UBK SMKTSMR
• Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) adalah cawangan
kejuruteraan yang menggunakan prinsip-prinsip kimia, fizik,
matematik, biologi, dan ekonomi untuk menggunakan,
menghasilkan, merekabentuk, mengangkut dan mengubah
tenaga dan bahan dengan cekap.
• Jadi, apakah ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang
Jurutera Kimia?Apakah pengetahuan dan kemahiran yang
Chemical Engineering perlu tahu? Ke manakah laluan kerjaya
untuk seorang Jurutera Kimia?
• Peranan menjadi kejuruteraan kimia adalah mereka bentuk
peralatan loji kimia dan pemproses peranti untuk bahan kimia
dan produk, seperti petrol, getah sintetik, plastik, bahan pencuci,
simen, kertas, dan pulpa pembuatan dengan menggunakan
prinsip dan teknologi kimia, fizik dan kejuruteraan.
• Dari segi pengetahuan dan kemahiran yang perlu ada pada
seorang Chemical Engineering ialah pengetahuan dari segi kimia,
matematik dan fizik. Manakala untuk kemahiran pula,
matematik, lisan, idea dan logik.
• Antara ciri-ciri personaliti seorang Jurutera Kimia ialah:
• Meminati dalam bidang kejuruteraan kimia.
• Tidak mudah putus asa apabila mengalami kegagalan dan
sentiasa memahami masalah yang timbul dan selesaikannya
dengan cara yang mudah.
• Seorang yang tekun, dinamik dan bekerja keras.
• Sentiasa mempunyai keinginan untuk terus berjaya dan dapat
bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah.
• Akhir sekali, laluan kerjaya sebagai seorang Jurutera Kimia
adalah Jurutera Proses ,ahli kimia penyelidikan dan ahli kimia
alam sekitar.
• Jurutera Awam adalah satu bidang yang sangat penting
dalam membuat suatu projek pembinaan pada fasa awalan.
• Tugas jurutera awam ialah merekabentuk, menyelia,
mengendali, membina dan menyelenggara projek dan sistem
infrastruktur di sektor awam dan swasta, termasuk jalan,
bangunan, lapangan terbang, terowong, empangan, jambatan,
dan sistem untuk bekalan air dan rawatan kumbahan.
Personaliti/ciri-ciri yang perlu ada seorang jurutera awam
ialah pertama, pemikiran analitik. Komponen pemikiran
visual kritis yang memberikan satu keupayaan untuk
menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan. Ia
melibatkan pendekatan langkah demi langkah yang
bersesuaian dengan pemikiran yang membolehkan anda
memecahkan masalah kompleks ke dalam komponen tunggal
dan terkawal.
• Kedua, memberi perhatian terperinci bermaksud, anda
seharusnya memberi sepenuh perhatian kepada kerja anda
kerana ia melibatkan sistem infrastruktur di sektor awam dan
swasta yang akan merekabentuk, mengendali tempat-tempat
seperti bangunan, empangan, jambatan, dan sistem untuk
bekalan air dan rawatan kumbahan.
• Selain itu, kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada
pada seorang jurutera awam ialah kena mahir dalam
matematik, fizik, reka bentuk komputer dengan bantuan
komputer(CAD) dan lain-lain lagi.
• Manakala untuk laluan kerjaya sebagai seorang jurutera
awam adalah jurutera awam yang berkontrak, jurutera
perunding awam, dan pengurus projek.
• Doktor ialah orang yang bertugas menyembuh atau merawat orang-orang yang sakit. Tidak semua
orang yang mampu menyembuhkan penyakit boleh dapat gelaran sebagai seorang doktor.
• Untuk menjadi doktor biasanya diperlukan latihan khusus dan memegang perrsijilan atau pentauliah
khusus seperti di Malaysia, harus mendapat tauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia di samping sijil
kedoktoran daripada mana-mana universiti yang diiktiraf oleh kerajaan.
• Anda kena tahu bahawa doktor di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
• Doktor am/umum : memeriksa segala penyakit yang tidak terlalu serius . Maksudnya adalah
penyakit lazim atau harian.
• Doktor Pakar : sekiranya ada penyakit yang serius akan dirawat oleh doktor pakar dahulu sebelum
membuat apa-apa jenis prosedur selanjutnya.
• Doktor bedah : sebuah bidang rawatan perubatan yang luas yang melibatkan pemotongan tubuh
badan, sama ada tubuh manusia ataupun binatang, bagi tujuan khusus seperti untuk membuang tisu yang
tidak sihat, ataupun untuk memperbaiki tisu yang rosak atau koyak.
• Doktor Gigi : berkaitan dengan segala jenis gigi untuk dirawat.
• Kemahiran yang perlu ada pada seorang Doktor adalah salah satunya, membuat keputusan atau
memberi jawapan yang tepat kepada pesakit tentang penyakit mereka.
• Kedua, sentiasa mendengar dengan teliti dan faham apa yang pesakit anda katakan. Maksudnya
adalah, anda sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika pesakit anda bercakap dan anda boleh terus
mengerti apa yang mereka cuba sampaikan.
• Ketiga, dah nama pun anda bekerja sebagai doktor, jadi apabila anda nampak ada benda yang tidak
kena dekat mana-mana pesakit atau orang sekeliling anda, anda haruslah bertindak segera! Anda harus
peka dengan keadaan sekeliling anda.
• Seterusnya, personaliti pada seorang Doktor pula ialah pertama, pemikiran analitikal. Maksudnya,
anda haruslah berfikir luar dari kotak (think out of the box).
• Tidak semua keputusan yang anda akan lakukan akan berdasarkan buku rujukan kerana tidak
mungkin anda sempat untuk melihat semua buku rujukan untuk penyakit pesakit anda. Jadi, anda
haruslah berfikir secara logik dan dapat menyelesaikan masalah pesakit dengan begitu pantas.
• Kedua, Mengambil berat tentang orang lain. Itu adalah tugas anda sebagai seorang Doktor untuk
sentiasa mengambil kira/berat tentang pesakit anda atau mungkin orang di sekeliling anda.
• Anda juga mesti dahulukan pesakit anda sebelum orang lain tetapi kalau melibatkan keluarga sendiri,
utamakan keluarga.
• Bukan bermakna pesakit tidak penting ya. Pesakit itu pun penting juga kerana anda bermain dengan
nyawa seseorang jadi anda tidak boleh memilih kasih apabila melibatkan nyawa seseorang.
• Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Doktor ialah anda boleh menjadi pakar bedah , doktor
pakar psikiatri dan lain-lain.
Seorang arkitek adalah orang yang merancang dan mengkaji pembinaan
bangunan seperti bangunan pejabat, kilang, dan sebagainya. Untuk
mengamalkan, seni bina bermakna menyediakan perkhidmatan yang
berkaitan dengan reka bentuk bangunan dan ruang dalam laman web yang
mengelilingi bangunan yang mempunyai penghuni manusia atau
digunakan sebagai tujuan utama mereka.
Kemahiran yang perlu ada pada seorang arkitek adalah mahir dalam kira-
kira(Mathematics) kerana anda akan banyak menggunakan nombor dalam
mengira setiap sudut untuk membina sebuah bangunan.
Selain itu, kemahiran komunikasi adalah satu set aktiviti yang akhirnya
membuat prestasi umum yang berkualiti. Maksudnya, Berkomunikasi
dengan kuat dan jelas pada bakal pelabur dan pelanggan. Seterusnya,
menjadi pendengar aktif dan ahli pasukan aktif dan memastikan projek
berjalan seperti yang dirancang.
Manakala pengetahuan pula, seorang arkitek haruslah mempunyai
pengetahuan asas tentang fizik, matematik,seni dan reka bentuk kerana
anda yang akan melakar seni dan reka bentuk itu dan tunjukkan hasil kerja
itu kepada pelanggan anda.
Ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang Architect adalah pemikiran
analitik bermaksud komponen pemikiran visual kritis yang memberikan
satu keupayaan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkesan.
Maksudnya, anda mampu mengatasi masalah itu dengan cepat dan mudah
walaupun dalam keadaan kritikal masa itu.
Kedua, perhatian kepada terperinci. Apabila anda membuat sesuatu rekaan
bentuk itu, anda haruslah mempunyai sifat atau sikap terperincip dalam
setiap tugasan yang anda lakukan kerana anda mesti tidak mahu terjadi
sebarang masalah di masa akan datang betul kan?
Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang Arkitek(Architect) adalah
menjadi seorang arkitek kediaman, arkitek komersial , arkitek sivil dan
juga seorang arkitek pemuliharaan.
• Seorang pereka dalaman haruslah mempunyai idea yang logik
atau idea yang kreatif dalam mereka bentuk sesuatu rekaan itu
eorang pereka dalatetapi dalam masa yang sama anda juga
mestilah belajar untuk menambah ilmu dari segi mereka bentuk
sesuatu rekaan bersifat kontemporari yang bermaksud mengikut
peredaran zaman pada masa kini.
• Adakah anda bercita-cita mahu menjadi seorang “Interior
Designer”?
• Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang pereka
dalaman ketahui?
• Apakah personaliti/ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
itu?
• Apakah pengetahuan asas yang Interior Designer perlu ada
dan ke manakah laluan kerjaya untuk seorang pereka dalaman?
• Apakah peranan sebagai seorang Interior Designer? Peranan
sebagai seorang pereka dalaman adalah merancang, merekabentuk
dalaman seperti di dalam bangunan kediaman, komersial atau
perindustrian. Tujuannya ialah merumuskan reka bentuk yang
praktikal, estetik dan kondusif.
• Untuk kemahiran pula yang perlu ada pada seseorang
pereka dalaman ialah pertama, dengar dan faham apa yang
dikatakan. Maksudnya , anda seorang pereka dalaman jadi anda
akan mereka bentuk dalaman dalam rumah atau bangunan klien
anda, jadi anda haruslah dengar dengan teliti dan faham konsep
yang bagaimana klien anda mahukan.
• Kedua, idea dan logik. Anda lebih tahu bagaimana mahu
mengubahsuai dalam kawasan itu jadi anda tahu bagaimana untuk
mereka bentuk dalaman mengikut konsep yang klien anda inginkan.
Anda haruslah berfikiran secara kreatif dan logik dalam mereka
bentuk rekaan sesuatu itu.
• Ketiga, membuat idea baru dan original. Maksudnya, apabila
anda mahu membuat sesuatu rekaan dalaman itu, anda haruslah
berfikir menggunakan akal fikiran anda sendiri tanpa menggunakan
mana-mana reka bentuk dalaman hak milik orang lain.
• Selain itu, menjadi seorang pereka dalaman juga memerlukan
serba sedikit pengetahuan seperti reka bentuk dalaman (ID), seni
bina, teknologi reka bentuk, melukis, dan seni dan kraf.
• Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang pereka
dalaman(Interior Designer) sangatlah luas, mungkin anda boleh
jadi pereka dalaman sendiri maksudnya, membuka cawangan
sendiri tanpa kerja di bawah orang atau mungkin anda boleh
menjadi pereka lampu, pereka arkitek atau ketua amalan untuk
Interior Designer.
• Ahli farmasi adalah pakar-pakar perubatan dan memainkan peranan yang
penting dalam membantu orang mendapatkan hasil yang terbaik daripada ubat-
ubatan mereka. Ahli farmasi menyediakan dan preskripsi dispense, memastikan
ubat-ubatan dan dos yang betul, mengelakkan interaksi ubat berbahaya, dan
pesakit peguam bagi penggunaan yang selamat dan sesuai untuk ubat-ubatan
mereka.
• Antara kemahiran yang perlu ada pada seorang ahli farmasi adalah tak kiralah
dari sektor farmasi yang mana sekalipun, basic seorang ahli farmasi adalah
berkaitan ubat dan ubat tu ada banyak jenis jadi sudah tentu anda memerlukan
penghafalan yang banyak.
• Walaupun terdapat jugak sedikit pengiraan, tapi ianya tak banyak. Akan tetapi
bab yang berkaitan dengan pengiraan tersebut tetap ada dan sangat penting!
Contohnya dimana kepekatan ubat dalam darah perlu dikira dan dari pengiraan itu,
ahli farmasi akan memberi cadangan kepada doktor sama ada perlu atau tidak dos
ubat ditukar bagi seseorang pesakit itu.
• Selain itu, anda harus peka dengan keadaan sekeliling anda kerana anda
seorang ahli farmasi jadi sekiranya berlaku apa-apa, anda tahu ubat apa untuk di
bagi kepada pesakit itu tetapi mestilah rujuk kepada doktor juga terlebih dahulu.
• Personaliti/ciri ciri yg perlu ada pada seseorg yg terlibat dlm kerjaya sebagai
ahli famasi ini adalah pertama, kebimbangan terhadap orang lain. Maksudnya, anda
mesti dapat mempertimbangkan keperluan dan kesulitan orang lain dan
mengambil minat aktif dalam perasaan, keupayaan, dan perspektif mereka untuk
membantu mereka menghadapi kesukaran yang mereka hadapi dan bertindak
dengan integriti, dan keprihatinan.
• Seorang ahli farmasi adalah seorang “lifelong learner“. Sebab ilmu farmasi ini
sentiasa berubah bergantung kepada penemuan-penemuan baru, terutamanya
ubat-ubatan yang baru dalam pasaran. Jadi, kalau anda rasa nanti dah tamat
pengajian dan selepas itu mahu terus mencari kerja sahaja, malas dah nak belajar
untuk tambah ilmu pengetahuan tentang ubat-ubatan ini, farmasi bukanlah pilihan
yang baik untuk anda.
• Kalau anda nak tahu, pengetahuan yang anda harus mahir juga adalah seperti
subjek fizik, biologi, kimia, matematik, perubatan, dan juga penjagaan kesihatan.
• Akhir sekali, apabila anda menjadi ahli farmasi tidak bermakna anda duduk
sahaja di kedai-kedai farmasi tu sebagai pembantu peribadi untuk farmasi itu tetapi
anda boleh mendapat laluan kerja sebagai ahli farmasi klinikal, ahli farmasi
komuniti, ahli farmasi perindustrian, ahli farmasi nuklear.
• Wakil perhubungan awam membantu syarikat dalam membina dan
mengekalkan imej awam yang positif.
• Tugasan yang dilakukan oleh wakil perhubungan awam adalah menulis
dan mengeluarkan siaran akhbar, berinteraksi dengan ahli media, dan
membina dan mengekalkan hubungan baik dengan ahli media dan individu
dalam organisasi mereka.
• Wakil perhubungan awam juga mungkin bertanggungjawab untuk
membangunkan inisiatif khidmat masyarakat dan bekerjasama dengan pihak
luar mengenai usaha ini.
Peranan menjadi wakil perhubungan awam adalah terlibat dalam mempromosikan atau
membuat imej awam yang dimaksudkan untuk individu, kumpulan atau organisasi. Boleh
menulis atau memilih bahan untuk dibebaskan kepada pelbagai komunikasi.
Kemahiran berikut adalah permintaan tertinggi untuk pekerja baru dalam
pekerjaan Perhubungan Awam(PR):
1.Tulis komunikasi yang jelas dan konsisten untuk media
2.Membangunkan program kesedaran dan rakan kongsi dengan individu dan komuniti yang
berkaitan
3.Berinteraksi secara berkesan dengan saluran media yang berbeza di hadapan khalayak
mereka
4.Bekerjasama untuk mengenal pasti kandungan media sosial, topik, dan aliran maklumat
Personaliti yang perlu ada pada pekerjaan PR ialah kegigihan yang bermaksud apabila anda
mencuba sesautu dan terus mencuba untuk mempelajari kemahiran baru dan tidak pernah
berputus asa sekiranya gagal.
Kedua, Perhatian kepada perincian bermakna kegigihan dalam melaksanakan tugas melalui
keprihatinan terhadap semua bidang yang terlibat, tidak kira betapa kecilnya masalah itu, anda
akan mencari maklumat dengan cekap, merancang dan mengatur masa untuk mendapatkan
sesuatu sumber itu.
Akhir sekali, laluan kerjaya anda sebagai Wakil Perhubungan Awam (Public Relations
Representative) adalah Pengarah akauntan dan Ketua komunikasi.
• Peranan menjadi seorang guru ialah mengajar, mendidik dan membimbing
anak bangsa sehingga berjaya. Hebatnya seorang guru yang mampu mengajar 40
orang murid di dalam kelas. Profesion perguruan adalah satu profesion yang sangat
mulia di mata semua orang dan sangat penting dalam proses pembangunan
manusia, masyarakat dan juga negara.
• Guru juga memainkan perananan penting dalam memberi kesedaran kepada
setiap anak bangsa dan tidak lupa pada diri sendiri dan juga hubungan dengan
Tuhan.
• Seterusnya, kemahiran yang perlu ada pada seorang guru adalah:
• Lisan: Seorang guru haruslah menggunakan perkataan yang baik dan tidak
menyindir mana-mana pihak di hadapan pelajarnya.
• Komunikasi: Apabila anda menjadi seorang guru, anda harus tahu bagaimana
cara untuk berhadapan dengan pelajar anda dan bagaimana cara untuk anda
berkomunikasi dengan mereka “as a teacher and student”.
• Memberi sepenuh perhatian: Seorang guru juga mestilah memberi sepenuh
perhatian kepada pelajar semasa mengajar kerana anda yang akan mengajar
pelajar tersebut. Jika anda terlalu “busy” dengan telefon bimbit, mungkin satu hari
nanti pelajar-pelajar itu akan rasa hilang hormat pada anda.
• Personaliti pula yang perlu ada pada seorang guru adalah :
• Kepimpinan: Kenapa ciri-ciri kepimpinan perlu ada pada seorang guru? Anda
yang akan memimpin, mendidik dan mengajar pelajar anda. Sekiranya anda
memimpin ke jalan yang betul, pasti pelajar anda akan berjaya tetapi sekiranya
tidak, mungkin pelajar-pelajar anda akan ikut jalan yang salah. Jadi, kenapa perlu
ada ciri-ciri kepimpinan itu pada seorang guru kerana anda yang akan
mencorakkan diri mereka selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Akhir kata,
jadilah seorang guru yang mampu memimpin pelajar anda hingga berjaya.
• Tanggungjawab dan Amanah: Guru yang cemerlang adalah seorang guru yang
bertanggungjawab dan amanah pada kerjaya mereka. Mereka akan melaksanakan
tugas mereka dengan teliti dan sentiasa memastikan tugas di laksanakan dengan
sebaik mungkin.
• Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang guru/cikgu ialah Guru Besar/Ketua Guru
(Head techer), Tutor Peribadi (Private Tutor) dan Pengurus Pendidikan (Education
Manager).
• Games Developer adalah seorang profesional yang membantu
membuat permainan video dari konsep ke produk sebenar. Bukan
mudah untuk menjadi seorang pemaju permainan (Games
Developer) kerana anda haruslah bekerja dalam pasukan untuk
membantu antara satu sama lain dalam membuat idea untuk
permainan video hidup.
• Untuk menjadi seorang pemaju permainan, ia bergantung
kepada pekerjaan dan majikan yang spesifik, banyak pengaturcara
permainan memerlukan sekurang-kurangnya gelaran sarjana, dan
walaupun ijazah sarjana muda tidak diperlukan untuk semua
pereka permainan video, ijazah kolej amat membantu.
• Kemahiran yang perlu ada pada pemaju permainan adalah
kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan juga pandai dalam
berkomunikasi.
• Personaliti pula, seorang pemaju permainan mestilah kreatif.
Kerana, anda yang akan mencorakkan reka bentuk permainan tu
macam mana, dan bagaimana cara untuk menggunakannya.
• Kedua, bersemangat. Kenapa kena bersemangat? Kerana, bila
anda tidak bersemangat dalam membuat permainan video,
adakah permainan video itu jadi seperti apa yang anda inginkan
dan akan disukai orang ramai? Adakah ia berbaloi untuk anda dan
jugak permain permainan video itu? Jadi, renung-renungkanlah
ya!
• Akhir sekali, menjadi pemaju permainan juga perlukan ilmu
pengetahuan. Bukannya menjadi seorang Games Developer anda
terlepas daripada menuntut ilmu ya. Antara ilmu pengetahuan
yang anda perlukan adalah dari segi matapelajaran matematik,
fizik, reka bentuk grafik dan juga sains komputer.
• Peranan sebagai seorang tukang masak(Chef) adalah mengarah
dan mengambil bahagian dalam menyediakan semua jenis bahan
untuk di masak. Contohnya, anda mahu masak masakan sup tomyam.
Jadi, anda perlulah menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan
masakan sebelum memasak.
• Seorang Chef juga boleh merancang berapa harga bekalan untuk
di tempah, menetapkan harga untuk setiap item menu mengikut bajet
yang sudah ditetapkan and simpan semua data ke dalam buku akaun
untuk di semak atau di kemas kini semula.
• Ilmu pengetahuan sangatlah penting walaupun anda mahu
menjadi seorang tukang masak sahaja kerana menjadi seorang tukang
masak juga perlukan ilmu pengetahuan dari segi masakan apa yang
anda perlu pelajari dan bagaimana cara untuk memasak. Tidak lupa
juga tentang asas-asas pembuatan makanan, katering pentadbiran,
perhotelan dan juga pelancongan.
• Kemahiran yang perlu ada pada seorang tukang masak adalah:
• Pendengaran yang jelas dan faham apa yang klien katakan: Anda
perlu dengar dengan teliti apa yang pelanggan minta dan faham apa
yang pelanggan cuba sampaikan. Contohnya, klien anda minta
hidangan jenis A, anda harus turuti apa yang klien anda minta, jangan
pula anda tokok tambah yang lain.
• Lisan: Seorang tukang masak haruslah menggunakan pertuturan
kata yang baik kerana anda yang akan berhadapan dengan pelbagai
jenis pelanggan yang anda tidak akan tahu bagaimana personaliti
setiap pelanggan anda.
• Idea dan logik: Anda seorang Chef jadi sudah semestinya anda
memiliki idea yang bernas dalam membuat sesuatu hidangan
mengikut logik anda sendiri. Tidak perlu merujuk pada buku atau
catatan yang sudah tersedia ada.
• Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri, begitu juga
dengan seorang tukang masak(Chef). Jadi, apakah personaliti yang
perlu ada pada seorang tukang masak?
• Integriti: Teliti dalam melaksanakan tugas melalui kebimbangan
untuk semua kawasan yang terlibat, tidak kira betapa kecil sekalipun.
Maksudnya, apabila anda menjadi sorang tukang masak, anda
seharusnya memastikan tempat yang anda bekerja itu sentiasa
berada dalam keadaan bersih, cantik dan tidak ada satu kotoran
walaupun kotoran kecil kerana anda yang akan membuat hidangan di
tempat itu jadi, anda mesti tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak
diingini di masa hadapan.
• Inisiatif
• Kewibawaan
• Jadi, apakah pernanan sebagai seorang psikologi? Ahli psychologists
memainkan peranan dalam menilai, mendiagnosis, dan merawat disfungsi
tingkah laku akibat, atau berkaitan dengan kesihatan fizikal dan mental
pesakit.
• Menjadi ahli psikologi bukannya mudah jadi anda perlu perbanyakkan
mengkaji atau belajar untuk menambah ilmu pengetahuan. Antara
pengetahuan yang anda perlu tahu untuk menjadi ahli psikologi adalah kajian
sosial. Kajian yang memerlukan pelbagai bidang sains sosial dan
kemanusiaan, termasuk sejarah, geografi, fizik, kimia , biologi dan sains
politik.
• Kemahiran yang perlu ada seorang ahli psikologi adalah :
• Berkomunikasi: Menjadi seorang psikologi bukan hanya pandai bercakap
menggunakan mulut tetapi harus bijak menyusun kata dan menggunakan
akal fikiran dan tahu bagaimana mahu berinteraksi dengan pesakit anda.
Terdapat beberapa jenis pesakit yang dirujuk pada psikologi tetapi salah
satunya adalah individu sensitif. Individu yang sensitif merupakan
individu Introvert yang bermaksud seorang pemalu dan biasanya berfikiran
sendiri. Maka individu lain yang berinteraksi dengan individu sensitif harus
menitik berat beberapa aspek penting sewaktu berurusan dengan mereka.
• Menyelesaikan masalah: Ini adalah salah satu kemahiran yang perlu ada
pada seorang psikologi kerana anda yang akan berdepan dengan bermacam-
macam jenis pesakit dan anda sendiri yang akan mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah itu. Jadi, anda mestilah mempunyai mental yang
kuat untuk mengendalikan masalah orang lain yang akan melalui masa yang
sukar.
• Akhir sekali, untuk personaliti seorang ahli psikologi ialah pertama,
mudah didekati. Maksudnya, anda seorang yang mesra dan mudah untuk
bercakap dengan sesiapa sahaja. Apabila anda bekerja sebagai seorang
psikologi, anda haruslah ringan mulut. Maksudnya, menjadi seorang ahli
psikologi yang suka berbual atau peramah dan bukannya berat mulut yang
tidak suka berbual atau susah untuk bercakap dengan pesakit.
• Kedua, Kesabaran. Kenapa kesabaran? Kerana tidak semua pesakit yang
datang berjumpa anda, akan bercerita straight to the point tentang masalah
mereka , jadi masa itulah anda perbanyakkan bersabar. Walaupun anda rasa
“bosan” kerana menunggu untuk mendengar dan mengetahui masalah
mereka yang sebenarnya, anda tidak boleh tunjuk sikap yang begitu pada
pesakit anda kerana itu adalah kerja anda untuk mendengar masalah
mereka.
Aktuari ialah seseorang yang menyusun dan menganalisis
statistik dan menggunakannya untuk mengira risiko dan
premium insurans. Aktuari mempunyai pemahaman yang
mendalam tentang matematik, statistik dan pengurusan
perniagaan. Dengan ini, mereka membantu perniagaan
berkembang dan memberikan nilai kepada pelanggan mereka.
Kemahiran yang dikembangkan dan diperkuat oleh aktuari yang berjaya
adalah termasuk perniagaan yang sangat baik dengan ilmu pengetahuan
kewangan, perakaunan, dan ekonomi. Selain itu, pengurusan analitik,
pengurusan projek, dan kemahiran menyelesaikan masalah, khusus
pengetahuan matematik ,kemahiran komputer yang kuat dan kemahiran
komunikasi bertulis dan lisan pepejal.
Selain itu, para aktuari menikmati pembelajaran seperti menyelesaikan
masalah rumit, menikmati menulis dan bercakap dengan orang, boleh bekerja
dengan berkesan sendiri atau sebagai sebahagian daripada pasukan, berminat
dalam pelbagai isu sejarah, sosial, perundangan, dan politik, pencapaian
motivasi.
Laluan kerjaya untuk para aktuari adalah Aktuari bank pelaburan (Investment
bank actuary), Perunding aktuari (Consultant actuary), Aktuari keselamatan
hidup (Life assurance actuary), pengurus risiko perusahaan (Enterprise risk
manager) dan Ketua pegawai risiko (Chief risk officer).
PELUANG KERJAYA PADA TAHUN 2020-2025
• Saban tahun, berlakunya perubahan kepada jenis
pekerjaan dan tugasan spesifik sesuatu kerja. Akibat
daripada perubahan semasa teknologi yang semakin
pesat berkembang. Ada kerjaya yang masih baru di
pasaran kerja dan ada juga yang seringkali didengari
sejak dibangku sekolah.
• Pada tahun 2015, bidang pengajian/kerjaya paling
popular di Malaysia adalah:
• Ahli farmasi
• Strategi Korporat
• Pemasaran dan Jualan
• Doktor
• Geofizik
• Industri Penerbangan
• Sains Aktuari