The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bissmi.mus, 2019-06-24 22:29:02

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN

Cadangan Penyelidikan

Perjalanan sebuah
penyelidikan bermula:

1. MENGENALPASTI
MASALAH
2. MEMBINA TAJUK

3. MERANGKA OBJEKTIF 4. MENGUMPUL &
& METODOLOGI MENGANALISIS
DATA

5. MENULIS
LAPORAN

 Penulisan laporan penyelidikan dilakukan dengan teliti mengikut format agar mudah
difahami dan dibaca

 Bagi memenuhi syarat kursus pengajian (penulisan kertas projek,tesis,disertasi)
 Diterbitkan dalam jurnal akademik dan profesional
 Penulisan penyelidikan dibuat dalam dua peringkat

a) cadangan penyelidikan
b) laporan penyelidikan
 Penyediaan proposal merupakan perkara yang penting agar dapat membentuk suatu
penyelidikan yang baik.
 Proposal perlu dilakukan terlebih dahulu.Tanpa proposal sesuatu kajian tidak akan dapat
dijalankan dengan baik.

 Penulisan penyelidikan biasanya dibuat dalam dua
peringkat iaitu:

 1) Cadangan Penyelidikan (Proposal Penyelidikan)
 Bab 1- Pengenalan
 Bab 2- Sorotan Karya
 Bab 3- Metodologi Kajian
 2) Laporan Penyelidikan
 Bab 1- Pengenalan
 Bab 2- Sorotan Karya
 Bab 3- Metodologi Kajian
 Bab 4- Analisis Data
 Bab 5- Kesimpulan

Tujuan Cadangan Penyelidikan

 Tujuan cadangan penyelidikan disediakan ialah untuk:

 1) Mendapatkan kelulusan Jawatankuasa penyeliaan
tesis untuk pengajian diperingkat sarjana muda,
sarjana atau doktor falsafah

 2) Mendapatkan kelulusan daripada agensi sama ada
awam ataupun swasta dan seterusnya peruntukan
kewangan untuk menjalankan kajian yang berkaitan

 3) menjadi panduan kepada penyelidik sekiranya
menghadapi kebuntuan semasa menjalankan
penyelidikan

 Ia merupakan cadangan bagi kajian yang bakal
dijalankan dan lazimnya mengandungi tiga bab
pertama daripada lima bab dalam laporan penuh iaitu
pengenalan, kajian literatur dan metodologi kajian

 Ia dihasilkan sebelum kajian yang sebenarnya
dilaksanakan dan ia memuatkan rancangan kajian
yang sedia dilaksanakan

 Ia digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan
kajian secara sistematik dan teratur

 Terdapat dua kaedah untuk menulis cadangan
penyelidikan iaitu berasaskan bab atau berasaskan
kandungan-kandungan yang sepatutnya ada dalam
bab

 Cadangan penyelidikan berasakan bab selalunya lebih
komprehensif berbanding cadangan penyelidikan
berasaskan kandungan dalam bab yang selalunya lebih
mudah dan ringkas

KAEDAH TIDAK BERASASKAN BAB

 Secara umumnya perlu mengandungi perkara berikut:

a) Tajuk kajian
b) Permasalahan kajian
c) Persoalan kajian
d) Objektif kajian
e) Soalan Kajian
f) Hipotesis Kajian
g) Signifikan kajian/Kepentingan Kajian
h) Definisi Istilah/Operasional
i) Kajian literatur
j) Metodologi kajian

a) Populasi dan Sampel Kajian
b) Instrumen Kajian
c) Kaedah Pengumpulan Data
d) Kaedah Analisis Data

k) Batasan/Skop kajian
l) Lampiran perancangan kajian
m) Bajet kajian

Kaedah Berasaskan Bab

 Penulisan menggunakan kaedah ini adalah berasaskan
bab-bab iaitu Bab I, Bab II dan Bab III. Bab-bab ini
menyerupai bab-bab seperti yang terdapat dalam
laporan akhir tesis atau penyelidikan

 Kandungan cadangan penyelidikan adalah seperti
berikut:

 Bab 1: Pengenalan Kajian

 Bab 2: Kajian Literatur
 Bab 3: Metodologi Kajian

Bab I: Pengenalan Kajian

 Pengenalan
 Latar Belakang Kajian
 Penyataan Masalah
 Objektif Kajian
 Persoalan Kajian
 Hipotesis Kajian
 Kepentingan Kajian/Kesignifikanan Kajian
 Skop Kajian
 Limitasi Kajian
 Definisi Operasional

Bab 2: Kajian Literatur

 Pengenalan
 Rujukan Kajian Lepas (Merangkumi :
Kajian literatur Pembolehubah A
Kajian literatur Pembolehubah B
Kajian literatur Hubungan Pemboleh ubah A dan B

 Pembentukan Kerangka Teoritikal dan Konseptual

Bab 3: Metodologi Kajian

 Pengenalan
 Kaedah Kajian- Reka bentuk kajian
 Instrumen Kajian- Kesahan, Kebolehpercayaan,

Kajian Rintis
 Subjek Kajian- Populasi Kajian, Sampel, Ciri-Ciri

Demografi Sampel
 Prosedur- Merekod Maklumat
 Analisis Data- Menganalisis Data Kajian
 Rujukan
 Lampiran-Tempoh Pelaksanaan Kajian, Perbelanjaan



 1) Kenal pasti tajuk kajian yang hendak dijalankan

 Dalam memilih tajuk penyelidikan, penyelidik
sepatutnya memilih masalah atau bidang yang hendak
dikaji itu bersesuaian dengan minat dan kepakaran
masing-masing

 Selain itu,pembacaan buku dan kertas kerja
penyelidikan dapat memberikan maklumat berkaitan
dengan tajuk atau masalah yang dipilih

 Kajian terhadap karya terdahulu yang berkaitan boleh
mencetuskan idea atau persoalan dan memahami isu-
isu yang pernah dikaji oleh penyelidik sebelum ini

 Setelah mengenalpasti isu dan persoalan kajian
melalui sumber tersebut maka penyelidik boleh
menentukan tajuk penyelidikan yang sesuai

 Tajuk harus mencerminkan skop kajian secara jelas
dan tepat

 Penyelidik perlu menghadkan bilangan perkataan dan
sebaik-baiknya tidak memasukkan rangkai kata,
seperti “ Satu kajian….” atau “ Satu analisis….” kerana
setiap penyelidikan itu sememangnya “kajian” dan
analisisnya tersirat.

Contoh tajuk:

 Keberkesanan Kajian Pembelajaran Berbantukan
Komputer Terhadap Penguasaan Konsep Sains



1.1 Pendahuluan

 Pada awal setiap bab, anda perlu mulakan dengan satu atau
dua perenggan memperkenalkan secara umum dan ringkas
kandungan yang anda tulis dalam bab tersebut

 Contoh:

Bab 1 akan membincangkan latar belakang kajian diikuti
dengan kupasan permasalahan kajian. Perbincangan ini akan
diikuti dengan objektif, persoalan dan hipotesis kajian.
Seterusnya bab ini membincangkan kepentingan kajian
diikuti dengan skop kajian dan penerangan tentang definisi
operasi yang akan digunakan dalam kajian

1.2 Latar Belakang Kajian

 Di awal bab ini, anda perlu menulis sesuatu yang
dapat menarik minat pembaca terhadap kajian anda
dengan menghubungkan kajian anda kepada sesuatu
isu penting yang bersifat semasa seperti globalisasi,
pembangunan modal insan, masalah remaja atau
ledakan teknologi maklumat

 Nyatakan secara umum asas yang membawa kepada
minat anda untuk menjalankan kajian anda sebelum
anda huraikan secara terperinci dalam bab 2 (Sorotan
karya)

1.3 Permasalahan Kajian

 Seterusnya anda memperkenalkan permasalahan kajian
anda diikuti dengan perbincangan secara lebih khusus

 Adalah sangat penting dalam penyataan masalah, pembaca
mengetahui MASALAH kajian anda dengan JELAS dan
tidak keliru dengan masalah sampingan

 Pembaca juga perlu jelas KONTEKS kajian yang ingin
dijalankan

 Jika anda mengkaji masalah gejala sosial dalam kalangan
remaja, nyatakan sama ada masalah perlu dimaklumkan
konteks kajian anda seperti psikologi, sosiologi,
pengurusan atau pedagogi

1.4 Objektif Kajian

 Merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam kajian.

 Mestilah berfokus kepada kajian yg dijalankan.

 Biasanya ia dinyatakan dalam bentuk pertanyaan yang
menjelaskan hubung kait antara pembolehubah.

 Oleh itu, objektif perlu dinyatakan dengan jelas
supaya dapat menunjukkan apa yang hendak dicapai,
bagaimana dan bilakah hendak dicapai(boleh diukur)?

 Penggunaan perkataan seperti “ mengenal pasti”, “
menghuraikan”, “ menentukan”, “ menjelaskan”., “
membandingkan”, dan sebagainya sesuai digunakan
kerana mudah dicerap

 Contoh Objektif:

 1. Mengenalpasti faktor-faktor iklim organisasi yang
mempengaruhi prestasi kerja kakitangan sektor awam
dinegeri Kedah

 2. Untuk menentukan kesan pelaburan asing dan
pelaburan domestik terhadap pertumbuhan ekonomi
negara antara tahun 1980 hingga 2007

 3. Untuk menjelaskan keberkesanan program
pembacaan yang berbeza terhadap kemahiran
membaca kanak-kanak prasekolah

1.5 Persoalan Kajian

 Soalan kajian yang baik dapat menjelaskan dengan sendiri
tentang perkara yang hendak dikaji, cara kajian dijalankan
dan setakat mana kajian dijalankan

 Ia harus berkait pemboleh ubah yang digunakan dalam
kajian

 Ayat soalan (5W 1H)

 Contoh:

 Apakah faktor-faktor yang mendorong mograsi dari luar
bandar ke bandar?

 Bagaimanakah migrasi ke bandar memberi kesan kepada
pertambahan kadar kemiskinan bandar?

1.6 Hipotesis Kajian (kajian
Kuantitaif)

 Merupakan ramalan awal kajian sama ada ia
menyokong atau menolak kajian itu sendiri.

 Membuat hipotesis memerlukan penelitian yang
mendalam

 Ia amat penting dan akan memberi gambaran
tentang kajian yg ingin dijalankan

 Contoh 1:
 Dalam kajian untuk menentukan sama ada waktu

kerja fleksibel dengan peningkatan produktiviti
pekerja, maka hipotesis nol dan hipotesis alternatif
dapat ditulis seperti berikut:

 H0: Tidak ada hubungan antara waktu kerja fleksibel
dengan peningkatan produktiviti pekerja

 H1: Ada hubungan antara waktu kerja fleksibel dengan
peningkatan produktiviti pekerja

1.6 Kepentingan Kajian

 Utk menjelaskan pentingnya permasalahan tersebut
dikaji.

 Utk mencari penyelesaian terhadap permasalan yang
disebut sebelumnya.

 Signifikan kajian menjawab soalan berikut:
 1. Mengapa kajian anda penting
 2. Untuk siapa kepentingan kajian ini?
 3. Apakah manfaat yang diperoleh jika kajian ini

dilakukan?

1.7 Batasan Kajian

 Langkah seterusnya nyatakan delimitasi kajian. Ia adalah
penerangan kepada pemilihan perkara utama yang menjadi
fokus kajian yang berada dalam kawalan anda

 Pembaca tentu ingin tahu mengapa, umpamanya anda
mengambil kira faktor jantina

 Merupakan ruang lingkup sebuah penyelidikan saintifik yg
ingin dilakukan.

 Meliputi setakat mana penyelidikan itu hendak dilakukan

 Ia menjelaskan sejauh mana ruang lingkup sesebuah
penyelidikan tersebut

1.8 Definisi Operasional

DEFINISI KONSEP
 Memberi makna perkataan atau konsep yang dikaji.
 Erti kata lain definisi secara bahasa berkaitan dengan sesuatu

kajian.
 Contoh “memandu” membawa maksud memandu kenderaan.

Tidak kiralah kenderaan apa sekalipun.

DEFINISI OPERASIONAL
 Cuba menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan.
 Definisi operasional adalah definisi tersendiri yang

dimaksudkan oleh penyelidik.
 Contoh : perkataan pemandu.didefinisikan sebagai pemandu yg

mempunyai lesen yg sah



 Bab 2 dalam cadangan penyelidikan mahupun tesis
adalah bab bagi kajian literatur

 Kajian literatur juga dikenali sebagai tinjauan atau
sorotan literatur/ sorotan kajian

 Kajian literatur didefinisi sebagai rujukan secara
kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen
yang mengandungi maklumat, idea, data dan kaedah
memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk
kajian yang dilaksanakan

 Merupakan aktiviti menyorot kajian yg telah dikaji
oleh penyelidik.

 Melibatkan proses membaca dan membuat nota
daripada kajian lepas yg berkaitan.

 Kajian lepas memberi panduan asas kepada
penyelidikan yg hendak dibuat.

 Menulis sorotan kajian penting untuk memberitahu
pembaca (terutamanya pemeriksa dan penyelia) tentang:

 1) Isu berkisar tajuk yang anda pilih

 2) Pemahaman dan pengetahuan anda berkaitan tajuk
kajian

 3) Perkara penting yang dibahaskan oleh penyelidik
terdahulu

 4) Penulis/ penyelidik yang dominan dalam bidang kajian ;
dan

 5) Bahan dan sumber asal yang anda gunakan untuk
mengupas isu berkaitan tajuk kajian



 Bahagian paling penting dalam penyelidikan.
 Dalam proposal metodologi kajian adalah aspek kajian

bagaimana kajian itu dijalankan.
 Metod boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian:
a) Kaedah dan reka bentuk kajian
b) Populasi dan subjek / responden kajian
c) Instrumen / alat kajian
d) Cara menganalisis data

3.1 Kaedah dan reka bentuk kajian

 Kajian Kuantitatif/ Kajian Kualitatif
 Reka bentuk Kajian Sejarah, Kajian Tinjauan, Kajian

Korelasi, Kajian Kes, etc

3.2 Populasi dan subjek /
responden kajian

 Sampel: Kaedah Pemilihan Sampel (Sampel Rawak/
bukan Rawak/ Kuota etc)

3.3 Instrumen / alat kajian

 Temu bual, soal selidik, Pemerhatian etc

3.4 Cara menganalisis data

 Kaedah Peganalisisan Data (Analisis Statistik/ Analisis
Kandungan



 Bahagian teks mengandungi Pendahuluan (sekiranya
dijadikan sebagai BAB 1), demografi responden
(sekiranya menjalankan penyelidikan lapangan), analisis
kajian serta rumusan dan cadangan.

 Pada setiap bab, hendaklah ditulis tajuk utama dan
diikuti oleh tajuk-tajuk besar dan sub-sub topik yang
sesuai.

 Pada setiap bab, penulis hendaklah memulakan dengan
Pendahuluan Bab dan diakhiri dengan Penutup\
Kesimpulan Bab.

 Laporan kajian yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:

Kemampuan menjawab Menulis menggunakan
5WsH formula V iaitu umum

kepada khusus

Tidak berlaku Menghuraikan sesuatu
pertindihan dari aspek persoalan dengan
mantap dan
ayat, maksud, fakta menyakinkan

Fakta dan huraian Mengutamakan rujukan
mampu dibuktikan dan primer dan sebolehnya
tidak berlawan dengan mengetepikan rujukan

logik akal sekunder

Laporan
dipersembahkan dengan
tulisan, gayabahasa dan

tatabahasa yang baik

Dari aspek penggunaan

bahasa, dua aspek ini perlu

diberikan perhatian oleh
penulis:

Bahasa laporan hendaklah Penulis hendaklah
dalam bentuk lepas kerana menggunakan perkataan
laporan adalah berkaitan ‘PENGKAJI’ atau ‘PENULIS’
melaporkan peristiwa atau apabila merujuk kepada
fakta yang telah berlaku.
dirinya.

 Huruf condong (italic) berperanan dan mempunyai kedudukan
yang luas dalam penulisan laporan dan penulisan ilmiah

 Ia tidak boleh digunakan secara bebas kecuali dalam aspek-
aspek:

i. Perkataan asing. Namun begitu, perkataan asing yang
biasa digunakan tidak perlu dicondongkan seperti in situ,
a priori, ibid, et. at.

ii. Istilah khas dalam sesuatu tulisan
iii. Istilah teknik yang diberikan definisinya
iv. Judul filem, karya muzik, buku, tulisan drama dan puisi
v. Kajian etnografi

 Singakatan bagi unit tidak diberikantanda noktah kecuali pada
hujung ayat.

 Jika terdapat keraguan seperti I untuk liter, tuliskan dengan
lengkap sepeerti 10 liter bukan (10 l).

 Gunakan singkatan nama bulan, Jan. Feb. Dis. Sep. dan sebagainya
apabila digunakan pada graf atau jadual.

 Singkatan untuk nama orang diberikan satu jarak. Contoh, A. S.
Long bukannya A.S.Long.

 Singkatan huruf besar tidak diberikan noktah kecuali pada akhir
ayat. Conntoh, UMNO bukannya UMNO. atau UIAM bukannya UIAM.

 Bibliografi adalah senarai rujukan literatur sama ada dirujuk
secara langsung atau tidak semasa menyiapkan rujukan.

 Bahan-bahan rujukan hendaklah disusun mengikut susunan
abjad dan turutan daripada lama kepada baru (jika terdapat
lebih sebuah karya oleh pengarang yang sama).

 Kesemua rujukan hendaklah ditaip dalam bentuk single
spacing.

 Susun atur penulisan rujukan hendaklah menurut urutan
nama penggarang, tahun penerbitan, judul rujukan, tempat
terbit dan penerbit.



1. Pengarang tunggal:
2. Pengarang bersama:
3. Karya yang dikenali menurut judul:

4. Karya suntingan:
5. Karya terjemahan:

 Setiap fakta atau kenyataan yang ditulis perlu dirujuk kepada teks
sebagai bukti rujukan.

 Kaedah yang biasa digunapakai adalah Author Date System (Sistem
Pengarang-Tarikh).

 Penentuan nama pengarang yang perlu dicatat perlu dilihat kepada tiga
keadaan:

i. Jika nama pengarang adalah bangsa Barat, maka perlu disebut
surnamenya sajaha. Contohnya: (James 1987: 20)

ii. Jika nama pengarang mengandungi kuniah\ laqab Arab, maka
gelaran tersebut sahaja perlu disebut. Contohnya: (al-Suhrawardi
1876: 4)

iii. Jika pengarang adalah berbangsa Asia, maka namanya sahaja
perlu disebut. Contohnya: (Ahmad 1988: 34)

 Nama pengarang dirujuk boleh dinyatakan sama ada dengan meletaknya di
hadapan atau dibelakang ayat. Contohnya:

1. Ahmad (2002: 3) menjelaskan bahawa umat Islam perlu membuka minda
mereka untuk maju ……………..

2. Umat Isam perlu membuka minda mereka bagi mencapai kemajuan
(Ahmad 2002:3).

 Bagi rujukan yang ditulis oleh dua pengarang, maka kedua-duanya hendaklah
disertakan bersama tahun penerbitan dan halaman dirujuk.

Zulkiple Adb. Ghani & Ahmad Sunawari Long (2002: 36) menjelaskan
………….

 Untuk rujukan yang ditulis oleh lebih daripada dua pengarang, maka pengarang
pertama dicatat dan diikuti oleh et. Al. dan tahun penerbitan beserta dengan
halam dirujuk. Contoh:

Ahmad Sunawari Long, et. al. (2003) menghuraikan masalah perpaduan
ummah berpunca daripada kelemahan sistem pendidikan yang
……………….


Click to View FlipBook Version