The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nashamani46, 2021-04-17 23:50:39

Binder3.pdf done

Binder3.pdf done

MPU 23120
PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN

MENERANGKAN SISTEM , NOR FARAHAIN BINTI MOHD JUDIN
TAHAP PERKEMBANGAN (18DPM20F2002)
KESEPADUAN MERENTAS
NUR SHAKIRIN AMANI BINTI AB RAHIM
BANGSA DI MALAYSIA (18DPM20F2010)

ANIS NAZILAH BINTI MUHAMMAD
(18DPM20F2020)

BAB 4 PEMANTAPAN KESEPADUAN
NASIONAL MALAYSIA

PENGENALAN

Kepelbagaian etnik dan budaya boleh menimbulkan cabaran kepada sesebuah
masyarakat seperti Malaysia. Setiap komuniti misalnya mempunyai etika dan perpaduan
yang berbeza dan dijelmakan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing.
Kesemuanya perlu hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia iaitu berkongsi persamaan
dan mencari titik pertemuan ketika terjadi perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding
dan melakukan mediasi telah membawa kepada keamanan, kestabilan dan keharmonian di
Malaysia semenjak Merdeka. Kesepaduan yang telah wujud didukung dan mesti terus
menerus dimantapkan dan dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak yang dipacu oleh tiga motivasi iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan yang
dicapai dan penyatupaduan yang telah diusahakan.

MATLAMAT PERPADUAN YANG
DIIDAMKAN

Perpaduan menjadi matlamat untuk setiap bangsa dan negara agar hidup sentiasa harmoni dan
tenteram tanpa menggugat keamanan. Tanpa keamanan rakyat tidak dapat hidup selesa dan negara juga
akan bergolak setiap masa. Hal ini dapat dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan
sentiasa berlaku dan rakyat sentiasa hidup dalam keadaan ketakutan serta bergantung kepada bantuan
luar.
Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyatakan bahawa “Perpaduan sebagai suatu hasrat yang
diidamkan adalah sukar untuk diukur, dilihat secara nyata mahupun berkekalan. Perkara ini biasanya akan
hadir mengikut keadaan, keperluan dan detik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan
seharian masyarakat.”

DETIK PERPADUAN DETIK PERBEZAAN

Detik perpaduan adalah saat yang boleh Detik perbezaan khasnya berkaitan dengan
dilihat berlakunya dalam kehidupan seharian budaya dan bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu
masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat dilihat daripada aspek positif untuk mengukuhkan
untuk menunjukkan ialah muncul perpaduan lagi hubungan dan perpaduan antara kaum.
pelbagai etnik dan budaya yang menutamakan Contohnya, detik perbezaan dalam sambutan hari
kestabilan dan kemajuan. Mereka berkonsi norma perayaan di Malaysia yang jelas kelihatan kerana
hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial. sambutan perayaan yang mempunyai kaitan
Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dengan budaya dan agama yang pelbagai di
dan agama dan seterusnya dapat membina Malaysia. Selain itu, isu berkenaan dengan tempat
negara bangsa integrasi yang maju. kerja yang memilih bangsa-bangsa tertentu dan
syarat yang tertentu. Ia adalah merupakan
sesuatu yang akan menggugat perpaduan bangsa
jika tidak ditangani dengan baik. Isu tempat kerja
tidak harus timbul sebagai salah satu detik
perbezaan yang akan menggugat perpaduan
kaum memandangkan pekerjaan yang tidak
terikat kepada bangsa atau kaum.

TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI

KESEPADUAN NASIONAL

Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai pelbagai latar
belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza dan menjadi satu entiti fizikal. Ia lebih kepada
penyatuan yang berbentuk zahir dan luaran. Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi
aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai. Dalam usaha mewujudkan kesepaduan
nasional, alat yang utama sebagai teras kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan
dan Rukunegara. Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang
dinamik. Ia akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada petani komersial industri,
golongan miskin kepada kelas menengah dan masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan.
Daripada segi kemajmukan bangsa, akan wujud pelbagai etnik dan budaya yang menutamakan
kestabilan dan kemajuan. Mereka berkonsi norma hidup, persamaan nilai dan kerencaman sosial.
Hal ini merentasi hubungan horizontal antara etnik dan agama dan seterusnya dapat membina
negara bangsa integrasi yang maju.

KESEPADUAN SOSIAL-DEFISIT SOSIAL

Kesepaduan sosial adalah antara teras yang penting dalam menjamin semua bangsa dalam
Malaysia berada dalam keadaan aman dan harmoni. Ia adalah merupakan asas utama kepada
keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa konflik. Konsep kesepaduan sosial yang diasaskan
oleh kerajaan adalah sebagai formula penting untuk meguruskan masyarakat plural berbilang
kaum dan agama khususnya di Malaysia. Defisit sosial pula ialah isu dan hal yang belum selesai
dan perlu diusahakan penyelesaiannya satu persatu, memerlukan waktu kesabaran semua pihak,
perancangan dan perlaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar menawar, perundingan
ataupun mediasi. Selain itu, sepuluh perkara yang menjadi topik kepada isu defisit sosial ialah
etnisiti agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme,
ruang (bandar-desa) dan media. Ianya melibatkan isu-isu yang jika tidak ditangani dengan
berhemat akan menjadi punca kepada keruntuhan kesepaduan sosial yang ingindibangunkan.

ETOS NASIONAL

Menurut Mansor et al. (2006) perkataan etos berasal daripada perkataan etika,
sikap, keperibadian, watak, karakter serta keyakinan atas sesuatu perkara. Bagi
pendapat Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad (1992) mengenai
etos bangsa ialah perkongsian sejarah, perkongsian nilai, perasaan kekitaan bersama,
perkongsian masa depan, kesetiaan, komitmen, dan keterikatan emosi negara.
Menurut Nazri Muslim (2016), terdapat beberapa dimensi utama yang dapat
menjelaskan etos bangsa sesebuah masyarakat. Etos bangsa terbina apabila
masyarakat berkongsi nilai yang sama. Nilai masyarakat yang dikongsi bersama
merangkumi elemen kerjasama, menghormati setiap individu, toleransi, disiplin diri
iaitu etika atau moral dan demokrasi.

Topik5 ( Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia)

PENGENALAN

Pembinaan Peradaban Majmuk di Malaysia ialah gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang bergaul dan tergarap melalui perjalanan
sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh
peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudian muncul peradaban Asia yang terdiri
daripada peradaban India ,cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban
dari Barat.Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan
kemerdekaan 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa,didahului oleh
Pembinaan Negara bercirikan satu wilayah,satu perlembagaan dan satu
kewarganegaraan . Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem
birokasi negara,Pelan pembangunan Lima Tahun dan sebagainya. Dalam konteks
ini telah wujud beberapa “Bangsa Idaman” yang menguasai wacana politik di
Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar
dan perlu dikupas dan didebatkan.

Peradaban Asia (India,Cina,Timur Tengah)
Perkembangan peradaban Asia turut

mempengaruhi pembinaan bangsa dan negara di
Malaysia. Kedatangan masyarakat India, Cina , dan
pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa
kepelbagaian adat dan budaya dan pegangan agama.
Kepelbagaian ini merupakan satu keistimewaan yang
ada pada negara ini namun perlu diuruskan dan baik
agar keharmornian bangsa dapat dikukuhkan setiap
masa.

Konsep Negara

Negara ialah merujuk kepada sebuah masyarakat yang
mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang
memerintah . Seterusnya, Konsep negara adalah sebuah
kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan Politik
serta pentadbiran yang diiktirafoleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang
sah menurut undang-undang. Kewujudan rakyat juga yang
akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.
Antara ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah
adanya penduduk , sempadan, kerajaan dan kedaulatan.

Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa Dalam Acuan Malaysia

Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu anak watan yang lahir dalam satu
negara , satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain .
Usaha-usaha ke arah pembentukan negara bangsa merupakan salah satu
langkah ke hadapan dalam mewujudkan satu negara satu bangsa . Penubuhan
Parti Perikatan Umno-MCA-MIC dan semangat permuafakatan kaum adalah
acuan pertama yang terbina hasil daripada kemahuan bersama rakyat yang mahu
memerdekakan negara daripada penjajah Inggeris. Seterusnya, acuan kedua pula
adalah melalui pembangunan ekonomi negara yang diikat dengan falsafah
pembangunan ekonomi yang adil antara kaum , golongan miskin dan kaya
,kawasan desa dan bandar serta perberzaan wilayah. Justeru , permodenan dan
pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering
dikaitkan dengan etnik dan agama. Di samping itu, ia diperkukuhkan lagi dan
acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus isu perkauman dan
agama .

BAB 6 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI TAPAK INTEGRASI DAN
WAHANA ETIKA DAN PERADABAN

SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan merupakan satu undang-undang yang tertinggi
bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957. Mana-mana undang negeri yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal.
Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran atau
pendebatan. Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia
mendapat sokongan ⅔ dari ahli dewan rakyat

KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai
pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari
persetujuan secara aman dan harmoni tanpa keganasan.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembangan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan
negara bangsa Malaysia yang di persetujui oleh pemimpin dan pejuang
kemerdekaan negara antaranya ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke
dan Tum V.T Sambathan. Perlembagaan itu dipegang sebagai panduan hidup
bernegara dalam aman damai dan perpaduan. Selain itu, Perlembagaan
Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja
Berpelembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak.

CABARAN DAN TAFSIRAN SEMASA TERHADAP PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN

Hak asasi manusia yang mengguna UDHR sebagai bahan rujukan dalam
mentafsirkan peruntukan perlembagaan dan undung-undang. Yang kedua
kegiatan subversif iaitu tafsiran yang umum berkaitan kegiatan subversif dalam
Perlembagaan Persekutuan berdasarkan keperluan semasa. Yang ketiga
kontrak sosial ialah persetujuan tidak termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Orang Melayu. Yang
keempat isu pendidikan yang mengekalkan keharmonian pelaksanaan sekolah
kebangsaan dan vernakular. Yang kelima perpaduan kaum yang melibatkan isu-
isu sensitif perkauman yang ditimbulkan oleh pelampau yang rasis. Yang keenam
merupakan kedudukan islam sebagai agama rasmi yang mengekalkan
keharmonian agama di Malaysia dalam rangka Islam sebagai agama rasmi dan
agama lain bebas diamalkan.


Click to View FlipBook Version