RUMAH TRADISI BENGKULU
Rumah Tradisi Bengkulu dibina tanpa paku.Struktur rumah
orang Bengkulu di Bengkulu,Indonesia sejak dulu lagi
dibina di atas tiang tinggi atau dua tingkat untuk mengelak
daripada ditenggelami banjir kerana mereka tinggal di
Kawasan rendah berhampiran sungai.
Rumah Tradisi Bengkulu dibina tanpa paku
Rumah Bengkulu
RUMAH ADAT BENGKULU
Rumah Adat Bengkulu bernama Bubungan Tinggi.Masyarakat
Bengkulu juga menyebutnya sebagai”Bubungan Lima”.Selain
itu,rumah adat ini juga memiliki sebutan lain seperti Bubungan
Limas”,”Bubungan Haji” serta “Bubungan Jembatan”.
Nama Bubungan Lima ini diambil daripada bentuk atap dari rumah
adat itu sendiri.Pada umumnya,bangunan dari rumah adat
Bengkulu ini berupa rumah panggung yang disokong dengan
beberapa batang tiang.Rumah adat ini hanya didiami oleh para
ketua atau penghulu adat termasuk keluarganya.
Selain dijadikan tempat tinggal,rumah adat ini juga digunakan
sebagai lokasi untuk mengadakan pelbagai ritual adat daripada
masyarakat Bengkulu itu sendiri.Beberapa kegiatan ritual adat
seperti upacara perkahwinan, tradisi menyambut
kelahiran,kematian dan lain-lain.
MASYARAKAT BENGKULU
Masyarakat Melayu Bengkulu
Masyarakat Bengkulu merupakan suku etnik Melayu lain yang
terdapat dalam suku etnik Melayu selain Jawa,Minang dan Banjar.
Masyarakat Bengkulu boleh dikatakan sebagai masyarakat yang
agak minoriti dalam suku masyarakat Melayu ini.Berkulit agak
cerah,dan bermata sepet mirip peranakan Cina berbanding
dengan masyarakat Melayu lain.
Masyarakat Bengkulu di Malaysia
Penghijrahan nenek moyang masyarakat Bengkulu sekitar tahun
1870-an hingga awal 1900-an dari tanah asal tumpah darah
mereka yang dinamakan Bengkulu(dikenali juga sebagai
Bencoolen,Benkoelen atau Bangkulen)iaitu sebuah provinsi yang
terletak di Pulau Sumatra,Indonesia.Merupakan titik tolak adanya
generasi Bengkulu di Malaysia hari ini.
Pemerintah kejam dan zalim kerajaan Belanda di tanah asal
mereka itu memaksa mereka meredah lautan dengan hanya
menaiki perahu bercadik(kapal layar)untuk mendapatkan
kehidupan yang lebih selesa.
Kini masyarakat keturunan Bengkulu banyak terdapat sekitar Hulu
Selangor,Kajang dan Gemas juga ada yang berkampung di
sekitar tempat lain di Negeri Sembilan,Melaka juga Kedah.Malah
di tempat-tempat lain juga.
ADAT PERKAHWINAN
Upacara perkahwinan masyarakat Bengkulu bermula dengan
pencarian jodoh.Seterusnya,kesepakatan daripada kedua-dua
belah pihak.Upacara perkahwinan dimulai dengan Malam Berasan
iaitu malam Musyawarah mufakat.
Beberapa hari kemudian,acara merempah dan memecah juadah
iaitu mendirikan khemah,menghias bilik dan pelamin pengantin.
Acara Pengantin Bertange pula diadakan untuk pengantin
perempuan menjalani mandi harum serta luluran keharuman.Proses
ini dilakukan setelah waktu Isyak serta dihadiri oleh saudara mara
dan jiran tetangga.
Keesokan harinya,pengantin perempuan akan menziarahi kubur
nenek moyang dengan ditemani oleh Induk Inang dan imam
masjid.Setelah itu,acara Berdabung iaitu kikir gigi yang diiringi
dengan muzik gendang dan serunai.Juadah dihidangkan iaitu
rojak dan nasi kunyit.Mempelai berpakaian adat berupa kebaya
pengantin dengan sanggul sikek.
ADAT PERKAHWINAN
Pada waktu malam diadakan acara malam berinai untuk bakal
pengantin.Keesokan harinya acara menerima belanja (tunangan
adat) dan akad nikah.Seterusnya pengantin akan Belarak.Belarak
ialah pengantin lelaki dan perempuan diarak dengan kenderaan
diiringi bunyi serunai.Acara mandi-mandi pengantin dilakukan
proses siraman diiringi dengan bunyi gendang serunai dan puncak
pedang.
Berdendang pula diadakan pada waktu malam,merupakan acara
kesenian yang diiringi oleh alunan biola dan tepuk tari sorak sorai
kesenian asli Bengkulu.Keesokkan paginya pula,diadakan acara
Berzikir Syarofal Anom.merupakan muzik Islam tradisional asli
Bengkulu diikuti dengan majlis khatam Al-Quran oleh kedua
mempelai.Malam bergamat(malam hiburan dengan muzik
Gambus) yang menampilkan kesenian Melayu Asli dari Kota
Bengkulu.
Acara resepsi diadakan di rumah atau dewan dengan hiburan
muzik moden diiringi tari persembahan lengkap dan pencak
silat.Resepsi adalah puncak daripada rangkaian adat perkahwinan
yang dilaksanakan selama seminggu.Upacara pembubaran
panitia dan ucapan terima kasih dibuat oleh pihak keluarga
pengantin .Majlis tersebut diadakan di rumah dengan
menyediakan makan malam pada hari yang sama.
BAHASA BENGKULU
Bahasa Masyarakat Bengkulu
Terdapat banyak Bahasa asal masyarakat Bengkulu,namun
Bahasa Melayu loghat Bengkulu (Bulang) serta Bahasa Serawai
sahaja yang masih kekal digunakan kini.Antara bahasa yang
digunakan oleh masyarakat Bengkulu ialah :
Masyarakat Suku Bangsa Rejang menggunakan Bahasa Rejang
dalam kehidupan sehari-hari.Ada yang menyebut Bahasa Rejang
dengan nama Rejang Lebong,Jang,Djang Bele Tebo.Bahasa ini
mempunyai loghat sendiri yang disebut Kangongo.Dialek yang
berbeza dalam penggunaannya,iaitu Kepahiang,lebong
pesisir,selupuh,musi dan rawas.
Suku bangsa Pasemah yang bermukim di Bengkulu menggunakan
Bahasa Pasemah.Bahasa Pasemah masih rumpun Bahasa
Melayu.Suku bangsa Mukomuko yang bermukim di Kabupatera
Mukomuko menggunakan Bahasa Minangkabau yang telah
bercampur dengan Bahasa Rajang.
Bahasa Melayu dengan dialek Bengkulu digunakan oleh orang
suku bangsa Melayu yang bermukim
di Bengkulu,pesisir pantai Bengkulu utara dan Bengkulu selatan.
MAKANAN TRADISI
Makanan Tradisional Masyarakat Bengkulu
Tidak lengkap warisan sesuatu masyarakat itu tanpa makanan
tradisinya,kuih tat,kuih bebokol,bebotok dan ocong-ocong adalah
makanan tradisional masyarakat Bengkulu yang digemari hingga
ke hari ini.Malah terdapat juga beberapa jenis kuih-muih dan lauk-
pauk tradisional bagi masyarakat Bengkulu.