Teori-teori Pembelajaran Orang
Dewasa
Pelbagai teori sudah dikemukakan oleh para sarjana berkaitan
dengan pembelajaran dewasa
Teori-teori yang dikemukakan ini membolehkan kita
mengetahui keperluan dan motif sebenar pembelajaran yang
dapat mengubah seseorang itu
Teori-teori yang dikemukakan terlalu banyak
Justeru teori-teori ini dibahagikan kepada beberapa teori
pembelajaran orang dewasa yang utama
Teori Behaviouris (Tingkah laku)
Antara para sarjana yang memberikan idea dalam teori ini
adalah Thorndike, Pavlov,Watson, Guthrie, Hull,Tolman dan
Skinner
Menurut teori yang berorentasikan tingkah laku ini
pembelajaran boleh membentuk tingkah laku yang boleh
menyokong ke arah perubahan kendiri
Konsep teori ini adalah merangsang gerak balas,
pengubahsuaian tingkah laku, kecekapan asas dan kemahiran
penuh dalam sesuatu pembelajaran
Kaedah latihan dan pengukuhan dipraktikkan dalam
pembelajaran tersebut
Teori ini sebenarnya lebih kepada perubahan tingkah laku
seseorang itu dalam membentuk persekitaran pembelajaran
Aliran Behavioris berpendapat, pembelajaran adalah
perubahan dalam tingkah laku iaitu cara individu bertindak
dalam menghadapi satu-satu situasi
Teori Kognitif (Pemikiran)
Antara para sarjana yang telah memberikan idea dalam teori
ini adalah Koffka, Kohler, Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner,
Gagne
Teori kognitif menyatakan manusia mempunyai keupayaan
mental untuk mengelola, menyusun dan mengeluarkan
semula pengalaman mereka
Konsep teori ini ialah menggunakan prinsip ulangan dan
menggunakan perbandingan analogi dan aplikasi
Teori ini lebih kepada penggunaan pemikiran seseorang
bertujuan membentuk struktur kognitif dalam ingatan dan
menyusun segala pengalaman dan menyimpannya dalam
ingatan
Ia adalah suatu proses mental dalaman
Menurut pandangan ahli kognitif pembelajaran dapat
ditakrifkan sebagai proses dalaman yang menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal
Teori Humanisis (Kemanusiaan)
Berlainan pula Maslow dan Rogers yang mengutarakan teori
humanisis
Menurut mereka pembelajaran adalah menggalakkan
pertumbuhan dan pembangunan kendiri serta perkembangan
dan penyempurnaan kendiri
Teori ini bersifat kemanusiaan yang mana pembelajaran
mengalami kebebasan arah kendiri, terbuka, bekerjasama dan
melibatkan perasaan
Kaedah seperti tugasan kumpulan atau perbincangan secara
berpusakan bertujuan mengeratkan hubungan sesama ahli
Dalam psikologi Humanisme, pembelajaran dianggap sebagai
proses yang dapat membantu individu mencapai
kesempurnaan kendiri dan nilai bagi diri mereka
Teori Pembelajaran Sosial
(persekitaran)
Badura dan Rotter pula mengemukakan idea mereka dalam
teori pembelajaran sosial
Menurut Rotter, “Kebanyakan tingkah laku manusia adalah
berkait rapat dengan persekitaran yang penting dan
berinteraksi sosial dengan orang lain”
Menurut teori pembelajaran sosial, kaedah pembelajaran
adalah secara berinteraksi dan pemantauan terhadap orang
lain daripada segi sosial
Selain itu, pembelajaran adalah berinteraksi antara manusia,
persekitaran dan tingkah laku
Contoh:
Pendekatan latihan di tempat kerja yang dikelaskan mengikut
latihan matlamat dan strategi
Matlamat
Kesedaran Kemahiran Diri Motivasi Kerja
Kognitif Pembangunan Kerjaya Orentasi Latihan dan
Kelakuan Pensosialan pekerja
Strategi Persekitaran baru
-Alat bantuan kerja
Tunjuk ajar
Latihan semasa kerja Pusingan Kerja
-latihan perantisan
-Pengawasan Latihan
berasaskan Komputer