The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMP 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Dewasa

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bissmi.mus, 2019-06-26 22:25:34

BAB 3

KUMP 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Dewasa

Prinsip-Prinsip
Pembelajaran
Dewasa

1: Kesedaran Dalam Diri
(Kendiri)

• Pembelajaran adalah satu proses memperoleh pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai yang baru

• Menurut Gagne, proses pembelajaran terdiri daripada
beberapa fasa iaitu motivasi atau perhatian, jangkaan
perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengekodkan
dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas atau prestasi,
maklum balas dan peneguhan dan generalisasi atau
pemindahan pembelajaran

• Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkah laku
seseorang itu turut berubah

• Kesedaran kendiri yang dikenali sebagai motivasi instrinsik
timbul bagi memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi

• Seseorang yang mempunyai motivasi intrinsik ini biasanya
melakukan sesuatu perkara bagi mendapatkan kepuasan

• Mereka mempunyai motivasi ini selalunya kreatif dalam
pemikiran, idea lebih terbuka dan bijak merancang sesuatu
bagi memenuhi masa lapang

• Pembelajaran merupakan pengalaman yang berlaku dalam diri
pelajar dan dikembangkan oleh pelajar itu sendiri

• Proses pembelajaran dewasa pada asasnya dikawal oleh
pelajar dan bukan pengajar

• Perubahan persepsi dan sikap banyak dihasilkan melalui
tafsiran manusia sendiri dan penerimannya lebih mudah
berbanding dengan desakan daripada individu lain

• Pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada apa yang
pengajar itu lakukan, perkataan ataupun sediakan kerana
tugas pengajar hanya sebagai pemudah cara yang hanya
melihat dan membantu pelajar menjelajah dan menemui
perkara-perkara baru dalam mengenal dirinya sendiri

• Seorang pengajar tidak mengajar secara terus tetapi mengikut
kesesuainya

• Pembelajaran adalah proses yang berterusan, dimana banyak
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh

• Pembelajaran tidak boleh dipaksa; apabila kita memberi idea
kepada seseorang, ini bererti kita sudah membentuk mereka

• Pembelajaran adalah melalui pemerhatian dan pendengaran
• Pembelajaran juga berlaku secara tidak langsung semasa

berinteraksi dengan orang lain
• Pembelajaran juga mempengaruhi personal pelajar
• Pembelajaran yang diperoleh oleh individu adalah terhad

mengikut tahap individu itu sendiri

2: Penjelajahan Idea

• Pembelajaran berkait rapat dengan penjelajahan idea
• Manusia lebih bersedia daripada segi dalaman apabila

melaksanakan konsep dan idea yang berkaitan dengan
keperluan dan masalah-masalah yang mereka hadapi
• Pembelajaran adalah proses yang memerlukan penjelajahan
idea dalam perhubungan antara individu dan masyarakat
dengan itu mereka dapat menentukan apa yang mereka
perlukan, matlamat yang mereka pilih untuk dirumuskan
secara teratur, isu yang mereka pilih untuk dibincangkan dan
isi kandungan yang mereka pilih untuk proses pembelajaran
• Dalam program pembelajaran, apa yang berkaitan dan
bermakna ditentukan oleh pelajar itu sendiri

• Justeru itu, mereka perlu bersifat selektif terhadap apa yang
mereka perlukan, matlamat, isu serta isi kandungan untuk
proses pembelajaran

• Penjelajahan idea yang melibatkan pemikiran reflektif dan
pemikiran analitik membawa kepada peningkatan
pembelajaran

3: Perubahan Tingkahlaku

• Perubahan tingkah laku berlaku hasil daripada pengalaman
• Pengalaman yang berharga yang dilaluinya dapat meneguhkan

sikap positif dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang
positif
• Seseorang individu mempunyai sifat bertanggungjawab
apabila ia menjawat sesuatu tugas
• Pengalaman lampau dapat membantu individu mencapai
kejayaan
• Individu ini mula merasakan diri mereka diperlukan apabila
mereka dianggap penting kepada individi lain
• Individu ini akan berasa suka apabila dan individu lain yang
menyukai mereka

• Perubahan Tingkah Laku

Perubahan Tingkah
laku

Pemikiran

Rangsangan

• Manusia tidak akan menukar tingkah laku semata-mata kerana
ada arahan untuk membuat perubahan atau diberitahu
bagaimana cara untuk berubah

• Maklumat sahaja tidak mencukup untuk sesuatu
pembelajaran yang efektif

• Kesediaan Belajar:

Kesediaan
Belajar

Kesedaran Kesedaran Kesedaran

Kognitif Efektif Psikomotor

• Contohnya, individu menjadi bertanggungjawab dan boleh
berdikari bukanlah disebabkan oleh suruhan daripada individu
lain tetapi daripada pengalaman mereka sendiri yang
menuntut mereka untuk bertanggungjawab dan berdikari

• Walau bagaimanapun terdapat faktor lain yang merubah
tingkah laku

• Antaranya adalah rangsangan luaran, pengaruh orang
signifikan, faktor motivasi dan kognitifnya yang
memungkinkan proses celik akal

4: Kerjasama dan Sepakatan

• Pembelajaran adalah satu proses kerjasama dan sepakatan
• Kerjasama menggalakkan pembelajaran ‘Dua kepala lebih baik

daripada satu’
• Ada individu yang lebih senang bertugas secara bebas dan ada

pula suka bertugas secara berdikari
• Proses tindak balas muncul sebagai ‘goresan dan kelaran’
• Individu-individu bersifat ingin tahu tentang potensi dan

kreativiti masing-masing
• Pendekatan kerjasama adalah digalakkan
• Menerusi beberapa pendedahan, individu belajar menentukan

matlamat, merancang, bergaul dan cuba mewujudkan
kumpulan dalam menyelesaikan masalah

• Pada masa yang sama, apabila orang ini bergerak dalam
kumpulan yang sama mereka akan mengenal pasti diri mereka
sebagai satu kumpulan

• Mereka mula menyedari apa yang mereka beri dan pelajari
dalam kumpulan

• Masalah-masalah yang dihadapi dapat dikenal pasti menerusi
interaksi kerjasama yang wujud dalam kumpulan

• Hal ini sebagai sati cabaran dan galakkan kepada individu
untuk menghasilkan jawapn yang lebih kreatif

5: Bersifat Evolusi

• Pembelajaran adalah suatu evolusi
• Perubahan tingkah laku memerlukan masa dan kesabaran dan

tidak berubah dalam jangka masa yang pendek
• Apabila perubahan mendadak berlaku, kita selalu mengambil

tindakan berdasarkan proses-proses yang sudah diterapkan
yang mana dalam masa itu kita cuba menerapkan
pembelajaran yang dipelajari
• Namun kita tidak pasti sama ada proses pembelajaran itu
bermakna dan berkekalan
• Secara tersirat, dalam segala prinsip dan syarat untuk
pembelajaran ialah model pembelajaran yang bersifat evolusi

• Kedudukan pembelajaran seperti perwatakan yang bebas dan
komunikasi secara terbuka, konfrontasi, penerimaan,
penghormatan, berpeluang melakukan kesalahan,
pendedahan diri, bekerjasama dan bersepakat, berkongsi
evolusi yang tidak jelas, aktif dan pembabitan individu, bebaas
daripada ancaman dan percaya pada diri sendiri adalah evolusi
semula jadi

6: Pembelajaran

• Proses pembelajaran kadangkala menyakitkan
• Perubahan tingkah laku biasanya menyuntik semangat baru

kepada individu terbabit dan memperoleh cara terbaik dalam
memberi kepercayaan, menjana pemikiran dan membuat
penilaian
• Ia bukanlah mudah hendak membuang cara yang biasa begitu
sahaja, semata-mata bagi membentuk tingkah laku yang baru
• Seseorang itu tidak berasa selesa untuk berkongsi dengan
orang lain secara terbuka, menjadi bahan pengamatan dan
pemerhatian saintifik dan untuk bersemuka dengan individu
lain
• Jika perubahan berlaku, ini menyebabkan kesulitan atau
timbulnya masalah

• Walau bagaimanapun, lama-kelamaan kesulitan dapat diatasi
yang mana akhirnya membawa kepada penemuan idea atau
perubahan diri

• Pembelajaran yang Berkesan:

Perhatian Generalisasi atau
Pemindahan
Pembelajaran

Jangkaan Maklum Balas
dan Peneguhan

Perolehan Gerak
Ingatan Kembali Balas/Prestasi

Pemilihan Mengkod dan
Persepsi Penyimpanan Jangka

Panjang

7: Pelajar

• Pelajar adalah sumber terpenting dalam proses pembelajaran
• Walaupun media, buku dan tenaga pengajar adalah sumber

pembelajaran yang murah dan mudah diperoleh, namun kita
mungkin cenderung menghala kepada sumber yang lebih
mahal
• Proses Pembelajaran:

Mengenal Merancang Mengumpul Mendapat Membuat
Pasti Masalah Penyelesaian Maklumat keputusan Keputusan Baru dan

Bertindak

• Setiap individu mempunyai kebolehan dan pengalaman, idea,
perasaan dan sikap yang dapat membantu untuk
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran

• Pada suasana dan keadaan tertentu membentuk individu
supaya bersifat lebih terbuka kepada mereka sendiri

• Individu itu dapat menggunakan koleksi maklumat yang sedia
ada dalam diri untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama
dengan orang lain bagi meningkakan proses pembelajaran
semaksimum mungkin

8: Emosi dan Intelek
Penyelesaian

• Proses pembelajaran melibatkan emosi dan juga intelek

• Individu merasakan apa yang mereka fikirkan

• Emosi ialah suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang
menyertai penyelarasan dalaman secara am dan keadaan
mental dan fisiologi yang tergerak di dalam diri individu dan
yang menunjukkan dirinya pada tingkah laku yang nyata

• Apabila perasaan dan fikiran disepadukan, dikatakan
pembelajaran adalah pada tahap yang maksimum

• Persediaan bagi mewujudkan syarat-syarat pembelajaran
perlu difikirkan terlebih dahulu kerana tanpa persediaan ini
akan memberi kesan dalam pencapaian dan penguasaan ilmu

• Begitu juga jika cadangan dalam sesuatu tugas tidak diambil
kira, individu dalam kumpulan bertengkas sesama sendiri dan
sudah tentu pembelajaran optimum tidak akan dapat dicapai

• Cadangan kumpulan untuk membincangkan isu semasa dan
masalah dalam bidang tertentu yang memerlukan alasan dan
kejujuran tidak akan tercapai sekiranya individu berasa takut
hendak berhubung secara terbuka

• Halangan komunikasi wujud dalam diri individu

• Sebelum membimbing mereka secara profesional kita perlu
mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku dalam sesuatu
kumpulan

• Tanpa mengambil kira masalah individu yang wujud,
kewibawaan sesuatu kumpulan intelektual akan kekal dan ini
membolehkan ahli kumpulan memperoleh maklumat dan
kecekapan

• Bagaimanapun, untuk memperoleh dan menjana idea dengan
maksimum, tidak keterlaluan dikatakan masalah individu perlu
diberikan perhatian pada peringkat awal lagi

9:Penyelesaian Masalah

• Proses penyelesaian masalah dan pembelajaran adalah sangat
unik dan bersifat individualistik

• Setiap individu mempunyai bentuk pembelajaran dan cara
penyelesaian masalah yang tersendiri

• Ada antara mereka yang mampu bertindak secara berkesan
dan ada yang kurang berkesan

• Kita perlu membantu individu lain menentukan dan membina
matlamat mereka melalui perkhidmatan kaunseling supaya
mereka mampu menyelesaikan masalah dengan lebih
berkesan

• Sebagai individu mereka perlu berwaspada dalam tindakan
mereka menyelesaikan masalah

• Pengalaman ini juga memberi peluang kepada mereka sebagai role
model dimana mereka berupaya membuat penilaian dan
menyesuaikan diri dengan individu tersebut supaya mereka boleh
bekerja dengan efektif lagi

• Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) boleh juga mencorakkan satu paradigma
baru dalam perkembangan industri pendidikan untuk
memasyarakatkan pendidikan

• Kursus-kursus untuk menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat
boleh dirangka dan disalurkan kepada golongan-golongan yang
memerlukannya terutama untuk pembelajaran dewasa

• PJJ juga berfungsi sebagai satu badan bersifat profesional dengan
menganjurkan program-program tertentu seperti program latihan
dalam perkhidmatan bagi mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran kakitangan atau golongan ini dalam bidang-bidang
tertentu atau bidang baru dalam sistem-sistem pengurusan,
pentadbiran dan pembangunan staf tidak kira sama ada dalam
organisasi kerajaan, organisasi swasa dan juga NGO (Non
Government Organization)


Click to View FlipBook Version