The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMP 1 - Konsep Pembelajaran Dewasa UPDATED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bissmi.mus, 2019-06-26 22:24:34

BAB 2

KUMP 1 - Konsep Pembelajaran Dewasa UPDATED

PRINSIP PEMBELAJARAN DEWASA
(PSM3033)

BAB 2
KONSEP
PEMBELAJARAN DEWASA

2.1 Definisi Pembelajaran Dewasa

 Dikenali sebagai ‘Andragogi’
 Perkataan andragogi berasal dari gabungan dua

perkataan Greek iaitu ‘andr‟ dan ‘agogus‟.
 Andr - orang dewasa

Agogus - yang memimpin

 Andragogi adalah pendekatan membimbing orang
dewasa dalam proses pembelajaran.

 Andragogi (pembelajaran dewasa) adalah sebuah teori
yang memegang beberapa andaian tentang
bagaimana orang dewasa belajar.

Kepuasan
Sosial Tinggi

Definisi Pembelajaran

Dewasa

Direka untuk Mementingkan
Pembangunan Perkhidmatan

Potensi

 Andragogi menekankan nilai dalam proses pembelajaran.
Ia menggunakan pendekatan pembelajaran yang
berasaskan masalah dan kerjasama dari tujuan
pengajaran dan juga menekankan kesepakatan atau
kesamarataan antara pengajar dan pelajar.

 Konsep pembelajaran dewasa ialah asas suatu aktiviti
yang disengajakan dalam kalangan orang dewasa yang
bertujuan meningkatkan keupayaan dan kecerdasan
mereka terhadap pengalaman lalu dan pengalaman
yang mereka akan tempuhi.

 Pembelajaran dewasa direka untuk pembangunan potensi
yang seimbang dalam kalangan orang dewasa.

 Pembelajaran dewasa ialah pembelajaran yang
membekalkan sesuatu kepada orang dewasa bagi
menepati semua kehendak aktiviti pembelajaran (Paterson
1979).

Suatu aktiviti separuh masa Pembelajaran yang seimbang Menutup jurang
(Russel Report) pembelajaran
Satu aktiviti yang
disengajakan KONSEP Pembelajaran yang liberal
PEMBELAJARAN (Lowe)

DEWASA

Pembangunan potensi yang
seimbang (Paterson, 1979)

•Definisinya:- Suatu proses yang disedari, sistematik, berterusan, terancang

untuk seorang dewasa dalam proses mereka memperoleh kemahiran,
pengetahuan serta kebolehan supaya berdaya maju dan berupaya
mengekalkan daya saing daripada arus kemajuan bagi memberi
sumbangan positif kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

 Pesertanya orang dewasa.
 Mungkin tempatnya bukan di dalam bilik darjah.
 Kalau di dalam bilik darjah mungkin biliknya ceria dan kekemasan dalaman bilik adalah

berbeza.
 Pesertanya adalah orang yang sedang bekerja atau sedang mencari kerja.

 Mungkin peserta lebih banyak bercakap daipada guru.
 Mungkin tiada guru tetapi ada penyelia/fasilitator.

Ciri pendekatan andragogi

1. Pelajar menerima pembelajaran berasas bukti.
2. Pelajar adalah aktif & membantu menentukan

kandungan pembelajaran.
3. Pelajar selalunya mempunyai pengalaman dalam

mata pelajaran & berbincang bersama semasa
belajar.
4. Pelajar mempunyai keperluan sendiri yang perlu
dipenuhi.
5. Pelajar menilai diri sendiri.
6. Bahan yang dipelajari digunakan secara langsung.
7. Kedatangan tidak dipaksa.

2.2 Siapa Itu Pelajar Dewasa

Ciri-ciri pelajar dewasa:-
1. Pelajar dewasa sering kali ditakrifkan

berdasarkan faktor umur mereka.
2. Pelajar dewasa adalah individu yang mampu

berfikir secara waras.
3. Pelajar dewasa mempunyai pengalaman yang

berbeza-beza.

4. Pelajar dewasa yang miskin mempunyai
kecenderungan merasa dia tidak dapat
menentukan kehidupannya sendiri.

5. Pelajar dewasa lebih suka menerima nasihat
dan saranan daripada pengajar atau guru.

6. Pelajar dewasa lebih memberi perhatian
pada hal-hal yang menarik bagi dia dan
menjadi keperluannya.

7. Pelajar dewasa lebih suka dihargai
berbanding diberi hukuman atau disalahkan.

8. Pelajar dewasa yang pernah berhenti sekolah,
mempunyai kecenderungan untuk menilai lebih
rendah kemampuan belajarnya.

9. Pelajar dewasa melakukan perkara yang
biasa dilakukannya menunjukkan tahap
pemahamannya.

10. Pelajar dewasa secara sengaja suka
melakukan perkara berulang-ulang.

11. Pelajar dewasa suka diperlakukan dengan
kesungguhan iktikad yang baik, adil dan
masuk akal

12. Pelajar dewasa belajar sejak kecil tentang
cara mengatur hidupnya. Oleh kerana itu
dia lebih suka melakukan sendiri dengan
sebaik mungkin.

13. Pelajar dewasa suka perkara yang
praktikal.

14. Pelajar dewasa memerlukan waktu lebih
lama untuk akrab dan menjalin hubungan
yang lebih rapat dengan kawan baru.

 Menurut Knowles (1981), beliau
mengandaikan orang dewasa berkeinginan
dan berkecimpung untuk bertindak ke arah
kendiri apabila mereka semakin matang
walaupun ada ketikanya mereka bergantung
pada orang lain. Orang dewasa juga belajar
bersungguh-sungguh bagi mendapatkan atau
menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran untuk disesuaikan dengan
kehidupannya.

Siapa Itu 1) Individu yang mampu berfikir
Pelajar secara waras atau dalam keadaan
Dewasa? matang mampu membezakan perkara
yang baik dan buruk dalam sesuatu

situasi.

2) Pemikiran lebih matang berbanding dengan
remaja dalam

semua aspek.

3) Gemar mengeluarkan idea-
idea yang bernas.

4) Mempunyai ciri-ciri keperluan
spiritual dan biological atau struktur badan
dan lebih menonjolkan kematangan dan bakat.

Ciri-ciri Pelajar Dewasa

Pengalaman Matang Keperluan
Spiritual
Gemar Beri
Idea

TOKOH-TOKOH DALAM PRINSIP
PEMBELAJARAN DEWASA

Cobb dan Gibbs (1960)
• Pembelajaran berdasarkan tumpuan masalah

atau “problem centered”.
• Pembelajaran berdasarkan tumpuan

pengalaman atau “experience
centered”.
• Pengalaman mestilah bermakna kepada pelajar.
• Matlamat ditentukan oleh pelajar.
• Pelajar memperoleh maklum balas atau
„feedback‟ setakat mana matlamat
dicapai.

TOKOH-TOKOH DALAM PRINSIP
PEMBELAJARAN DEWASA (samb.)

Knox (1977)
• Tugasan baru berkaitan aktiviti yang dijalankan.
• Keberkesana pembelajaran ada kalanya lambat dan

semakin berkurangan mengikut usia.
• Pembelajarn dewasa lebih berkesa jika ia sendiri

menentukan arah, kandungan dan matlamat
pembelajaran.
• Pengalaman lepas boleh membantu atau sebaliknya
mengganggu pembelajaran baru.
• Pelajar dewasa mengutamakan latihan-latihan sebagai
galakan pembelajaran.
• Pelajar dewasa mempersembahkan sesuatu di bawah
kapasiti sebenar.
• Pencapaian pembelajaran dewasa berdasarkan
pengubahsuaian dalam „mode of thinking‟ individu.

TOKOH-TOKOH DALAM PRINSIP

PEMBELAJARAN DEWASA (samb.)

Knowles (1981)
• Pelajar dewasa boleh belajar sepanjang hayat.
• Pengalaman yang lepas banyak membantu pelajaran.
• Fasilitator menghargai pengalaman pelajar dewasa

khususnya yang dapat diaplikasikan dalam situasi
semasa.
• Pelajar dewasa yang mempunyai konsep kendiri yang
positif lebih responsif terhadap pembelajaran.
• Kesihatan yang baik mempengaruhi proses
pembelajaran.
• Pelajar dewasa lebih bermotivasi untuk belajar apabila
kandungan pembelajaran sesuai untuk tugas-tugas
harian, peranan sosial, krisis hidup dan untuk masa
transasi.
• Persepsi yang jelas terhadap tingkah laku yang
diharapkan.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa

 Syarat 1: Pengajar perlu tahu peranan mereka

Pengajar memberi lebih peluang kepada pelajar
menyuarakan pendapat mereka sendiri. Proses ini
dapat diperkembang dengan memberi kepercayaan
yang lebih dan memberi pilihan kepada pelajar
serta jalan penyelesaian sendiri yang dapat
memuaskan hati mereka.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 2 : Pengajar perlu tahu matlamat
pembelajaran

Pengajar perlu mencipta satu situasi yang
membolehkan pelajar bebas menyatakan keperluan
mereka. Pembelajaran berlaku apabila pengajar
mempunyai matlamat dalam sesuatu sesi
pembelajaran dan menggalakkan pelajar mengkaji
matlamat diri sendiri dan makna di sebaliknya

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 3: Pengajar perlu menghargai diri pelajar

Setiap individu ada pendapat, perasaan,
perspektif, nilai dan kesemua ini penuh bererti bagi
mereka. Mereka hanya membangunkan kesedaran
dalam diri mereka apabila mereka rasa
sumbangan dan nilai mereka sebagai individu
berharga di sisi kumpulan masyarakat.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 4: Pengajar perlu menerima pendapat
pelajar

Pembelajaran adalah tidak efektif sekiranya
pengajar menitikberatkan ’satu jawapan yang
benar’, ’keputusan yang menakjubkan’ atau ’satu
jalan yang baik’ untuk sesuatu masalah. Pelajar
dewasa perlu diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat dan perasaan sendiri.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 5: Pengajar perlu menerima kesalahan
pelajar

Proses pembelajaran memerlukan cabaran baru
dan pengalaman yang berlainan. Perkembangan
dan perubahan membantu apabila kesalahan itu
diterima sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 6: Pengajar perlu cuba menyelesaikan
masalah pelajar

Individu selalunya merasakan mereka tidak
mempunyai masa untuk melihat banyak jalan
penyelesaian dan mereka juga berasa tidak selesa
tanpa jawapan yang sepatutnya.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 7 : Pengajar perlu menitikberatkan
penilaian diri pelajar



Apabila pembelajaran dianggap sebagai proses
peribadi, individu memerlukan peluang untuk
mengukur perkembangan diri mereka atau menilai
diri mereka sendiri. Penilaian diri membenarkan
individu mengetahui berapa banyak yang telah
mereka pelajari dan perkembangkan.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 8: Pengajar perlu tahu ciri dalaman pelajar

Penyelesaian masalah dan pembelajaran
memerlukan perasaan individu, sikap, idea,
persoalan dan kepekaan bagi memudahkan proses
penyelesaian. Individu boleh mengarah diri mereka
sepenuhnya dan bertindak terbuka dalam proses
pembelajaran interaktif.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 9 : Pengajar perlu mempercayai diri
pelajar

Orang dewasa menjadi kurang bergantung pada
autoriti apabila mereka bersikap terbuka dan
merasakan mereka adalah sumber bernilai untuk
pembelajaran. Seterusnya, ini membawa kepada
pembelajaran yang lebih bermakna.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 10: Pengajar perlu menghormati diri
pelajar

Dalam pembelajaran kumpulan, setiap individu
saling mengambil berat antara satu sama lain.
Emosi yang tenang menghasilkan persekitaran yang
selesa dan harmoni di mana individu boleh
menjelajah idea.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 11: Pengajar perlu memberi pelajar
kebebasan memilih

Individu bebas untuk berubah apabila mereka
merasakan perubahan yang dilakukan sesuai
dengan mereka. Penerimaan individu bermakna
wujud sesuatu nilai supaya mereka menjadi diri
sendiri. Individu yang sibuk mempertahankan diri
mereka daripada terus didesak untuk berubah
tidak dapat belajar dengan baik.

2.3 Syarat-syarat Pembelajaran Dewasa (samb.)

 Syarat 12: Pengajar perlu tahu kepentingan
konfrontasi kepada pelajar

Pembelajaran membantu persekitaran yang mana konfrontasi (pandangan)
dibenarkan. Dengan komunikasi (pandangan) yang bebas dan terbuka, dan
tanpa sebarang ancaman iklim psikologi, keunikan dalam setiap individu
dinyatakan memudahkan proses pembelajaran. Ia tidak dapat dielakkan
daripada sesetengah situasi, individu akan mengadakan konfrontasi
(pandangan) dengan individu yang lain, idea akan bersaing dengan idea
yang lain. Konfrontasi (pandangan) memudahkan cara pembelajaran. Ia
melengkapkan peluang individu untuk melahirkan idea mereka. Secara
langsung, mereka dapat melihat dengan sendiri dan merasa rangka kerja
daripada ahli kumpulan yang lain. Konfrontasi (pandangan) persekitaran
didapati membolehkan idea digabungkan dan juga dapat menghasilkan idea
baru. Maka individu lain akan mengambil idea yang mana sesuai digunakan.

Tahu Peranan SYARAT-SYARAT Cuba Slesaikan
PEMBELAJARAN Masalah Pelajar
Tahu Matlamat
DEWASA Menitik Beratkan
Menghargai Penilaian
Menerima Pendapat Tahu Kepentingan
Tahu Ciri Dalaman
Pelajar Memberi Kebebasan Pelajar

Mempercayai Pelajar Menghormati Pelajar

Menerima Kesalahan

2.4 Prosedur Pembelajaran Dewasa

Prosedur pembelajaran dewasa merupakan cara
atau kaedah pembelajaran yang digunakan
untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Perancangan

Pelaksanaan
Penilaian

2.5 Tujuan Pembelajaran Dewasa

1. Memberi peluang - pada orang dewasa yang
kekurangan pendidikan memperoleh kemahiran
yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan
berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan.

2. Lulus penilaian - belajar untuk mendapat hasil
penilaian prestasi kerja yang lebih baik.

3. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat
tinggi.

4. Membangunkan keupayaan atau kebolehan
menyelesaikan masalah.

5. Menjamin kesedaran dan efektifnya orang
dewasa lelaki dan wanita dalam alam
pekerjaan – melalui teknikal dan vokasional
terkini serta membangunkan kebolehan
mencipta, sama ada secara individu ataupun
berkumpulan.

6. Membangunkan sikap - menggunakan masa
lapang dengan kreatif bagi memperoleh
sebarang pengetahuan yang diperlukan atau
diingini.

Tamat


Click to View FlipBook Version