The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nashamani46, 2021-04-17 23:11:44

Doc1

Doc1

MPU 23120
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

MENERANGKAN SISTEM , NOR FARAHAIN BINTI MOHD JUDIN
TAHAP PERKEMBANGAN (18DPM20F2002)
KESEPADUAN MERENTAS
NUR SHAKIRIN AMANI BINTI AB RAHIM
BANGSA DI MALAYSIA (18DPM20F2010)

ANIS NAZILAH BINTI MUHAMMAD
(18DPM20F2020)

PENGENALAN

Kepelbagaian etnik dan budaya boleh menimbulkan cabaran kepada sesebuah masyarakat seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan
perpaduan yang berbeza dan dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat
Malaysia iaitu berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi
telah membawa kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka. Kesepaduan yang telah wujud didukung dan mesti terus
menerus dimantapkan dan dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak yang dipacu oleh tiga motivasi iaitu perpaduan yang diidamkan,
kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang telah diusahakan.

MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN

Perpaduan menjadi matlamat untuk setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan
rakyat tidak dapat hidup selesa dan negara juga akan bergolak setiap masa. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa
berlaku dan rakyat sentiasa hidup dalam keadaan ketakutan serta bergantung kepada bantuan luar.
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah
menyatakan bahawa “Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar untuk diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini
biasanya akan hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat.”

DETIK PERPADUAN

Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlakunya dalam kehidupan seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat untuk menunjukkan
ialah muncul perpaduan adalah detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan
ketika bencana dan lain-lain.

DETIK PERBEZAAN

Detik perbezaan khasnya berkaitan dengan budaya dan bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi
hubungan dan perpaduan antara kaum. Contohnya, detik perbezaan dalam sambutan hari perayaan di Malaysia yang jelas kelihatan kerana sambutan
perayaan yang mempunyai kaitan dengan budaya dan agama yang pelbagai di Malaysia. Selain itu, isu berkenaan dengan tempat kerja yang memilih bangsa-
bangsa tertentu dan syarat yang tertentu. Ia adalah merupakan sesuatu yang akan menggugat perpaduan bangsa jika tidak ditangani dengan baik. Isu tempat
kerja tidak harus timbul sebagai salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum memandangkan pekerjaan yang tidak terikat kepada
bangsa atau kaum.


Click to View FlipBook Version