The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ibnusirna, 2019-11-27 18:43:09

Laporan Dialog Presatsi Bil 3/ 2019

LAPORAN DIALOG PRESTASI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI

1.0 TAJUK PROGRAM

DIALOG PRESTASI BIL.3/2019 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI
BERSAMA PENTADBIR SEKOLAH DAN SEMUA GURU

2.0 TARIKH : 07 OKTOBER 2019 (ISNIN)
MASA : 2.00 HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT


3.0 FOKUS DIALOG PRESTASI


3.1 Kluster 1: Enrolmen Murid

3.1.1 Enrolmen Murid – Data sehingga 7 Oktober 2019


3.1.1.1 Pn. Pengerusi memaklumkan pertambahan murid berkait rapat dengan prestasi dan
program-program yang dijalankan oleh sekolah. Peruntukan kewangan juga

berhubung rapat dengan enrolmen murid.

3.1.1.2 Pn. Siti Khadizah memaklumkan enrolmen terkini murid setakat 7 Oktober 2019,

termasuk murid pra-sekolah, ialah seramai 522 orang. Lima kelas yang mencatat
peratus kehadiran terbaik ialah kelas 5 Excellent (94.60%), 4 Excellent (94.21%), 6

Genius (93.68%), 3 Excellent (93.52%) dan 6 Excellent (93.47%). Manakala lima
kelas yang mencatat peratus kehadiran terendah dan perlu diberikan perhatian ialah
kelas 5 Brilliant (88.74%), 4 Brilliant (88.37%), 3 Genius (87.50%), 1 Excellent

(85.98%) dan 2 Brilliant (84.90%). Oleh itu, kelima-lima guru kelas yang mencatat
peratusan kehadiran rendah ini perlu mengambil tindakan susulan bagi mengatasi
masalah ini.


3.1.1.3 Pn. Pengerusi turut mengingatkan KPI peratus kehadiran yang perlu dicapai pada
tahun ini ialah 92%. Semua guru perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan

peratus kehadiran murid dengan merancang pelbagai aktiviti kokurikulum serta
menjalankan PdPc yang menarik dan menyeronokkan selaras dengan PAK 21.





1

3.1.2 Transisi – (Keciciran: Cicir daripada tahun 6 ke tingkatan 1)


3.1.2.1 Pn. Siti Khadizah memaklumkan kebarangkalian adanya murid yang akan dibuang

sekolah pada tahun hadapan. Sehubungan dengan itu, semua guru perlu bersedia
untuk menghadapi masalah ini.


3.1.2.2 Pn. Pengerusi memaklumkan sekiranya terdapat murid yang sudah lama tidak hadir
ke sekolah tanpa sebab, guru kelas hendaklah mengambil tindakan mengikut

Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan. Di samping itu, tindakan
susulan juga perlu diambil terhadap kes-kes murid yang telah dibuang sekolah bagi
memastikan murid berkenaan dapat bersekolah semula.


3.2 Kluster 2: Kemenjadian Murid

3.2.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


3.2.1.1 Pn. Pengerusi memaklumkan disebabkan pemansuhan peperiksan tahap 1, semua
guru khususnya guru tahap 1 perlu sentiasa mengemaskini tahap penguasaan murid
masing-masing. Guru juga perlu bersedia dengan justifikasi terhadap rekod tahap

penguasaan murid jika ada pihak tertentu terutamanya ibu bapa yang bertanya tahap
perkembangan murid.


3.2.1.2 Pn. Akhmar memaklumkan tarikh pengutipan data tahap penguasaan murid bagi fasa
2 ialah sebelum 15 Oktober 2019. Setiap guru hendaklah memberikan data tahap

penguasaan murid masing-masing kepada Pn. Akhmar dengan menggunakan
Google Sheet yang akan dikongsikan di dalam Group WhatsApp rasmi sekolah dari

semasa ke semasa.

3.2.1.3 Pn. Pengerusi memaklumkan walaupun peperiksaan bagi murid tahap 1 sudah

dimansuhkan, guru-guru tahap 1 masih boleh melaksanakan penilaian selaras yang
perlu dibincang bersama panitia masing-masing. Salah satu contoh penilaian yang
dicadangkan ialah ujian berbentuk topikal pada setiap akhir sesi PdPc. Penilaian yang

dilaksanakan tidak memerlukan jadual khas dan semua guru bebas untuk
melaksanakannya mengikut jadual PdPc masing-masing.




2

3.2.1.4 Pn. Pengerusi juga turut mengingatkan guru agar tidak mengabaikan murid yang

lemah. Perancangan strategik perlu dirancang bagi membantu murid yang lemah
terutamanya murid-murid Tunas Harapan. Program pemulihan dan pengukuhan yang
berterusan perlu dilaksanakan terhadap murid-murid yang tergolong dalam golongan

ini agar mereka tidak ketinggalan berbanding murid-murid yang lain.

3.2.2 Tunas Harapan


3.2.2.1 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru yang terlibat dengan perjumpaan ibu

bapa murid-murid Tunas Harapan pada 19 Oktober ini agar membuat persiapan yang
sepatutnya. Tahap penguasaan murid-murid Tunas Harapan boleh dibentangkan
pada hari berkenaan.


3.2.2.2 Pn. Alia memaklumkan perlaksanaan saringan dalaman fasa satu bagi murid-murid

Tunas Harapan sudah dilaksanakan dan perlaksaan fasa dua akan dilaksanakan
sebelum akhir tahun ini. Hasil pemantauan juga mendapati modul Tunas Harapan
yang telah dibekalkan sebelum ini digunakan oleh ibu bapa murid-murid berkenaan

dengan baik.

3.2.2.3 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada ketua setiap panitia untuk memasukkan

bilangan murid yang tidak boleh membaca di dalam perancangan strategik dan
merancang program untuk membantu murid-murid berkenaan.


3.2.3 UPSR


3.2.3.1 Pn. Pengerusi memaklumkan penurunan tahap pencapaian dalam peperiksaan
percubaan UPSR 2019 berbanding peperiksaan percubaan UPSR 2018 terutamanya
subjek Matematik. Guru-guru Tahun 6 perlu memberikan maklum balas tentang

punca berlakunya penurunan serta apakah program yang sudah dilaksanakan bagi
mengatasi masalah ini.


3.2.4 Kokurikulum

3.2.4.1 Pn. Pengerusi memaklumkan tarikh terakhir bagi pengisian data PAJSK di dalam

portal bagi tahun 6 ialah sebelum atau pada 31 Oktober 2019, manakala bagi tahun
4 dan 5 ialah sebelum atau pada 31 Disember 2019. Semua Guru Kelas hendaklah

mengisi portal lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik ketika di saat-saat akhir.

3

3.2.4.2 Pn. Hafizah memaklumkan kepada ketua-ketua penasihat Unit Beruniform, Kelab
dan Persatuan, dan Sukan dan Permainan untuk memberikan pengesahan peratus
kehadiran terkini murid bagi perjumpaan mingguan kokurikulum. Laporan mingguan

juga perlu dikemaskini di dalam fail unit masing-masing. Dapatan berkaitan purata
kehadiran, status pertandingan dan pemantauan pemakaian uniform murid perlu
dibentangkan dalam dialog prestasi akan datang.


3.2.4.3 Pn. Pengerusi juga meminta guru-guru Pendidikan Jasmani Tahap 2 untuk

menyediakan analisa terkini ujian SEGAK mengikut pengkelasan A, B, C, D dan E
(sepertimana yang terdapat di dalam portal SEGAK). Program susulan untuk murid
yang mencapai tahap minimum dan bawah minimum juga perlu dilaksanakan. Selain

itu, program intervensi untuk murid yang tergolong dalam murid lebih berat badan
atau obesiti perlu dilaksanakan dan pencapaian murid perlu direkodkan secara

berkala.

3.2.5 Hal Ehwal Murid


3.2.5.1 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru kelas untuk mengemaskini data di
dalam sistem APDM bagi memastikan pendapatan keluarga murid yang memiliki

adik-beradik adalah sama agar tiada murid yang tercicir dari mendapat bantuan dan
sumbangan. Hal ini juga bagi mengelakkan pertikaian dari ibu bapa sekiranya berlaku
situasi adik mendapat bantuan, manakala abang atau kakak pula tidak.


3.3 Kluster 3: Disiplin Murid dan Dadah

3.3.1 Pn. Pengerusi memaklumkan kes-kes salah laku murid yang berlaku sejak awal

tahun serta meminta guru-guru yang terlibat agar sentiasa memantau murid-murid
yang terlibat. Jika berlaku kes-kes salah laku murid, tindakan yang diambil guru

hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan.

3.3.2 Pn. Siti Khadizah memaklumkan peningkatan dalam perekodan Sistem Sahsiah Diri

Murid (SSDM) dan mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada guru-guru yang
telah merekodkan amalan baik murid di dalam sistem berkenaan. Antara guru yang
mencatat perekodan amalan baik terbanyak ialah Pn. Nor Azian, Cik Wan Jamilah

dan Pn. Shazila. Selain itu, Pn. Siti Khadizah juga membentangkan statistik
kesalahan murid dari Julai hingga 7 Oktober 2019. Masalah ponteng ponteng



4

mencatat peratusan 56%, tingkah laku tidak pentingkan masa pula mencatat

peratusan 37% dan selebihnya, tingkah laku jenayah mencatat peratusan paling kecil
iaitu 7%. Guru-guru turut dimaklumkan menghisap vape juga salah satu tingkah laku
jenayah yang telah dimuatkan di dalam sistem SSDM. Selain perekodan salah laku

murid, guru-guru juga hendaklah membuat penambahan di dalam perekodan amalan
baik murid. Guru-guru juga boleh mengisi markah amalan baik untuk murid-murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti luar di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling seperti

lawatan ke Kidzania.


3.3.3 En. Ikraam membentangkan rubrik pemarkahan penilaian kendiri yang sudah
dihantar ke PPD bagi penilaian program-program yang sudah dilaksanakan Unit
Pencegahan Dadah Sesi 2019 dengan markah keseluruhan 82%, iaitu mencapai

tahap cemerlang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah memberikan
kerjasama sepanjang program-progam yang dijalankan Unit PPDa pada tahun ini.

Selain itu, guru-guru juga dimaklumkan tentang perubahan perlaksanaan program 5
Minit PPDa. Program 5 Minit PPDa yang terkini boleh dijalankan sebulan sekali, iaitu
bilangan minimum sebanyak 10 kali setahun. Kerjasama semua guru diperlukan

untuk memastikan keberkesanan program-program unit PPDa pada tahun depan
dapat ditingkatkan.


3.3.4 Pn. Pengerusi menggesa agar dilaksanakan program-program bagi mengatasi
masalah murid-murid yang sering hadir lewat berikutan peningkatan kes salah laku
murid tidak pentingkan masa. Selain itu, badan pengawas juga digesa untuk bergiat

lebih aktif dalam membantu guru mengawal disiplin murid. Mana-mana pengawas
yang culas dalam menjalankan tanggungjawab hendaklah dilucutkan jawatannya.

Berikutan itu, program pemantapan pengawas perlu dilaksanakan pada tahun depan.
Program-program yang dinyatakan di atas hendaklah dibincang bersama antara AJK
Unit Disiplin dan pentadbir sebelum dimuatkan di dalam perancangan strategik.


3.3.5 Pn. Pengerusi memaklumkan kepentingan peranan guru bertugas untuk mengawal
murid di kantin semasa rehat bagi memastikan murid tidak membuang sampah

merata-rata dan meletakkan pinggan mangkuk di tempat yang sepatutnya. Guru-guru
juga diingatkan bahawa semua guru adalah guru disiplin dan mesti menjalankan
tugas dalam mengawal disiplin dan menjaga keselamatan murid. Di samping itu, Pn.

Pengerusi juga meminta agar diwujudkan kawasan kutipan sampah bagi melatih
murid-murid untuk menjaga kebersihan. Kawasan kutipan sampah ini hendaklah

dimasukkan ke dalam perancangan tahun depan dan diberi nama yang lebih sesuai.

5

3.4 Kluster 4: Support System/Sekolah Kepada Guru

3.4.1 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada ketua-ketua panitia untuk memuatkan jadual
LADAP berserta tajuk-tajuknya di dalam perancangan strategik dengan mengambil

kira lawatan penanda aras untuk PAK 21 dan Open Classroom. Semua guru yang
telah menghadiri kursus KSSR Semakan 2017 Tahun 4 hendaklah membuat kursus
dalaman dengan secepat mungkin. Selain itu, kursus dalaman untuk Google

Classroom juga perlu dilaksanakan sebelum berakhir tahun ini sebagai persediaan
untuk tahun depan.


3.5 Hal-hal lain


3.5.1 Pn. Pengerusi memaklumkan tempahan fail dan Buku Rekod Mengajar 2020 sudah
dibuat. Semua Ketua Panitia Tahap 2 juga digesa untuk menyemak dan membuat

pemilihan buku kerja yang telah dihantar oleh pembekal. Tempahan buku kerja perlu
dibuat dengan segera bagi memastikan semua buku kerja sudah ada di kedai buku
apabila sekolah dibuka pada tahun depan. Pn. Pengerusi juga memaklumkan

pencerapan kali kedua menggunakan instrumen SKPMg2 Standard 4 akan bermula
minggu ini dan seterusnya sehingga tarikh tutup pengisian SKPMg2.


3.5.2 Pn. Pengerusi memaklumkan tarikh-tarikh semakan fail Unit Kurikulum, HEM dan
Kokurikulum. Bagi fail Unit Kurikulum, semakan fail akan diadakan pada 18
November 2019, manakala bagi fail Unit HEM pula akan disemak pada 20 November

2019, dan Unit Kokurikulum pula akan membuat semakan fail pada 25 November
2019. Semua guru terlibat diminta mengemaskini fail masing-masing dengan segera.


3.5.3 Pn. Pengerusi memaklumkan tatacara yang betul bagi permohonan CRK. Guru yang
ingin memohon CRK hendaklah bertemu dengan Guru Besar terlebih dahulu

sebelum mengisi borang atas talian melalui HRMIS. Setelah itu, guru tersebut
hendaklah mencetak permohonan berkenaan (rujuk Pn. Shelly tentang cara-cara
untuk mencetak), dan dapatkan tandatangan En. Hazni untuk sokongan. Kemudian,

guru perlu bertemu Guru Besar untuk mendapat kelulusan dengan membawa
lampiran sokongan permohonan cuti. Bagi kes-kes kecemasan pula, setelah pulang
ke sekolah keesokan hari (hari selepas kemecasan), guru tersebut perlu mengisi

borang permohonan CRK atas talian, dan ulang tatacara yang sama. Guru-guru
diingatkan bahawa semua maklumat tersebut penting kerana PT perlu

menghantarnya ke JPWP pada setiap tahun untuk dikemaskini dalam rekod

6

perkhidmatan semua guru. Selain itu, Pn. Pengerusi juga menasihati guru-guru untuk

memaklumkan status keberadaan guru di sekolah dengan lebih awal bagi
memudahkan pengurusan jadual kelas ganti (relif) bagi guru-guru yang tiada di
sekolah.


3.5.4 Pn. Pengerusi memaklumkan hasil pemantauan semasa rondaan mendapati
terdapat guru yang tidak melaksanakan PdPc semasa waktu PdPc. Terdapat juga

guru yang menggunakan bilik-bilik khas, namun tidak berlaku PdPc dan murid
dibiarkan bebas membuat aktiviti masing-masing sampaikan ada yang berlari-lari di

dalam kelas. Selain itu, ada juga guru yang sengaja masuk lewat ke kelas dan
meskipun guru berada di dalam kelas, murid-murid bising dan berada di luar kawalan.
Semua guru diingatkan untuk menjaga integriti seorang penjawat awam, lagi-lagi

nama profesion perguruan.


3.5.5 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada semua guru untuk menyerahkan perancangan
strategik sebelum cuti akhir tahun berikutan pemantauan dari pihak JPWP dan PPD
akan berlaku semasa cuti sekolah. Guru-guru juga dimaklumkan tentang

penstrukturan semula JPWP dan ada kemungkinan akan berlaku lagi. Ramai
pegawai telah diturunkan semula ke sekolah dan berlaku perubahan nama dan
sektor-sektor di jabatan. Sebagai contoh, PPW menjadi PPD, Ketua Sektor menjadi

Timbalan Pengarah dan Ketua Unit menjadi KPP Kanan. Timbalan Pengarah
Pendidikan akan bertugas di jabatan dengan nama dan portfolio yang baru. En. Hazni
memaklumkan semua guru boleh menggunakan tapak perancangan strategik pada

tahun lepas untuk dikemaskinikan dengan program-program yang dirancang untuk
dilaksanakan pada tahun depan. Ketua-ketua Panitia hendaklah bermesyuarat

bersama unit masing-masing untuk membuat penambahbaikan di dalam tapak pelan
strategik berkenaan. Pn. Pengerusi juga menambah sekiranya terdapat program
yang tidak memberi impak terhadap kemenjadian murid di dalam perancangan

strategik sebelum ini, program tersebut perlu digugurkan, sebaliknya program yang
memerlukan penambahbaikan hendaklah dibuat penambahbaikan kerana setiap
murid tidak sama tahap penguasaannya. Guru-guru juga diingatkan pengisian Jadual

3 hendaklah dibuat dengan terperinci. Setiap program yang dirancang mesti memiliki
Jadual 3.








7

3.5.6 Pn. Pengerusi memaklumkan kepada guru kelas Tahun 1 untuk merujuk kepada Pn.

Siti Khadizah berhubung yuran Tahun 1 bagi mendapatkan senarai nama murid
yang belum bayar dan seterusnya menyelesaikan pinjaman yang dibuat dengan
MGK.


3.5.7 Pn. Pengerusi memaklumkan agar semua guru sentiasa menyemak takwim aktiviti
terkini dan cakna terhadap aktiviti yang memerlukan tindakan segera. Penyelaras-

penyelaras program terdekat seperti Karnival Kokurikulum, Sambutan Hari Kanak-
kanak, Hari Anugerah Kokurikulum, Hari Anugerah Cemerlang dan Sambutan

Maulidur Rasul, perlu memastikan kertas kerja program sudah disiapkan. Pn.
Pengerusi turut mengingatkan kepada semua guru agar memastikan tiada baki duit
PCG yang tidak digunakan. Pastikan duit PCG digunakan sampai habis sebelum

berakhirnya tahun ini.


3.5.8 En. Hazni memaklumkan kelas tambahan yang akan diadakan bagi murid tahun 5.
Terima kasih diucapkan kepada En. Iqbal dan Pn. Idayu diatas kesudian untuk
mengajar subjek Bahasa Melayu secara sukarela.


3.5.9 Pn. Siti Khadizah memaklumkan secara ringkas program sarapan pagi untuk semua
murid yang akan dimulakan pada tahun depan. RMT dan Program Susu Sekolah

akan berjalan seperti biasa. Pn. Siti Khadizah turut memaklumkan tentang Sambutan
Hari Kanak-kanan yang akan diadakan pada 1 November 2019 (Jumaat) dengan
menjemput KFC. Pn. Siti Khadizah juga mengucapkan tahniah kepada semua guru

kelas kerana sudah hampir mencapai sasaran KPI kehadiran murid iaitu 92%.
Sehingga kini, hanya 3 bulan sahaja tidak mencapai purata kehadiran 90% dan

daripada 18 buah kelas, hanya 7 kelas tidak mencapai purata 90%, serta 8 buah
kelas sudah berjaya mencapai purata 92%. Perancangan strategik unit HEM akan
dibincangkan dalam mesyuarat unit HEM akan datang.


4.0 KEHADIRAN AHLI
Semua guru (seperti di dalam Lampiran B).


5.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada






8

6.0 KEPUTUSAN DIALOG PRESTASI

(seperti dalam Lampiran C)


7.0 ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERLAKSANAAN DIALOG
PRESTASI


7.1 Pn. Pengerusi memaklumkan penghantaran draf minit Dialog Prestasi mestilah
mengikut pekeliling yang ditetapkan agar guru-guru sempat untuk mengambil
tindakan. Di samping itu, semakan yang teliti juga boleh dibuat lebih awal.


8.0 LAMPIRAN
i. Lampiran A : Agenda Majlis Dialog Prestasi Bil.3/2019 Sekolah

Kebangsaan Seri Murni
Bersama Pentadbir dan semua guru

ii. Lampiran B1 : Kehadiran
iii. Lampiran C : Keputusan Dialog Prestasi Bil. 3/2019 Sekolah
Kebangsaan Seri Murni Bersama Pentadbir dan

semua guru
iv. Lampiran D : Maklum Balas Dialog Prestasi Bil. 3/2019 Sekolah

Kebangsaan Seri Murni Bersama Pentadbir dan
semua guru



Disediakan oleh; Disahkan oleh;


(MOHAMAD IKRAAMUDDEEN BIN MOHMAD NASIR) (WAN SALMIAH BT ISMAIL)
Setiausaha Guru Besar
Dialog Prestasi SK Seri Murni. SK Seri Murni

10 Oktober 2019












9

Lampiran A







AGENDA DIALOG PRESTASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MURNI BIL 3/2019



Tarikh : 07 Oktober 2019 (Isnin)

Masa : 2.00 – 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Agenda :

2.00 petang : Pendaftaran

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

Pembentangan:

1. Kluster 1: Enrolmen Murid
I. Enrolmen Murid
II. Transisi (Keciciran)
2. Kluster 2: Kemenjadian Murid
I. PBD
II. Tunas Harapan
III. UPSR
IV. Kokurikulum
V. Hal Ehwal Murid
3. Kluster 3: Disiplin & Dadah
4. Kluster 4: Support System (Sekolah Kepada Guru)

Hal-hal Lain

Rumusan Dialog Prestasi

4.30 petang : Bersurai






C



10


Click to View FlipBook Version