PERTAMA


Akibat Jean terlalu menumpukan kepada jawatankuasa baharu itu dan mengabaikan perniagaan, Syarikat-syarikatnya di Algeria telah bankrap seperti firma kewangan Cridit Genevois berpunca daripada satu skandal. Pada 17 Ogos 1868, beliau diisytihar muflis oleh Mahkamah Perdagangan Geneva kerana amalan mengelirukan. Oleh itu, masyarakat Calvinist mahu beliau dipinggirkan. Jean meletakkan jawatan Setiausaha pada 25 Ogos 1867 dan pada 8 September 1867 meletakkan jawatan daripada International Committee of Red Cross (ICRC). ICRC adalah International Committee for the Relief of the Wounded in Time of War yang telah diberi nama baru. Sejak itu, Gustave Moynier telah menjadi presiden untuk menggantikan Jean Henry dan memainkan peranan utama dalam ICRC. Pada Februari 1868, ibu Jean Henry meninggal dunia. Pada 1868 juga Jean Henry disingkir dari YMCA kerana mufis. Pada 1867, Jean Henry meninggalkan Geneva dan enggan kembali lagi. Gustave Moynier pula merancang agar semua wang insurans tidak diserahkan kepada Jean Henry. Malah, cenderahati "Sciences Morales" daripada Festival Pans Sedunia tidak diberi kepadanya, sebaliknya diserahkan kepada Gustave Moynier dan Dufour serta wang diserahkan kepada Majlis. Napoleon III setuju membayar separuh hutang-hutang Jean Henry jika kawan-kawannya membayar yang lain. Tetapi usaha ini juga dihalang oleh Moynier. Jean Henry berpindah ke Perancis. Namun, beliau tetap meneruskan misi kemanusiaan dan organisasi sukarela. Sepanjang Peperangan Perancis-Rusia (1870- 1871), Jean Henry mengasaskan Persatuan Bantuan Bersama (Common Relief Society) dan 'Perikatan Bersama untuk Tamadun dan Pemerintahan', Beliau mencadangkan rundingan perlucutan senjata dan mengadakan mahkamah antarabangsa bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Beliau juga menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. 1.5 TEMPOH SENGSARA


Kemudian, beliau bekerja di sebuah perpustakaan. Jean Henry masih hidup susah dan terhutang akibat mengabaikan kehidupan peribadi dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Semua kawan dan lawan menjauhkan diri. Walaupun dia dilantik sebagai ahli kehormat Persatuan Palang Merah Austra, Belanda, Sweden, Rusia dan Sepanyol, tetapi beliau semakin dilupakan. Beliau berpindah-randah dan Stuttgart, Rome, Corfu, Basel dan Karlsruhe. Di Stuttgart, beliau bertemu dengan Rudolf Muller di Universiti Tubingen, Jerman. Pada 1881, dengan bantuan rakannya, beliau kembali ke kampung halamannya di Heiden, Geneva. Pada 1887, Jean Henry pergi ke London dan menerima bantuan kewangan danpada pelbagai pihak dan kembali ke Heiden pada Julai 1887. Pada 30 April 1892, beliau terlantar sakit di hospital kepunyaan Dr Hermann Altherr, Di Heiden, Jean Henry bertemu dengan seorang guru muda bernama Wilhelm Sonderegger dan isterinya, Susanna. Mereka menubuhkan cawangan Palang Merah Heiden. Pada 1890, Jean Henry menjadi Presiden Kehormat dan mahu meneruskan visi kemanusiaannya. Tetapi Gustave Moynier tetap memusuhinya. Pada September 1895. George Baumberger, ketua editor Die Ostschweiz, St. Gallen telah menulis rencana mengenai pengasas Palang Merah dan telah menemu bual Jean Henry di Heiden. Akhirnya, Jean Henry menerima pelbagai pingat termasuk Swiss BinetFendt Prize dan pingat daripada Pope Leo XIII. Beliau juga menerima sokongan Tzar Rusia, Maria Feodorovna. Selepas itu, beliau telah menerima banyak sumbangan dan wang derma. Pada 1901, Henry Dunant menerima Hadiah Keamanan Nobel atas jasanya menubuhkan Palang Merah Antarabangsa dan memulakan Konvensyen Geneva. Maynier turut dicadang untuk menerima anugerah tersebut.


Pada 1903, Jean Henry Dunant menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Heidelberg, Jerman. Kemudian, beliau terlancar di hospital sehingga meninggal dunia pada 30 Oktober 1910. Pada akhir hayatnya, beliau mengalami tekanan perasaan akibat kemelesetan dan kritikan daripada Moynier. Henry Dunant dan Gustave Moynier tidak pernah berdamai. Jeari Henry dikebumikan tanpa sebarang upacara di perkuburan Sihlfeld Zurich, Switzerland. Di dalam wasiatnya, beliau mahu mendermakan wangnya kepada rumah kebajikan Heiden, pertubuhan kebajikan di Norwaydan Switzerland. Beliau juga mahu wangnya dibayar kepada pemiutang-pemiutang. Hari lahirnya pada 8 Mei diisytihar sebagai Hari Bulan Sabit Merah / Palang Merah Antarabangsa. Rumah kebajikan Heiden dijadikan Muzium Henry Dunant. Banyak bangunan, sekolah, jalan di Genevadan dan pelbagai tempat di serata dunia dinamakan sempena nama Henry Dunant. Pingat Henry Dunant dikurniakan oleh IRCR kepada sesiapa yang berjasa dalam kerja-kerja kemanusiaan. Malah, filem 'Henry Dunant: Du Rouge Sur La Croix' telah diterbitkan bagi mengenang jasa-jasa beliau. 1.6 KEMATIAN


Penggunaan lambang Palang Merah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang ini sebenarnya bendera negara Switzerland yang diterbalikkan warnanya dan merupakan penghormatan kepada negara tersebut. Dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864, negara-negara yang hadir bersetuju untuk mengiktirat lambang tersebut sebagai lambang perkhidmatan perubatan dalam perang dan dimasukkan dalam peraturan peperangan. Lambang ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans, dan pasukan penyelamat. Lambang ini juga dipakai di lengan orang yang menandakan pemakainya berada di pihak neutral. Bangunan, kenderaan atau orang yang ada lambang ini tidak boleh diserang, malah diberi perlindungan dan pertolongan oleh mana-mana pihak. Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit menggantikan palang merah yang menghina agama Islam, Sejak itu, negara Islam menggunakan lambang bulan sabit. Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. Selepas peperangan di Solferino dan semasa menjalankan kajian mengenal masalah-masalah peperangan, Jean Henry mendapati para doktor dan kenderaan yang membawa orang yang tercedera sering menjadi sasaran askar-askar yang berperang kerana tidak ada sebarang lambang untuk membezakan tugas dan peranan mereka. 1.7 LAMBANG PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH


Dalam bukunya, Kenangan di Solferino, Jean Henry mencadangkan supaya suatu lambang digunakan oleh kakitangan perubatan, ambulans dan kenderaankenderaan perubatan untuk mengelakkan serangan. Pada tahun 1863, semasa Persidangan Tetap Antarabangsa, perkara lambang ini telah dibincangkan oleh Dr. Louis Appia, Ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. Beliau telah mencadangkan supaya satu kain putih digunakan sebagai lambang perlindungan kerana warna putih bermaksud perlindungan dan tidak akan diserang. Persidangan ini menambahkan satu lambang palang merah. General Henri Duffor, Presiden Jawatankuasa Tetap telah memberi cadangan tersebut. Kemungkinan besar, beliaulah orang yang lelah mencipta bendera negara Swiss (lambang palang putih yang berlatar belakangkan warna merah). Lambang ini diterima sebagai lambang kemanusian dan perlindungan. Gustave Moynier menjadi orang pertama yang menyatakan pertalian antara lambang bendera negara Swiss dengan palang merah. Pada tahun 1906, apabila Konvensyen Geneva digubal semula, satu ceraian yang mengatakan bahawa lambang palang merah digunakan sebagai tanda penghormatan kepada negara Switzerland ditambah. Lambang palang merah telah digunakan buat pertama kalinya oleh Dr. L. P. Amidee Appia semasa peperangan di antara Russia dan Denmark pada tahun 1864. Pada tahun 1876, semasa peperangan Rusia-Turki, Turki telah memberitahu kerajaan Switzerland (yang memegang amanah Konvensyen Geneva) bahawa mereka terpaksa menggunakan lambang bulan sabit untuk perkhidmatan perubatan kerana lambang palang merah dikaitkan dengan agama Kristian. Turki masih terkesan dengan Perang Salib dan tidak berpuas hati dengan penggunaan lambang palang merah yang membawa kenangan pahit. Lambang bulan sabit merah dipilih kerana merupakan lambang bendera negara Turki. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah membantah penggunaan lambang bulan sabit merah dan mengatakan bahawa lambang palang merah tidak mempunyai sebarang kaitan keagamaan. Menurut Max Huber, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. lambang palang merah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agama Kristian. Banyak negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit dan perbincangan hangat telah berlaku. Akhirnya, pada tahun 1929. Persidangan Palang Merah Antarabangsa telah bersetuju untuk mengiktiraf lambang bulan sabit mengikut Konvensyen Geneva. Menurut John F. Kennedy, bekas Presiden Amerika Syarikat, Palang Merah adalah lambang yang paling dikenali di dunia dan ia adalah lambang kemanusiaan dan kegigihan bantuan berterusan pada saat-saat keperluan.


Menurut Konvensyen Geneva, lambang palang merah / bulan sabit merah boleh digunakan dengan dua tujuan: • Lambang ini digunakan untuk perlindungan. • Lambang ini digunakan untuk pengenalan Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah. Semasa mesyuarat Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Palang Merah pada 25hb Ogos, 1863, cadangan telah dibuat untuk mengadakan satu persidangan antarabangsa. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan garis panduan yang akan digunakan oleh pasukan-pasukan penyelamat. Serama 36 orang dan 14 buah negeri termasuk lima orang ahli Jawatankuasa Tetap Antarabangsa. doktor-doktor, tentera dan wakil-wakil dari persatuan-persatuan lain telah menghadiri persidangan. Berikutan persidangan tersebut, satu lagi persidangan diplomatik telah diadakan oleh kerajaan negara Switzerland. Tujuan persidangan ini adalah untuk menandatangani satu perjanjian yang akan menjamin keselamatan askar-askar yang berperang. Mereka yang tercedera sama ada kawan atau lawan akan dirawat dan mereka yang merawat pula akan dihormati sebagai orang-orang yang berkecuali. Persidangan ini telah dimulakan pada 8 Ogos 1864 dan 23 Ogos 1864. Sebanyak 12 buah negara telah menandatangani perjanjian ini yang dinamakan Konvensyen Geneva, untuk melindung askar-askar yang berperang. Semasa Konvensyen Geneva yang berlangsung pada 1864, ahli-ahli mesyuarat telah mengisytiharkan lambang Palang Merah. Lambang yang dipilih ialah berbentuk palang (+) berwarna merah dengan berlatar belakangkan warna putih sebagai perlindungan rasmi. Lambang ini boleh dipamerkan di tempat-tempat tertentu seperti di kapal terbang, kapal, bangunan atau khemah-khemah yang bertujuan mengangkut atau menempatkan mereka yang cedera. Bagaimanapun, lambang ini tidak boleh digunakan bagi tujuan peperangan seperti mengangkut askar atau melindungi depoh senjata api. Begitu juga bagi tujuan komersial atau publisiti adalah dilarang sama sekali. Palang Merah disyaratkan menggunakan lambang ini sebagai identifikasinya dalam bentuk kecil sahaja. Syarat ini adalah untuk mengelakkan terjadi kekeliruan dengan lambang yang bertujuan perlindungan semasa peperangan.


Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. suatu penggubalan akta yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah nama baharu, faitu Persatuan Palang Merah Malaysia. la dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia. Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "A branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyat hidup dalam "kemiskinan dan penderitaan. Cawangan Sabah Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah, laitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948, walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal, latu pada bulan Februari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia Unit Palang Merah yang pertama ditubühkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950 yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951. Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952. 2.0 PENUBUHAN BSMM MALAYSIA


• 1948 - Palang Merah British Cawangan Sarawak ditubuhkan. • 1950 - Ditubuhkan di Pulau Pinang. • 1951 - Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. • 1952 - Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. • 1961 - Pada 01 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah dibaca di Parlimen. • 1962 - 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) AKTA 1961 (No.4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. • 1963 - Pada 04 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menerima dan mengiktirat secara rasmi - sebagai satu Persatuan Palang Merah. • 1963 - Pada 24 Ogos, menjadi ahli kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC). • 1965 - Apabila Malaysia ditubuhkan, Parlimen telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965). • 1975 - 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarkan kepada Bulan. Sabit Merah dan diwartakan pada 4 September 1975, (Akta 162 - pertukaran nama dan lambang persatuan)- • 2007 - Pada 25 Mac 2007, Mesyuarat Majlis PBSM kali ke-116 telah memutuskan pertukaran nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 2.1 RUMUSAN SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA


B. PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 1.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud. Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia. Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia. KESAKSAMAAN Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. KEBERKECUALIAAN Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi. KEBEBASAN Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara. Persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. KHIDMAT SUKARELA Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. KETUNGGALAN Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantumembantu di antara satu sama lain.


1.2 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN Di bawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera sama ada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan wad-wad Konvensyen oleh tiap-tiap negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva. 1.3 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM Subperaturan 5 (1) (A) Dalam Persatuan-persatuan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta Pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia Jilid 42. No. 11 Tambahan No.41, perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998. Berikut merupakan Peraturan-peraturan Perlembagaan Bulan Sabit Merah Malaysia: • Peraturan 1: Nama Dan Alamat • Peraturan 2: Matlamat • Peraturan 3: Objektif • Peraturan 4: Keahlian • Peraturan 5: Guru Penasihat • Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa • Peraturan 7: Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa • Peraturan 8: Kewangan - Peraturan 9: Penyertaan • Peraturan 10: Aktiviti • Peraturan 11: Peraturan-peraturan • Peraturan 12: Pindaan Perlembagaan • Peraturan 13: Pembubaran Persatuan • Peraturan 14: Tindakan Disiplin • Peraturan 15: Hal-hal Lain Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah : • Lencana / Logo Persatuan • Cogan Kata / Moto • Tugas Persatuan Di Peringkat Institusi Pendidikan, Cawangan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan • Pendaftaran Persatuan • Jawatankuasa Kecil


1.1 JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM ) ICRC (International Committee of The Red Cross) Komponen yang prihatin pada pembangunan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa Ditubuhkan pada Tahun 1863 oleh 5 warganegara Swiss bagi membantu orang yang cedera tanpaberpihak kepada mana-mana pihak. Keputusan mereka berasaskan kepada pertimbangan kemanusiaan. Tugas : membantu orang yang cedera. Diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung PBB pada 16 Oktober 1990 Peranan JAPM Pemaju Konvensen Kemanusiaan Antarabangsa Menjaga prinsip-prinsip asas Palang Merah Mengiktirafkan penubuhan persatuan, Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah Kebangsaan Agensi pengesanan pusat Menyediakan anggota perubatan sekiranya berlaku peperangan, perang saudara / rusuhan C. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA


1.2 INTERNATIONAL FEDERATION OF RED CROSS (IFRC) Ditubuhkan pada Tahun 1919. Merupakan Liga persatuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Bebas daripada pengaruh kerajaan Peranan Utama Memberi bantuan dengan apa jua cara kepada mangsa bencana alam Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan Melantik anggota-anggota pertolongan cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan Membantu orang-orang tawanan perang, menghantar perutusan orang awam. Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa Menggalakkan penyertaan persatuan kebangsaan dalam aktiviti menjaga kesihatan umum Membantu JAPM memaiu dan membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa Menjadi perwakilan rasmi dalam urusan perakuan yang diterima pakai serta menjadi penjaga kepada kepentingan mereka


3.3 PERSATUAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN (PBSMK) Bertindak sebagai khidmat bantuan kepada pihak berkuasa awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya. Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. Melantik anggota-anggota pertolongan Cemas Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan 3.4 PERSIDANGAN PALANG MERAH ANTARABANGSA JAPM, IFRC, PBSMK dan kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva berjumpa 4 tahun sekali Badan yang membuat keputusan yang tertinggi Semua terikat dengan keputusan dan resolusi ( pembaharuan ) yang dibuat


D. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BSMM Penaung persatuan : Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Presiden persatuan dipegang oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Timbalan Presiden dipegang oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Fungsi Majlis Tertinggi Pengerusi Bertanggungjawab terhadap Pengerusi Cawangan dan bertanggungjawab terhadap semua hal berkaitan pengurusan, pembangunan, pentadbiran dan kegiatan Cabang. Bertanggungjawab mempengerusikan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cabang. Mempunyai satu undi Penentuan dan akan menandatangani minit tiap-tiap mesyuarat semasa disahkan. Bertanggungjawab menyediakan tugas-tugas dan menyelia AJK Cabang dalam pelaksanaan tugas mereka. Menentukan akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan Cabang tersusun rapi. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.


Naib Pengerusi Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya. Mengambil alih jawatan Pengerusi apabila Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik. Bertanggungjawab terhadap kegiatan pentadbiran dan kewangan Cabang. Bertanggungjawab membantu Pengerusi menyelia tugas AJK Cabang Setiausaha Bertanggungjawab terhadap Setiausaha Cawangan dan menjadi Pegawai Penyelaras dan Perhubungan untuk Cabang dan Unit. Membantu Jawatankuasa Cabang dalam memelihara perhubungandengan Badan-badan Kerajaan, Swasta dan Pertubuhan lain di peringkat Cabang. Bertanggungjawab memberi bantuan sekretariat dan susulan untuk Jawatankuasa Cabang terutama kepada Pengerusi dan Naib Pengerusi. Menyelaras semua kegiatan Cabang. Bekerjasama dengan Bendahari Kehormat dalam menyediakan Peruntukan Tahunan dan Penyata Kewangan. Menjadi Pegawai Pentadbiran peringkat Cabang termasuk bertanggungjawabmengenai semua dokumen, buku, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang. Bendahari Bertanggungjawab terhadap Bendahari Cawangan dan akan bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan Perbelanjaan dan Kunci Kirakira bulanan dan tahunan. Bertanggungjawab mengenai penerimaan dan pembayaran di Cabang dan Unit. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama pegawai yang dilantik oleh Jawatankuasa Cabang. Bertanggungjawab menyediakan Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan memajukan ke Cawangan. Menasihati Jawatankuasa Cabang dalam pengawasan kewangan dan audit. Bertanggungjawab menyimpan dan merekod segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan, peralatan, perkakasan pejabat dan lain-lain. Menyelia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30 Mac setiap tahun.


Maksud satu badan peraturan yang mengenakan had terhadap penggunaan senjata dan kaedah peperangan Bertujuan untuk melindungi maruah manusia dan menghadkan penderitaan semasa peperangan. Dikenali sebagai :- Undang-undang peperangan Undang-undang konflik bersenjata Sebab UUKA penting Salah satu undang-undang yang paling penting yang dimiliki oleh masyarakat antarabangsa bagi menjamin keselamatan dan maruah manusia semasa berperang. Bertujuan memelihara satu tahap kemanusiaan yang tertentu, berpandukan prinsip bahawa peperangan juga ada hadnya. Bila UUKA digunakan UUKA melibatkan dua keadaan konflik bersenjata antarabangsa ( seperti konflik yang melibatkan sekurang-kurangnya dua buah negara) konflik bersenjata yang tercetus dalam sebuah negara ( seperti konflik antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak) UUKA diguna untuk ke atas semua pihak yang bersengketa, tanpa mengambil kira pihak mana yang memulakannya. Siapa yang dilindungi UUKA? UUKA melindungi mereka yang tidak mengambil bahagian dalam pertempuran, contohnya: Orang awam Anggota perubatan dan kor agama angkatan tentera’ Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam pertempuran, contohnya penempur yang cedera, karam atau sakit. Tawanan perang Terdapat juga peraturan-peraturan khas yang melindungi wanita dan kanak-kanak yang selalunya mudah menjadi mangsa semasa peperangan Bagaimana UUKA melindungi? UUKA menghadkan penggunaan jenis senjata yang boleh menyebabkan kemusnahan yang tidak wajar dan tidak membezakan antara penempur dan orang awam Membezakan antara penempur dan orang awam, serta tidak menyerang orang awam Membantu mereka yang cedera dan sakit, serta melindungi anggota perubatan Memelihara maruah tawanan perang dan tahanan awam dengan membenarkan perwakilan ICRC melawat mereka. E. UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA


Konvensyen 1 (1864) Melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan Dihormati dan dilindungi tanpa diskriminasi jantina, bangsa, kewarganegaraan, agama, fahaman politik dan aspek-aspek lain. Tidak boleh dibunuh, dimusnah, diseksa atau untuk tujuan eksperimen biologikal. Dilindung daripada dirompak dan jangkitan penyakit. Semua parti terlibat dalam konflik mesti mencari dan mengumpul mereka yang sakit dan cedera selepas peperangan dan memberi maklumat kepada Pusat Agensi Menjejak Jawatankuasa Palang Merah (ICRC). Organisasi lain yang diberi kuasa dalam memberi rawatan secara saksama, kerajaan yang berkecuali dan penduduk tempatan boleh dipanggil untuk memberi perkhidmatan kemanusiaan kepada mereka yang sakit dan cedera. F. PEMBANGUNAN KONVENSYENKONVENSYEN GENEVA Terdapat 4 konvensyen Geneva - bertarikh 12 ogos 1949 Konvensyen 2 (1907) Melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Mewajibkan pihak yang terlibat dalam peperangan mencari, mengumpul dan merawat mereka yang cedera, sakit dan terkaram di laut. Kapal hospital tidak boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan. Ia tidak boleh diserang atau ditahan. Pengangkutan air berkecuali termasuk kapal saudagar dan kapal pesiar boleh mengumpul dan merawat mereka yang cedera dan terkaram. Tidak boleh ditangkap selagi kekal berkecuali. Pegawai perubatan kapal hospital tidak boleh ditangkap, namun mereka yang cedera, sakit dan terkaram boleh ditahan sebagai tahanan perang dengan syarat memindahkan tahanan dengan selamat dan kapal perang tersebut mesti mempunyai kemudahan perubatan.


Konvensyen 3 (1929) - perlindungan kepada tawanan perang-perang dunia 1 ( 1914- 1918) Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti dikurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh. Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah dijaga dengan baik supaya tawan perang berada dalam keadaan yang selesa. Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka. Tawanan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran berpatutan atas tugas yang mereka lakukan. Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dll). Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah dihantar pulang. Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan. Konvensyen Geneva 4 (1949) - orang awam di dalam tahanan musuh. Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas. Orang awam tidak boleh dibuang negeri atau dikurung kecuali ketika perintah berkurung atas keselamatan mereka. Kegiatan negatif seperti rompakan, pembalasan pemusnahan harta benda adalah dilarang. Perlindungan kanak-kanak dan orang awam diutamakan. Pihak penjajah mesti menyediakan bekalan ubat-ubatan dan makanan untuk bekalan penduduk. Hospital dan zon-zon keselamatan perlu diwujudkan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak umur bawah 15 dan orang tua. Orang kurungan mesti menerima makanan dan rawatan perubatan yang secukupnya kesan daripada risiko peperangan. Keselamatan, penghormatan, hak keluarga, agama, adat resam perlu dihormati.


G. PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN Protokol Tambahan I Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa konflik bersenjata antarabangsa (8 Jun 1977) Skop perlindungan diluaskan kepada orang awam dan menghadkan kaedah serta cara peperangan. Protokol Tambahan Il Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan dengan perlindungan terhadap mangsa dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa (8 Jun 1977) Mengandungi jaminan asas bagi individu yang tidak mengambil bahagian dalam konflik bersenjata bukan antarabangsa, menyediakan peraturan berkaitan dengan perlindungan terhadap orang awam dan objek serta kelengkapan penting untuk menjamin keselamatan mereka seterusnya. Protokol Tambahan III Protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva 12 Ogos 1949 berkaitan penggunaan lambang tambahan (8 Disember 2005) Mewujudkan lambang tambahan, Kristal Merah, yang mana tarafnya adalah sama dengan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.


~ Menghormati UUKA melibatkan beberapa kaedah undang-undang (misalnya menandatangani mana-mana perjanjian antarabangsa yang perlu, menggubal dan melaksanakan peraturan yang berkaitan). ~ Negara-negara harus berusaha menghalang pencabulan undang-undang ini, atau menghukum mereka, sekiranya terjadi pencabulan. Khususnya, mereka harus menggubal undang-undang untuk menghukum pencabulan paling serius terhadap Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan, yang dianggap sebagai jenayah perang. Kesemua negara juga mesti meluluskan undang-undang yang melindungi lambang Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. ~ Adalah menjadi kewajipan semua negara untuk menyebarkan peraturan UUKA kepada angkatan bersenjatanya dan masyarakat awam. ~ Sesebuah negara itu mestilah memastikan UUKA dihormati bukan sahaja di negaranya tetapi mesti juga memastikan bahawa UUKA dihormati di seluruh dunia. Di peringkat antarabangsa, tribunal telah ditubuhkan untuk menghukum kesalahan yang dilakukan dalam tiga konflik terbaru (bekas Yugoslavia, Rwanda dan Sierra Leone. Sebuah Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa penjenayah perang ke muka pengadilan, telah ditubuhkan oleh Statut Rome 1998. G. TANGGUNGJAWAB NEGARANEGARA


Istilah “Konvensyen Hague” menerangkan perjanjian dan pengisytiharan yang diterima pakai di The Hague dan yang mengandungi peraturan yang mengawal selia peperangan. Ini termasuk siri perjanjian dan pengisytiharan antarabangsa yang diterima pakai pada dua persidangan keamanan antarabangsa pada 1890 dan 1907 dan Konvensyen Hague 1954 mengenai Perlindungan Harta Budaya sekiranya berlaku konflik bersenjata. Peraturan yang terhasil daripada Konvensyen ini - Undangundang The Hague- mengawal penggunaan cara dan kaedah peperangan, kelakuan permusuhan dan pendudukan, bertentangan dengan Undang-Undang Geneva - yang terutama mengawal perlindungan mangsa perang. H. KONVENSYEN-KONVENSYEN HAGUE


G. LAMBANG / EMBLEM Lambang/Emblem ialah satu tanda pengenalan yang berbentuk dan berwarna mudah untuk menyampaikan sesuatu maksud. Jawatankuasa Antarabangsa Tetap untuk meredakan penderitaan para tentera yang cedera (Kini ICRC) telah menekankan keperluan mewujudkan satu tanda yang boleh dilihat dengan jelas, mudah dikenali dan diketahui oleh masyarakat sejagat untuk mengenalpasti anggota-angota pembantu, bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan yang terlibat didalam bantuan perubatan diwaktu perang. Cadangan memakai toha putih yang bertanda Palang Merah sebagai tanda perlindungan untuk anggota-anggota perubatan dikemukakan sewaktu Persidangan Antarabangsa di Geneva pada Oktober 1863. LAMBANG PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH 1. Palang Merah a. Persidangan Diplomatik 1864 b. Konvensyen Geneva Pertama


2. Bulan Sabit Merah a. Persidangan Diplomatik 1929 3. Singa dan Matahari Merah a. Persidangan Diplomatik 1929 b. Digunakan oleh Iran sehinggan 1980 yang kemudiannya menggunakan lambang Bulan Sabit Merah


4. Kristal Merah a. Persidangan Diplomatik 2005 b. Protokol Tambahan III c. Ketika ini lambang ini hanya digunakan oleh Israel. Pada ketika ini hanya 3 lambang rasmi yang masih digunapakai iaitu Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan Kristal Merah. Sehingga tahun 2009, sebanyak 152 persatuan kebangsaan menggunakan lambang Palang Merah, 33 menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan 1 negara (Israel) yang menggunakan lambang Kristal Merah.


Bendera Bulan Sabit Merah Malaysia Ukuran Piawai Bendera


PENGERUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


A. PENDAFTARAN AHLI & KUMPULAN


Meluluskan permohonan untuk aktiviti luaran (sepert rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya Tanggungjawab Kuasa Penganjur B. KUASA PENGANJUR


C. STRUKTUR UNIT Carta Organisasi Umum Sekolah Rendah


Contoh: Carta Organisasi Sekolah Kebangsaan Bandar Putra, Kulai


D. PENGURUSAN BUKU LOG Perjumpaan Kali Ke-1 10 JANUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR Aktiviti: 1.Berbaris 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3. 4.Taklimat umum sempena perjumpaan kali pertama 5.Sesi Bersama pensyarah penasihat di kem banai - Memilih jawatankuasa (Ahli MajlisTertinggi) - Membincang tentang aktiviti sepanjang semester. - Membincang berkenaan baju t-shirt BSMM. 6.Sesi bergambar di hadapan GERKO.


Aktiviti: 1.Berbaris Pengakap (Kawalan Utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di bilik mesyuarat GERKO Menerangkan tentang Maklumat Kursus (MK) bagi subjek ini. Menyampaikan maklumat tentang tugasan pentaksiran berterusan. Menjelaskan elemen-elemen penting yang akan dinilai semasa menjalankan amali. Membincang berkenaan pemilihankumpulan untuk kerja kursus Sesi bergambar di hadapan GERKO. Perjumpaan Kali Ke-2 17 JANUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris a.Pandu Puteri Kadet (Kawalan Utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) Melatih Istiadat Perhimpunan (Kawalan jadikan dua barisan, Kawalan jadikan tiga barisan) Perjumpaan Kali Ke-3 24 JANUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris Bulan Sabit Merah Malaysia (Kawalan Utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) 4.Sesi bersama pensyarah penasihat di Bilik Mesyuarat. Membincang tentang penempatan kem yang akan dianjurkan pada sem depan. Membincang tentang rancangan aktiviti semester ini. Perjumpaan Kali Ke-4 31 JANUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris Puteri Islam (kawalan utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Ke kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) Perjumpaan Kali Ke-5 7 FEBRUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 29 / 35 ORANG 1. FOO QIAO EN 2. HO YI LING 3. JEYASHRI A/P KRISHNAN 4. KIRTHIGA A/P HARI KRISHNAN 5. LOOI MING KANG 6. OI KAY MI (PROGRAM LAWATAN KE SEKOLAH) PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris Kadet Remaja Sekolah (kawalan utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Ke kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) 4.Membincangkan JST dan rubrik pentaksiran berterusan. 5.Sesi tonton video kawad kaki statik. Perjumpaan Kali Ke-6 21 FEBRUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 33 / 35 ORANG 1. IRFAN 2. SYAFIQ PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris KorSISPA (kawalan utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Ke kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) 4.Membincangkan tentang perkhemahan 5.Mempelajari cara menggunakan stretcher untuk mengangkat mangsa. Perjumpaan Kali Ke-7 28 FEBRUARI 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris Pengakap (kawalan utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad statik (Ke kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) 4.Perbincangan tentang perkhemahan 5.Menerangkan panduan kecemasan dan pengurusan bencana. 6.Mempelajari pertolongan kepatahan. Perjumpaan Kali Ke-8 6 MARCH 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL (BIG) 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Aktiviti: 1.Berbaris Pandu Puteri Islam (kawalan utama) 2.Nyanyian lagu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah, Lagu Institusi Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu IPDA. 3.Sesi Bersama pensyarah penasihat di depan asrama blok P1 Melatih kawad kaki statik (Ke kanan lurus, Senang diri, Rehatkan diri, Buka barisan, Tutup barisan, Bergerak ke kanan bertiga-tiga kanan, Pusing) 4.Perbincangan tentang amali masakan. 5.Perbincangan tentang perkhemahan. Perjumpaan Kali Ke-9 13 MARCH 2024 (RABU) 7:45 PAGI – 10:00 PAGI WHITE HOUSE KEM BANAI / KEM BANAI KEHADIRAN: 35 / 35 ORANG PENSYARAH NASIHAT: 1. ENCIK AZIZI BIN ISMAIL 2. ENCIK MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN OMAR


Click to View FlipBook Version